Friday, August 24, 2012

chapter 1 (it begin)

-this is a scheduled post, written on the early phase during my engagement period 

Bismillah.

Ditulis kisah ini;
buat kenangan manis, sebagaimana ia bermula dengan indah, mari berusaha agar ia dapat berakhir dengan indah juga, di syurga.
Pada turun naiknya iman, mari terus melazimi amal, ketika suatu masa kita pernah sujud penuh harap, tersendu menangis, berdoa dituliskan masa depan yang terbaik dari Dia.
Dalam saat getir ujian masa hadapan, mari kembali kepada titik mula semuanya, ketika kita memasakkan niat yang kukuh mahu mencari redha Allah bersama-sama.

Buat anak-anak(InsyaAllah), this is how i met your mother father.
:)





Chapter 1: The Proposal 

Prolog

Saya selalu percaya bahawa jodoh adalah;

The right person,
who come at the right time,
in the right way.

Hubungan kami bermula dgn senang.
Dipermudahkan oleh Allah, Alhamdulillah.


Garis mula

Nisfu syaa'ban, 1432H
9.00pm

*Truut truut (bunyi telefon)*

M : Hello, assalamualaikum.

N: Waalaikumussalam

M: Nadiah tengah buat apa?

N: Takde papa. Kenapa mama?

M : Mama nk bagitahu sesuatu.. ada akhawat tanya tentang Nadia.
Mm.. ada kawan mama, call mama.

N : Hmmm..? *dgn penuh cuak*

M: She was asking about you regarding his son.
InsyaAllah, mama tgk dia dalam tarbiyah dan sekufu.
Anak dia serahkan urusan jodoh ni dekat umi dia..
and i remember you telling me the same thing, some time ago right?

N : Right.
*pernah berbual-bual tentang isu jodoh dan telah berkata, "senang2, mamalah carikan". tak sangka, mama ingat ayat tu*

M : Jadi dia dah bersetuju, membuat pilihan dan mewakilkan umi dia untuk sampaikan.
Tapi, benda ni mungkin lambat lagi, umi dia pun kata tunggu dia habis belajar dulu.
InsyaAllah, mama harap Nadia boleh terima lah.
He's a good person.. dalam jamaah.
Soal perasaan tu, it can be develop later.

N : Nadia kenal ke dia siapa?

M : Kenal.
Mmm.. cuma, mama belum bagi apa2 jawapan lagi dekat umi dia.
I'm just afraid you have somebody else.. do you?

N : Takde.

M : Baguslah.. Nadia jaga diri, istiqamahkan semua yang baik.
Insya Allah, istikharah.. ok?
For the time being, you don't need to know who is he yet..
dan benda ni rahsia antara kita je sebab tak confirm lagi.
Please don't tell anybody yet..  are you ok with that?

N : Hmm.. ok. Takpe.

M : Ok.. istikharah and pray for His guidance.

N : Ok.

M : Assalamualaikum

N : Waalaikumussalam..

*Tik (bunyi telefon dimatikan)*

Diam.
Kelip mata.
Statik di tepi katil.
Agak blur.

Cuba menghadam realiti.
Betul kah panggilan telefon tadi betul2 terjadi?


Klu-klu

Kalau dibaca kembali perbualan di atas, sepertinya, mak saya sudah awal2 lagi berkenan dengan dia, dibuktikan dengan ayat "mama harap Nadia dapat terima" 
Dia adalah seorang yg saya kenali, anak kawan mama.
Dia belum habis belajar.
Dia panggil ibunya "umi" :)


Maka,

Perasaan saya?
Saat itu terasa, Allah betul2 sudah memakbulkan sebuah doa..
Saya pegang ungkapan, "mama tengok dia dalam tarbiyah(1) dan sekufu(2)"
Bagi saya, sempurna sudah, semua ciri yang saya impikan;
cuma yang dua itu.

Tidak mudah menemukan seorang lelaki yang memahami kepentingan tarbiyah, serta hidup di dalamnya;
apatah lagi sekufu,
seorang yang saya kenali,
dan dipersetujui mak ayah sejak awal-awal lagi.
Dari satu sudut, saya tidak perlu lagi berpeluh sejuk untuk mengutarakan hasrat mahu berkahwin sambil memberikan hujah-hujah kenapa saya sudah boleh berkahwin lalu mengenalkan calon kepada ibu bapa saya.

Allah telah mencampakkan perasaan begitu lapang dada untuk menerima walau siapa pun yg mak sy maksudkan sebenarnya waktu itu (mama belum bagitahu nama)
Saya percayakan persetujuan mama, kerana saya yakin pastilah dia cuma mahukan yang terbaik untuk anaknya. Sebelum ini juga sudah beberapa kali dia pesankan kalau nanti mahu bersuami, pastikan dia ada fikrah.

Hadirnya panggilan telefon itu, betul2 pada waktu yg tepat, buat saya.
Tidak terlalu awal semasa saya masih kurang memahami tuntutan da'wah,
tidak pula terlalu lewat sehingga saya sudah tawar hati untuk bersuamikan seorang yang hidup dalam tarbiyah.
Memang selalu mengimpikan, jika lelaki itu benar2 serius mahukan saya, dia akan segera menyampaikan hasratnya kepada ibubapa, tanpa menggantungkan hubungan kami lama-lama dalam keadaan tidak syar'ie.
Malah sebenarnya, masa muda2 dahulu pernah berimpian juga, mahu kahwin semasa belajar (pengaruh tgk senior2, terutama yang belajar luar negara lah ni =_=).

Seolah-olahnya Allah telah hantarkan bungkusan bernotakan 'wishes granted' betul2 di depan mata, perfectly timed.
Ketika itu saya dalam fasa sangat rapuh (baca: fragile) setelah membuat suatu keputusan yang agak besar.
Terasa seperti anak panah menusuk terus ke dalam hati overworried tentang jodoh selama ini,
"Masihkah kamu tidak yakin dengan perancanganKu?
Masihkan kamu ragu-ragu dengan janjiKu?
Masihkah kamu tidak mempercayai kekuasaanKu?"

*dush* T-T


Dia siapa?

Cuma..
em.. berteka teki jugalah.. dengan klu-klu yang ada,
siapa dia sebenarnya?

Mungkin mama sengaja tidak memberitahu nama pada awalnya kerana semuanya belum pasti,
atau untuk melihat dahulu penerimaan saya, wallahuallam.

Esoknya mama telefon lagi.

M : Nadia nak tahu ke dia siapa?

N : Nak. *mestilaah nak sangat tahu, huhu*

M : Anak makcik Salimah.

N : Abdul Rahman?

M : Mmm

Terhenti bernafas seketika.


Macam mimpi

Dia adalah seorang senior yg sangat saya segani & hormati sejak zaman sekolah lagi.
Saya mengagumi dia dalam banyak perkara.

Walaupun kami memang saling mengenali kerana sama sekolah,
namun kali terakhir kami bertemu mata adalah semasa zaman sekolah SMI Aman dahulu,
iaitu kira-kira 8 tahun yang lepas~
Dah lama.

Dan walaupun kami friend je kat FB sejak muda2 lagi,
tapi tak pernah bertanya khabar,
apatah lagi berbual-bual atau bertegur sapa.

Dengan perasaan masih terawang di awan 9 (cloud 9) tu, satu soalan berlegar dalam fikiran; bagaimana dia boleh tiba-tiba memilih saya untuk dijadikan isteri, peneman dia selama seumur hidup?

Kami dihubungkan dengan bantuan orang tengah yang telah memudahkan banyak urusan kami selepas itu.
Orang tengah tersebut juga lah yang telah menjadi kaunselor, posmen, moderator, serta 'ibu' dan 'guru' kami. Bahasa mudahnya, 'connecting people', tanpa memerlukan kami berhubungan secara direct.
Jasanya terlalu banyak, dan hanya Allah yang dapat membalasnya dengan ganjaran yang lebih baik.

Sefaham saya, cerita ringkas dia begini. Ketika itu, dia memang dalam usaha mencari calon dan telah menyampaikan hasratnya untuk bernikah kepada uminya.
Lalu uminya mengutarakan calon-calon yang dirasakan sesuai dan dengan takdir Allah, nama saya tertulis di antara mereka. Dia telah serba sedikit mendapat maklumat basic tentang saya melalui seseorang yang pada masa itu belum menjadi orang tengah kami lagi.
Maka kisah dari sudut pandang saya, hanya bermula dengan panggilan telefon mama ketika Nisfu Sya'ban itu.


Alhamdulillah, banyak urusan dimudahkan dan kami punya kesamaan yang menyenangkan. Rumah dekat, family kenal, course sama, jamaah yang sama, malah bertarikh lahir hijriyah yang sama iaitu 2 Ramadhan.


Penutup

Saya selalu percaya bahawa jodoh adalah;

The right person,
who come at the right time,
in the right way.

He is; all above.
With Allah's plan, he has all that i ever wish for a husband, and much more.

Minggu2 pun berlalu.
Sya'ban beransur pergi, Ramadhan pula membuka pintu,
terisi sarat dengan istikharah, hajat dan air mata.
Doa-doa tersulam beribu perasaan; bersyukur, gembira, terharu dan kerdil.
"Jika benar kami jodoh yang sudah tertulis di Luh Mahfuz,
maka permudahkanlah urusan kami,
jadikanlah kami saling cenderung & menyenangi antara satu sama lain."


Ramadhan kali itu mendidik diri merasa begitu kecil
berbanding rahmat Allah yang maha luas, tiada garis yang membatasinya.

Terasa betapa hidup kita, Allah yg susun setiap detiknya.
Terasa betapa hati kita, Allah yg pegang, sentiasa dalam genggaman Dia.
Allah lah yang menumbuhkan rasa kasih sayang dan menggerakkan hati siapa sahaja yang dia mahukan dengan mudah.

Hanya dalam tangan Allah lah, kuasa terhadap segala sesuatu.
Nothing is impossible, with Allah's will.

"Peliharalah Allah, nescaya Allah akan memeliharamu.
Peliharalah Allah, nescaya kamu mendapati Allah dihadapanmu.
Apabila kamu meminta, maka mintalah kepada Allah.
Dan apabila kamu memohon pertolongan, pohonlah ia dengan Allah.

Dan ketahuilah!
Seandainya mereka berkumpul untuk memberi kebaikan kepada kamu dengan sesuatu,
tidaklah dapat mereka memberikannya, kecuali dengan suatu yang telah dituliskan oleh Allah atas kamu.
Dan jika mereka berkumpul untuk membahayakan kamu dengan sesuatu,
nescaya tidak dapat mereka membahayakan kecuali dengan suatu yang telah dituliskan oleh Allah atas kamu.
Telah diangkat segala pena dan kering segala lembaran."


Hadith hasan sahih riwayat Tirmizi.

Dalam riwayat selain Tirmizi, ada disebut;

"Peliharalah Allah, nescaya kamu dapati Allah dihadapanmu.
Kenallah Allah pada masa lapang, nescaya Dia mengenal kamu pada masa susah.
Dan ketahuilah!
Sesungguhnya apa-apa yang ditakdirkan bukan untuk kamu, tidak akan datang kepada kamu.
Tetapi apa yang ditakdirkan untuk kamu, tidak akan tersalah ditakdirkan kepada kamu.
Dan ketahuilah!
Sesungguhnya kemenangan itu bersama kesabaran.
Dan sesungguhnya kelapangan itu bersama kesusahan.
Dan sesungguhnya beserta susah itu, ada kesenangan.
"


[Hadith 19 dari 40 - Imam Nawawi]


Alhamdulillah.. untuk semua yg sudah tertulis :')

___________________________________________________________________

p/s :
Terima kasih Allah,
menghantarkan saya, dia.
Terima kasih Allah,
untuk ni'mat meni'mati cinta setelah bernikah.
Sempurna :')


Dearest husband (a.k.a the best thing that ever happen to me),
perhaps, little that you know, that you've turned my life, 180 degree.
InsyaAllah, i'm looking forward to share the future with you,
and serve the best I can, as your wife :)







_________________________________________________________________

Tidak mungkin keluarga bahagia & diredhai Allah, dapat dibina di atas timbunan sampah sarap kemaksiatan.

To be continued..
Chapter 2 : The Engagement

3 comments:

  1. subhanallah, may ALLAH bless

    ReplyDelete
  2. subhanallah..
    terima kasih krn berkongsi kisah =)

    sy tersenyum spt biasa ats kebahagiaan yg ALLAH kurniakan utk sahabat sy yg sorang ni.

    ReplyDelete
  3. Subhanallah may Allah bless you.

    Terbaca kisah kakak, semoga bahagia di dunia dan di akhirat :)

    Juz nak mintak permission utk quotes,
    Saya selalu percaya bahawa jodoh adalah;

    The right person,
    who come at the right time,
    in the right way.

    ReplyDelete