Sunday, March 27, 2011

untuk semua juga!


fa iza azamta, fatawakkal alAllah.
[apabila kamu sudah berazam, maka bertawakkal lah kepada Allah]
Ali-Imran : 159

Sayang2ku..

Malam ni, mari sekali lagi kita sama2 sujud lama,
berdoa untuk satu sama lain..

Semoga memperoleh kejayaan dalam erti kata,
tidak kira kejayaan segera atau tertangguh atau dalam bentuk yang kita tidak sangka2.

Kita study dan berusaha adalah untuk meraih redha Allah,
tapi apa yang Allah tentukan untuk kita, itu dalam kuasa dan hak Dia..
sebab,
He knows BEST.

Dan tidak sekali Dia menganiaya hamba2Nya.
"Berdoalah kepadaKu, nescaya Aku perkenankan"

=)
Semoga diselimutkan tenang
dan 'faith' digantungkan sepenuhNya pada Allah.

Saturday, March 26, 2011

down the memory lane

Sebenarnya saya tulis ni sebab terbaca yang MRSM PC sekolah terbaik untuk result SPM 2010. [klik]
Although me and my batch are not the one who made it, but as super seniors, we are proud =)
Bila baca2, habis terimbas balik kenangan2 zaman muda2, zaman MRSM PC.

Zaman persekolahan yang sngt manis macam gula-gula.
____________________________________________________

Saya mula2 tulis blog masa mula2 masuk MRSM PC. [klik]
Umur = 16 tahun.
Kenapa?
Sebab masa tu sy sunyi kott. Hehe.
Mak ayah + adik2 menetap kat negara Kangaroo setahun.
Tinggal sy dan adik lelaki je kat negeri serambi Mekkah sbab kami duk asrama,
adik lelaki sy Maahad Tahfiz Sains, sy MRSM.
Kalau time2 cuti kami balik menumpang kasih di rumah mak2 saudara.

Hmm.. blog adalah medium sy menceritakan perasaan2 pertama kali duduk di asrama.
Meluahkan perasaan2 sekolah baru dan bercampur dgn org2 baru sebab selama ni kawan dgn kawan2 yang sama je sejak kecik.

MRSM PC adalah sebuah sekolah yang nostalgic.
Saya masuk MRSM PC dengan niat "sahaja aku masuk MRSM PC utk fly oversea".
Kalau tak, memang TAK terfikir @ teringin pun nak sekolah sana. [klik jalan2.. wondering.. pondering..]

Kat situ lah pertama kali jadi pelajar tidak bermoral iaitu tidur dalam kelas sampai kena cop geng tidur MRSM PC. Haha. [klik]
Pertama kali berhadapan dgn 'dunia sebenar'.
Pertama kali ada henset
Pertama kali __________ (isi tmpat kosong dgn perkataan sesuai)
Pertama kali.. mmm... bnyklah yg pertama kali.

Yang manis di MRSM PC adalah kawan2 baik saya di sana.
Nur Akmal Ismail, Wan Asma' Wan Abdul Azim, Nurul 'yuyu' Shakirah Zulkefly, Hayati Husin, Fatin Bazilah Fauzi, Amalina Fatin MJ, Nabihah Shakri, dorm mates lain, class mates lain. (Hehe.. ingat name penuh lah)

Manis bila bosan2, antara kami ada pakar fizik, pakar kimia, pakar biologi, pakar @math utk bercerita2 ttg apa yg diorang dah baca + kaunter pertanyaan utk bnda2 kami tk faham.
Teringat lak, mmg sejak dulu, sy suka study atas katil.
Manis bila kami membuat vandalism menconteng dinding C5 dgn luahan2 perasaan yg tk tenteram nk SPM. Hari2 semua orng tulis diari + gosip di situ. Kami namakan dinding tu Alexander the Great Wall of c5.
Haha. Mujurla takde jawatan kat sane, bolehlah menjalani hidup dgn bahagia sebagai pelajar biasa-biasa (walaupun hampir2 jadi LDP) [klik]
Manis bila saya bertugas jaga koperasi =)) [klik]
Manis bila dekat2 exam SPM tu, sama2 solat tahajud + hajat awal2 pagi.
Manis bila bulan puasa bukak puasa ramai2 12 orang buat bulatan.. pastu lumba2 habiskan tadarus 30 juz Al-Qur'an.
Mungkin paling manis bila kami ber12 panjat pagar nak pergi kelas sebab satu bilik terlambat dan gate asrama dah kunci. Sampai luka2 kaki + terkoyak kain demi pegi ke kelas!

Sebelum result SPM keluar, sy sebenarnya tk menaruh harapan tinggi.
[klik]
Result SPM keluar, terus menangis dgn sngt laju dalam dewan tu..
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.
Dan seterusnya, pergi interview n dapat offer buat IB di MARA Banting.

Kita merancang, tapi Allah juga merancang.
Dan sebaik2 perancang adalah Allah.
HE had planned other path fo me,
sy tolak offer tu dengan perasaan 50-50.

Mahu sebab mmg tu pun dream + tujuan asal masuk MRSM dulu.
Mahu sebab kawan2 baik saya ramai ke sana dan tempat2 persediaan yang lain.
Tolak sebab parents berat hati nak lepas anak perempuan dia ni jauh2.
Tolak sebab khuatir, ramai juga senior2 tak lepas utk fly oversea.

Hmm..

And here i am, now.

Sedang grew up, grew old, menjadi seorang dewasa yang perlu bertanggungjawab dan serius.
Kena berani berhadapan dengan macam2 kegagalan dan kekecewaan..

Bila kecik2, saya masih boleh positif dgn pelbagai perkara.
Bercita2 tinggi, macam2 impian =)

Selain fly oversea, sejak zaman sekolah, sebenarnya sy juga berimpian nak kawen awal, masa student.
[klik]
Sangat bersemangat, sejak degree 1st year dah simpan duit JPA bnyk2 dlm bank dgn niat, konon2 senang nanti kalau2 boleh nak kahwin.. sekurang2nya duit bukan masalah.
Ahax.. jujur tak kenyataan?
Tapi.. tapi.. it takes two to work it.
Baguslah bila dah suka sama suka, dua2 belah pihak faham
dan selalu berusaha bersedia
dan mendapat sokongan keluarga
utk berkahwin secepat mungkin bagi mengelakkan maksiat dan dosa melarat2.
Tapi.... kalau takde ciri2 di atas, maka mungkin boleh tulis dalam kertas bawah senarai "impian sy", simpan dalam poket, teruskan projek memperbaiki diri sendiri, hidup di alam remaja dan belajar bersungguh2, lepas grad @ kerja baru bukak balik kertas tu dan berfikir semula -_-"
Itu sahajalah yg saya boleh simpulkan (dgn berat hati, tulis dlm kertas, simpan dalam poket.. =D)

Kalau boleh singgah kejap ke masa lalu, saya nak peluk diri saya yg lama dan berterima kasih sebab tulisan2 dia membuatkan saya tersenyum hari ini..
banyak benda positif dan perkara2 yg mungkin sy dah terlupa bila semakin berusia =')

Tu semua history.

Walau apa pun jalan yang Allah takdirkan dan hamparkan buat saya..
saya tahu dan faham, itulah yang terbaik.
Tak terbaik cuma kalau saya tak hidup baik2. Hehe.

Okes.
Semoga cerita saya, awak, kalian, mereka dan semua berakhir dengan bahagia..
AMEEEN
[this is my beautiful, beloved Kota Bharu]

(exam esok, masih ada hati tulis blog panjang2 -_-")

Monday, March 21, 2011

all the best



[look out point, Ampang]

"Saat langit berwarna merah saga.."

Minggu study week ni bagus dgr lagu2 semangat macam Shoutul Harakah.
Hmmm.. semangat tu yang kita mahukan!
Hehe.

Sekian,
jangan tido bnyk2!
Bangun.. bangun..

"Maka ingatlah kepadaKu,
Aku pun akan ingat kepadamu.
Bersyukurlah kepadaKu dan janganlah kamu ingkar kepadaKu.

Wahai orang-orang yang beriman!
Mohonlah pertolongan Allah dgn sabar dan solat.
Sungguh, Allah beserta orang2 yang sabar.."


Al Baqarah; ayat 152-153

endure and pray.

Dia sedang mengira sabar dan solat kita.

Tuesday, March 15, 2011

74

"Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras, sehingga keras seperti batu, bahkan lebih keras dari itu.
Padahal dari batu2 itu pasti ada air sungai yang memancar daripadanya.
Ada pula yang terbelah lalu keluar mata air darinya.
Ada pula yang meluncur jatuh kerana takut kepada Allah.
Dan Allah tidak lengah terhadap apa yang kamu kerjakan."

Al-Baqarah: 74

Subhanallah.
Sangat amazing ciptaan Allah tentang batu dan air.

Kadang2 hati manusia boleh jadi lebih keras dari batu,
sebab batu pun boleh dilembutkan dengan air yang deras dan konsisten.

Bila teringin berbuat dosa, fikirkan jika kita mati ketika sedang berbuat dosa tersebut.

Bila Allah campakkan gelisah, cari Allah dan bertaubatlah.
Sampai bila mahu hidup bergelumang dosa.

Bila Allah hadiahkan hidayah, peluk ia kuat2.

Bila Allah tunjukkan jalan, lari cepat2 dan bersungguh2 pada jalan itu.
Kejar org2 lain yang sudah lari jauh meninggalkan kita.

Ok, you can do it!
__________________________________________________

Hari ini hari yang sangat baik buat saya.

Terima kasih Allah menemukan saya dengan cinta2 hati hujung minggu yang lalu.
Terima kasih Allah, untuk tenang begini.

Wednesday, March 2, 2011

~

My current life is hectic.

But then, I shouldn't be complaining.
Sedang usaha tutup mulut dan berhenti dari mengeluh.

Remember when I wrote about everyday teaching, everynight study group and weekend programs + usrahS..

Hmm, it goes on untill today.
(study group last minggu ni)

Suffocating? Yes.
Doing well? Not really.

Tarik nafas dalam2.
Hembus perlahan.

________________________________________________

Ini post sy minggu lepas.
Publish, simpan jd draft, skrng publish balik.

[*faint*

I really need a break..
T-T

In the end, i can't even do anything right.]


Sebenarnya malam tu sy manangis sampai tk bleh tido.. sebab hidung tersumbat, bila menangis. Jadi susah nak bernafas. Macam orthopnea, kena letak bantal banyak2 kat belakang baru senang nafas. Haha.

All kind of feelings are in me.
Traumatic cause I really2 don't want to fail again.
But, i haven't revised any of the study group notes yet, except for the one which i need to present.
Exhausted for the non-stop ongoing things.
Unfocussed because I can't prioritize which one should be done first, then which are second.. Should I put myself first, or others first.

Penat dgn program @ aktiviti yg clash2.
Kadang2 satu masa, ada 3 benda skali gus n kena pilih.
Contoh semalam, ada usrah, kena jaga ai.com, ada study group.
Atau kena selesaikan hal dompet hilang, ada program A, dan ada program B.
Atau ada learning issue teaching, ada study group dan ada usrah.

Hmm..

Kak R send me a message on tafsir surah At-Taubah:20.
It goes like this;
"[19]Apakah orang yang memberi minuman kpd org yg mengerjakan haji dan mengurus MasjidilHaram, kamu samakan dengan orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian serta berjihad di jalan Allah?
Mereka tidak sama di sisi Allah. Allah tidak memberikan petunjuk kepada org2 yg zalim.
[20] Orang2 yang beriman dan berjihad di jalan Allah, dengan harta dan jiwa mereka, adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah. Mereka itulah org yang memperolehi kemenangan"

Which make me teary, again..
She counted on me, but I really am not capable neither ready to hold the position.

The only solution is i need to manage my time better.
It needs to be balance
And I need to put on more hard work.
Which at the moment, I really am struggling to do.

Could you do me some favour?
Pray I'll be strong and tough and good.
And hardworking and focus and determined.
Jazakillah :')

Sorry to my study group mates for always being late in distributing notes.
My usrahmates, usrahchild(ade ke term ni?) for sometimes late or can't join you.
My supervisors for always can't perform my best although you already teach everything in details.
My beloved seniors for my busy-ness lead to in-organize life lead to un-ready-ness =(.

I really do feel very inferior right now.

And I should be worried of how Allah see me,
for not trying my best being His excellent hamba & lover.

Have i been optimizing my time, my young age, enough?
click "Keajaiban Masa Muda"

Bak kata Hassan Al Banna, kewajipan yang kita ada, lebih banyak dari masa yang kita miliki. So true. Sila sedar, Nadiah.
_________________________________________________

Hmm..
habis cerita sedih.

Tgk gamba2 mereka, buat sy tiba2 rasa sejuk hati.











Rindu =)

Atas skali tu mama + papa sy.

They are my inspiration, love and life.

At a time, i have the wrong impression; because of them, I previously thought medicine is not that tough.
They prove that being busy doctors, does not mean they don't have time to be amazing parents.
They prove that being busy doctors, does not mean that tarbiyah has to stop..
and even from different jamaah, there is no big issues or differences.

We live a simple life.
But that's already a high set point for me to achieve.
I want to be at least as good as them..

This little daughter really NEED to be TOUGHer.
________________________________________________

03 03 1924

Tarikh yang perlu kita semua ingat..

Tarikh khilafah Islamiyah dihancurkan pada tangan Mustafa Kamal Attartuk.

Ila mata? Ila mata?