Tuesday, August 23, 2011

duduk

Duduk di belakang.

Perhati mereka khusyuk mendengar.
Mereka2 yg solehah tu, cantik sangat bukan?

Suatu masa dahulu, ini mungkin bukan tempat biasa kita.
Tapi Allah tunjukkan jalan.

Satu masa dahulu, ini bukan cara pakaian kita.
Tapi Allah bagi kekuatan.

Satu masa dahulu, kita masih ignorance.
Tapi sekarang, kamu yang sudah jauh mengorak langkah, lebih dari saya.

Dengar cerita mereka yg Allah pilih utk diberi rasa, disuluh hidayah.

Rasa terharu =)

Lihat mereka mampu habiskan 30juz Qur'an, sdgkan sama2 belajar medic juga.
Lihat mereka mampu siapkan nota & urusan2, sdgkan sama2 puasa & terawih juga.

Lihat mereka mampu lantang menyampaikan dengan ilmu & hikmah.
Lihat mereka mampu cemerlang di kaca mata manusia & Allah.
Lihat mereka mampu jadi inspirasi orang di sekeliling mereka.

Rasa rendah...

Tarik nafas dalam.
Hembus perlahan.


Saya pun mahu jadi seperti orang2 hebat itu.

Sangat2.
_____________________________________________________

[ijlis bina, wa nu'min sa-ah]

Iman, apa khabar kamu?
Lemas?

Friday, August 12, 2011

edisi terlambat ;)

[Ramadhan dan doa]

Adaptasi dari tazkirah papa, 4 Ramadhan.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka iaitu
doa seorang yang berpuasa hingga ia berbuka,
doa pemimpin yang adil,
dan doa orang yang dizalimi.
Doa2 mereka itu diangkat Allah ke atas awan, lalu dibuka pintu2 langit.
Allah s.w.t akan berfirman:
Demi kemuliaanku, Aku akan menolongmu"

(Riwayat al-Tirmizi dan Ibn Majah)


Waah.. tidak akan ditolak?

Rugi kan kalau kita mempersiakan tawaran hebat ni~

Maka berdoalah wahai orang2 yang berpuasa..
Berdoa dengan penuh khouf wa roja'.

Dari 'Aisyah r.a. katanya:
Saya pernah bertanya dengan berkata:
"Ya Rasulullah, Bagaimana kiranya saya mengetahui akan malam Lailatulqadar itu dengan tepat,
apa yang perlu saya doakan pada saat itu?"
Baginda menjawab: Berdoalah dengan doa yang berikut:


"Ya Allah, sesungguhnya Engkau maha pengampun, maha mulia, Engkau cintakan ampunan, oleh itu ampunkanlah diri ini"

(Hadith Sahih - Riwayat Tirmizi)


Hmm..
Dengan rendah dirinya, mari memohon agar Allah menerima usaha kerdil kita menyucikan hati dari noda2 jahiliyyah.
Diampunkan dosa2 yang kita kumpulkan sejak sekian lama.

Dosa2 tidak melakukan kebaikan bila mampu.
Dosa2 tidak mampu meninggalkan perkara berdosa.
Dosa2 lemah mengatasi kelemahan diri sendiri.
T-T

________________________________________________________

[Ramadhan dan memori]

Tahun lepas Ramadhan masa posting paling busy dalam dunia, O&G.. spesifiknya, wad merah.
Hmm.. hehe.
Masih segar dlm ingtn balik dari oncall jalan sorang2 awal pagi melalui hospital & hostel yg sunyi dikala semua nyenyak tidur.
Makan sahur, tido kejap, dan perlu pergi wad semula sebelum pukul 7 pagi setiap hari utk ward round.
Bersedia mental fizikal, me’numb’ kan perasaan spy tidak terlalu terasa bila dimarah doktor2 masa present case dan teaching.
Badan pun dah sekerempeng mcm skeleton sbab bnyk turun berat.

Masa tu baru faham betapa rehat + tidur tu merupakan nikmat Allah yg sangat besar.
__________________________________________________________

[Ramadhan dan saya]

Tahun ni buat pertama kali ada orang wish happy birthday utk tahun hijrah sy.
Saya dilahirkan pada 2 Ramadhan.. =)
Makanya, sy sudah 23 tahun mengikut umur hijrahnya.
Wah, sudah tua, dah boleh kawen.
Eh. Haha.

Tahun ini, sempat berawal ramadhan di rumah.
Setiap hari, kami sekeluarga buat tadarus, lepas jemaah Maghrib @ Asar (weekend).
Papa kata, tahun ni kita buat lain sikit.
Berlumba2 menghabiskan Qur'an tapi tidak faham maknanya pun, kurang memberi kesan kpd jiwa juga.
Jadi duduk dlm bulatan, baca 10 ayat sorang dgn maknanya.
Lepas tu buat lontaran idea @ kupasan sikit2.
I enjoyed it.
Lagi2 bila ayat tu betul2 mengetuk jiwa.

Lepas tu balik kolej.

Tahun ni Ramadhan masa posting ENT pula.
Sudah 4 hari.
Dan,
i think i like ENT.. a lot =)
Jadual packed, tapi, doktor2 dia best2.
Suka mengajar dan baik2.

Hmm.. Ramadhan tahun ini mungkin yg paling bermakna + signifikan utk sy =)
Ke arah transformasi + misi 2013!

Wednesday, August 10, 2011

salam Ramadhan~

Ramadhan Kareem..

Ramadhan Mubarak!

=)

Cuma mahu berkongsi movie yg superb di bwh ini..



Made me smile.
Made me shed tears.

Hmm, sekarang boleh tulis matlamat masa depan.

"Kira2 20 tahun dari sekarang, InsyaAllah sekurang-kurangnya seorang anak saya, hafiz."

Amin.