Wednesday, December 29, 2010

Sunday, December 12, 2010

i want to be a billionaire

Kepada yang hadir ke program di Auditorium PPUKM pagi tadi,
saya cuma mahu mengajak kamu semua melihat dari sudut pandangan berbeza.

Bila disebut kaya, ia selalu tersinonim dgn seorang sahabat Nabi s.a.w,
Abdul Rahman b. Auf.
boleh baca cerita ttg dia di sini.

Pandangan peribadi sy, harta yang cukup, sudah cukup.
Kaya, tak perlu kaya raya.

Tidak berlebih lebihan.
Bukan miskin.
Tapi, cukuplah sekadar tidak menyusahkan org2 yg kita sayang,
menyenangkan ibadah kita kpd Allah bila tenang,
dan ada lebihan untuk kita infaq dan sedekahkan.
Sy sejujurnya kurang bersetuju dgn part mewariskan harta2 yg banyak kpd anak cucu kita supaya mereka tidak hidup susah.
Cukuplah sekadarnya, sebab bg saya, kalau terlalu mewah, anak cucu kita jadi malas dan kurang mahu berusaha.
Biar mereka belajar dari susah sedikit (walaupun kita mampu).
Biar mereka ada azam yang kuat untuk mengubah kepada lebih baik.

Anak-anak adalah harta kita.
Pelaburan kita bukanlah pada menghantar anak ke Universiti Ranking Top dalam dunia.
Tapi sy yakin, ia lebih kepada pelaburan menjadikan anak2 kita anak soleh.
Anak soleh yg boleh menjadi saham akhirat kita, menghantar doa di alam kubur kita.
Anak soleh yg boleh menyebarkan solehnya kepada org2 sekeliling dia.

Maka prioriti pelaburan kita adalah asuhan, ilmu yang seimbang dunia dan akhirat.
Seimbang dgn erti kata, lebih dari sekadar mata pelajaran Pendidikan Islam VS Matematik, English, Science, Bahasa Melayu, Geografi, Sejarah, Add Math, Fizik, Biologi, Chemistry.
Satu VS Berbelas2. Huhu. Emm.. adekah ia seimbang pada mata kalian?

Carilah sebanyak mana harta yg kita mahukan, tetapi ingat,
dengan banyaknya harta, banyak juga soalan2 Allah di akhirat kelak ttg
1) dari mana sumber dan
2) ke mana
setiap sen harta itu dibelanjakan.

Saya ambil ni dari buku Mukasyafah Al-Qulub (Penenang Jiwa) karangan imam Al-Ghazali
yg menceritakan ttg keutamaan fuqara'.

Nabi s.a.w bersabda
"Aku masuk ke syurga. Kudengar gerakan di depanku, ternyata Bilal. Di atasnya, umatku yang fakir dan anak-anaknya. Dan di bawahnya orang2 kaya dan sedikit wanita.
Aku berkata "Ya Tuhan bagaimana keadaan mereka?"
Allah berkata, "Adapun wanita2, mereka mabuk emas dan sutera. Sedangkan orang2 kaya itu akan dihisab"
Aku tidak melihat Abdul Rahman b. Auf. Namun sebentar kemudian dia datang sambil menangis.
Katanya "Mengapa engkau tertinggal dariku?"
Dia berkata "Ya Rasulullah s.a.w, aku mengalamami beberapa kesulitan. Kukira aku tidak akan melihat engkau"
Rasulullah bertanya, "Mengapa?"
Dia berkata "Aku dihisab kerana hartaku"

Sabda Nabi s.a.w yg lain;
"Banyak-banyaklah mengenal orang2 fakir. Berikan sesuatu kpd mereka. Sesunggunya mereka mempunyai kuasa.
Mereka berkata "Kekuasaan apa itu?"
Rasulullah menjawab "Pada hari Kiamat kelak dikatakan kepada mereka, "Lihatlah orang yang memberimu makan sekadar sedikit @ minum sekadar seteguk atau pakaian sekadar sehelai. Peganglah tangannya dan bawalah ia ke Syurga!"


Faqir, orang2 miskin tu ada kelebihan.
Mereka lebih banyak diuji Allah, mereka lebih banyak dididik Allah untuk redha.
Lihat mereka dgn pandangan, Allah sayangkan mereka dan lebih banyak memberi hadiah pahala sabar buat mereka berbanding kita.

Akhir kata,
if we still want to be 'filthy'(i hate this word) rich, then, be like Abdul Rahman b. Auf.
Jadi penyumbang yang besar untuk Islam.

When we give, InsyaAllah, we'll gain more.
bak kate Ustaz Hasrizal (saifulislam.com), Erti Hidup pada Memberi.

Kaya itu pada sudut pandangan manusia,
yang lagi penting, adalah taqwa pada sudut pandangan Allah.
"Inna akromakum i'ndaLLahi atqaakum"
Kaya mungkin dapat membeli hormat manusia, tapi belum pasti dapat membeli rahmat Allah.

=)

Wallahuallam.

Thursday, December 9, 2010

breathe



"Life isn't about how much breath you take,
it's about how much moments that take your breath away"

-Dr Daniel

Saturday, November 20, 2010

terima kasih

Bismillahirrahmanirrahim.

In the name of Allah,
He = the most Loving,
He = the most Gracious.

Alhamdulillah.
Things are going, perhaps, too good to be true for me right now.

There are a lot of things to say.
But i think for now, i would just like to sum them up with other's quote.

"Nadia belajar betul2, biar lulus elok2, support each other, pastu senang, boleh kawin cepat2"

"Agen pengubah yg mampu buat kita berubah adalah = ma'rifatullah (kenal Allah)"

"Bila kali terakhir kita rasa manis dan lazatnya iman?"

"Selamat Qiyam"

"Kita perlu menjadi seorang yang sentiasa menghitung2, membilang2 nikmat Allah, supaya tidak lupa betapa banyaknya ia"

"Just need more faith....... soon"

"Terima kasih banyak2 sbab lulus"

"Kalian bukan gagal, tetapi kejayaan kalian ditangguhkan Allah buat sementara."

"Maksiat menolak rezeki. Bila tidak berjaya, lihat kembali dosa2 kita"
___________________________________________________

Tear-drops..
Bila terasa begitu amat kerdil..
berbanding kasih sayang dan pertolongan Allah yang maha luas..

Terima kasih Allah.
Terima kasih doa2 yang di pos dari jauh.
Sungguh, sy bukan siapa2..
tanpa sayang2 kalian T-T

Saturday, November 6, 2010

kind

Choose to be kind today..

It's holiday,
so i need to choose to be kind by helping my mother at home.. ^-^

Hihi.
Belum sempat update blog panjang2.


Till we meet again,
Salam Alayk

Wednesday, October 20, 2010

nilaian

Salam alayk..

Kepada sahabat2 yg menyinggah2 blog di kala berehat dari study..
atau yg sdg mencari2 motivation utk semangat study..
maka, ini untuk kalian yg sy sayangi.. hehe

*Bukan ditulis sy..
But it inspires me a lot, might as well inspire you =)*
______________________________________________________


life; is the sum of all your choices

Ihsan – beramal seperti kita melihat Allah, atau setidaknya, merasa pemerhatian Allah ke atas diri kita. Meaning, we will do our best at all times, no excuse to malas-malas and fool around, because we are conscious that Allah is watching and Allah is judging. Not just the examiners & invigilators.

Pls note as well.. Exam season ni sebenarnya cuma musim yang Allah sediakan untuk mengutip pahala tawakal & pahala bermujahadah. Sebab result kita sebenarnya dah lama dah Allah tetapkan. Sebelum lahir lagi pun semua result exam kita Allah dah decide. Tapi sebab kita tak tahu keputusan kita, maka kita takut, nervous & berharap.

So, yang kita takut tu, risau-risaukan tu, takleh tido malam nak exam tu.. semoga semua itu hanya akan menambahkan perasaan tawakal kita yang melangit tinggi kepada Allah. Moga semua perasaan itu akan memacu ibadah kita, time-time exam ni lagi khusyuk solatnya, lagi lama sujudnya, penuh harapan doanya. If it didn’t work that way, rugilah! Then we miss the whole point of being in the exam season!

Hakikatnya, bukan kerana dapat markah 100% kita dapat pahala. Bukan sebab kita dapat A, maka kita dapat pahala.

Tapi yang Allah kurniakan pahala itu adalah kerana kita bermujahadah, usaha sehabis daya, kerana kita buat yang terbaik! Dalam menunaikan perintahNya.

Yang Allah anugerahkan pahala adalah kerana tawakal kita yang penuh kepadaNya.

Yang dapat pahala adalah kerana solat hajat kita dan doa kita.

Yang Allah nilai adalah sikap kita yang tetap menjaga ukhuwah walaupun tengah stress exam.

Yang Allah sayang adalah orang yang masih itsar walaupun saat dirinya kesempitan.

That’s all exam is about.
May Allah reward.


____________________________________________________

InsyaAllah, do carve these words in our mind..
yang Allah nilai = USAHA, bukan hasilnya.



p/s : bunga itu bunga Taman Tasik Permaisuri.. dan quote itu dari Albert Camus.

Friday, October 15, 2010

change the world

"You can't change the world alone"

A sentence stuck in my head for several days..



Knock knock.



To a loner.



"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berjuang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh."
As-Saff : ayat 4




Aren't you a fighter, dear?

Then, don't be that weak.

Grab a hand,
walk,
hand in hand.

The general rule is,
you always haven't lose yet,
until proven otherwise.

Draw a nice connecting line to those people, love by Allah.

You can choose not to retreat,
and not to punish yourself.
Instead, re-correct.

_________________________________________________________

Sebenarnya, sy takut..
Suatu hari nanti,
sy tk dpt merasa ni'mat "ijlis bina wanu'min saah" mcm2 ni lagi,
kerana pilihan sy sendiri.
=(

Huhu.
Rase nk hempuk je diri sndiri, "fokus!".
Matlamat bahagia tu kat sana, bukan sini.

Wednesday, October 6, 2010

motivasi pagi

Disebabkan pagi ni sunyi sepi, sambil mengadap buku dan letak tangan menongkat kepala, sy terasa denyut nadi sendiri.

Hmm.. letak tgn kat dada, rase jantung berdegup.
Ambik stetoskop letak kat dada, bunyi lub dub lub dub.
Hmm.. dah lame jantung ni berdegup.

"A fetal heart start beating at day 22 after conception(sperm meet ovum), which is about 5 weeks of POA"

Sejak sebulan+ dlm kandungan, berdegup, sampai sekarang, 21 tahun hidup.
Setiap minit berdegup sebanyak 60-100 kali.
Sudah berapa minit kita hidup?
Dan selama itu, selama berjuta2 degup itu,
jantung kita tak pernah berhenti, walau untuk sesaat pun.
Tak pernah minta cuti.

MasyaAllah.

Kalau berhenti, kita dah mati.

Hebat kan kecekalan jantung, dan kepatuhan dan ketanggungjawaban jantung.
Tugas dia membekalkan oksigen dan nutrien ke seluruh badan.
Dan dia telah menjalankan amanah dgn mantap sekali. Perfect.
Patuh dan tunduk pada suruhan Allah.
Tak pernah hilang mood, malas2 dan berhenti rehat dari berdegup menghantar darah keseluruh badan..

Kita manusia,
tugas kita yang dua,
51:56
2:30

Dan kita telah menjalankan amanah dengan sambil lewa sekali. Imperfect.
Malas dan degil..

"Watak nafsu adalah merasa aman, berlengah-lengah, bersuka-suka dan malas. Jika engkau lemah melawannya, lalu mengikuti keinginannya, tentulah dia akan melemparmu ke neraka."
Mukasyafah Al-Qulub : Imam Al-Ghazali

Maka bukanlah pilihan untuk kita menarik diri menjadi khalifah. Kerana kita dicipta untuk menjadi khalifah. Itulah tujuan hidup kita.

Dan bagaimana mahu menjadi khalifah kalau malas mempersiapkan diri dengan ilmu, ilmu, ilmu.
(point sebenar; rajin belajar dan bace buku, jgn lari dr tanggungjawab)

Maka bukan juga pilihan kita untuk berehat dari melakukan ibadah. Kerana kita dicipta untuk taat kepada Allah.

Dan bagaimana mahu menjadi abiid yang baik kalau masih terbelah bahagi untuk taat nafsu atau Allah. Kalau masih berat kaki dan tangan utk sujud dan beramal. Lagi2 saya ni, yang perempuan, kaum paling ramai menghuni neraka T-T
(point sebenar; rajin bgn malam, konsisten tadabur Qur'an, lwn perasaan mls, brenti laghaaa)

Hmm.. sebenarnya utk motivasi diri sendiri yang _____.

Genggam tangan, letak kat dada.
My heart haven't give up beating yet.
So, i should never give up too.
Berusaha!
Semangat!



*sekeh kepala, sebab syok sendiri, haha*
______________________________________________________


Tringat dalam cerita 1 Litre of Tears,
satu scene masa Aya tangkap gamba ngan family, dia letak tangan kat dada,
"I put my hand to my chest
thump, thump
I feel it beating
My heart is beating
I'm so glad!
I am Alive"



=)
______________________________________________________


Untuk posting OnG, sudah hantar case write ups, buku log sudah dievaluate dan selesai short case.
Nothing much left except for, study!
Oh, dan juga ward round setiap pagi di wad merah.

Emm..
Teddy bear di bawah adalah hadiah dr kawan2 'geng meja dinner' masa birthday ke 20 taun.
Dah kotor, jadi sy masuk washing machine.
Tapi tercabut pulak jahitan love kat tgn kiri dia.



Good luck kawan2 tersayang utk final sem1 3rd year ni. Let us do our best.. and help each other kalo hilang2 smangat tu!

Monday, October 4, 2010

tiada motif



Hmmmmm..
_______________________________
(pls read between the lines)
_______________________________



Kucing berkata : Kalau tak cakap, macam mane org nak faham.

Ok.

Tuesday, September 28, 2010

look up!



"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"
Ar-Rahman


Kalo rase down, sy suke tgk langit dan awan2 putihnya yg gebu dan comel.
Sbab luasnya langit tu terasa mcm peringatan,
yg Allah masih membuka luas peluang utk hamba2Nya membaiki kesilapan.
Seteruk mana pun bnde yg jd, space for improvement is still wide open.

Dan kecantikan langit tu membuatkn terasa, sebenarnya tiada suatu pun yg Allah cipta dan atur tu cacat.
Cuma kita saja yg selalu menghodoh + menghuru-harakannya.

Dan terasa masih disayang Allah, kerana masih membri pluang utk mlihat keindahan2 hidup, mcm langit ni.. :').
His love is Huge and Limitless.

Life is beautiful, it's our choice.

and sky <3, ilyvm!

Saturday, September 11, 2010

hemisfera

Another entry of Wani Ardy's in my blog..
No, not her biggest fan. But i like few of her songs.. =)

[Hemisfera]
the unofficial song started at minute 3.26 in the vid

Ku tunggu
ku tunggu
kau muncul

Ku nanti
ku nanti
kau panggil

Ku lelah
satu persatu kalah

Ku cari
hingga letih dan pedih

Oh aku di sini
oh aku di sini
menjejaki mu
hujung ke hujung bumi

Oh aku di sini
oh aku di sini
merenung langit
membisik sendu hati

Kau tunggu
kau tunggu
aku hemisfera mu
separuh jiwa jasad mu

Berhenti
nangisi
yang belum pun terjadi
kan tiba kaulah galaksi.


Hmmm, i'm thinking that waiting sensation is brought by c-fibre from nociceptors.
Haha.
Meaning;
it's painful.
Yet, not acute. It's slow, deep and long lasting.
Meaning again;
all i want to say is,
mmm..
waiting is simply, chronically painful.

On the other hand, faith is something you believe with all your heart eventhough you can't see or feel it.
Therefore, I may say, have faith?

Have faith,
because to be patient is beautiful.
Have faith,
because
"Tuhanmu tidak pernah meninggalkanmu dan tidak pula membencimu.
Dan sungguh, yang akhir itu lebih baik dari permulaan"
Ad-Duha : ayat 3-4


Maka, berhenti tangisi yang belum pun terjadi.

=)



p/s : I love surah Ad-Duha so much for the meaning.. and the story behind it. Of how touching Allah 'pujuk' His beloved messenger Rasulullah s.a.w when he is waiting for wahyu from Allah.

Wednesday, August 25, 2010

of observing delivery

Melihat wanita melahirkan anak, buat pertama kali, sy jd rasa mcm nak pitam. Huhu.
Yg keseterus seterusnya br ok sbab dah biasa.

Hmm.. tadi mata dah terkebil2 tahan air mata. Amat amat amat terharu melihat seorang ibu melahirkan anak dgn susah payah.. Walaupun nurse dah warning awal2, labour room ni cuma utk org tough2. Tahan2 tp menitis juga. Pura2 selsema.

Tgn ibu dipegang erat, dibaca berulang2 "Allahumma yassir, wala tuassir" buat dia. Ya Allah, tolonglah kurangkan kesakitan dia.

Terharu melihat betapa.. betapa banyak susah payah yg dilalui ibu utk melahirkan anak.
Nak menahan contraction tu berjam2. Nak meneran anak tu sepenuh tenaga yang wujud. Sudah melahirkan, terluka + koyak sngt panjang, dijahit pula.

Terharu juga melihat masih ada suami yg disisi membisikkan doa di telinga isteri masa sedang sakit bersalin.

Terharu melihat baby yg terkelip2 mata melihat cerah dunia buat pertama kali.
Gesture2 kecil ni, terasa sangat indah.

MasyaAllah, begitu cantik sekali aturan dan ciptaan Mu.

Ingin saja rasanya memanggil dunia, lihatlah ibu ini melahirkan anak. Baru kamu tahu nilai kamu yang sebenar. Yg jika tanpa ihsanNya, jika ibu itu putus asa awal2 untuk mengerah sepenuh tenaga semasa melahirkan kamu, kamu mungkin tidak berpeluang pun melihat dunia ini.

Ingin saja dipanggil mereka2 yg berzina sesuka nafsu, lihatlah susahnya ibu ini melahirkan anak. Betul kamu mahu separuh mati melahirkan anak yg ayahnya manusia yg merosakkan hidup kamu? Betul kamu mahu memulakan hidup baby suci dan fitrah ni dari kesilapan dan dosa kamu? Adilkah buat dia dicop sepanjang hayat, anak zina?

Dari Abdullah bin Mas’ud katanya, “Aku bertanya kpd Nabi s.a.w tentang amal-amal yg paling utama dan dicintai Allah. Nabi s.a.w menjawab; Pertama shalat pada awal waktu, kedua berbakti kpd kedua orang tua, ketiga jihad di jalan Allah”
[Hadith Riwayat Bukhari & Muslim]


31:14, Kesusahan demi kesusahan. Kemudian disusukan, dijaga penuh kasih sayang pula, walau yang kita lakukan semasa kecil hanyalah menyusahkan ibu, menangis2, meminta2 T-T.

Terlalu besar pengorbanan seorang ibu.
Maka, layaknya, syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
Layaknya, redha Allah itu terletak pada redha ibubapa.







Mama.. thank you for giving birth to me.. :')
Thank you for taking care of me with patient and love.

Tulis kat sini, sbab Nadia tahu mama slalu bc blog ni juga.
I love u, very much!



gambar hiasan - ni Aisyah Hanaan, anak Syafi + Indah ^-^

Sunday, August 15, 2010

once upon a time

10 tahun yang lalu, saat ini, sy berada di satu bumi, kira2 7 jam dari tanah air.
Makkah.

Sedang duduk2 berbumbung langit, di ruang legar hadapan masjid Al-Haram menunggu waktu berbuka.
Kawasan itu sangat luas dan PUTIH.
Sedang melihat kanak2 berkerumun mengejar lelaki yang memikul sekotak laban di bahunya, mengagih-agihkannya kepada mereka.
Comel.
Sy kanak2 juga, tapi sy tak main kejar2 dgn abang tu, sbab sy x suka laban, masam.
Laban adelah susu masam. Semasa zaman sy di sana, kotaknya biru.
Halib barulah susu biasa, kotaknya hijau.

Di sebelah saya ade pasangan tua yang sweet dari Turki share dgn kami roti sedap cicah cheese dan sesuatu yg macam peanut butter.
Di hadapan saya ada family Arab yang kongsi dengan kami secawan kopi.
Tp kopinya pelik, sebab macam ada rasa rempah2.
Di sebelah sana ade pakcik yang mengagih-agihkan kurma kepada tetamu2 masjid.
Di sebelah sana sana ada disediakan nasik Arab terutama kepada jemaah lelaki.

Langit yang terbentang luas di atas, beransur merah.
Cantik.
Kemudian terdengarlah laungan azan yang sangat indah dan bersemangat.

Selang2 solat terawih pergi minum air zam-zam sejuk.
Yang ade di hampir setiap tiang masjid, minum dalam cawan plastik.
"Minum air zam-zam kena berdiri", mereka2 di sana menegur.
Pelik juga, tp sy ikutkan sahaja.

Dimana-mana, orang membaca Qur'an.
Dimana-mana, orang sedang bersedekah, mengagih-agihkan makanan.

Dalam buku umrah masa tu ada tulis, masa pertama kali melihat Kaabah didepan mata, berdoalah, kerana doa itu makbul. Tapi.. mmm, sy sudah lupa apa yg sy doakan ktika itu. Huhu. =)

Hehe. Saje tulis ni.
Sbab rindu mahu berRamadhan di sana lagi =)



Kepada bakal suami yg tak tau pun sape sebnanye, nanti kte pergi sane lagi same2 eh.
Haha.
*dush, kene flying kick from nowhere*

Saturday, August 14, 2010

19

Bismillah..

Hadith 19 dari Hadith 40

Pada riwayat selain Tirmizi, ada disebut,
"Peliharalah Allah, nescaya kamu dapati Allah dihadapanmu.
Kenallah Allah pada masa lapang, nescaya Dia mengenal kamu pada masa susah.
Dan ketahuilah! Sesungguhnya apa-apa yang ditakdirkan bukan untuk kamu, tidak akan datang kepada kamu.
Tetapi apa yang ditakdirkan untuk kamu, tidak akan tersalah ditakdirkan kepada kamu.
Dan ketahuilah! Sesungguhnya kemenangan itu adalah bersama kesabaran.
Dan sesungguhnya kelapangan itu bersama kesusahan.
Dan sesungguhnya beserta susah itu, ada kesenangan."

Inna maal usri yusra.

Believe.

Sunday, August 8, 2010

ahlan wasahlan



CAN be republish, print or upload anywhere.

Spread salam Ramadhan~

Tuesday, August 3, 2010

10


image credit to hikari

"Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu."

suke ^-^

Let's keep bergerak!

Sunday, August 1, 2010

adaptation

Hmm.. >_<

Sy yg bernama Nadiah ini sedang berlari2an utk catch up beberapa perkara :
1) Kehidupan sebagai clinical student yg menggunakan banyak bulk energy serta muscle of feet utk berjalan ke sana ke mari.
2) Kehidupan berorganisasi setelah setahun sy menjadi dormant dan bebahagia2 di Plaza Rah tanpa mempedulikan aktiviti kolej.
3) Kehidupan berusrah dimana setelah sekian lama 'menerima' dari kakak2 + makcik2 naqibah, kini tiba masanya utk belajar 'memberi' dan menyampaikan pula ilmu2 yg ada.
4) Kehidupan belajar beramai-ramai dlm study group bila selama ni belajar sendiri2.

Surgery

Tup2, dah minggu akhir posting surgery. Dah 8 minggu berlalu. Surgery sngt best! Hehe. Surgeon dan Dr. majoriti cool2. Dan majoriti juge lelaki.. -_-". Dah jmpe bermcm2 jenis pesakit. Org Islam yg minum arak, ade multiple sexual partner.. hmm.. sekarang di ward sebab complication2 Hep B. Uncle2 n auntie2 Chinese yg susah nak berkomunikasi B.Melayu (tiba2 rase nak sngt blaja bahase Mandarin). Patient yg sngt knowledgeful, faham serba serbi ttg medical2 term.

Kat ward jugak telah menyaksikan berbagai2 ragam manusia. Makcik dan pakcik tua romantik duduk bersila atas katil dlm ward.. si makcik meneman pakcik kat ward. Dalam hati, "alahai, comelnye.."
Makcik yg tak abes2 kalo bejumpe, "Hah, ni anak pakcik Daud dtg..". Muka sy same ngan muka ank sedare die..
Makcik yg kongsi tido same2 atas katil ward dgn anak yg teman die..

Satu je yang tak berapa seronok, case write up.. Selagi tak siap selagi tu rase tak tenang. Huhu.

Of a piece of heart, charcoal and candle.

Program Mabit anjuran surau yg telah berjaya membuatkan mata sy keesokan paginya bengkak macam kene sengat lebah. Menangis sampai pening kepala..

Huu.. sngt sedih. Teringat masa fasi suruh conteng kertas cantik, bersih dan suci, berbentuk hati tu dengan arang. "Wahai sahabat.. ni lah hati kita yang asalnya fitrah, bersih, terpelihara. Namun apa yg kita lakukan, kita hitamkan ia dengan dosa dgn tangan kita sendiri. Dari setitik ke segaris, akhirnya ia hitam legam. Tapi kita biasa sahaja, tak rasa apa2" Hati itu sudah hampir2 necrosis dibuat kita. Tak sanggup rasanya mahu menconteng lebih2. Hodoh. Sngt hodoh. Nanti bawak hati yg hitam legam itu menghadap Tuhan. Huhu. Tuhan akan pandangkah? Tuhan akan terimakah?

Bila direject hati itu dari kategori layak masuk syurga, maka menujulah ia ke satu-satunya lagi tempat yang ada di akhirat.. neraka.

Fasi letak lilin atas tapak tangan. Lilin kecil, tapi rasakan perlahan-lahan ia terbakar. Rasakan lilin panas itu menitik di atas tangan.. =(. Lilin sebesar itu pun terasa panas. Apatah lagi api neraka yg warnanya hitam legam.
Yang setelah habis mati kita dibakar, kita dihidupkan kembali, bersama semua saraf2 deria supaya derita panas membakar, menggelupas kulit itu kita rasakan berkali-kali.. Nauzubillah.
Ke mana lagi kita mahu lari ketika itu? Tiada tempat.

Sedih.. T-T
Demi Allah, sy tidak mampu menghadapi api neraka itu.
Tapi,
banyaknya dosa,
banyaknya dosa,
banyaknya dosa..
yang selama ni telah sy himpunkan.

"Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan seberat zarah sekalipun, nescaya dia akan melihat balasannya"
Az-Zilzal : 8


Hmm.. lain kali bila mahu berdosa, nampaknya kena amek lighter, cuba bakar tangan dulu. Kalau rase boleh tahan, baru boleh teruskan.

Satu lantunan iman yg kuat. Moga ia dapat rebounce dgn tinggi dan kekal tinggi utk satu jangka masa yang lama.
Al-iman yazid wa yanqus.. iman itu bertambah dan menurun.
Yazid bitto'ah wa yanqus bil ma'siyat.. bertambah dgn ketaatan, dan menurun dengan ma'siat.

Bila berdoa, jangan hanya memohon ditunaikan permintaan2, tapi berdoalah agar dihapuskan dosa.. diterima taubat2.

Lepas ni bolehlah kita rendam hati sekejap dalam detergen pengisian dan ilmu2..
Lalu disental sungguh2 kesan degil dosa, dengan berus taubat..

Sekian sahaja.

Saturday, July 17, 2010

raining

It's late.
It's raining outside.

So does in my heart.

Dear Allah,
jagakan hati2 kami.

Apa pun pilihan, ada yang akan terluka.
Maka dipohon, balutkan hati yg luka itu dgn cintaMu.
Dipohon dgn sesungguh-sungguhnya.. ='(

Sunday, June 27, 2010

sabar

"Dan bersabarlah menunggu ketetapan dari Tuhanmu,
kerana sesungguhnya engkau berada dalam pengawasan Kami,
dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu ketika engkau bangun."

At-Tur : ayat 48


Ayat2 Allah selalu.. mmm..
Selalu boleh dilihat dari sudut yang sangat luas.
Selalu mentrigger aqal untuk berfikir tentang maknanya.
Tersirat dan tersurat.
Selalu sempurna.

Ayat di atas itu buat sy, adalah pemujuk. Supaya selalu bersabar.. menunggu. Mungkin ada yang sudah berlari2 dalam cerah, senyum berwarna bahagia, maka bersabarlah, masa ketetapan Allah itu akan tiba jua.

Bila bangkit dari lena, bila bangun dari jatuh, jangan lupa, Alhamdulillah.

Maka sementara sabar menunggu,
kita tadaruskan Love Letter dari Tuhan banyak2. Supaya kefahaman berakar kukuh. Supaya rindu itu mendekatkan, bukan menyesakkan.

=)
peace, and love

Monday, June 14, 2010

senyuum

random pictures i capture and treasure


made with love, eat with love too;
masa2 terluang bersarapan pancake di rumah.. bulatkan krim, swirlkan madu..


three are hiding underneath;
sekecil2 semut tapi jadi satu nama surah dalam al-Qur'an, an-Naml


"Dan Kami jadikan langit itu sebagai atap terpelihara.."
(Surah al-Anbiya : 32)

i love the sky;
from memorable balcony of Plaza Rah..


home sweetest home, again;
morning sun is shining it's rays to the flowers..



spread your smile.. =);
haha, ni anak murid kat tadika tasnim (mase lpas SPM dulu2), wardah. mesti dah besa skarang

__________________________________________________________

hmm.. it just..

i miss you <3;

Friday, June 11, 2010

saya

Bismillah.

I always have this little wish to peek into my future. Mainly to see in the end, whom will I ended up with and how will my family be built with him. Will we be able to lead each other to jannah? Or will we go astray when hearts become tired of patience and lost without continuous tarbiyah?




Boleh tak nak mengintai.
Sekejap je.

Huhu.. tak boleh.
__________________________________________________________

Untuk diri sendiri,

For life, for now, JUST DO IT, by NIKE.
Redah yg menyesakkan.
Binalah balik semua yg dah runtuh.
No matter how much it takes..
asas binaan tu yg paling penting.
"Kebahagiaan tak dpt dibina atas sampah sarap kemaksiatan"

"Wahai orang2 beriman! Bertakwalah kpd Allah, carilah wasilah (jalan) mendekatkan diri kepadaNya, dan berjihadlah di jalanNya agar kamu beruntung."
Al-Maidah : ayat 35

Carilah jalan yg mendekatkan diri kepadaNya.
Jalan tu sunyi sekalipun,
jalan tu susah sekalipun,
cari dan pilihlah ia.

"... barangsiapa dihinakan Allah, tidak seorang pun yang akan memuliakannya..."
Al-Hajj : ayat 18


Jangan mencari bahagia pada jalan yang salah..
bimbang nanti tidak dipedulikan Allah,
jadi terus terhina dan tidak diselamatkan.
Huhu, mahukah lemas seorang diri?

Jgn give up. Kita tak lemah pun.. selagi kita fikir kita tak lemah.
Fight.

Sincerely, diri sendiri.
__________________________________________________________

Sy ni asyik tulis kat diri sendiri je kan. Inilah namenye sindrom pujuk diri sendiri sbab.. emm.. takde org nk pujukkan. Haha. Poyo je. Tapi btullah sebenarnye..

Kem PPD yg sy baru balik ni bnyk memberi sy pluang utk mereflect diri sndri ttg kesungguhan dan confident level yg tidak menunjukkan peningkatan prestasi yg baik.
Punca, i believe, parallel with iman level. Lagipun sbab taun kebelakangan ni sy bnyk praktis utk menjadi invinsible, lame2 tak bagus juge.. kne balik to asal-mode, mcm sy yg smangat time skolah2 dulu.

Oh ye, posting pertama untuk clinical years, surgery.. =)
I'm imagining OT.. and.. em.. doesn't have much in my mind actually.

Dan Alhamdulillah juge dgn bilik yg sedia ada kat KTDI sekarang ni. Walaupun bentuk L n mcm kecik sket tapi agk berjaya diilusi optikkan nampak besar.. cat bilik! Penaaaaaat sngt, tapi puas hati. Time kaseh kpd Najwa yg meneman sy kehulu hilir carik tikar getah kat Chow Kit n beli cat "Rosy Pink" yg sebnanye cam purple kat Keramat.

Alang2 time kaseh, kene time kaseh gak kat Hajar tlg psgkan lampu bilik sy n angkutkan meja study baru masuk bilik. Hajar adelah housemate baru sy.. Hehe.

Emm.. hari tu first time kreta kena clamp, sbab, parking tnpa sticker kat tmpat tk spatutnya (wlwpun sy tk expectlah smpai kne clamp kete). Ari tu jugak sy ulang alik turun pejabat keselamatan n naik pejabat timbalan dekan utk dptkan cop n trus bli sticker kreta. Now, tkyah dah stiapkali nak masuk, kne bukak tingkap kat jaga, bagik alasan, "Nak hantar barang kat dalam KTDI"

Looking forward to live in KTDI although living in Plaza Rah always remain the best hostel-life ever. Rindu sngt tgk sunrise pagi2 + tgk KLCC malam2 dari balkoni tingkat 19 tu..
__________________________________________________________

Tiba2

Rindu mama di Mekah sana. Bila rasa bahagia sehari, mesti terfikir doa mama lah ni, tgh makbul.
Papa, yg masak kuew teow, mee, nasik goreng paling sedap. Most importantly, his wise words.
Zaid, semoga umrah ni titik tolak utk mnjadi lelaki mantopp di masa hadapan.
Sarah, jaga hati, jaga iman. Usaha maximum. No pain, no gain. You can go somewhere far.. nanti bilo fly oversea.. hehe. Wat comey result, 9A PMR for now~
Hannah, nati balik, kito men badminton lagi. Hehe. Studyy!, biya dpt no. 1. Ngafal qur'an jgop tuh. Mitok mama tlg tny..
Anak2 kucing, semoga membesar dgn aktif.

I love my family soooo much =)

Haha, tadop kijoan.
*Benanyo rindu sungguh :')*


__________________________________________________________

Kepada yg sedang exam, all the best! Berusaha!

Monday, May 31, 2010

menembak doa

Tadi telefon mama.
"Kapal bantuan kene tembak eh?"
"Emm.. tu lah.. sedih sangat mama hari ni"
*diam.. tahan sebak*
*diam juga, amik nafas, air mata jatuh*

Dalam kereta, drive pulang seorang diri dari HUKM, Cheras ke Kampung Baru, setelah seharian di sana menunggu doktor yang sngt sibuk dan tidak dapat berjumpa akhirnya. Kelas ditunda esok ke masa yang belum pasti.. perlu standby di hospital dari pagi.

Dalam kereta, mendengar siaran radio, berita saudara2 saya di sana. Lifeline for Gaza. Terasa amat dekat, sy sebahagian dari mereka.
________________________________________________________

Masih teringat ditakdirkan Allah utk sampai ke konsert amal Lifeline for Gaza Soutul Harakah, Muadz dan band lain, pada 24 Mac lalu dgn hanya 2 keping not duit di dlm dompet. Sekeping RM10 dan sekeping 1000rupiah (simpan dari kunjungan ke Bandung dahulu). RM10 cukup2 utk membeli tiket. Ketika tabung sumbangan dipass2, terasa sedih yang amat, duit sudah tiada langsung dalam dompet. Hari tu sngt padat, tidak sempat ke mana-mana utk mengeluarkan duit sebelum ke sana. Malah rancangan asal mmg dah taknak pergi pun, sbab sngt letih. Kereta sendiri pula rosak lampu hadapan, tak boleh dipandu ke sana. Yg menyebabkan sy sampai jua, adalah K. Ruqayyah. Sebelum itu kami makan2 sambil berusrah buat kali terakhir utk 2nd year. Sebab 3rd year nanti dah pindah ke HUKM. Sudah jarang boleh berjumpa. Ketika hendak pulang Maghrib tu, dengan sesimple perkataan "jomlah pergi", sy pun bersetuju, last minute, redah naik teksi.

Berbalik kpd cerita, lalu, dikeluarkan sahaja not 1000rupiah itu, diletak ke dlm tabung. Itu sahaja yg sy ada. Jika diconvert RM, nilainya cuma kira2 33sen.. T-T. Moga-moga sampai ke sana, walau sekadar buat dibeli roti pemberi tenaga utk kamu2 berjuang sepagi..
_____________________________________________________

Selepas berita, disiarkan pula sajak yang sy boleh tangkap beberapa ayat lebih kurang;

"Kita bersedih kerana gagal peperiksaan,
kita bersedih kerana putus cinta,
kita bersedih kerana perut lapar dan letih,
kita bersedih kerana rindukan pelukan ayah bonda,
kita bersedih dek perilaku manusia,

Tapi mereka, hilang tempat perlindungan,
hilang maruah,
hilang keluarga,
berjuang setiap hari untuk bernyawa,
....

Siapa kita berbanding mereka?"

Tup, kena betul2 ke kepala.
Ayat yang terakhir itu terus menyababkan air mata berderai laju, sambil kereta meluncur di Jalan Tun Razak.. kesat dan keluar lagi..

Ya Allah.. aku patut bersyukur kan?

Sebetulnya hari ini adalah hari yg sngt berat utk sy.
Sy semakin faham diri sendiri. Sesensitif emosi, fizikal sy selalu lemah bersama. Bila depressed, emosi kurang baik, mudahlah jatuh sakit.
Sakit belakang dtg balik sbab jln lebih hari ni. Campur senggugut. Campur emotionally unstable akibat semalam. Depressed dgn diri sendiri yg susah utk m'hadapi kehilangan. Campur hilang selera lead to kurang tenaga. Sarapan cuma 1/2 biji karipap. Letih ulang alik Plaza Rah - HUKM - Plaza Rah - HUKM - Plaza Rah. Menghadapi org2 kurang sabar di jalan raya. Menunggu Dr. seharian di HUKM utk secebis ilmu, tetapi Dr. terlalu sibuk akhirnya, tidak sempat mengajar kami.

Tak apalah.
Ia bukan apa2 berbanding mereka.

Ya, aku patut lebih bersyukur. Sekurang2nya, aku masih boleh memandu kereta. Aku masih ada tempat tinggal. Aku masih bebas menuntut ilmu. Aku masih pelajar perubatan, sedang mempelajari ilmu yang amat berharga untuk menyelamatkan nyawa2 manusia. Aku masih mempunyai ibu dan ayah yang mencintai sy.

Tarik nafas.
Hembus.

Wahai manusia2 yang hatinya diikat dengan tali cinta berpaksikan Iman,
jangan berhenti menghantar bantuan 'senjata' ini buat mereka,
jangan berhenti menembak doa.


Revise Al-Baqarah ayat 154-156.

a nice sharing here, from Hilal Asyraf, do click.

Tuesday, May 25, 2010

compilation post

Macam makin tak konsisten update blog. Ade je sebnanye nak post. Tapi asyik simpan dalam draft. Sume sparuh2, tak tulis habis.
______________________________________________________

post 2/5/10

Cutiii dan balik duduk rumah sendiri AMATlah membahagiakan.

Masak.

http://www.myresipi.com/ telah mengenalkan saya kepada resepi2 yg best.
Sudah masak; Pasta Bake, Yee Mee Sizzling, Choc Puding.
All tested, proven to be nice!
Saya rasa kebahagiaan paling utama memasak ialah bila orang makan masakan kita dengan bersungguh2 dan mintak suruh masak lagi lain kali. Seronok tahu mengenyangkan + membahagiakan manusia2 lain~ Hehe.

Dewasa dan kanak2.

Hmm.. menjadi anak sulung, sy rasa mcm jadi orang tengah dua generasi. Antara mama papa dan adik2 saya. Dengan mak ayah, sy mcm matured sket (ye ke?), selalu je pendapat2 sy ttg adik2 diambil kira. Tolong drive, amik adek2 sekolah, tusyen. Tolong masak, rasa masakan. Dengan adik2 perangai macam kanak2, kdg2 terlebih. Main scooter, badminton, tgk TV, cerita2. Haha. Seronok juga mempelbagaikan watak diri sendiri.

Buku.

Maka itulah kepuasan sebenar cuti. Membaca, mentopup ilmu selain benda2 medic.

post 14/5/10

Malam tadi..
amygdala menguasai mimpi.
Tak lena. Tachycardia.

Pagi tadi..
sujud.. lama.
Sebak.. hina.. teresak2.

RasulMu yang agung itu, bertahajjud sampai lebam kaki.
"Salahkah aku menjadi hambaNya yang bersyukur", katanya.

Aku ini, sombong.
Belum pasti masuk syurga, tapi berapa kali saja bangun,
ketika semua lena..
Sujud menghina diri dihadapanNya.
Memang sombong!

Menjadi student medic benar2 membuat saya berasa rendah diri. Terlalu luas ilmunya. Mengajar sy erti gagal, erti berada di bawah berkali-kali.

post 24/5/10

Sayang sngt, bila manusia tu sedia faham, tetapi jarang sekali diamalkan, tidak dikukuhkan dan disebarkan.

Kecewa sngt, bila manusia tu sedia tahu, confirm berilmu(tk jahil), tapi buat lagi yang Allah larang. Iman, tolak ke tepi dahulu mase tu. Balik rumah, pakai iman balik.. Huhu.

Tak perlu sehingga betudung labuh @ berkopiah utk mengetahui hukum di bwh ini:
Pegang tangan lelaki dan perempuan tak kawen lagi, dengan senang hati, rela dan gembira.

Simple gile.

Berdosa.

Dan gile diambik mudah.

Belum lg masuk, yg amik gamba rapat2, msj peluk cium dan lain2.
Tambah lagi, dijaja cerita kepada kawan2, diletak gambar dalam facebook dsb. Huhu.

Hmm..

"Tiadalah beriman orang yang melakukan zina pada saat dia berbuat zina." (H.R Bukhari dan Muslim)

"Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya ia perbuatan keji dan suatu jln yg buruk"
Al-Isra': ayat 32


Allah suruh jauhkan @ jarakkan diri dari step pertama yang menjadikan kita lebih dekat dgn zina.

td terjumpa page ni.. klik2 ;]
____________________________________________________

Maka tiba2 sy rasa, post2 yg tak dipublish ni boleh menyimpulkan kehidupan saya ketika ini. 3 post, 3 perasaan, 3 situasi yang menjadi pecahan2 major hidup sy.

cerita 2/5 Gembira sngt bila dpt b'sama2 org yg kita syg, dan mereka juga syg kita dgn ikhlas, bukan utk mngharap apa2. Hehe. Sejujurnya, perasaan sngt menghargai mereka timbul bila sy terfikir, macam mane ye bakal keluarga sy sendiri nanti? (ayt poyo je =P) Jadi meng'observe' keluarga sendiri. Kat rumah, bosan2, teman adik sy blajar, main, hafal qur'an, solat jemaah same.. konon2 praktis, ahax, bolehlah~ Suka juga melihat gaya ibubapa sendiri yang kdg2 risaukan adik2, cara mereka berbincang, bekerjasama sesama sendiri dll.. hmm.. =) Nilai yg baik2 nk simpan, proses jd long term memory kat medial temporal lobe.

cerita 14/5 The journey of becoming a doctor for me is not easy. Kdg2 tu rase inferior yang amat. Ditambah dgn beberapa faktor lain, walaupun secara zahirnya sy rase tkdelah nampak stress sngt pun. Tapi, selalu je nightmare, mimpi yg sy tk nak sngt bnde tu jadi. "Ya Allah, jika susah itu yang terbaik utk sy spy lebih dekat dengan cintaMu, maka saya redha. Jika jalan2 di masa hadapan lebih sukar, maka jadikanlah sy kuat." Rasa mcm nak kluarkan hati, merayu "Nah Allah, tolonglah pegang dan jaga hati sy.. Sy selalu tidak menjaganya dgn baik.. dah kotor". Bila hati bersih, barulah ilmu senang masuk.

cerita 24/5 Post tu tanak publish mula2 sbab mcm mrh sngt. Tulis marah2 mcm tu, msj tk sampai kat hati org. Kadang2, bila tgk org yg rapat dgn kita buat sesuatu yang tak elok, perasaan marah tu ter'exagerrate'. Sebab kita syg dia, kita hormat dia. Tapi sy selalu memilih utk diam dr menegur. Krisis berat mulut. Akhirnya memakan diri sendiri. Rasa kalau Allah nak turun bala, sekali dgn sy2 kena sebab tk usaha utk mengubah. Rasa lemah dan berdosa. Dan sebenarnya, takut kata2 sy nanti terjentik ke dahi sendiri. Sejujurnya, jika mempunyai support system yg bagus, rasa mcm nak kahwin je sekarang ni. Hmm.. mcm ada gari kat kaki sy yg menahan dari bebas bergerak lebih dpan dan bersuara. Sebab terang2 Allah kata;

"Wahai org yg beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yg tidak kamu kerjakan? Sngtlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan sesuatu yg tidak kamu kerjakan"
As-Saff : ayat 2-3

Hmmm.. jika nampak sy melakukan mungkar, tarik sy pulang. Sy seperti kamu, mahu juga ke syurga..

Sekian sahaja.
Mintak maap kalau post ni emo2 sket -_-".

peace!

Monday, May 3, 2010

iqra'

Selamat malam Nadiah in the making =D

Sudah lama sebenarnya mahu mengulas buku2 ini.
KLIBF 2010 @ Kuala Lumpur International Book Fair hari tu telah menemukan sy dengan 3 novel.
1) Sinergi - Hilal Asyraf
2) Denyut Kasih Medik - Dr Farhan Hadi
3) Versus - Hlovate

Maka yang novel nombor 2 dan 3 telah selamat dihadiahkan kepada 2 orang yang istimewa. Hehe.

Sinergi.

Ombak dan standing ovation untuk buku ni! *bgn, tp tkbleh buat wave sorang diri. uhu*
Keimanan adalah paksi. Helaian demi helaian novel ni membuatkan saya dengki. Perasaan sngt mahuu untuk membina dan merasai manisnya ukhuwah sebegitu. Betapa sangat 'lillah' nya kasih sesama manusia, maka sabar, maaf dan tidak berputus asa itu menjadi fitrah yang mengalir bersama. Tiada manusia yang dilahirkan jahat. Mereka pasti ada cerita mereka sendiri. Cerita ttg bagaimana untuk sentiasa melihat manusia dari kaca mata cinta kerana Allah.. walau orang itu berusaha menyakiti hati kita sekalipun.

Quote yang paling sy suka dalam novel ni,

Jadilah sebaik-baik pendosa

'Oh pendosa
jangan putus asa
yang berputus asa hanyalah yang
tidak percaya kepadaNya;
Bangkitlah menjadi sebaik-baik pendosa
yang berulang kali bertaubat kepadaNya;
Tiadalah Dia mengira natijah daripadamu
yang Dia inginkan hanyalah usaha,
usaha penuh kesungguhan
dalam penyesalan yang ditolak oleh keimanan'



Owh, tiada love story antara male dan female yang mushy2 dalam cerita ni, which makes this book really likable ^-^. Padat dan sarat dengan pengisian nilai IMAN. Novel Islamik yang sangat berkualiti. Dan penulisnya, seusia saya!
Sy sngt sayangkan buku ni. Jadi simpankan untuk diri sendiri dahulu.

Denyut Kasih Medik.

Yang ini sy tidak berkesempatan baca habis lagi. Belek2 dan rasa sangat mahu dihadiahkan kepada seorang sahabat, maka dahulukan dia. Novel ni sy kategorikan 'MUST have' kepada semua student2 medic. Sangat banyak nilai2 dan fakta di dalamnya tentang realiti seorang doktor dan realiti pesakit khususnya. Lebih kepada feqh medik.. dan feqh cinta yang terselit antaranya.

Beli tahu~
Sama2 tanam semangat untuk jadi dr. dan dai'e yang kuat!

Versus.

Tepuk tangan, well done~
Antara banyak2 novel Hlovate sy pernah baca, maka yang inilah yang plg sy suka. Ia tentang journey. Journey ke satu hidup yang VERSUS dengan hidup sebelumnya. Journey yang sy sendiri dan ramai antara kita pernah rasa bagaimana. Tentang pertanyaan2, tentang sebab dan kekuatan yang perlu dibina.

Quote yg sy paling suka dalam novel ni banyak. Tapi yg paling lekat dalam kepala, penulis ulang beberapa kali,

"Wahai orang2 yg beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan..."
Al-Baqarah : ayat 208

Maksudnya bukan masuk Islam separuh2. Tapi keseluruhan.. sempurna.
Auratnya, akhlaknya dan ibadahnya, semua bukan separuh Islam.

Walaubagaimanapun, endingnya indah.. sngt,
maka sy tidak boleh membaca novel2 seperti ini dalam dose yang berlebihan..
I want to make myself believe that reality is a bit, bitter.
Sungguh, selepasnya, masih banyak USAHA yang perlu dilabur untuk mengekalkan hidayah dan fight against futur.. =)

.............................................................................

Cuti pula telah memberi peluang saya 'mengobek' almari kat rumah. Sy pun baru perasan banyak buku2 kat rumah ni rupenye.. hasil kerajinan ayah sy mengumpul.

Maka sudah habis membaca;

Cinta di rumah Hassan Al-Banna.

Buku ni nipis sahaja. Tapi, membacanya membuat sy berasa lapang hati, perasaan seperti "hmm.. susah, tetapi, tidak mustahil untuk membina keluarga sebegitu dalam zaman ini." Tarbiyah dan da'wah itu sebaiknya pada yang paling dekat dengan kita, keluarga sendiri.

Sneak peek of the book..

[Bagaimana ayah, begitulah anaknya (episod 2)

Seorang lelaki datang menghadap Amirul Mukminin, Umar al-Khattab r.a. Dia melaporkan kepada khalifah mengenai anaknya yang derhaka. Khalifah Umar lantas memanggil anak yg dikatakan derhaka itu dan mengingatkannya terhadap bahaya menderhaka kepada orang tua.
Ketika ditanya sebab dia menderhaka, anak itu mengatakan, "Wahai Amirul Mukminin, tidakkah seorang anak mempunyai hak yg harus ditunaikan oleh org tuanya?"
"Ya," jawab Khalifah.
"Apakah itu?" tanya anak itu.
Khalifah menjawab, "Ayah wajib memilihkan ibu yang baik untuk anak-anaknya, memberikan nama yang baik dan mengajarkan al-Qur'an kepadanya."
Lantas si anak menjawab, "Wahai Amirul Mukminin, tidak ada satu pun daripada 3 perkara itu yang ditunaikan oleh ayahku. Ibuku Majusi, namaku Ja'lan, dan aku tidak pernah diajarkan al-Qur'an"
Lalu Umar Al-Khattab r.a memandang ayah kepada anak itu dan mengatakan, "Engkau dtg mengadukan kederhakaan anakmu, ternyata engkau yg menderhaka kepadanya sebelum dia menerhaka kepadamu. Engkau telah berlaku tidak baik terhadapnya sebelum dia berlaku tidak baik kepada engkau"]


"Dan tanah yg baik, tanaman-tanamannya tumbuh subur dengan izin Allah; dan tanah yg tidak subur, tanaman-tanamannya hanya tumbuh merana. Demikianlah Kami mengulangi tanda2 kebesaran bagi orang2 yang bersyukur"
Al-Aa'raf : ayat 58




yg dibwhnya, beluum habis..

__________________________________________________________

Bacalah, dengan nama Tuhan yang telah menciptakanmu.

Wahyu pertama yang dipilih Allah untuk turun kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Pengajaran pertama, buat bekal kerasulannya.
Pasti ada istimewanya.

Maka, bacalah.
Kerana pena2 yang menulis itu lebih tajam dari mata pedang.
Mampu menusuk ke dalam hati2 orang yang mahu...

...

p/s : cuti will be cut short, Neuroscience oh Neuroscience~
heheh.. tu laa.. krisis perasaan sngt time neuro, sape suruh!

Saturday, April 10, 2010

choice

please3 click the link below =)

the choice is yours
*haha.. dah tuka link, yg ni ade sound.. br prasan youtube dh buang sound effect die.. =(..*

_________________________________________________________

Maka, sementara menunggu buffering video di atas, kite bace dulu.
I stumbled upon this story in facebook.

A boy was born to a couple after eleven years of marriage. They were a loving couple and the boy was the gem of their eyes. When the boy was around two years old, one morning the husband saw a medicine bottle open.

He was late for office so he asked his wife to cap the bottle and keep it in the cupboard. His wife, preoccupied in the kitchen totally forgot the matter.

The boy saw the bottle and playfully went to the bottle fascinated by its colour and drank it all. It happened to be a poisonous medicine meant for adults in small dosages.

When the child collapsed the mother hurried him to the hospital, where he died.
The mother was stunned. She was terrified how to face her husband.

When the distraught father came to the hospital and saw the dead child he looked at his wife and uttered just five words.

QUESTIONS:

1. What were the five words?
2. What is the implication of this story?



Scroll down...



down...



down...



down...



down...



down...



ANSWER :

The husband just said "I am with you Darling"

The husband's totally unexpected reaction is a proactive behavior. The child is dead. He can never be brought back to life. There is no point finding fault with the mother. Besides, if only he had taken time to keep the bottle away, this would not have happened.

No one is to be blamed. She had also lost her only child. What she needed at that moment was consolation and sympathy from the husband.That is what he gave her.
If everyone can look at life with this kind of perspective, there would be much fewer problems in the world.

"A journey of a thousand milesbegins with a single step." Take off all your envies, jealousies, unforgiven, selfishness, and fears. And you will find things are actually not as difficult as you think.

Author Unknown..

MORAL OF THE STORY :
Sometimes we spend time in asking who is responsible or whom to blame, whether in a relationship, in a job or with the people we know. By this way we miss out some warmth in human relationship
.
p/s : sedutan dari sebuah emel.

_________________________________________________________

Belek2 tafsir, terjumpa ini,



"Kemudian dia termasuk orang2 yg beriman, dan saling berpesan utk bersabar dan saling berpesan utk berkasih sayang"
Al-Balad : ayat 17

"Dan barangsiapa mengerjakan amal-amal salih dan dia dlm keadaan beriman, maka dia tidak khuatir akan perlakuan zalim kepadanya, dan tidak pula khuatir akan pengurangan haknya"
Toha : ayat 112


Orang yang beriman,
saling berpesan2 utk bersabar dan berkasih sayang.
Saling berpegang tangan, teguh.
Walau apa pun, tetap saling menyebarkan sayangnya, memaafkan dan bersabar.
Sebab itu foundation nya.
Kerana iman, dia cinta.
Kerana iman, dia tetap bersabar menyebarkan cintaNya.
Dia percaya akan masa depan yang boleh dia corakkan.

Orang yang beriman,
tidak takut dizalimi, tidak takut diambil kembali pinjaman2 Allah terhadap dia (nikmat berjaya, nikmat kaya, nikmat kasih sayang),
sebab dia yakin Allah lebih mengetahui.
Jika betul dianiayai, maka Allah lah penghukum terbaik, bukan dia.
Dan doa orang2 yang dizalimi itu lebih sentiasa di dengarkan Allah, maka dia tidak takut. Dia tidak sedih.

The choice is ours ;)

Salam alayk.

Friday, April 9, 2010

=)

Reaching the 21st milestone of my ages.

Tarik nafas,

Hembus..

Senyum dari tgh malam, sampai pagi, sampai malam kembali.. =)

Terima kasih,
terima kasih,
dan terima kasih semua~


Hari2 terlebih kasih sayang dan bahagia begini cuma sekali setahun.
Ahax. Susah betul -_-".

Sunday, March 21, 2010

final exam

Last exam of pre-clinical years, Insya Allah.
HUKM next sem.




2 more weeks.
ok, go!

insomniac - dark

I watched the Curious Case of Benjamin Button on Astro 411.
After watching it, i get up to get some ice cream in the freezer.
I have backache.. that currently seem to radiate to thigh.
(sy dh makan ubat =))
So i struggle to stand up like an old lady..
Mcm makcik tua2 yg sakit sendi2,
Bangun sambil sebelah tgn kat belakang.. camtu

Then i have a delusion that i'm an old lady trapped in a young body..
For about ten minutes or so, i really believe that i'm much more older than i am..

And 21 doesn't sound young at all.
Not at all.

I see people of my age around.
Soon enough,
from our own blood,
There'll be new life..
innocent arrival of a soul,
will they grow up, just to be like us?

I have felt so many..
I have seen a lot..
I've experience much..
loved, hated
found, left
adored, ignored
wait, being waited
lies, secret.

And this particular dialogue is wandering like a lost bird,
flying inside my mind for a time..

"sy rasa nak mati..
lpas tu, awk rase awk masuk mane?
sy tak tau..
pastu?
masuk kubur..
pastu?
hmm.."
*and tears flow down my cheek,
as i feel like i can't do anything to ease the burden*
Silent.
Deep silent.

Is that life?
Is life that cruel that it punish a person till it feel like wanting to die.
Wasn't it supposed to be IN our hand?
Wasn't it supposed to be our choice?
Wasn't it a place to get prepared..

'Ya Allah! Letakkan dunia ini di tanganku, bukan di hatiku’
doa Rasulullah s.a.w






I have flaws and ugly scars.
And i believe, everybody have them too.
Shown or hidden.
We are never alone.
There are so many people, who live worser life than we do.

fasbir sobron jamiila
be beautifully patient
and to be patient is beautiful, dear

No matter how distant, the bright seem to be,
just DON'T give up yet.
Be strong, cause there'll be more souls
who need our strength and love.
If we didn't have some, how are we going to give to anybody.

Again, i too have flaws and scars.
I have fear.
A fear that i can hide, but my dreams can't.

Nevertheless.. we can choose to stand and fight.

Hmm..
Haven't i say, i love you?

Saturday, March 13, 2010

buku conteng

Contengan2 sy minngu ini.



11 Mac 2010
Forum Paradigma Cinta
DSG KTSN, 8.3o-11.oo malam
by Ustaz Hasrizal (saifulislam.com) + Umi Ros (Raudhatus Sakinah)

two thumbs up~
Mujur tertau psl forum ni.
Sy yg berada di kolej luar sering berasa dianak tirikan.
Ade bnda2 best kat dalam, tak ajakk ponn T-T~


  • Kehidupan kita hanya sementara - tapi kesan perbuatan kita, selama-lamanya! Buat dosa sesaat, dibakar api neraka berjuta-juta saat.

  • Belum pasti kita bakal memegang ijazah. Tapi PASTI, kita semua bakal2 jenazah. Cara mengurus dan memaandu cinta mesti ke arah mati yang pasti itu.

  • Law of attraction - we will attract people of our own kind! Itulah dia sunnatullah. Attoyyibuuna littoyyibaat.. @ An-Nur : ayat 26

  • Dalam krisis rumahtangga, ingat kembali kenangan mula2 bercinta. Kenangan mestilah halal agar indah, jadi base n foundation arah asal rumahtangga. Cth : usaha mencari isteri melalui baitul muslim, melihat bakal isteri pertama kali semasa hari bertunang di rumah ibubapanya.

  • Nikmat dunia analoginya macam sedap sambal sotong. Mula2 makan, sarapan, sedap menjilat jari, dipuji2. Lunch, makan, sedap lagi. Dinner makan, ok lagi. Breakfast esok pagi, makan lagi.. errr. Lunch sambal sotong lagi.. aaaa, dgr sambal pun dah rase muakk. Sekejap je rase nikmat tu. Kejarlah nikmat akhirat, yang kekal indah sampai bila bila bila dan bila.

  • Nikmat dunia yang kita ada mestilah di damping dengan kesungguhan mencari nikmat akhirat.

  • Pepatah Arab "Statiknya air akan merosakkan ia. Statiknya pemuda akan memusnahkan dirinya". Get working!

  • Erti hidup pada memberi. Memberi sentiasa lebih seronok dari menerima. Kesungguhan memberi juga berkadar terus dgn ketinggian iman kita. Kita HAMBA, jika tidak memberi, hidup tak bermakna.

  • Hidup adalah ujian, tempat berpenat lelah mencari redha Allah. Tempat berehat = 6 feet under, di kubur nanti.

  • Hanya golongan muttaqin bercinta sampai syurga! Kita mempunyai tendency yg sngt besar utk bergaduh kerana sangat2 terbeban dgn dosa ketika itu, tension di padang Mahsyar.

  • Melihat krisis2 umat + gejala2 sosial, bukan peranan kita menghukum, itu kerja Allah. Tapi kita perlu menjadi platform, sama2 berganding tgn kembali menghayati Islam, menghidupkan ayat2 Allah.

  • Jadi baik sorang2 = tak BEST. Beranilah mencegah kemungkaran~
________________________________________________________

13 Mac 2010
Daurah KARISMA KL - Wahai Pemuda!
SRI Al-Amin Keramat, 9.oo pagi-2.oo ptg
by Mohd Qayyim Hafizi

jadi driver 2 trip..
dah pandai sikit jalan2 kat Keramat. hehe.

  • Katakanlah, "Aku hendak mengingatkan kepadamu satu hal saja, iaitu agar kamu mencari kebenaran kerana Allah dengan ikhlas, berdua-dua atau sendiri2.. " Surah Saba' - ayat 46.

  • Nak tahu nasib bangsa, lihatlah pada pemudanya.

  • Tanggungjawab kita bukan untuk menjadi baik sorang2. Kalimah syahadah telah mengikatkan kita dengan seluruh saudara seIslam kita. Maka, tanggungjawab kita untuk mengambil berat hal mereka, menyampaikan kpd mereka ajaran Islam sebenar.

  • Kenapa perlu usrah? Kerana usrah merupakan sunnah dan jalan yg dipilih Rasulullah. Contoh sirah, ia merupakan metod da'wah pada peringkat awal, di jalankan di rumah Al-Arqam Abi Al Arqam.

  • Jika kita semakin hampir dengan jalan Rasulullah, Insya Allah, pengakhiran kita turut sama hampir dengan baginda.

  • Hiduplah baik2. Biar bila pada saat2 terakhir hidup kita, kita redha dengan apa yg telah kita lakukan selama ni. No regret.

  • Kita islam. Bukan kita Islam. I huruf besar bermaksud kata nama. i huruf kecil bermaksud kata kerja. Kita bukan hanya bernama Islam, tapi kita bekerja untuk islam.

  • 7 anaktangga yang perlu kita panjat.

  • *hehe.. sebenarnye nak tunjuk anak tangga kat bawah tu. gambar diambil dari hikari* Bermula dari
    1)Individu Muslim
    2)Baitul Muslim
    3)Masyarakat Muslim
    4)Kerajaan Islam
    5)Empayar Islam
    6)Khilafah
    7)Ustaziyatul Alam

  • Kita ibarat cawan plastik kosong. Perlu diisi air. Kalau tak, kita terbang melayang ditiup angin. Dan air, perlu dikongsi dengan cawan kosong yang lain. Jadi kita perlu sentiasa penuh dengan air, melimpah ruah dengan air. Air itu adalah iman dan ilmu kita yang perlu sentiasa dikongsi-kongsi.

  • Islah nafsak, wad'u ghairak, was ta'inu billah (perbaiki diri kamu, ajaklah yang lain, dan mintalah pertolongan Allah)

_________________________________________________________

Nota2 di atas boleh dikupas dengan lebih mendalam, meluas dan sebagainya. Tapi sy rase cam.. emm.. bnyk sngt lak nak tulis nanti. Heheh. Jadi buat point form je la utk yang ini. Harap bermanfaat buat semua.

Secara peribadi, bagi sy, cinta itu suatu kuasa. Power. Yang boleh membuat manusia memberi. Yang boleh membuat manusia berkorban. Yang boleh membuat manusia senang taat.

Dan bak kate atuk spiderman, "power comes with responsibility". Responsibility apa? Itulah saling berpegangan tangan berjalan menuju syurga. Bila seorang terjatuh @ tersasar, seorang lagi akan menariknya untuk bangun kembali.

Mari menjadi pejuang cinta.. ^-^

cinta


“Sebab yang rapuh, tak akan mampu membuatkan cinta kita utuh.
Sebab yang lemah, tak akan mampu membuatkan cinta kita gagah.
Sebab yang main-main, tak akan mampu membuatkan cinta kita bertahan hingga ke syurga Rabbul ‘Alamin”


Nadiah likes this!

Monday, March 1, 2010

mrs. future



Sy mintak maaf kalau post2 kebelakangan ni sume tak sronok. Gloomy2.
Dengan Neuro yang aaaaaaaa dan krisis perasaan yang uhhhuuuuu.

Skarang ni terasa sangat ingin berada di atas bukit, yang ada satu pokok besar.
Berguling2 atas padang rumput, rasa angin bertiup lembut2.
Menghadap biru langit, tengok awan, bernafas bebas..

*Dush* kene sekeh kepala.
Kembali ke dunia realiti -_-"
__________________________________________________________

Dear Mrs Nadiah in the future..
I always hope you to be bright and strong..

I am sorry if whatever wrong i've done at this moment
would still be haunting in your dreams..
and worse, u're facing all the consequences..

And I hope everything good done at this moment
would always continues,
and grow and bear fruits for you there..
and with the fruits you give them to everyone else..

Dear Mrs Nadiah in the future
whatever makes you sad there, please know you've been worse before,
whatever makes you feel good there, please never forget to be thankful,

Dear Mrs Nadiah in the future..
I am here, every second worrying about you..

Dear Mrs Nadiah in the future..
I am all shattered and broken at the moment..
Please be beautiful when I finally arrive there..

If you can't be lovely, then I hope I'm already packing enough pretty strengths to be worn when I finally arrive there.

-Ms Nadiah, present-
__________________________________________________________

Abdullah Ibn Mas'ud ada berkata:


Orang-orang mu'min, melihat dosa-dosanya, seperti ia sedang berada di kaki gunung. Ia sangat khuatir kalau-kalau gunung itu akan jatuh menghempapnya.

Manakala ahli maksiat, ia memandang dosa-dosanya seperti menghalau lalat di hujung hidungnya.


Kita, yang mana?

Huhu. Sy sngt takut dosa2 sy yang sekarang ni, akan menimbulkan banyak komplikasi2 di masa hadapan. Walau bukan kpd sy, tp mungkin juga kpd generasi2 sy yang seterusnya.
__________________________________________________________

Hmm.. pernah tak sy cakap sy sngt sayangkan usrah saya?

Kalau belum,
maka sy ingin katakan, sy SANGAT sayangkan 'usrah'(family) sy di Kelantan sana.
Sy juga sangaat cintakan usrah-usrah sy disini, di bumi UKM KL ni.

Sy seronok melihat mata2 yang teruja mendengar mutiara2 kata dari kakak2, makcik2 naqibah.
Sy suka berada dalam bulatan itu, bulatan yang membuat sy selalu percaya, masih ramai yang mahu betul2 belajar dan berusaha memperbaiki diri.
Masih ramai yang bersemangat mahu mencorakkan hidup mereka dengan warna2 Islami.
Terharu bila sama2 menangis keinsafan.
Sy suka berada dalam kalangan mereka, yang membuat sy rasa tidak bersendiri, yang banyak memberi sy kekuatan.
Seronok kerana diberi peluang dipertemukan Allah dengan ramai hamba2Nya yang hebat.
__________________________________________________________

Cerita pasal usrah, hmm.. masa zaman2 MRSM dulu, muka sy ni, adelah muka yang salu nampak duk bawah katil, ponteng prep n ponteng usrah. Padahal BADAR kot. Haha. Kami suka 'netok' beramai2 sebilik. Bila warden cek, ade yg nyorok lam bilik air, ade dalam almari. Sy salu pilih bwh katil. Yang paling penting 'tksei berigak', kena tutup kipas + lampu lah. Diaaam2 tu dlm bilik. Kami mmg hebat, tak pernah terkantoi.

Nape sy tak ske pegi usrah mase tu, ntah la. Suka kot rebel2 nih. Jiwa remaja kan, suka memberontak, wa3. Lagipun cam pengisian salu rase takde yang best2 bila kawan2 pompuan sebatch jugak yg bagi. Tak suka sbab rase mereka mcm hipokrit. Begitulah kot pemikiran sy mase tu. Tp bukannya sy berusaha nak menjadikan keadaan lebeh baik ke ape, sy yg join ponteng beramai2. Hmm.. Mase zaman skolah rndah + menengah rndh dulu2, Muallimah2 yg selalunye jadik naqibah usrah. Jadi salu dgr cite best2. Kat MRSM ni, rase cam hambar je, kecuali la kalo ade Ustazah mane2 ke turun wat pengisian.

2 taun kat MRSM tinggal usrah, kesannya sngt ketara lah, terutama dari segi pakaian. Siap kene tegur ngan budak skolah lame. Bile kene tegur, emosi tak stabil, sampai driving terlanggar dinding tadika orang.. dahsyat tak dahsyat (mase tu br dpt lesen P). Baru 2 taun, tpi cultural shock punye pasal, abes jadi huru hara. Walaupun secara luarannya nampak cemerlang dgn result, tapi ruh rase amat kosong.

Bila benda tu dah takde, baru la rase kehilangan n kekosongan. Alhamdulillah kat sini Allah tunjuk jalan balik. Tinggal lagi sy nak jalan ke tak, and no turning back. Aaa.. gitulah citenye.

Sekian sahaja kali ini. Harap maaf diatas kekucar-kaciran jalan ceritanya.

Salam alayk.

Psstt : Kepada sape2 yang kwn2 medic UKM sy, yg takde usrah, tapi btol2 rase cam nak join, meh la meh.. sngt la dijemput dgn berbesar hatinya ^-^~


gamba bunge ni amek mase riadah seharian kat Bukit Cerakah, Shah Alam, Jumaat lepas. sngt best!

Monday, February 22, 2010

maaf

Banyak nak cerita sebenarnye.

Apepun, kesimpulannya, adalah ayat ini (tak cerita lagi dah kesimpulan. hue2)



"Iaitu orang yang berinfak, baik di waktu lapang maupun sempit,
dan orang2 yang menahan amarahnya
dan memaafkan kesalahan orang lain.
Dan Allah mencintai orang2 yang berbuat kebaikan.

Dan juga orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri,

segera dia mengingati Allah,
lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya,
dan siapa lagi dapat mengampuni dosa-dosa selain Allah?
Dan mereka tidak meneruskan dosa itu sedang mereka mengetahui.

Balasan bagi mereka ialah ampunan dari Tuhan
dan syurga2 yang mengalir dibawahnya sungai-sungai,
mereka kekal di dalamnya.
Dan itulah sebaik-baik pahala bagi orang2 yang beramal."

Ali Imran: ayat 134-136
Sesungguhnya kita adalah manusia. Dan manusia, pastilah ada salahnya. Kita melukakan hati orang lain @ orang lain melukakan hati kita. Superficial wound, cepat sembuh. Deep wound, boleh mengambil masa yang lama untuk pulih sepenuhnya. Tak dijaga dengan rapi semasa proses penyembuhan, deep wound boleh mendapat complication seperti infection pula, sehingga boleh membawa maut kepada pesakit.

Sebenarnya analoginya macam ni. Apebila sudah tersangat sedih dan kecewa, manusia mudah terdedah kepada satu complication. Berputus asa. Bila manusia berhenti berusaha, maka mereka akan terus dan terus dalam keadaan yang sama. Berasa tiada harapan. Sedangkan terang2 Allah berkata,




"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri"

Ar-Ra'd: ayat 11


Berputus asa dari rahmat Allah itu salah satu dari dosa besar. Maka, sesukar mana, teruskan hidup dgn bersemangat!

Ada 3 point penting dalam ayat surah Ali-Imran tadi:
1. Berinfak walaupun pada waktu sukar. Bak tulisan dalam Saifulislam.com, "erti hidup pada memberi"
2. Menahan marah.
3. Memaafkan kesalahan orang lain.


Allah CINTA orang2 yang begini.
Apa lagi yang lebih penting dari cinta Allah? Tiada.

Kita selalu menzalimi diri sendiri. Menghukum diri sendiri, lalu berhenti berusaha menjadi baik. Cth ayat menghukum diri sendiri "Sy mmg jahat, biar je la sy macam ni"
Segeralah, segeralah kita bertaubat. Dan menggegam azam sekuat2nya tidak mahu terjatuh dalam jurang dosa lagi.

Apa balasannya segera beraubat?
1. Ampunan dari Allah.
2. SYURGA. Ya, syurga, nikmat paling besar untuk manusia bertaraf hamba seperti kita.


Betapa penyayang & pemaafnya Allah. Sudahlah kita ini lalai, sering meninggalkan perintahNya, bukan sahaja diampunkan, malahan diberi syurga pula bila sudah bertaubat. Itu Tuhan. Sedang kita hamba. Siapa kita untuk tidak memaafkan orang lain.. kan.

Maka kata2 akhir untuk diri sendiri,
forgive people, life goes on and never give up.
________________________________________________________

Sesungguhnya manusia yang dapat merasa manisnya iman ada 3:
1. Orang yang mencintai Allah dan RasulNya lebih dari selainnya.
2. Orang yang mencintai manusia lain semata-mata kerana Allah.
3. Orang yang membenci kekufuran sesudah Allah menyelamatkan dia dari kekufuran itu.

Sempena birthday Rasulullah s.a.w kecintaan kita, beberapa hari lagi =),



Semoga cinta kita kepada baginda tidak pernah luntur,
walau dipisah masa lebih 1400 tahun,
walau cinta kita tidak pernah sehebat cinta baginda kepada kita.
Pertahankan cinta itu..

Thursday, February 11, 2010

battle

I don't really know how to begin this entry with.
I've written a poem, but, i think it just too melancholic, distressing and shouldn't be put in this post.

I am now arriving to the end of 3rd week of Neuroscience module.
And yes, all the rumors of how complex it is to understand and remember all the things, are TRUE.
To make it simple, Neuroscience is about human internal wiring, the nerves pathway, together with it's main controller, the brain and it's accessories.
Honestly, Neuroscience is VERY3 interesting! I am soo much in love with this subject.

The only thing I hate, is myself, because I've been spending the last few days or maybe weeks not studying more than a page of anatomy @ physiology at all. Lecture notes are piling and piling. I'm not behaving as a good girl. Because, good girl, study (suka2 hati reka peribahasa). I'm not in the mood. Lost my semangat somewhere, i don't know how to find it back.

There are few personal emotional issues recently, that had been bothering. Am trying really hard to deal with it.
I need to constantly distract myself.. or I end up being involuntarily dull and sad of myself since the moment I wake up till the day end.
As soon as I overpass the treshold, then everything will be fine again, InsyaAllah.
Don't think too much, don't think too much, don't think too much.
It's a psychological trick, maybe. Keep pretending to be ok until you finally trick yourself and forget you're pretending.

But then, I have a tendency to sleep a lot when I'm stressful. It's again, maybe due to years of practising, that whenever I have lots of problem, I sleep. Then when I wake up, I'll forget and can live normally again. Therefore, this week, I sleep a lot in lecture halls too. huhu.

Hmm.. Adulthood teach me to keep a lot of feelings inside. Children maybe shows a lot of emotions. But proper adult, i think, are the one who have good cooperation with emotions.

Yang sakit, tahankan, biar berparut.
Yang pahit, telankan, biar jadi ubat.
Itu semua guru, mengajar subjek 'pengalaman'.
Itu semua peringatan, sayap kekuatan.

---------------------------------------------------------------------------------

Battle.

This evening, when I was wandering around from blogs to blogs (in an effort to distract myself), I found this.. not the primrose path
For those who feel as helpless as me right now,
then I suppose, do click, and read from the beginning.

We should all learn to appreciate TIME better.
Our healthy time, before we became sick.
Our relax time, before it get contracted.. (huhu, mase get confused with muscle)

I want to be grateful.
I want to always remember to be grateful.
I want to, not to forget to be grateful.

I also want to battle.. against my own 'tumor'..
I hate to be as weak as me right now.

Tuesday, February 2, 2010

orang kecil

tersungkur bangun lagi..


Ya Allah,
Terima kasih untuk hadiahMu itu.

Air mata sy tiba2 menitis, terharu.
Dalam huru hara perasaan, terliang liuk ditiup angin,
Allah tak pernah sesaat pun lupakan hambaNya yang 'kecil' ini.

Sekecil2 hadiah,
tp cukup untuk 'orang kecil' seperti saya,
merasa sesudu cinta, dariNya.
Yang Allah itu, tidak pernah tidak sayangkan saya.

Saya mahu berusaha dan berusaha dan berusaha!

Dan bersyukur, apa adanya, setidak sempurna mana pun.
Terima kasih.. sy sudah cukup bahagia =')

Thursday, January 28, 2010

...

siapa yg mampu mencapai mahumu?
bilamana kau juga seorang manusia.

Tuesday, January 19, 2010

putrajaya weekend



kids = lovely!




notice a kid? sebenanye ini adalah percubaan kali keberapa ntah utk shoot supaya kanak2 itu berada di tgh2 gamba. tapi sy gagal, kerana dia berlari kesana kemari dgn sngt laju. huhu.



Went to Masjid Putra last weekend to attend a program called SKEMA. But of course, it was not as skema as it sound. Haha. It was GREAT and motivating. My actual intention of this post is to write about the program.

Tapi, tibe2 tak tau nak tulis start dari mane.
Jadi, tulis kesimpulan je lah, ape yang sngt terkesan kpd sy:

1) Kita mesti belajar bersungguh2 supaya dapat menjaga penjuru2 Islam dari semua sudut. Tidak boleh berterusan menjadi umat yang tertindas. Kita mesti berusaha mengembalikan kegemilangan Islam.. membangunkan kembali Khilafah Islamiyah yang pernah wujud, tetapi runtuh akhirnya di Turki pada tahun 1924.

2) Belajar bersungguh2 memerlukan pengorbanan yang sngt besar.. dan disiplin. Penceramah tu crite pengalaman sendiri mase di universiti, hari2 bangun kul 4 pagi. Buat qiyam dulu, pastu terus sambung study. Siang pegi kuliah. Malam, dari waktu maghrib, jemaah kat masjid @ pegi usrah. Pastu buat keje part time kul 10 mlm kat restoran, amik upah cuci pinggan sbab dia datang dari keluarga yang susah. Balik hostel dah dkat kul 12. Akhirnya, dia grad sebagai pelajar 1st class honour degree.

Antara motivasi yang utama untuk dpt result tinggi, adelah supaya Islam dipandang mulia. Kalau bukan kita yang menaekkan nama agama sendiri, sape lagi kan kan. Kene aim high, supaya usaha is higher.

3) Buat semua benda dalam kehidupan dengan bersemangat dan IKHLAS! Ikhlas perlu dijaga, supaya tanaman amalan dan usaha kita di dunia tidak sia2, dan dapat dituai hasilnya di akhirat kelak. Tanam3~.

4) Yang paling penting skali antara semua, adelah ILMU.
Rasulullah bersabda, "Sesiapa yang mahukan kecemerlangan dunia hendaklah dengan ilmu, sesiapa yang mahukan kecemerlangan akhirat hendaklah dengan ilmu, sesiapa yang inginkan kedua-duanya sekali hendaklah dengan ilmu."

Apelah erti kita cemerlang dunia,
tapi.. ilmu akhirat sikit, tak bekembang2 sejak abis zaman sekolah.

Balance, that's what we need.
_______________________________________________________

GIT and endocrine modules were already over.

What can i say,
endocrine is a happy module.. =)
I likeee.

Sekian saje.
Time kaseh kerana membaca sampai habess.. hehe

Salam alayk.