Wednesday, December 30, 2009

29 12 09

Allah kata ‘kun’..
Maka, dan demikian ‘fayakun’..

Hari ni Kelas Clinical Skill Learning (CSL) habis awal. Pukul 4 petang, group sy dah selesai semua orang. Gembira, jalan laju2 nak balik. Hehe.

Keluar PPUKM, hujan turun. Padahal langit cerah. Hujan panas.
Sy dan 4 orang lagi partner in crime lari2 ke kereta. Basah2 sikit, tapi tak ape. Yang penting boleh balik awal.
Jalan masih lapang. Tak jammed. Lagi rasa lega.

Saya di lane kanan. Nampak Toyota Hilux kat depan, sebelah kiri, menonong masuk lane kanan tak bagi signal. Dah la jarak sy dan kereta depan tak jauh mane pun. Dan kami di lane kanan. Lane LAJU. Toyota Hilux tadi sngt berani.

Itu masih OK lagi. Pemandangan biasa di highway KL.

Tapi kali ini, ia bukan cerita biasa.

Tiba2 bunyi tayar terseret kuat. Tayar kereta Toyota Hilux yang memotong tak beradap tadi, berasap2.

Dari mata, impuls masuk otak, translate, hantar balik ke motor. Kereta Toyota Hilux yang baru berada di depan saya tadi sedang brek emergency.

Saya yang baru faham apa terjadi serta merta menekan breeeeeeekk sekuat hati, “kereta depan tlg jgn berhenti, kereta depan tlg jgn berhenti”

Dan kereta itu berhenti.

Berdegup.

Bumper dpan kereta sy terkena blakang Toyota Hilux tadi.

“Astaghfirullahalazim!”
Dalam otak sy cuma fikirkan ulang perkataan, kenapa, kenapa, kenapa.

Sy terkesima, tak tahu nak buat apa. Jantung dup dap dup dap. Sy pun tak dapat agak teruk ke tak bahagian depan kereta sy. Tak nampak. Kereta dia sikit je kena kat bumper. Tapi tu sebab kereta dia besar.

Dalam 500 meter jugak kami terus memandu perlahan ke dpan sambil blur2 berfikir nak buat ape skarang. Kereta depan bagi signal berhenti. Ok. Kami berhenti.

Orang depan turun. Baju kuning. Usia lingkungan 30,40 an. Misai macam sarjan, pegang kertas dengan pen.

Saya baru berkira2 hendak beranikan diri, turun dan berbincang.

Beliau tgk plate kereta sy, salin, masuk balik dalam kereta, pergi.

Eyh?
Huhu.

Saya semakin tidak faham situasi. Apekah?

Laju2 masuk lane orang tak bagi signal, dan brek emergency tiba2.
Turun salin no. plate dan pergi?

Kawan sy terus cadangkan, “meh buat laporan polis”

Uhu.. Ceritanya begini, saya, Nadiah Ahmad Sabri, perempuan, berumur 20 tahun, asal Kota Bharu, anak sulung dari 4, baru memandu kereta Getz hitam di sekitar Kuala Lumpur bermula tahun ini.. terlibat dengan eksiden dengan manusia pelik lagi tidak difahami.. ingin membuat laporan polis.

Sy tak reti.

Mujurla 2 orang dari 5 yang berada dalam kereta tu, anak polis. Diconsult sedikit,lalu kami ke balai polis di tengah2 pasar Chow Kit. Meredah hujan, lecak, pasar. Ikut hati, sangat taknak melibatkan polis2 dalam hal ni. Tapi kawan sy kata, dia dah ambil no. plate saya. KALAU dia buat laporan polis dan saya tak, seolah2 saya yang bersalah dan mungkin saya pula yang perlu membayar ganti rugi kat orang tu.

Telefon 3 manusia paling penting dalam hidup saya. Cerita dengan penuh emosi, lawan bunyi riuh pasar Chow Kit, lawan bunyi hujan.

Mata dah bergenang. Saya tidak kisah sangat perihal duit. Biasiswa JPA masih boleh support. Tapi oleh kerana kejadian yang cuma berlaku dalam masa 2 saat tadi, sy skarang terpaksa menyusahkan ramai orang.

Balai polis Chow Kit kata, perlu ke Balai Polis satu lagi berhampiran Pudu yang menguruskan perihal2 pengangkutan jalan.

Berlima redah hujan, berlari lagi. Naek kereta yang skarang dah menjadi perhatian pakcik2 kedai kopi kat seblah tmpat parking. Kali ni jalan semakin sesak. Ke Pudu (mujur tahu jalan ke sana). Salah jalan. U turn, carik UO. Belakang UO tulah balai polisnya.

Tersenyum. Tengok semua kereta2 yang sampai di sana kemek2.

To be continued..
------------------------------------------------------------------------------
31.12.09 sambung menulis

Alang2 dah cerita kene habiskan.

Saya pun buat la laporan polis. Tanpa penumpang2 dalam kereta sy, sy mesti dah tak boleh buat apa2. Erne tukang catat nombo plate Toyota Hilux td. Anna tolong amek gamba kekemekan kereta (enset dye je paling tinggi megapixel, hehe). Faizah.. dan paling penting sekali Farahin.

Mase pegi jumpe sarjan, dye suruh masuk sorang2. Pastu lukis lakaran jalan n kereta mase eksiden. Pastu dye suruh cerita.

"Nak ajak kawan sorang boleh?"

"Tak boleh. Sorang je la cukup. Kat mane ni eksiden ni?"

"Kat jalan Tun Razak."

"Ye la.. jalan Tun Razak kan panjang.. kat mane?"

"Em.. dekat flyover.. yang seblah dye Pusrawi. Pastu sebelah Pusrawi tu ade perpustakaan negara." *btul dah ape explanation sy.. huhu*

"Awak ni tau jalan ke tak ni? Blaja tinggi2, name jalan tak tau. *huu.. tak suke sngt kne condemn macam ni* Jalan tu brape lane?"

"Em.. 2 rasenye.. ke 3.."

"Duk rase2.. nak wat report cemane camni." (gelak2 ngan polis sorang lagi)

"Ye la.. sy bukan orang sini." *uhu, ni bila tak tau nak bgi alasan ape dah, tak sure sngt psl jln tu. ms tu mmg fikiran kusut + bdebar2 lagi. dan sy mmg btul2 tak bleh bercerita dgn muka serius dan tenang, sbab mase tu tgh haru*

"Orang mane?"

"Kelantan."

"Hmmm.. laa, hah, pegila panggil kawan kamu sorang. Yang tau jalan."

Mula2 Faizah masuk, tpi dia pun tak bape ingat. Lagipun dia duk seat blakang tak nampak sngt ape yg terjadi.
Pastu panggil lak Farahin. Farahin duk seat depan seblah sy.
Owh, Farahin lah penyelamat!
Dye punya explanation mmg mantap lah. Bersungguh2. Sarjan tu pun terdiam je, tak tanye bnyk2 mcm tny sy. Yang penting, sarjan tu tak gelak dah.
Haih. Bikin sakit hati saje kite tgh trauma2, dye gelak.

Fikiran sy melayang2. Mari jadi layang2 sebentar. Emm.. sy ni mmg salu fail bab2 mengexplain dan debate2. Kecualila kalau dah hafal skrip ke, dah tulis cam dlm PBL tu ke. Sy tiba2 merasa.. sy kena praktis bercerita dgn baik, terutama di kala emosi sendiri sdg tak stabil. Supaya nanti patient2 pd ms hdpn takdela terkonfius @ tak faham dgn explanation sy. Ni serius ni. Hwah.

Selesai buat laporan polis, mak sedara sy datang. Kami konvoi balik ke Titiwangsa hantar Anna n Erne. Pastu baru balik Plaza Rah. Malamnye kawan sepupu sy dtg amek kereta bawak pegi bengkel.

Stakat ni tak tau ape akan terjadi ngan laporan polis tu. Kos baiki (n mungkin saman gak) pun blum tau lagi.
Smoge benda ni takdela meleret-leret dan semua kan baik2 saje.
Smoge juga sy tidak akan berhadapan dgn pemandu mcm ni lagi. huhu.
Dan smoge juga sy bukan tergolong dlm kategori pemandu selfish lagi careless dan berani2 tak bertempat.
Pandu selamat, ingatlah orang tersayang~

Apepon, kami pulang dan asyik berkata ni la pengalaman. Lenkali kalo ade org len eksiden, dah tau dah ape nak bwat, Balai Polis Trafik kat mane dll.

Trime kaseh yg tak terhingga kepada PBL mate sy yang meneman, menenang, bersenang, bersusah dari mula sampai abis cerita eksiden tu.
Kepada Mama n Papa kerana memahami. Kepada Mak sedare yang menyelamatkan keadaan. Kepada yang concern.

Habis menulis - dah 2010. Baru tadi 2009. Hue3.

29 12 09,
it's been 3 years since
a story being written, re-edit,
lost, written again,
re-plot, twisted,
till time put a period on it.

Monday, December 28, 2009

wonderful weekend

My whole family came to KL for christmas holiday. Plus all cousins, aunts and uncle too, from Kelantan~

hannah, my youngest sist



On day 1, went back to kampung at Klang. I help my nenek masak2. haha.

Day 2, we visited Menara Kuala Lumpur. I've never been there before. We had tea at the dining place which rotate 360 degree every ____ minutes (fill in the blank, i dunno. haha).But that evening, the sky was quite grey and it's raining lightly. So, the view was a lil bit cloudy. Anyhow, it's still beautiful =)

sarah and me



in the lift.. hehe



Day 3, we went to Ostrich Farm (i actually don't know where's the exact location). Along the way there's a lot of mini waterfall by the road.
On the way to the top also, we stop by to enjoy the view of Empangan Semenyih which is spectacular!

sopan lah sngt duduknya di tepi jalan. haha



ostrich bulu mata lentik~



zaid riding the ostrich



Well, that's all for now. Such a wonderful weekend~. Be missing them A LOT, since i won't be back to Kota Bharu until Chinese New Year.

Lots of luvs, Nadiah ♥

Sunday, December 13, 2009

ohayo

Sy slalu tido awl.
Sbab sy suka bgn pagi tgk ni...



before 7 a.m, from balcony floor 19, Plaza Rah


Sunrise~

A new day has come.
Silent, serene.. yet breathtaking!

Lesson for today:
always3 appreciate chances given by Allah.

Good morning everybody.
Hari ni mesti lbeh baek dr smalam =)

Monday, December 7, 2009

beyond

written by the wind
on the blue sky,

sang by a piano
in a worldless melody,

warmed by clutch of hopes
that fills between fingers,

whispered by Allah
as u get lost, again,

who can see
who can understand..

not everybody,
not me, i can't.

let,
sit a while
and wait..

let,
be patient
and breathe..

let just,
have some faith.

there's too much pain in this world,
i can't cure them all,
even mine is still bleeding..

there'll be
somehow, sometime, somewhere.

[Nadiah
051209]

tentang,
yang di luar gapaian tangan,
tak mampu digariskan satu persatu,
tentang,
urusan Tuhan.

written due to; yurima-river flows in you..huhu

Sunday, November 29, 2009

eiduladha 1430H - edited

Salam alayk

Haha. Ari tu lpe lak wat introduction.

Em, taun ni adalah taun kedua korban dibuat dihadapan rumah @ dihalaman rumah sendiri. Sbab kami2 ahli persatuan spupu2 sudah semaken dewasa dan boleh menolong ayah & ibu saudara melapah, mengangkat, memotong, mengasing, memasak sehinggalah menghantar daging2 ke rumah2 saudara2 dan mereka2 yg memerlukan. 3 family + 1 mak saudara korban 1 ekor lembu. Sngtlah best dan terasa raya haji kami.

Pagi2 dimulakan dgn mandi sunat, tergesa2 pergi masjid sbab terlupa solat hari raya haji slalu buat awal, balik rumah mkn nasik dagang, dan tukar baju untuk 'urusan daging'. Sekian sahaja pendahuluan. Kita tgk gamba~ zaass


lembu yang bakal dikorbankan

kak awah steady je~


semoga setiap titisan darah yang mengalir menjadi simbol ketaatan paling agung berlaku dalam sejarah manusia, pengorbanan Nabi Ibrahim dan Ismail a.s.


kaki lembu ni mmg berat! sebelah kaki je pun, 5 org tlg angkat~


kaki ni pun di gantung kat pokok supaya senang nak potong2 dagingnya.


woolly dan muk a.k.a gemuk tak faham apa2, jadi rilek2 je dalam rumah.


kami yang perempuan2 sediakan bahan masakan,


dan jugak potong daging ni kecik2.
look what i found, a beautiful heart! notice the prominent LAD (left anterior descending artery at the front)


cardiovascular, respiratory, urinary! macam same ngan manusia je kan..


the bigger lumen is trachea, yang kecik bawah dye adelah esofagus. sronok2 blaja anatomi~
^-^

----------------------------------------------------------------------------------

Emm.. post ni mungkin panjang sket. Tapi bolehla merefresh ingatan tentang asal usul ibadah qurban yang kita lakukan. Simboliknya, pengajaranya. Jom baca cerita dari Allah..

[As-Saffat: ayat 100-109]

Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang yang soleh.
Masa tu Nabi Ibrahim a.s dah tua, tapi masih belum dikurniakan zuriat bersama isterinya Sarah. Maka, baginda pun berkahwinlah dengan Siti Hajar, dan berdoa bersungguh2 dikurniakan penyambung keturunan dan da'wah baginda.

Maka Kami beri khabar gembira kepadanya dengan (kelahiran) seorang anak yang sangat sabar (Ismail)
Allah mengabulkan doa baginda dan akhirnya, ketika usianya sudah mencecah 86 tahun, baruulah baginda dikurniakanlah seorang anak yang sangatlah sabar bernama Ismail a.s.
Tp, baginda sekali lagi diuji. Ketika masih bayi, baru sekejap je bersama ayahnya, Allah memerintahkan Nabi Ibrahim a.s meninggalkan Siti Hajar dan Ismail a.s di sebuah kawasan yang jauuh + tandus yang kini dikenali sebagai Makkah.

Maka ketika anak itu sampai umurnya dan boleh bekerja bersamanya, Ibrahim berkata, "Wahai anakku. Sesungguhnya aku bermimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah, apa pendapatmu?"
Setelah sekian lama, usia Nabi Ismail pun sampailah ke umur di mana baginda sudah boleh berjalan, kemudian lama2 sudah boleh bekerja bersama2 Nabi Ibrahim. Sekali lagi, Allah menguji ketaatan Nabi Ibrahim a.s dengan mendatangkan mimpi baginda menyembelih anaknya sendiri.
Bayangkanlah bagaimana perasaan seorang bapa, yang stelah sekian lama baru dpt berjumpa dgn anaknya, kini, diperintah Allah menamatkan hidup anaknya sendiri.
Nabi Ibrahim yg hebat itu, bertanyalah kepada anknya, "Apa pendapatmu?". Baginda mahu bersama2 taat kepada kpd Allah, bukan memaksa anknya.

Dia (Ismail) menjawab, "Wahai ayahku! Lakukanlah apa yang diperintahkan (Allah) kepadamu. InsyaAllah engkau akan mendapatiku termasuk orang yang sabar"
Sudah di highlightkan Allah dalam ayat sebelum ini, Nabi Ismail a.s mmg seorang yg sngt sabar. Dengan lembut baginda berkata, "Wahai ayahku" bukan dengan nada marah @ tidak percaya dgn ayah sendiri. Nabi Ismail a.s dengan taat menyuruh ayahnya menyembelihnya sahaja jika itu suruhan Allah. Jika itu yang Allah perintahkan.

Maka ketika keduanya telah berserah diri dan dia (Ibrahim) membaringkan anaknya atas pelipisnya (dahi),
Nabi Ibrahim pun membaringkan anaknya dgn dahinya menghdp ke bwh supaya baginda tidak melihat muka anaknya dan lebih mudah untuk menyembelihnya.
Lalu, pisaunya diayun ke leher Nabi Ismail a.s... tiba2...

Lalu Kami panggil dia, "Wahai Ibrahim!"

Sesungguhnya telah engkau benarkan mimpi itu. Maka demikianlah Kami memberi balasan kepada orang2 yang berbuat baik.

Sesungguhnya, ini benar2 satu ujian yang nyata.

Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar.

Yang dibaringkan tadi bertukar menjadi seekor kibasy yang gemuk, kibasy dari syurga. Sesungguhnya Nabi Ibrahim dan Ismail telah lulus dgn cemerlang ujian Allah ke atasnya. Baginda membuktikan ketaatan tak berbelah bahagi, sanggup melakukan apa sahaja demi Allah. Sedang kita disini berbangga berjalan di atas bumi Allah tanpa benar2 melaksanakan perintahNya. huhu.

Dan Kami abadikan untuk Ibrahim (pujian) dari kalangan orang2 yang terkemudian.

"Selamat sejahtera untuk Ibrahim"

membayangkan yang bersedia utk disembelih, terbaring di atas tanah itu, anak kita, atau orang yang paling kita syg didunia. sanggupkah?
------------------------------------------------------------------------------------------------------

Cuti dah habis.. sedeeyy =(

Result pun dah kluar.
Sy dah bersedia fizikal mental untuk mereseat.
Mmg konfiden lah kne reseat.
Sampai2 di depan ofis, terus tgk senarai yang fail dulu.
Huhu. Tgk pula di senarai yang lulus.
Mata berkaca2.
Pertolongan apakah ini Ya Allah..

Alhamdulillah.
"jadikan aku hamba bersyukur di kala sendu dan tawa"

Sunday, November 22, 2009

breezy, cozy, lazy

Assalamualaikum..

Sy dah sampai Kota Bharu kesayangan dan mula bercuti! Cuti sem 1, sminggu setengah.
Exam.. hmm.. sejujurnya, susah nk jwb. Senang sikit2 je. Kita tunggu dan lihat. Tp, mcm ade feeling kne prepare mentally nak reseat lagi. Ntahla. Do the best, but, expect the worse.

Crita psl exam, jwpn paling lucu sy pernah jawab = nama ubat TB. Nama ubat tu sebnanye pyrazinamide. Sy ingt yg tgh tu je sbab senang nak ingat side effect dye, nausea & vomitting. Ye la kan, kalo berzina, mengandung, jd nausea n vomitting. Haha. Letih fikir ape name sebna ubat tu. Last2, pasrah je la, tulis je la zina dgn harapan Dr tu baik n tambahkan pyra + mide kat dpan + blakang dye. Huhuhu. Ampuuun Dr! Sape ntah reka name ubat2 ni panjang2 sngt. Kan dah susah sy. Ha3.

Sampai2 je ari Rabu lpas, tgh hujan. Dan sampai skarang pun masih hujan. Kalau berhenti hujan pun skejap je, amek nafas, pastu nanti hujan balik.

Maka sy dan adek yg agak keboringan pergilah bermain2 hujan di sekitar rumah. Hmm.. masa cuti2 ni baru menyempat nak menangkap gamba, mengedit gamba, memblaja2 dan sekian2. Gamba ari raya ari tu, sy dah update, upload gamba2 kamera. Yg seblom ni bnyk gamba enset je. Em, so, let the pictures tell some stories ^-^



"Dan Dialah yang menurunkan hujan dari langit lalu
Kami tumbuhkan dengan air hujan itu segala jenis tumbuh-tumbuhan, kemudian Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau.."
Al An'aam: ayat 99
Hmm.. amazing isn't it, why and how Allah created the sky blue. And from the rain that fall from the blue sky, grows green plants. Kalaulah langit tu merah dan tumbuhan tu purple ke, mesti kita hari2 mengalami pening kepala dengan warna2 meriah. Agresif je salu sbab merah kan agresif (haha, ade kaitan ke)


Ni woolly2 ngan mak dye kesejukan. Mak dye clock eye, sbelah kuning, seblah biru. Tapi woolly tak menurun gene tu, jd dua2 kuning. Sebnanye lam gamba ni ade 3 kucing. Adik baru woolly yg kecik ade kat seblah ujung.



Ni Sarah.



Ni Nadiah. Pakai BeautifulTudung tuh. haha. Fes time beli barang online. Mcm bdebar2 gak la prasaan dye menunggu pos tiba.


Insya Allah, nanti nak cerita pasal Aidiladha.
K, hepi2 slaluu..
Slamat bercuti dengan berfaedah! ^-^

Monday, November 2, 2009

special wishes

1 november 2009

To my dearest papa, happy 49th birthday!


I will always remember his kiss on my head at the day i received my SPM result. Since then, I get addicted, I always love it when my parents kiss me on the head. It makes me feel like I own all the love in the world and everything will be ok, it'll be just fine. It's like an unspoken message from them that sound, "be a good girl, we love you"

And also this special unexpected sms from him, the morning of my reseat exam several months ago. Only Allah knows how terrible I felt during that moment. Emm.. As far as I know my father, his message is always a one word of "yes" or "ok". So, this was perhaps, the longest SMS he ever wrote.

Best of luck, our doa follows u to the hall. Put your heart and soul to Allah and you will find Him very near to you. Never give up.

Hmm.. at the moment i need one. I was very3 touched. Thanks for your endless prayers and support. And of course, i love you so much!

2 november 2009

Yesterday i drove to UIA gombak, alone and arrived safely. Hoye2~ (haha, pdhl bkan la sngt mmbnggakan pun kot, tp sy ttp brase gembira dgn diri sndiri =)). I do love driving. It makes me feel adult and matured and brave. Hua3. More trials and errors, give me more confidence to explore roads and highways around KL nowadays.

Special mission there, surprise birthday party to my dearest friend, Raja Siti Afiqah.

We have known each other since babies. Together grew up in same nursery, pre-school, primary school, 2ndary school..
I really wish happiness will shine your days.
If it's raining, then a kind umbrella will shades you.
And one day, you'll find a love which brings you eternal bliss that last till heaven.
Ameen~

----------------------------------------------------------------------------------

That's all for now.
Currently, inhaling study week air.
Final exam starting 9th November.
And here I am, updating blog.
Haha.
Ok2, need to go.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


To all 2nd year medical student of UKM, good luck for final! Pray for each other, success for all. Insya Allah =)

Sunday, October 18, 2009

heart failure


Let's learn cardiovascular. Hehe.

Generally heart functions as oxygen and nutrient supplier to all metabolizing cells in the body.

Defination of heart failure : inability of heart to supply adequate blood flow and oxygen delivery to metabolizing tissue.

Signs and symptoms of heart failure:
1.dypsnoea -shortness of breath (lung)
2.persistent cough with frothy pink sputum (lung)
3.peripheral oedema and ascites (blood & lymph)
4.confusion, impaired memory (brain)
5.increased urination (kidney)
6.renal azotemia (kidney)

*source: lecture notes.. hehe

These are among fews. Simply said, heart failure's complications are systemic. Nearly all organs are affected.

Sebelum tu, emm.. kalo 'heart attack' dalam bahasa melayunya mesti kita terjemahkan sebagai 'serangan jantung'.
Tp kenapa kalau dalam ayat mcm 'in my heart there's always you' diterjemahkan sbg 'dalam hati sy sentiasa ada kamu'. Knape bukan 'dalam jantung sy sentiasa ada kamu'. Hue3. Pelik jer. Konfiuss~
Jd disini sy menegaskan ingin mengikut mazhab pertama yang heart itu adalah maksudnya jantung. Liver barulah hati. kan3.

Ada satu hadis.
Sabda Rasulullah saw: "Bahawasanya di dalam jasad anak Adam ada seketul daging. Apabila baik daging itu, baiklah seluruh anggotanya. Sebaliknya, jika jahat daging itu, jahatlah seluruh anggotanya. Ketahuilah daging itu ialah hati." Riwayat Al-Bukhari.


Kalau Englishnya pula,
The Prophet said: "Verily, there is in the body a small piece of flesh; if it is good the whole body is good and if it is corrupted the whole body is corrupted; it is the heart."


Heart, jantung, liver, hati? Haa.. yg mane satu tu. Hehe.

Hmm.. sebenarnya, ape yg sy nk ckp.. emm.. jikalah diibaratkan, heart itu jantung, dan jantung itu fungsinya membekalkan oksigen iman dan nutrien takwa ke seluruh anggota badan.

Jika kurang bekalan iman ke mata, maka mata itu akan LEBIH digunakan untuk melihat video2 klip yang lagha, membazirkan air mata kepada bukan tempatnya, berbanding menangisi dosa2 yang semakin hari semakin membukit.

Jika kurang bekalan iman ke tangan, maka tangan itu akan LEBIH digunakan untuk menaip perbualan2 chatting, komen dan sms yg leka, berbanding menulis peringatan2 tentang tuhan.

Jika kurang bekalan iman ke akal, maka akal itu akan LEBIH digunakan untuk memikirkan cara membahagiakan hidup sendiri, mengumpul harta di dunia berbanding mengingati mati dan mengumpul harta akhirat.

Jika kurang bekalan iman ke... hmmm... banyaaak lagi boleh tambah..

"Dan sungguh, akan Kami isi neraka jahannam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati, tetapi tidak digunakannya untuk memahami ayat2 Allah, dan mereka memiliki mata tetapi tidak dipergunaknnya untuk melihat tanda2 kekuasaan Allah, dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak dipergunakannya untuk mendengar ayat2 Allah. Mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka ialah orang2 yang lengah"
Al-Aa'raf: ayat 7


Semuanya bermula dari heart. Heart itu perlu mempunyai kekuatan pam yang cukup untuk membekalkan oksigen iman dan nutrient takwa ke seluruh badan.

Apa kekuatan heart itu?
Tentulah ilmu dan peringatan.
Exercise & rechargekan heart selalu dgn mengikuti usrah, duduk di majlis ilmu, mendengar tazkirah, bersahabat dengan kawan yg boleh selalu mengingatkan kita kpd Allah, membaca tafsir Al-Qur'an, buku dan artikel2 yg boleh membuat kita rasa insaf dan ingat kita ini hanyalah berpangkat hamba.

Heart yg tidak direcharge akan berpenyakit. Bila dibiarkarkan lama2, mungkin boleh membawa kepada heart failure pula. Heart will become less and less functional, dan kita tidak dapat merasa apa2 lg. Takde rasa benci bila melihat maksiat. Tidak berasa apa2 walaupun sebenarnye kat sebelah je. Juga tidak akan rasa bersalah atau berdosa bila diri sendiri membuat laranganNya. Mata hati sudah buta dari membezakan yg mana betul dan yg mana salah.

Venous blood will start be damming backward and peripheral parts of body become edematous. Di permukaan kulit, mulalah berkumpul dan terzahir akhlak2 mazmumah, malas membuat ibadat sunat, cepat bersangka buruk dan berdendam, selalu tidak bersyukur dan berpuas hati dgn rezeki, mudah berputus asa dgn hidup, suka memberi bnyk alasan utk ke program2 keagamaan, senang berkata ya kepada aktiviti2 melaghakan.

Jika heart diascultate, adekah terbunyi 'lub' dan 'dub' itu? 'Zikir kpd Allah' dan 'Selawat kpd Rasulullah'. Atau mungkinkah terdgr murmur, nama seorang manusia yg tak spatutnya dicintai lebih dari kedua yg diatas td @ artis yg dipuja @ apa2 saja.

Hmm.. jadinya,
Sihat walafiatkah heart kita skarang ini?
Brapa heart ratenya?
Brapa blood pressurenya?

Letak stethoscope lak kat dada.
Dual rythm, no murmur?

Or is it already necrotising, but we can't feel it?

Sekian, wallahuallam.

"Patutkah kamu menyuruh orang laen berbuat kebaikan dan kamu lupakan diri sendiri, sedangkan kamu membaca kitab, apakah kamu tidak berfikir."
Al-Baqarah : 44


Ayat ni selalu menakutkan sy. Semua yg sy tulis adalah nasihat utk diri sendiri juga. Hmm.. sy pun sngt memerlukan prtlgn dr. utk merawat penyakit heart sy.

Akhir kata,
Heart tarbiyah is a lifelong effort. The path may be difficult, but the destination is certain.. =)
Ganbatteh ne!

Wednesday, October 7, 2009

tah hape2

"Brape?"
"Rm1.40", kata abang Bangladesh(mungkin) penjaga mart Plaza Rah, sambil memasukkan sepaket mee goreng Sedap 'i like it, we love it' + telur 2 biji kedalam plastik.

Plan2 kononnye nak masak wat sahur lah. Pukul 4.40 bunyi alarm. Bukak mata, snooze balik. Bangun2 dah 5.30. hua3. Tk mnyempat lah nak masak. Sy mkn lame, 5-10 minit mmg tk smpat. Sedeyh.
Maka, seperti byase, cucuk straw lam milo kotak. Slurp2, minum. Hmm.. ngadap buku jap, tetido balik.

Sahur ke tak ke, nak pose gak. Dah last day pose 6. Smangat3! Esok nak raye~

Sebenarnye, berat badan skarang yg dah tak sampai angka 4 kat dpan, merunsingkan juga. uhuhu. Tp, emm, btul lah, walaupun fizikalnye cam pucat + lesu, inside, sy rase, ia memberi sy rase puas hati + tenang. Hmm.. Lagipun Syawal staun sekali je kan. 6 hari puasa ni, tak buat, rase rugi.

Cuma, kat sini, bila mkn sahur sorang, bukak pose sorang, tringat lak kat rumah..

Smlm mak tepon. Family sume dah abis pose 6. Kire sy walaupun kakak sulung, tp yg pling last lah ni. Eyh, cop, adek laki sy br 3 ari. haha. Kedua last, Ok lah tu.

"Sape yg first abes?"
"Sape lagi, mestila Sarah. Dye kan hebat bab pose2 ni" Mama bercerita.
Sy dan Sarah sngt bnyk persamaan. Fizikal, minat, emm..
Cuma satu yg paling ketara berbeza, sy nak lagi gemuk, dye nak mantain 40. Dye sngt health concious. Hobi = makan buah. Memang mengamalkan an apple a day keeps the Dr away, walaupun sebenarnye Drs takkan go away, malahan tinggal bersama. Sampaikan ayah pegi beli barang, nmpak apple je, tringat Sarah. haha. Dah sinonim.

Satu lagi yg beza, dye tak sesensitip sy. Kalo tgk crita sedih, mesti dye tgk sy, tunggu sy nangis, pastu gelak. huhu. Sy pon tgk dye, gelak juga. Mintak maaf, kakakmu ini mmg tlebih air mata kot.
----------------------------------------------------------------------------------

Hmm.. Pagi2 hari ni kelas embryology of urinary system. Dengar 40%, pastu tetido. Bila abis kelas, terasa badmooood.. sbab tertido, lagi.

Badmood. Duk surau, ngadap buku. Hmm.. tgk jam, kul 10.30. Sempat lg wat duha ni. Ade pluang, elok2 bnafas ni, bek wat kjap. Lgpun sdang rase cam sngt mls, poyo, dan laen2 lagilah emosi2 negatif.

Kul 11.30, pakai labcoat, br nak tgk cermin, ditegur Cik Mizah "Nadiah, dah2, takyah cantik2, nk jumpa mayat je lah~".

Mengintai2, menggodek2 kidney, ureter dan sekutunya. Tiba2, gaya suspen...
Tiba2 ternampak sesuatu objek, ingt urinary bladder tp bukan. Uterus rupenye. Kecik je, lg kecik dr tapak tgn tolak jari.

"Keciik, tp muat je baby duk dalam ni nanti kan"
Sorang lg tambah, "A'ah, pastu muat je baby lalu kot sini kan", sambil menunujukkan laluan sempit yg akhirnya bakal mengenalkan baby ke dunia yg fana ini.

Kami menyepetkan mata..
Sambil shrug bahu, "tanak fikir, tanak fikir".
uhuhuhu. Naik bulu roma tiba2.

Abis praktikal, sy terasa ingin membahagyekan diri. Pertama kali memberanikan diri pergi sorang.
Jln laju2 kira2 50 langkah, nek monorel, tukar KTM, jln lagi kira2 100 langkah, dah sampai,
jalan TAR.

Konon2 nak carik tudung JER. Tapi Sogo ade sale, tjumpa sluar kaler yg sy nak, satu, bli!

Jalan2, carik tudung, tawar menawar, supaya kakak baek memberi harga lebey murah. Kat klate ritu pun rm24, sini dpt rm19, ok lah tu. Tudung dua, bli!

Jalan2 lagi, nampak kaen pasang, cotton. Kakak tu siap bisik2, "Bagi harga murah je, student price", tunjuk kalkulator. Sy, angguk2, "Ok la, murah2" lam ati..
Bli satu. Akak tu kate, untuk mak tanak bli ke? haha. Tringat, lgpun ari tu blik raya, tak wat blik pape pon utk mak. Bli yg kedua. Jalan kluar kedai, nampak kedai seblah, eyh, corak lagi cantik, canne eh? Tape2, bleh bagi kat adek gak. Bli yg ketiga. Kain pasang cotton tiga, bli!

Ok dah2!
Berjalan2 laju lagi, balik ke fakulti. Tersenyum. Puas hati. Ntah nape, rase gembira je. Sy ni masalah emosi ke? Patutnye rase gembira ke tak abis2kan duit di akhir2 sem ni eh? huah.
----------------------------------------------------------------------------------

Pukul 2.30, masuk ke kelas ZT. Pelajaran yg paling sy ingat dalam kelas ni, '10 tips of happy mariage'. Kami belajar pengurusan emosi keluarga. Hue2.

Tiba2, Dr suruh kluarkan kertas tulis '5 perkara yg meransangkan hubungan baik bersama rakan di asrama' untuk dihantar sebagai bukti kehadiran. Terus tulis nombo 1, 'Suka pergi makan bersama2, terutama breakfast'. =P
----------------------------------------------------------------------------------

Bnyknye membebel.. mintak maaf membazirkan masa semua. Sy tiba2 terasa sngt ingin bercerita hari ni.

Moral cerita ini,
1) Abu Ayyub Al-Anshari r.a meriwayatkan, Nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama satu tahun." (HR. Muslim).

2) Kepentingan perlunya membawa teman ketika bershopping supaya boleh menasihat agar sy tidak lg terjerumus ke dalam kancah pembaziran.

3) Antara 10 tip tu, yg sy suka, 'focus on the best thing in your partner.'

=) Sekian.

Sunday, September 27, 2009

eidulfitri 1430H

pre raya

went back home on friday.

iftar with big family, all kelantan's sepupu was here already!

hang the lampu bunga2, still usable, since 2 years ago

raya2

pagi raya

woolly2 takde baju raya

family portraite


cooool~

melayan sanak saudara yg datang berkunjung


balik kampung. nice evening scenery (credit to sarah, the photographer)

"name saye aqish, name awk sape?"


bunga api + BBQ at nite~

got a lot more in between,

mini reunion,

duit raya hilang,
aunt's and uncle's rumah terbuka,
friend's rumah terbuka,
balai islam gathering (hearing some amanat from tok guru)
Billion,
6 hours drive to KL,
kampung Klang visiting,
KLCC
duit raya found.

post raya


respiratory module : 1 week left,
urinary module : 4 weeks,
study week,

FINAL EXAM

hue3

Saturday, September 19, 2009

award tertangguh. hehe.


5 fakta menarik tentang pemberi award

[nopa] 1 skulmate dr drjh 1 satu sampai ting 3
2 ada nikon d80
3 minat kreta nismo?
4 ada hlmn rumoh comey + sesuai utk BBQ.. hehe
5 sain hk mudoh kiro, hak2, muji2 bleh wi duit rayo lebih ni.

[mustapa'i] 1 klasmet form 4+5
2 BIJAK, bleh 11a1 SPM dulu
3 duk ngaji engin UTP loni
4 duk kat lundang, dop?
5 nama dye unik, mustapai, cara sebut, mus-ta-pa-i, bkan mus-tapai.. hehe

10 fakta tentang diri sendirii

1 meminati photography sjak2 suka mlawat blog + flickr student2 blaja oversea.. ralit, lagha, dll lagi lah dgn photography. skarang dah kemaruk nak bli DSLR. gamba2 cantex boleh membuatkan org kagum dgn ciptaan Allah~ jd sy pun nk blaja amek gamba2 cantex juga. konon.

2 i really2 can't tolerate orang yg besar kepala, macam apa yang dia buat semua betul, ditambah lagi dgn oveconfident, pushy, degil, tidak sabar, pemarah. maybe because i'm just the opposite. dalam situasi segenting mana pun, for me, it's better to keep cool.

3 seorang yg sngt mls nak berkenalan ngan org len, chatting dsb kecuali stengah2 org. lebih suka kalo dpt mnghabiskan masa dan bercerita berketawa dgn family @ kawan2 yg mmg dah rapat dan memahami diri. semenjak dewasa mnjadi agak secretive pula. mls mmbabitkan terlalu ramai org dlm konflik2 sy.

4 suka sngt3 berjalan, melancong, mengexplore tempat baru, cuba mkn kat tmpt2 tak pnah pgi dan yg sama waktu dgnya. sdg berusaha kumpul duwet nak gi ireland nanti year 4, melawat sema' n yuyu. insya allah. haha.

5 tak suka dgn org2 yg suka ubah keputusan @ tak bertanggungjawab dgn kata2 sendiri dan kita adalah antara org yg berada dalam keputusan @ org2 yg trlibat dkat dgn kputusan tu.

6 anak sulung yg gembira. mempunyai adik bernama zaid, sarah, hannah. takde mohd, siti, nur. sume nama sepatah je.

7 suka jgak sajak2, minus the terlalu jiwang one @ yg terlalu mengagungkan seorang perempuan. suka sajak lak sejak2 mndpt pngruh shifa' kot time2 form 2 dulu.

8 mudah kuar air mata. sangatla mudah.

9 suka tulis semua benda guna pensel. takde pensel mmg susah nak study. guna pen mase exam @ isi2 borang sahaja.

10 i love to be free, not constrainted with time or people, take time to do things with ikhlas heart, rather than just doing thing forcefully, half heartedly or just to fill in the requirement. but, nowadays, in reality, time runs so fast with so many people running, that it become really2 hard for someone like me, to just, keep living. and yet, i choose to become a doctor. haha. what an irony.

10 orang yang dipilih untuk diberikan award

mc ja
aisyah
fzah
najwae
madi
ira
mizah
yam
aliah
kak ruqayyah

Sunday, September 13, 2009

the few last days

"Yang demikian kerana sesungguhnya tiap2 kali mereka merasai dahaga, dan merasai penat lelah, dan merasai lapar dalam perjuangan pada jalan Allah; dan tiap2 kali mereka menjejak sesuatu tempat yang menimbulkan kemarahan orang2 yang kafir; dan juga tiap2 kali mereka menderita sesuatu yang menyakitkan dari pihak musuh - melainkan semua itu ditulis bagi mereka amal yang soleh. Sesungguhnya Allah tidak menghilangkan pahala orang2 yang berusaha memperbaiki amalanNya."

At-Taubah : ayat 120

Tejumpa ayat ni td. Macam best.

Kesimpulan :

1) wlwpun terpaksa berlapar dahaga dan bersakit2an pd jalan Allah, insyaAllah, semuanya akan menjadi amalan soleh yang mendapat pahala.
2) tak akan prnh sia2 jika kte berusaha, memperbaiki amalan. wlwpun mungkin hasil tu sedikit, tp usaha tu penting!

Tinggal lebey kurang sminggu je lagi bulan Ramadhan. Ni la sminggu yg crucial dan critical kpd pengumpul2 harta akhirat. Peluang 1/10 bertemu Lailatul Qadr = malam yang beribadat didalamnya mndpat pahala beribadat lebih baik dari 1000 bulan, atau 83 tahun 4 bulan, atau 30000 hari!

Dan... masa ni jugak la Allah Bagi Cuti (ABC) kat sy. Huhuhu. Tak smpat abiskan tadarus. Tak brpluang ikut kawan gi qiyam kat masjid.. macam rugi sngt rase.

Takpelah, mungkin ade banyak hikmahnye jgak. 2, 3 minggu ni sy mmg huru-hara. Asyik tak lekat kat rumah. Bukak pose + terawih sana sini. Kuar pagi, blk malam2. Segan lak ngan hosmet duk asyik blk malam2 je... dah la pompuan, duk jalan sana sini. Tapi, mmm... sy mmg ske jalan2. Nanti jap tgk kaki. Ha'ah, mmg ade tahi lalat pun. Hue3.

Skarang ni bleh duk diam2 kat rumah, kurang2 nye lebihla masa nak abeskan lecture note + baca2 buku yang tak abes2.

Sudah ramai yang mengulas ttg istimewanya Laylatul Qadr.
Jd sy di cni, ingin memberi ucap selamat, kepada semua2 yang berpeluang, sama2 kuatkan smangat untuk memburu Laylatul Qadr!
Kalau bukan skarang, bila lg. Taun dpan, masih bernafaskah lagikah kte2 ni.

Sekarang adalah masa study week utk achieve pointer dean's, eyh bkan, Allah's list di akhirat.
Universiti Ramadhan sudah hampir melabuhkan tirainya. Jangan terlepas exam yg bawak carry mark yg sngt besar ni!

Friday, September 11, 2009

090909

Nice date,
means nice day.

I have a little wish to make the next 101010, 111111, and 121212 nice days too.
=)

Saturday, August 22, 2009

dating~

Suasana dating yang berkesan:
1. line clear - tkde yg skodeng
2. tenang dan sunyi
3. bwk n bg present
4. curhat (indon's, mean curahan hati)
5. confess ur love

Kalo cam lengkap suasana tu, boleh la kira2 cam perfect date kan3. Ke? Hehee



Surah Al-Muzammil, ayat 6
"Sesungguhnya bangun malam itu lebih kuat mengisi jiwa dan bacaan ketika itu lebih berkesan"

Surah Al-Muddatsir, ayat 1-3
"Wahai orang2 berselimut! Bangunlah, dan beri peringatan. Dan agungkanlah Tuhanmu."

Surah Al-Isra', ayat 79
"Dan pada sebahagian malam, lakukanlah solat tahajud sebagai ibadah tambahan bagimu, mudah2an Tuhanmu mengangkatkanmu ke tmpt terpuji"


Bnyk love notes dari Allah pesan kita suh Qiyamullail.
Bukti qiyam ni sngt aula darjatnye disisi Allah.
Reminder waktu dating bersamaNya.
Allah sayang dan rindukan kita.

Kita je mcm sombong2 sket, jual mahal, malas bangun tahajud.
Rasulullah yang Allah jamin masuk syurga pun bertahajud sampai bengkak2 tumit.
"Salahkah aku bersyukur?", kata baginda.

Apetah lagi kita pd bulan Ramadhan Kareem ni. Banyak peluang.
Sebab mmg akan bgn utk sahur, jd seblum tu sempat la date dgn Allah kan.

Berkenaan dgn di atas,
no 1 + 2 adelah waktu2 awal pgi seblum subuh yg mmg tenang dan nyaman, line clear, org tgh tido!
no 3, ibadah2 siang hari sebagai hadiah, cthnya puasa, sedekah, senyum =).
no 4, luahkan keluhan, perasaan, syukuran, doa2an semuanyalah an kepada Allah.
no 5, BUKTIkan, kita sangat sayangkan Allah!

---------------------------------------------------------------------------------

Pagi ni mase usrah, dpt suatu input yg best =)

Makcik Zai kate, selain meningkatkan amal,
bulan puasa ni la waktu doa2 dimakbulkan, terutama time2 sahur.
Jadi doa banyak2, hatta benda2 kecik pun.
Dan sangat penting, doakan saudara2, sahabat2 dan kesayangan kita sekali.
Mungkin mereka tak tahu kita mendoakan mereka.
Tapi doa2 kita tahu. Bila mereka terangkat ke langit, dan bertemu dgn doa2 orang2 tersayang yang kita doakan.
Bilamana mereka juga mendoakan kita.
Ayat makcik Zai, "Happy sangt doa2 ni ble dapat jumpa sesama diorang. "Eh, awk doa utk sy? Sy pun doa utk awk jugak" Hehe.

Kak Amal pulak tambah, kalau kita doa untuk diri sendiri je, jarak doa kita ke penerimaan tuhan mcm jauh langit dan bumi.
Doakan sekali orang2 laen, doa kita akan lebih hampir kpd Allah.

Makcik Zai tambah lagi ttg akhirat. Waktu tu, semua orang yg berkasih sayang di dunia ni bergaduh, bermusuhan.
Kecuali segolongan kecil sahaja mereka2 yg berkasih sayang juga, tp hati diikat dengan kasih sayang kerana Allah. Sentiasa mendoakan sesama mereka.
Bila baca doa Rabitah kat akhir Maathurat tu, bayangkan skali wajah2 orang2 yg kita sayang, yg kita sayang kerana Allah. Kawan2 usrah kita, family kita, dll.

Sy pun tringat la quote, dr novel ayat2 cinta..

Apa maksudmmu? Apakah ada 2 org yg di dunia saling mencintai justeru di akhirat saling memusuhi?

Jika cinta keduanya tidak berlandaskan ketaqwaan kpd Allah, maka keduanya akn saling bermusuhan kelak di akhirat. Apalagi jika cinta keduanya justeru menyebabkn terjadinya perbuatan maksiat baik kecil mahupun besar. Tentu kelak mereka berdua akn bertengkar di akhirat. Seseorg yg sgt mencintai kekasihnya sering melakukan apa sahaja demi kekasihnya. Tak peduli pada apa pun jua. Terkadang juga tidak peduli pada pertimbangan dosa atau x dosa.

Jika yang dilakukan adalah dosa tentu akan menyebabkn keduanya akan bermusuhan kelak di akhirat. Sebab mereka akan berseteru di hadapan pengadilan Allah Subhanahu wa Ta'ala. Inilah yang telah diperingatkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala. Dlm surah Az-Zuhruf, ayat 67.


Hmm..

Ok, itu saja.
Tulis di cni supaya sy ingat juga.
Bila salin lam buku nota, salunye tak terbukak balik nanti.
Hehe.

Salam 1 Ramadhan 1430 Hijrah ^-^

Sunday, August 2, 2009

metafora

Amaran: Post ini banyak metafora. Cuma luahan hati. Takpe, tak perlu difahami. Dan sy ok2 saje =).


I know
It's a new day
When the sun is shining again
Beaming hope
to all healing hearts..

*sigh*

Hari ni sy bgn.
Tepi sy ada sayap.
Smalam sy ingat mimpi.
Tp hari ni btul2 ada sayap.

Sy buka tingkap.
Langit merona merah jambu.
Malam sudah hampir berlalu pergi.
Sebentar lagi matahari akan menjengah awan.

Sy termenung.
Mahu buat apa.
Di sayap ada tertulis,
"pergi mencari redha Ilahi"
Perlu pakai sekarang dan terbang?

Sekejap.
Sy perlu berfikir.
Jika perlu terbang pun, seorang diri juga.

Siapa kata seorang diri?
Allah kan ada?


Ya, Allah kan ada.

Pagi itu, tadahan doa sy terasa berat.
Banyaknya permintaan sy kali ini.
Semoga semua selamat sampai ke pendengaran Tuhan.

Kepada siapa2,


Di antara kita ada 3 perkara.
Takdir, waktu dan mimpi2.
Suatu hari nanti, salah satunya akan memberi makna yang pasti.

Selimutkan hati dengan hangat kasih syg tuhan.
Alang2 jika bercinta di lain hari,
biarlah hingga sampai syurga abadi.


Sekarang sy mahu terbang.
Tak perlu tunggu siapa2 lg.
Selamat tinggal mimpi2.

Terima kasih untuk sayap ini.
Sy hargai.
Terima kasih untuk segala.
Tentang hati kita, Allah lebih tahu.

Jangan peduli air mata sy.
Nanti ia kering sendiri.

Nadiah Ahmad Sabri - 2 Ogos 2009

----------------------------------------------------------------------------------

Kema, sy mintak izin pinjam video ni!
Warkah ke Syurga



Yg buruk, ambil, jadikan sempadan.

Saturday, August 1, 2009

Hemagglutinin1 Neuraminidase1

Dear Nadiah,

I'm sorry that your timetable had to be packed from 4 to 3 weeks now.
I don't mean to trouble anybody, and be famous that way.
But people keep inhaling me. I can't help but infected them. It's my nature.

Perhaps, this is the best for us.
Maybe it's the only way, so you can spend more happy moments with your Hoffbrand, Netter, Moore and Sadler.

Till then, take care.

Be infecting you always,
h1n1.


My class was called off for one week because a lot of students develop symptoms similar to h1n1. Not sure wether there are students who are really infected with h1n1 or not, because the screening result was not be made known. KTSN1 residents was initially supposed to be quarantined for 1 week, but luckily, they made it to only 3 days.

Hua3. Ckp Melayu lah pulak. Sy pun ade gak la simptom demam, seseme n batuk. Tp jgn riso, sket2 je lah. Mak x bagi blk umah, tkt jangkit ngan adik2 nanti. Oleh kerana sy memang kakak yg baex, jd sy pun takla blk rumah dan menyebarkan virus pelik ini kpd adex2 sy. Hehee. *sila jangan masuk bakul angkat sendiri*

Ape pun, disebabkan cuti tak dirancang selama sminggu ni, modul Cardiovascular saye hanye tinggal 3 minggu lg. Lecture2 dalam sminggu cuti ni, tlh dipadatkan ke dalam 3 minggu yg tinggal tersebut. Huhu. Agak menakutkan lah. Sebenarnye, sngt menakutkan. Kene study btul2 hard lah. Habis 3 minggu, exam utk 2 modul, Blood & Lymph dan CVS.

Virus ni pon makhluk Allah jugak. Kecik2 dye pon, sngt hebat, sampai dah buat huru hara kat K1, buat sy dpt cuti, buat kelas sy pasni jd dari kul 8 pg sampai 7 ptg..
Hua3.
Ntahla.
Smoge semua baek2 saje.

Owh ye, psl h1n1, kalau anda tiada penyakit kronik lain, Insya Allah demam2 + btk2 akan sembuh sendiri slepas beberapa hari. Yang dirisaukan cuma ia sngt mudah berjangkit, dan anda ada penyakit2 laen yg boleh di'severe'kan lg oleh h1n1 sehingga membawa maut.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Google dan search h1n1. Hehehe.

Apepun, jaga kesihatan,
Allahumma a'afini fi badani,
allahumma a'afini fi sam'ii,
allahumma a'afini fi basori..
Ameeeen~

Friday, July 31, 2009

<3


Allah sayang kita.. limitless.

noktah.

Monday, July 20, 2009

lenghty~

Quite much happen since i move to this lovely Plaza Rah. (haha, note, lovely~)

Last week i suddenly received a news that I get a room at K1. I actually didn't apply for it. But I have a strong feeling, my mum did it, when she came to the office last semester. She was worried that the environment here will not be condusive for me to study, perhaps. But, i'ts the opposite actually. So, i decided to just stay, not moving to K1.

And I bet she'll be suprised knowing that her daughter had mopped the house for three weekends in a row already; which i never did at home. Haha. So rajin. It's an instinct, maybe. I also don't have to face dirty toilet back at K1 anymore. So happy to be in this house, managing quite a big space rather than just a room. But, money-wise i still can't manage it well. Been spending quite a lot, eating here and there. Owh, one more thing, here got swimming pool~ Takbleh jogging Titiwangsa, mandi swimming pool pun ok la, exercise jugak. Hehe.

Earlier this month, I attended a talk(more of perkongsian rather than a talk) from a wife of ISA detainee. Her husband had been detained without trial for 7 years already. She was lucky to be chosen to go to Geneva, voicing out the problem, to the world, when own country ignore it. She's inspiring. Tough, managing her life, her children, managing all, 'husbandless' for 7 years. After all, 'berani kerana benar'. ISA system is totally wrong. A person is not guilty, untill proven guilty. Although I didn't take law, but I know for sure, that we can't punish a person, until he was proven guilty. 7 years punishment for things that is not our fault, that is totally not right. May justice gain it's reign, some fine day, Insya Allah.

And last week, i watch Harry Potter and the Half Blood Prince! Novels that i read since 13. Now i'm 20. Hehe. Nice2. For me, the movie is well-done!

Well, module Blood and Lymph had come to it's last week. This module require a lot of finger prick, blood and blood everywhere. To be honest, I used to be afraid of blood, because for me, blood = pain. But, gradually, that feeling had fade. It's not painful pun prick2 ni. I don't know, I haven't watch a labour yet, where blood splash like tap water. Hmm2..~
All the respect to all mums in the world, *wondering how will I do that one day*

I've met my buddy too ^-^. Her name is Nadiah. I call her Nadiah. Quite weird calling other person, my own name. Smoge dye gembira menjadi buddy sy.. (apekah?). Kalo dye terbaca ni, study rajen2 yerh. Chayok2!

I wish I can write more 'bermanfaat' stuff in here. Nantilah bila dpt broadband balik.

For now, just want to share a phrase. "Janji butuh realisasi". When we were born, we had made the biggest promise in our life. Syahadah. Have we done enough to be an obedient servant to Him?

I like this sentence said by a colleague of mine, "Kita pergi kuliah, dgr lecture, blk, smayang, bace Qur'an, tido, hari2.. rase2, dah cukup ke utk kita masuk syurga?". Sedangkan sahabat2 Rasulullah berjihad, sampai mati syahid. Bersedekah seluruh harta sampai masa nak kafankan pun x cukup kain.

Bila bukak almari, nampak baju bertimbun2, kasut tsusun2, beg2 bgantung2, kte patut rase segan lah. Segan saudara2 kita yg nun di bumi sana, ade yg menyeret selipar same je setahun, ataupun takde duit langsung nak beli selipar. Segan, Saidina Umar, masa jd khalifah, pakai baju sehelai je.

Saidina Umar Al-Khattab berkata, “Kami dimuliakan dengan Islam. Maka sesiapa yang mencari pendekatan lain untuk menjadi mulia, dia akan dihina oleh Allah.” Dalam sirah kehidupan Umar al-Khattab, beliau hanya mempunyai sehelai jubah sepanjang menjadi Amiirul Mukminiin. Beliau seorang yang tinggi lampai, apabila memakai jubah labuhnya menutupi lutut. Anaknya Abdullah bin Umar tidak sampai hati melihatnya. Lalu dipotongnya dan diminta supaya disambung supaya jubah itu menjadi lebih labuh. Ketika berkhutbah, beliau naik ke atas mimbar dan menyeru, “Ittaqullaah (Bertaqwalah kepada Allah)”
Dan Umar hanya memiliki sehelai jubah itu. Dia membasuhnya sekali seminggu, dibasuhnya malam, dipakai semula pada waktu Subuh. Lama-kelamaan, jubah itu koyak, lalu ditampungnya. Sehingga akhirnya beliau memakai jubah yang bertampung 12. Lihatlah tampungan yang ada di baju Khalifah ‘Umar bin al-Khattab r.a., namun jiwa rakyatnya tidak pernah berlubang seperti bajunya. Amanah dan keadilan meliputi pemerintahannya. Sekalipun pakaiannya hanya dari kain murahan, tetapi keadilannya tidak dapat dibeli dengan apa-apa harga pun.


Kerana pada hakikatnya, "pakaian taqwa, itulah yang terbaik" (Al-Aaraf : ayat 26).
Kita, sehebat manakah untuk bermewah2 dengan harta yang dimiliki?
Mulia kita kerana Islam.
Mulia kita kerana takwa.
Bukan brand, bukan harga, bukan kuantiti.

Nasihat kepada diri sendiri juga.
Bersederhanalah dan bersyukurlah =)

Sekian saja.
Mari kumpul harta akhirat!

lalala

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.
-Prof. Hamka dalam
Tenggelamnya Kapal Van Der Wick-

Selingan ^-^

Haha, smalam2 sy tjumpa lagu ni.



Sy pun terprasan lirik dye same cam lam gamba kat post lame sy ni.

Tiba2, sy pun asyik mengulang lagu ni bnyk2 kali.

Lagu ni tak ditujukan kepada sesiapa secara specifically, tp, kalo nk tujukan utk suami sy pd masa akan dtg pun bleh la, wlwpun sy pun sebnanye x sure lg sape dye. hua3. *ketuk kpala*

Mode : jiwo~

Jgn layan!

Sunday, June 28, 2009

update


Right at this moment all i can say is Alhamdulillah and Alhamdulillah and Alhamdulillah.
There's no other word to describe it.
I'm so grateful being chosen by Allah to live a very colourful life.
Dark, light, pastel, bright. They all blend together.
Past will always be a lesson, for me, sincerely by Allah.
No matter how i love or hate parts of my pasts, they will never come back.
Sure enough, Allah had already made a path of my life ahead.
The only thing left is for me to walk in, strongly, bravely, with faith!



Sebenarnye broadband hilang. Huhu. Maka agak susah hendak beronline. Bulan Jun ni smpat 2 kali je update blog. Ni pun pinjam bband Tira.

Syukurillah sngt3, dpt naek tahun 2. Uhux. Baru tahun 2. 4 more years to go. Perjalanan masih jauh dan semestinya takkan makin mudah.

Tringat masa exam, melihat muka2 tenang org yg kena reseat lagi bnyk dr sy membuatkan sy tfikir apela sngt sy ni. Mereka yang Allah uji lagi berat, masih tak berputus asa, terus berusaha, senyum, cool2 aje.

Semoga Allah tetap meniupkan kekuatan kpd mereka2 yg ditakdirkan tak dpt naek tahun. Semangat kalian, inspirasi sy. Hidup ni, berusaha sampai mati! Terus terus terus! Never give up!

Kolej Baru.

2nd year pindah kolej baru. Plaza Rah namenye. Nak kate sbab merit rendah.. hmm.. tak jugak kot. Org yg dpt merit lagi rendah ramai je dpt kolej dalam. Dah takdir dapat gak kolej ni. Asyik duk ckp nak duk sini sejak sem 1 first year, maka, haha.. malaikat pun ameen lah. Sape suruh. Kata2 kan doa.

Tapi, x menyesal pun~ Plaza Rah sngt best! Bukak tingkap nampak pmandangan satu KL trutama KLCC yang cantex di mlm hari. Selepas dibersih2, rumah sngt luas dan cerah. Duk tingkat 19 lak, semestinya xde nyamuk nak masuk, cuma aircond smulajadi je malam2. Heheh.

view from my balcony..

Makanan lak banyak choice sbab bnyk restoran2 dkat2. Sedap2 plak tuh. Mmg x rindu mknn kafe K1. Haha. =P

Driving di KL.

Haha. Sy rase.. sy rasela.. org2 di KL memandu dgn lebih berhemah berbanding org2 Kelantan, trutama bab2 kasi lane. Kat Kelantan kbanyakannye cam 'debe' sket, susah nak masuk2 lane nih. Cuma, ye lah, org2 KL asyik nak cpat, cpat dan cpat. Kebanyakan pakcik2 pemandu di Kelantan sngt 'cool' memandu 30km/jam. Maka, bnyk bnda jugak lah perlu di adapt.

Apepun, nisbah sy sesat dan sampai ke destinasi tanpa sesat adelah sama. Tah ke mana2 je bwk kete. Sampai semua jalan pun rasa mcm prnah lalu. Siti dah 2 kali jd mangsa teman sy sesat di Kuala Lumpur, (bc ngan nada lagu Ramli Sarip), sampai berjam2~ Ye lah, sy org Kelantan, dye org Kedah. Kelantan + Kedah = bukan Kuala Lumpur. Heee

Gossip.

Ade angin2 bertiup tidak kencang berkata, skulmate sy dulu dah nak kawen x lame lagi. Wah.. kawen? Haha. Senyap2 je. Takpe2, kte tunggu dye ngaku..

Tu je la kot utk mase ni.

Slamat teruuuuuss utk sy.
Slamat berjuang utk dia.
Slamat bahagia utk mereka.
Smoge slamatlah semuanya =)

Friday, June 12, 2009

terlalu hampir

edited - this is actually the original version

malam, gelap, dingin.
moga mata dapat menyusur
kelip2 cahaya
nun di hujung sana

aku letih dengan letih..
aku takut dengan takut..
aku keliru, adakah ini..
adakah begini..

bila usia dimamah waktu
masihkah rindu tetap berlagu?

bila rajuk meracun amarah
masihkah cinta membunga sabar?

kadang2..
cuma mahu sembunyi..
menutup tingkap hati..

senyum tipu.
bila yang baik
semua bertempiaran darimu
kerana kamu hanya berdiri

seolah masih belum apa2
sedang mimpi dihias ngeri
sedang hati perlahan mati
tak usahlah berpura-pura lagi..

sampai bila mahu menjala mimpi
tidak sedarkah sampan tidak dapat bertahan lagi
dan laut kan menjemput karam sebentar nanti?

nadiah..
apa yang terjadi?


Sy sedang menulis sajak di atas..
bila tiba2.. sy prasan blog2 yg di update bwh #amanianz

Seorang senior sy di SRI Aman telah pulang menjemput panggilan Ilahi dalam satu kemalangan jalan raya di Mesir..
Saudara Mohammad Ammar bin Zulkifli.
Terkedu.

Umurnya cuma tua stahun dari sy.
Smangatnya, perjuangannya, sepanjang 21 tahun Allah tetapkan buatnya,
terlalu besar berbanding dengan 20 tahun Allah telah beri kepada sy.

Terasa begitu dekat, teramat dekat, bicara Allah.
Di sini, sy baru sahaja berasa seperti terlalu sedih dgn HIDUP.
Sehingga lupa MATI itu terlalu dekat dan sy sebenarnya tiada masa langsung untuk bersedih dengan HIDUP.

Sy selalu merancang itu ini.
Sedangkan merancang mati?

Pesanan ringkas dari ibu Ammar:

Assalammualaikum semua anak-anak, Ini Ummu Ammar makcik mengharapkan anak-anak yg berada sekitar ini marilah kita semarakkan semangat jihad datanglah beramai-ramai semasa pengkebumian dia pagi ahad ini. Kita ambil semangat dia dan kita semua berubah kepada keredhaan Allah. maaf kesalahan dia dan kalau dia berhutang apa-apa saja sila bagitau makcik.”


Moga syurga menjadi kediaman abadinya..

Sy tidak dapat menahan air mata.
Hari ini Allah menjemput dia.
Andai sy mati esok, sy tidak tahu tempat sy di mana.

Terlalu bnyk dosa yang dipikul oleh hati yang hampir mati ini.
Terlalu bnyk sehingga sy tidak rasa sy layak untuk terus menghirup oksigen Allah dan bernafas.
Sy tidak layak.

Ya Allah, beri aku kesempatan, ruang dan kekuatan..
jari ini tidak perlu kisah luka berdarah..
mengutip sisa2 kaca yang sendiri aku pecahkan..
aku mahu pulang dan tenang dalam cintaMU..



"Wahai tuhan, selamatkan kami ini.."

Demi Allah, mati itu terlalu hampir.

Friday, May 29, 2009

hari guru SRI Aman

smalam best..!
pegi SRI Aman, skola rndah dulu2..
lawat muallim muallimah..
ade sambutan hari guru..


ni bdak2 darjah 2


cam lucu plak tgk student2 SRI Aman.
sume keciik2 je..
sy dulu2 kecik camni gak ke..
mase kecik2 rase cam dah besa dah..
haha..

skola ni bnyk kenangan..
mmg tradisi stiap batch kot,
banaat suke sngt gaduh2 ngan baniin..
sy pun.. mmg anti tahap maksimum lah ngan dak2 laki..
gduh brutal2 lak tu..
mereka siap baling2 botol kat kelas kami..

pastu dkat2 upsr men surat2 layang..
konon2 mintak maaf lah..
pakat ramai2 tulis surat..
pastu baniin konon2 ego, balas balik "kami x maafkan"
ces! haha

pastu ade jgak baniin yg antar surat layang, siap bagi ayat qur'an lagi..
yang surah An-Nur, ayat 31
"dan katakanlah pada perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya .. smbung sampai abis"
kire cam suruh banaat2 ni jage akhlak la gitu..
ape lagi, kiterang pun bls la blk, "fitnah2".. pastu bg blk ayat alfitnatu ashaddu minal qatl tu.
haha. takde sape nak ngaku salah.
takley blah gaduh mase kecik2.

mcm2 "aktiviti" kami buat.
main "dekcok" dlm kelas (padahal kelas kterang tingkat atas, abis begegar sampai bwh)
pastu muallimah suwaibah denda suruh main "dekcok" depan kelas baniin.. haha. malu!
buat penyiasatan pencuri ngan tabur bedak kat lantai kelas (konon2 nk dpt jejak kaki pencuri lah)
pastu ske sngt wat petandingan2 sesama sendiri.. mewarna, silang kata, nasyid, batu selambut, lompat tali..
dlm kelas jual2 sticker, name card, kerepek.. main bank2 la.. panjat bumbung skolah la..
buat name gelaran kat dak laki.. ladybird, singa, arnab.. haha mcm2 binatang ade..

bile besar..
hmm.. laen pula ceritanya.
sume dah masuk u, kolej..
dah lameee tinggal SRI Aman..

rindu dgn tarbiyah..
rindu dgn crita2..
rindu dgn denda2 muallim muallimah..

rindu dgn ukhuwah.
rindu dgn suasana..
rindu dgn senyum air mata sahabat2..

smoge SRI Aman terus sukses "membina insan mulia"
nanti dalam 10 taun lg, blehla anta anak sy skola cni jgak~ hehe

gamba hari guru taun lpas,

berebut kerusi versi ustaz vs baniin vs "pelajar tua"

ni sape2 windu muallimah, bley tgk flickr nopa.. =D

Friday, May 15, 2009

turun naik

Satu hari di jalan TAR, sy dan rumet berjalan2 mencari baju dan tudung.
Tiba2 awan yang berarak mendung dari tadi memuntahkan hujannya.
Kami berdiri di kaki lima kawasan kedai2, menikmati pemandangan hujan.
Best.. cantik plak rasenye, dengan angin sejuk yang bertiup sepoi2 bahasa.
Kebanyakan yg ade kat situ, berhenti membeli belah dan hanya duduk2 di tepi2 kedai, macam kami, tgk hujan.
Tak lame kmudian, hujan smakin lebat sehingga tempias2 terkena baju.
Kami pun masuklah ke dalam kedai supaya tidak terus kebasahan.

Lalu bermulalah bibit2 pertemuan kami dengan seorang makcik seller yg peramah.
Sambil menunggu hujan reda, kami berbual macam2.
Apabila mengetahui kami pelajar perubatan, dye tak habis2 memuji, mcm sngt bagus mengambil jurusan ini.. huhu.
"Blaja betul2, rajin2, jd dr. yg baek."
Siap mintak tip macam mane blaja sampai bleh wat medik, nak bagitau anak sedara dye yg nak SPM taun nih.
Haih.. segan plak ngan makcik ni. Rezeki smate2 je sume ni, sy bukannya hebat sngt pun makcik..

Makcik tu cakap, "Kamu ni blaja pandai2, jangan lupa baca qur'an hari2. Makcik suka baca surah Aali-Imran. Korang pun slalu2 lah bace ye. Baca je x jadi, kena skali dengan terjemahan la."
Kami angguk2 stuju saje.

Hujan dah smakin reda.
Kami mintak diri ngan makcik tuh.
Seblum kluar dr kedai tu, makcik tu pesan,
"Jalan elok2. Ingat Allah selalu. Setiap langkah tu, isi la ngan zikir. Bukan susah sngt pun nak cari masa nak berzikir ni. Sambil2 langkah kaki tu, zikir la Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar"
"insya Allah.."

Dalam hati..
Hebat makcik ni. Sambil2 jual barang, sambil2 berdakwah kat org.
Sy, bila lagi?
Kadang2 sy rase, mnulis tu lagi senang dari mengatakan. Hmm..

Selepas hari tu, sy pun belek2 lah surah Aali-Imran. Mmg slalunye, jrg bace surah ni.
Dan ternyatalah, surah ni memang banyak yang menarik isi kandungannya.

Ayat yg paling menawan hati sy, ayat terakhir surah ni;


Wahai orang2 beriman! Sabarlah, dan tabahlah dan berkawallah dan betaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.
Aali Imran : ayat 200

Bila bace je surah ni je.. tringat kat makcik tuh. Mesti dah banyak saham pahala yang dia dapat. Rasulullah bersabda, "Sampaikanlah apa2 dariku, walau hanya dengan sepotong ayat."

Sepotong yang bermakna, terima kasih makcik!




Allah sedang berbicara denganmu..

Apapun terjadi,
ini yang terbaik buat sy.
Sabarlah, tabahlah, berkawallah, dan bertaqwalah.

Bila jatuh;
wipe your hand, shake it off, then you stand. -Rascal Flatts; Stand-

pst.. sape yg kne reseat paper mcm sy, slamat berusaha~
bak kate syed dlm blognya, ia platform utk memperbaiki diri.
yg laen, slamat mengisi mase cuti dgn aktiviti2 berfaedah + mnarik..
doakan kami juga. semoga bleh bersame2 lg nanti 2nd year..