Thursday, February 16, 2012

best + kereta + exam


[BEST Ar-Razi]

Badan Eksekutif Surau dan Tarbiyah, BEST.
Disinilah saya menumpahkan khidmat sebagai setiausaha surau Ar-Razi selama setahun.
Tidak tahulah mengapa, sejak zaman sekolah lagi, saya mmg selalu diberi jawatan setiausaha. Dah ada cop setiausaha kat dahi kott. Hehe.

Balik kepada tugas setiausaha, maka setiap minggu akan ada senarai kehadiran program yang perlu didokumentasikan.  Dari situ, tidak dapat tidak akan menyedari nama2 yang sama datang ke program saban minggu.

Hati akan berbunga-bunga bila melihat nama baru, selalu didoakan agar Allah menakdirkan dia untuk hadir ke program lagi di masa-masa hadapan. Moga-moga Allah menguatkan dia untuk sentiasa berusaha menjadi Muslim yang lebih baik, jauh lebih baik dari saya suatu hari nanti.
Hati akan berbunga-bunga saat melihat kehadiran tiba-tiba melebihi kebiasaan.

Pencapaian peribadi paling disukai mungkin adalah menyediakan teks MC untuk satu program. Serius rasa seronoknya dapat sediakan ucapan untuk orang lain. Nak berucap sendiri, belum mampu. Orang lain ucapkan pun bolehlah~ Hehe.

Bekerja untuk Ar-Razi Musolla adalah seperti dream-job. Ya, bekerja bersama orang berfikrah mmg menyeronokkan. Letih untuk Allah adalah suatu yang sangat memberi kepuasan, InsyaAllah, bila ikhlas. Kerja disini, kerja mengajak manusia mengingat Tuhan. Semuanya dirasa bukan sia-sia. Meeting, kerja, laporan, semuanya, moga2 Allah nilai sebagai pahala, buat merit akhirat khususnya. Ameen~

[Hyundai Getz DAR 1***]

Hari tu, tunggu lebih sejam, untuk dia ni siap mandi. Ada masalah teknikal sikit kat tempat snow wash tepi BHP tu.

“Maaf ye cik, tunggu lama. Masalah pump ni pun kami tak expect, tk boleh nak elak”

“Takpe2, lagipun mmg tak sempat nak basuh sendiri”

Selalu rasa bersalah bila mengabaikan kehenseman dia. Selalu sahaja dibiar terbiar mengumpul debu-debu dan daun-daunan berminggu-minggu.

“Siap”

Rm10 dihulur dengan senyuman.
Perasaan melihat kereta hitam cantik berkilat-kilat dan bersih luar dan dalam adalah sangat menggembirakan~

Rasa nak peluk kereta sendiri dan berkata, “i’ll promise to take care of you better after this”, lalu pergi parking kereta di tempat yang lebih jauh dari pokok supaya lambat kotor.

Setiap pusingan roda, menggerakkan saya ke taman-taman syurga sana sini, moga-moga ia menjadi saksi amal saya di akhirat sana.
Setiap perjalanan mengutip ilmu dan pengalaman, moga-moga ia menjadi saham pahala buat papa yg menghadiahkan kereta ini untuk saya!

Saya sayang DAR hitam hensem saya. 3 tahun sudah bersama-sama. Teman saya menangis sorang2, kadang-kadang. Pendengar setia saya nyanyi ikut radio masa jammed =)

[Final exam 4th year]

Orthopaedic dan Paediatric.
Tinggal lagi 2 minggu.
Sekarang masih lagi bertungkus lumus menyiapkan 2 case write up.
Exam kali ni, mmg betul2 serius! (muka serius)

Moga-moga Allah bagi kekuatan.
Moga-moga Allah mudahkan semua perancangan.
Ameen, ameen ya rabbal a'lamiin.

Berusaha!

Saturday, February 11, 2012

death

One day at home, sitting on the couch beside my father, he asked me;

"Nadiah, what will you do if you know you will die in 1 month time?"

Silence,
and before i could say a word,
he answered,

"Must be, world would have no value anymore, right."

He had just heard the news of his usrah friend; a close friend of him, was diagnosed to have cancer.
And they're almost the same age.
_______________________________________________

One day, i'll die.
Whatever i'm chasing right now, whatever what i'm planning right now,
in just a second, if Allah say it's my time, i'll die.

I'll die, even if I plead, that I am not ready.


"Bukankah ayat2 Ku telah dibacakan kepadamu, tetapi kamu selalu mendustakannya?
Mereka berkata,
'Ya Tuhan kami, kami telah dikuasai oleh kejahatan kami, dan kami adalah orang-orang yg sesat.'
'Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami darinya (kembalikanlah kami ke dunia), jika kami masih juga kembali kepada kekafiran, sungguh kami adalah orang2 yang zalim.'
Dia (Allah) berfirman,
'Tinggallah dengan hina di dalamnya, dan janganlah kamu berbicara denganKu
[Al-Mu'minun : 105-108] 


T-T

And what are we doing exactly right at this moment?

There's not enough time to hate,
not even enough time to give up.

Have not death, enough, to be our motivation of living life to it's fullest?

"Live like you're dying,
and never stop trying"
Lenka

"tiada masa tuk berpangku tangan"
Shoutul Harakah

p/s : Dear Nadiah, don't whine~

Tuesday, February 7, 2012

seorang dia


dilahir dan didewasa yatim*
agar mengerti cekal dan tabah
dijaga dan dipelihara jernih 
disiapkan untuk sebuah amanah 

dipilih Allah, dia
saat jahiliyyah hitam memekat
dikuatkan Allah, dia
melimpahkan cahaya tauhid 
ke lorong-lorong gelap
lembut menyapa hati berfitrah

teguhnya membahu kalimah Allah**
tegarnya membayar syurga dengan nyawa***
gigih dia mengukir rabbani
tekun dia mencorak warna imani 
membangun hati dan sosok jundi
pemuda-pemudi penerus legasi

agungnya 23 tahun binaan da'wah,
Islam mekar, kukuh dan tinggi,
walau terpisah jarak lebih 1400 hijrah,
harumnya masih membalut kita ke detik ini.

[Nadiah,  7 Februari 2012]




*
"Bukankah Dia mendapatimu sbg seorang yatim, lalu Dia melindungimu"
{Ad-Duha : 6}
**
"Demi Allah, wahai bapa saudaraku!
Kalau mereka meletakkan matahari di sebelah kananku dan bulan disebelah kiriku supaya aku meninggalkan urusan ini,
sekali-kali aku tidak akan meninggalkannya,
sehinggalah Allah memenangkannya atau aku binasa kerananya!"
{Rasulullah s.a.w}
***
"Sesunggunhya Allah membeli dari orang mu'min,
baik diri mahupun harta mereka,
dgn memberikan syurga untuk mereka..."
{At-Taubah : 111}
_____________________________________________________

[Saat baginda pergi..]

Abu Bakar As-Siddiq;
Beliau masuk menziarahi Rasulullah s.a.w sedang baginda kaku diselubungi selimut di atas katilnya.
Beliau lantas mengucupi baginda seraya berkata,
"Alangkah eloknya kamu ketika hidup mahupun mati.
Kematian yg Allah suratkan kepadamu telah kamu rasai.
Kamu tidak akan ditimpa kematian lagi selepas ini buat selama-lamanya.
Wahai Rasulullah, ingatilah kami disisi Tuhanmu.."

Umar Al-Khattab;
"Lantas aku terkejut dan kebingungan sehingga aku terduduk ke bumi (saat mendengarkan Ali-Imran: 144),
kerana kedua kaki ku tidak berdaya menanggungku lagi.
Ketika itu aku tahu, bahawa Rasulullah s.a.w telah wafat"

"Para sahabat terkejut dgn kematian Rasulullah s.a.w hingga seolah-olah kematian tidak mungkin berlaku kpd baginda.
Padahal kematian itu penghujung setiap kehidupan.
Fenomena ini berlaku kerana mereka amat mencintai Rasulullah s.a.w.
Cinta mereka itu menyerap ke dalam darah dan urat saraf mereka"



Sirah Nabi Muhammad s.a.w,
Dr.Mustafa as-Syibaie
_____________________________________________________

Salam dan selawat, buatmu Rasulullah, cinta junjungan.
Atas perih dan getirnya perjalanan hidupmu,
saat ini, kami masih dapat merasa manisnya ni'mat Iman dan Islam.

Kami umatmu yang jauh,
selalu merinduimu.

 =')
______________________________________________________

Love is a verb.
Hidupkan sunnah!