masih sedang dalam proses mencari titik imbang antara menjadi pelajar tahun akhir, isteri (hujung minggu >_<), berprogram dll.
maka terimalah post yang sudah lamaaa terperap dalam draft.
mohon diceduk mana-mana yang baik, ditegur mana yang silap, dan diambil pengajaran mana yang buruk.
Bismillah.
Pertunangan
Pada tarikh 4 Syawal 1432H, dalam sebuah majlis sangat ringkas di rumah sendiri,
dengan lafaz ta'awwuz dan bismillah, uminya menyarungkan cincin emas putih ke jari manis kiri. Alhamdulillah.
Terasa tenang mengalir di setiap vein dan artery.
Maka bermulalah chapter baru hidup saya.
Tempoh yang singkat saya kira, tapi sangat manis dan penuh makna.
Saya bertunang dalam keadaan tidak pernah berjumpa bakal tunang saya pun, kerana dia tidak pulang ke Malaysia. Cuma satu sesi skype ringkas sebelum itu, yang dimoderatorkan oleh orang tengah kami.
Persiapan
Saya dan dia, walaupun hakikatnya bertunang, tidaklah mengambil masa bertunang ini untuk berkenalan antara satu sama lain.
Kerana kami, atau sekurang-kurangnya saya, sudah pun tahu latar belakang dia (sekolah sama) serta telah kenal keluarga dia sejak sekian lama.
Lamaran dan cara dia menjaga perhubungan sepanjang tempoh pertunangan sendiri telah banyak memberi gambaran tentang akhlak dia.
Yang masih misteri, adalah personaliti dan tabiat2 dia.
Namun, kami tangguhkan semua perkenalan peribadi itu setelah akad nikah.
InsyaAllah, punya masa seumur hidup untuk berkenalah.
Saya percaya, ta'aruf / perkenalan selepas pernikahan adalah lebih jujur dan telus.
Ketika sudah tinggal bersama, pastinya tiada apa lagi personliti & sikap yang dapat dilakonkan.
Setelah mempunyai keyakinan itu, maka agenda seterusnya yang jauh lebih penting, adalah siapa saya.
Sudahkah benar2 solehah untuk menjadi seorang isteri penyejuk mata, dan ibu pendidik jundi-jundi Allah nanti?
Cukupkah ilmu dan matangkah pemikiran dan tingkah laku untuk menghadapi cabaran2 sepanjang perjalanan yang diimpikan berakhir di syurga nanti?
Maka saya percaya agenda paling utama sepanjang pertunangan, adalah kearah meningkatkan diri sendiri.
Perlu fokus mempertingkatkan ilmu,
melatih, membiasakan personaliti yang baik- good habit,
menjaga & mengoptimumkan kesihatan mental & fizikal,
dan paaaling penting, membaiki relationship dengan Allah.
Saya yakin, bila meletakkan pergantungan sepenuhnya kepada Allah, bila sentiasa dan sentiasa dapat bersangka baik dengan Allah, bila hati lunak dan karib dengan Allah & berusaha agar amal ibadah istiqamah ikhlas lillah, InsyaAllah, sebenarnya banyak perkara lain dapat settle.
Pernah saya baca satu artikel, naqibnya mengenakan syarat, untuk layak bernikah, mestilah sudah membawa usrah sendiri. Usrah adalah medan yang baik, mengasah bakat kepimpinan, berkomunikasi, berkompromi, berkasih-sayang dan menjadi matang.
Antara ujian di ambang pernikahan adalah ujian 'menjaga/mengambil hati' orang yang lebih tua. Saya belajar bahawasanya komunikasi yang baik dan berkesan adalah sangat sangat sangat penting untuk menjaga siilaturrahim dan hubungan. Bagi saya yang berpersonaliti agak pendiam dan kurang assertif ni, komunikasi adalah suatu cabaran & titik lemah yang perlukan banyak usaha penambah baikian.
Antara buku berkaitan yang sempat saya habiskan sepanjang pertunangan; Jalan Cinta Para Pejuang - Salim A Fillah, Nikmatnya Berpacaran setelah Pernikahan - Salim A Fillah, Bahagianya Merayakan Cinta - Salim A Fillah (nampak sngt suka tulisan dia). Yang lain2, boleh baca, Kisah Cinta di Rumah Hassan Al Banna - Lili Nuraulia, Pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasulnya - Fatimah Syarha. Kalau minta saya pilih satu buku sahaja, saya sangat mengesyorkan baca "Di Jalan Da'wah Aku Menikah - Cahyadi Takariawan". Informatif, padat dan simply the best.
Untuk bahan bacaan online, saya suka catatan Hilal Asyraf; Sebelum Aku Bernikah. Tulisan2 Ustaz Hasrizal di blognya mengenai pernikahan juga sangat realistik dan memandu matlamat sebuah perkahwinan.
Selain itu, bagi yang akan@sedang dalam proses membina Baitul Muslim, saya sangat recommendkan untuk mengikuti kuliah BM online setiap malam Selasa dan Rabu yang dikendalikan oleh ummuatifah. Banyak manfaat & ilmu2 yang diperolehi selain dapat menggantikan usrah mingguan, sekiranya usrah tidak dapat dijalankan minggu itu.
Ada juga sesi kuliah khas seminggu sebelum bernikah untuk pengisian khusus adab2 setelah pernikahan.
Terima kasih ummi kerana telah banyak membimbing & memberi tunjuk ajar kepada kami.
Hakikatnya banyak persiapan yang perlu dilakukan selain dari persiapan2 material (persalinan nikah, dais, door-gift, kad dsb).
Alhamdulillah, untuk persiapan majlis, ibu bapa kamilah yang telah membantu merancang dan menyelesaikan segalanya. Dalam ayat mudah, saya tidak perlu ulang alik memburu barang-barang, merancang itu ini, menempah katerer, dais dan sebagainya. Saya cuma mencari material untuk persalinan nikah (baju, veil, tudung), hantar tempah dan selebihnya, semasa saya pulang ke Kelantan, semuanya sudah siap sedia :)
Memang berniat semuanya simple sahaja, yang penting syar'ie.
Lagi pula dalam situasi nikah semasa belajar, apatah lagi rumah jauh dari tempat belajar, saya bersetuju sahaja dengan pilihan ibubapa untuk majlis.
Apabila sudah punya anak yang bakal bernikah di masa hadapan nanti, InsyaAllah, saya akan melakukan perkara yang sama juga, memudahkan pernikahan mereka.
Komunikasi
Alhamdulillah, tunang saya sangat menjaga.
Orang tengah kami telah menjadi mediator terbaik, menghubungkan kami, membantu menyampai mesej2 tanpa perlu saya contact dengan dia direct, cuba menyelesaikan persoalan-persoalan dan meleraikan masalah saya terutamanya. Orang tengah kami juga begitu teliti memelihara, selalu dia pesan, jaga barakah sepanjang tempoh pertunangan ini.
Mungkin faktor segan dan jarak yang jauh (Malaysia-Cairo), memudahkan lagi untuk kami tidak terlalu berhubungan.
Saya
Allah hadiahkan perasaan tenang yang sangat besar ni’matnya. Saya yakin dengan akhlaknya, dan dalam masa yang sama, saya juga terdorong seboleh mungkin berusaha menjaga ikhtilat dan akhlak saya, bukan sahaja dengan dia, tapi orang disekeliling saya terutama yang berlainan jantina.
Saya ibaratkan tempoh pertunangan itu seperti puasa. Ada satu hadith menceritakan dua kenikmatan orang berpuasa, iaitu ketika dia berbuka dan ketika dia mendapat ganjaran dari Allah di syurga.
Jika sepanjang pertunangan, kita betul2 berusaha, bermujahadah untuk tidak berhubungan tanpa keperluan, maka InsyaAllah, ganjaran ketika 'berbuka' itu amatlah manis, apatah lagi ganjaran tersedia dari Allah di syurga.
______________________________________________________________________
Ada satu ayat ummuatifah yang sentiasa tersemat kemas dalam fikiran,
“Anak ummi Nadiah perlu bersyukur dengan takdir yang ditulis Allah, di antara raamai perempuan2 solehah di luar sana, Allah telah menggerakkan hati Abdul Rahman untuk memilih Nadiah”
T-T
Maktub; tertulis.
Ya, dialah cerita indah saya.
Takdir luar biasa, yang tak pernah saya sangka.
“Suami adalah anugerah Allah yang sangat besar”
Dan saya akan sentiasa ingat itu.
“Anak ummi, fokus dengan Allah”
Dan ayat ayah saya di hari pertunangan,
“Sekiranya kita tidak dapat membimbing satu sama lain ke syurga, bererti kita sudah gagal sebenarnya.”
keika mengulas surah Al-Mulk ayat 2.
Tetap, saya dan dia merupakan dua manusia yang tidak sempurna.
Namun saya percaya, kami berdua punya matlamat yg sama,
dan sedang sedaya upaya berusaha ke arah itu.
Baitul muslim.
Cinta, yang buminya taqwa dan langitnya redha Allah.
Matlamatnya, menjejak syurga, membawa bersama anak dan cucu.
Dengan izin Allah.
To be continued..
Chapter 3: Nikah
________________________________________________________________________
Tahniah Kak Atie ucapkan walaupun mungkin sedikit terlewat. Pengkisahan yang cukup bermakna dan dapat memberi kebaikan serta iktibar kepada orang lain. Memang nampak bagaimana perhubungan Nadiah dan suami begitu terjaga sebelum kahwin. Susah nak cari orang boleh buat gitu. Untungla Nadiah dapat suami gitu. Dan dibantu orang tengah. Ada beberapa kali Nadiah menyebut orang tengah ni. Tapi tak pernah sebut siapa orangnya. Adakah kerana dia tidak mahu identitinya diketahui?
ReplyDeleteKak Atie jadi teruja nak tahu sebab jarang dengar orang guna orang tengah di zaman ni.
salam alayk kak atie.
Deletemaaf sangat2 lambat mereply.
Alhamdulillah utk setiap yg tertakdir.
wallahi, Allah lebih tahu apa yg terbaik buat hambaNya.
orang tengah kami guru kami di sekolah menengah dahulu.
namanya Muallimah Sakinah.
dia lah yg banyak berjasa menautkan kami.
sebaiknya guna orang tengah @ mungkin boleh mesej direct tapi cc/send kan juga kepada ibu/ayah/murabbi/org yg dipercayai supaya perbualan fokus dan terhindar dari fitnah/dosa serta meleret-leret.
keywordnya : jaga barakah Allah.
:)
ReplyDeleteselamat berbahagia nadiah :)
dan thia juga,
Deleteselamat kekal berbahagia ;)
Sukeee post ni nadiah! Nanti nk sembang panjang dgn awak ;)
ReplyDeleteInsyaAllah syila.
Delete:)