Sunday, November 29, 2009

eiduladha 1430H - edited

Salam alayk

Haha. Ari tu lpe lak wat introduction.

Em, taun ni adalah taun kedua korban dibuat dihadapan rumah @ dihalaman rumah sendiri. Sbab kami2 ahli persatuan spupu2 sudah semaken dewasa dan boleh menolong ayah & ibu saudara melapah, mengangkat, memotong, mengasing, memasak sehinggalah menghantar daging2 ke rumah2 saudara2 dan mereka2 yg memerlukan. 3 family + 1 mak saudara korban 1 ekor lembu. Sngtlah best dan terasa raya haji kami.

Pagi2 dimulakan dgn mandi sunat, tergesa2 pergi masjid sbab terlupa solat hari raya haji slalu buat awal, balik rumah mkn nasik dagang, dan tukar baju untuk 'urusan daging'. Sekian sahaja pendahuluan. Kita tgk gamba~ zaass


lembu yang bakal dikorbankan

kak awah steady je~


semoga setiap titisan darah yang mengalir menjadi simbol ketaatan paling agung berlaku dalam sejarah manusia, pengorbanan Nabi Ibrahim dan Ismail a.s.


kaki lembu ni mmg berat! sebelah kaki je pun, 5 org tlg angkat~


kaki ni pun di gantung kat pokok supaya senang nak potong2 dagingnya.


woolly dan muk a.k.a gemuk tak faham apa2, jadi rilek2 je dalam rumah.


kami yang perempuan2 sediakan bahan masakan,


dan jugak potong daging ni kecik2.
look what i found, a beautiful heart! notice the prominent LAD (left anterior descending artery at the front)


cardiovascular, respiratory, urinary! macam same ngan manusia je kan..


the bigger lumen is trachea, yang kecik bawah dye adelah esofagus. sronok2 blaja anatomi~
^-^

----------------------------------------------------------------------------------

Emm.. post ni mungkin panjang sket. Tapi bolehla merefresh ingatan tentang asal usul ibadah qurban yang kita lakukan. Simboliknya, pengajaranya. Jom baca cerita dari Allah..

[As-Saffat: ayat 100-109]

Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang yang soleh.
Masa tu Nabi Ibrahim a.s dah tua, tapi masih belum dikurniakan zuriat bersama isterinya Sarah. Maka, baginda pun berkahwinlah dengan Siti Hajar, dan berdoa bersungguh2 dikurniakan penyambung keturunan dan da'wah baginda.

Maka Kami beri khabar gembira kepadanya dengan (kelahiran) seorang anak yang sangat sabar (Ismail)
Allah mengabulkan doa baginda dan akhirnya, ketika usianya sudah mencecah 86 tahun, baruulah baginda dikurniakanlah seorang anak yang sangatlah sabar bernama Ismail a.s.
Tp, baginda sekali lagi diuji. Ketika masih bayi, baru sekejap je bersama ayahnya, Allah memerintahkan Nabi Ibrahim a.s meninggalkan Siti Hajar dan Ismail a.s di sebuah kawasan yang jauuh + tandus yang kini dikenali sebagai Makkah.

Maka ketika anak itu sampai umurnya dan boleh bekerja bersamanya, Ibrahim berkata, "Wahai anakku. Sesungguhnya aku bermimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah, apa pendapatmu?"
Setelah sekian lama, usia Nabi Ismail pun sampailah ke umur di mana baginda sudah boleh berjalan, kemudian lama2 sudah boleh bekerja bersama2 Nabi Ibrahim. Sekali lagi, Allah menguji ketaatan Nabi Ibrahim a.s dengan mendatangkan mimpi baginda menyembelih anaknya sendiri.
Bayangkanlah bagaimana perasaan seorang bapa, yang stelah sekian lama baru dpt berjumpa dgn anaknya, kini, diperintah Allah menamatkan hidup anaknya sendiri.
Nabi Ibrahim yg hebat itu, bertanyalah kepada anknya, "Apa pendapatmu?". Baginda mahu bersama2 taat kepada kpd Allah, bukan memaksa anknya.

Dia (Ismail) menjawab, "Wahai ayahku! Lakukanlah apa yang diperintahkan (Allah) kepadamu. InsyaAllah engkau akan mendapatiku termasuk orang yang sabar"
Sudah di highlightkan Allah dalam ayat sebelum ini, Nabi Ismail a.s mmg seorang yg sngt sabar. Dengan lembut baginda berkata, "Wahai ayahku" bukan dengan nada marah @ tidak percaya dgn ayah sendiri. Nabi Ismail a.s dengan taat menyuruh ayahnya menyembelihnya sahaja jika itu suruhan Allah. Jika itu yang Allah perintahkan.

Maka ketika keduanya telah berserah diri dan dia (Ibrahim) membaringkan anaknya atas pelipisnya (dahi),
Nabi Ibrahim pun membaringkan anaknya dgn dahinya menghdp ke bwh supaya baginda tidak melihat muka anaknya dan lebih mudah untuk menyembelihnya.
Lalu, pisaunya diayun ke leher Nabi Ismail a.s... tiba2...

Lalu Kami panggil dia, "Wahai Ibrahim!"

Sesungguhnya telah engkau benarkan mimpi itu. Maka demikianlah Kami memberi balasan kepada orang2 yang berbuat baik.

Sesungguhnya, ini benar2 satu ujian yang nyata.

Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar.

Yang dibaringkan tadi bertukar menjadi seekor kibasy yang gemuk, kibasy dari syurga. Sesungguhnya Nabi Ibrahim dan Ismail telah lulus dgn cemerlang ujian Allah ke atasnya. Baginda membuktikan ketaatan tak berbelah bahagi, sanggup melakukan apa sahaja demi Allah. Sedang kita disini berbangga berjalan di atas bumi Allah tanpa benar2 melaksanakan perintahNya. huhu.

Dan Kami abadikan untuk Ibrahim (pujian) dari kalangan orang2 yang terkemudian.

"Selamat sejahtera untuk Ibrahim"

membayangkan yang bersedia utk disembelih, terbaring di atas tanah itu, anak kita, atau orang yang paling kita syg didunia. sanggupkah?
------------------------------------------------------------------------------------------------------

Cuti dah habis.. sedeeyy =(

Result pun dah kluar.
Sy dah bersedia fizikal mental untuk mereseat.
Mmg konfiden lah kne reseat.
Sampai2 di depan ofis, terus tgk senarai yang fail dulu.
Huhu. Tgk pula di senarai yang lulus.
Mata berkaca2.
Pertolongan apakah ini Ya Allah..

Alhamdulillah.
"jadikan aku hamba bersyukur di kala sendu dan tawa"

No comments:

Post a Comment