Saturday, March 26, 2011

down the memory lane

Sebenarnya saya tulis ni sebab terbaca yang MRSM PC sekolah terbaik untuk result SPM 2010. [klik]
Although me and my batch are not the one who made it, but as super seniors, we are proud =)
Bila baca2, habis terimbas balik kenangan2 zaman muda2, zaman MRSM PC.

Zaman persekolahan yang sngt manis macam gula-gula.
____________________________________________________

Saya mula2 tulis blog masa mula2 masuk MRSM PC. [klik]
Umur = 16 tahun.
Kenapa?
Sebab masa tu sy sunyi kott. Hehe.
Mak ayah + adik2 menetap kat negara Kangaroo setahun.
Tinggal sy dan adik lelaki je kat negeri serambi Mekkah sbab kami duk asrama,
adik lelaki sy Maahad Tahfiz Sains, sy MRSM.
Kalau time2 cuti kami balik menumpang kasih di rumah mak2 saudara.

Hmm.. blog adalah medium sy menceritakan perasaan2 pertama kali duduk di asrama.
Meluahkan perasaan2 sekolah baru dan bercampur dgn org2 baru sebab selama ni kawan dgn kawan2 yang sama je sejak kecik.

MRSM PC adalah sebuah sekolah yang nostalgic.
Saya masuk MRSM PC dengan niat "sahaja aku masuk MRSM PC utk fly oversea".
Kalau tak, memang TAK terfikir @ teringin pun nak sekolah sana. [klik jalan2.. wondering.. pondering..]

Kat situ lah pertama kali jadi pelajar tidak bermoral iaitu tidur dalam kelas sampai kena cop geng tidur MRSM PC. Haha. [klik]
Pertama kali berhadapan dgn 'dunia sebenar'.
Pertama kali ada henset
Pertama kali __________ (isi tmpat kosong dgn perkataan sesuai)
Pertama kali.. mmm... bnyklah yg pertama kali.

Yang manis di MRSM PC adalah kawan2 baik saya di sana.
Nur Akmal Ismail, Wan Asma' Wan Abdul Azim, Nurul 'yuyu' Shakirah Zulkefly, Hayati Husin, Fatin Bazilah Fauzi, Amalina Fatin MJ, Nabihah Shakri, dorm mates lain, class mates lain. (Hehe.. ingat name penuh lah)

Manis bila bosan2, antara kami ada pakar fizik, pakar kimia, pakar biologi, pakar @math utk bercerita2 ttg apa yg diorang dah baca + kaunter pertanyaan utk bnda2 kami tk faham.
Teringat lak, mmg sejak dulu, sy suka study atas katil.
Manis bila kami membuat vandalism menconteng dinding C5 dgn luahan2 perasaan yg tk tenteram nk SPM. Hari2 semua orng tulis diari + gosip di situ. Kami namakan dinding tu Alexander the Great Wall of c5.
Haha. Mujurla takde jawatan kat sane, bolehlah menjalani hidup dgn bahagia sebagai pelajar biasa-biasa (walaupun hampir2 jadi LDP) [klik]
Manis bila saya bertugas jaga koperasi =)) [klik]
Manis bila dekat2 exam SPM tu, sama2 solat tahajud + hajat awal2 pagi.
Manis bila bulan puasa bukak puasa ramai2 12 orang buat bulatan.. pastu lumba2 habiskan tadarus 30 juz Al-Qur'an.
Mungkin paling manis bila kami ber12 panjat pagar nak pergi kelas sebab satu bilik terlambat dan gate asrama dah kunci. Sampai luka2 kaki + terkoyak kain demi pegi ke kelas!

Sebelum result SPM keluar, sy sebenarnya tk menaruh harapan tinggi.
[klik]
Result SPM keluar, terus menangis dgn sngt laju dalam dewan tu..
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.
Dan seterusnya, pergi interview n dapat offer buat IB di MARA Banting.

Kita merancang, tapi Allah juga merancang.
Dan sebaik2 perancang adalah Allah.
HE had planned other path fo me,
sy tolak offer tu dengan perasaan 50-50.

Mahu sebab mmg tu pun dream + tujuan asal masuk MRSM dulu.
Mahu sebab kawan2 baik saya ramai ke sana dan tempat2 persediaan yang lain.
Tolak sebab parents berat hati nak lepas anak perempuan dia ni jauh2.
Tolak sebab khuatir, ramai juga senior2 tak lepas utk fly oversea.

Hmm..

And here i am, now.

Sedang grew up, grew old, menjadi seorang dewasa yang perlu bertanggungjawab dan serius.
Kena berani berhadapan dengan macam2 kegagalan dan kekecewaan..

Bila kecik2, saya masih boleh positif dgn pelbagai perkara.
Bercita2 tinggi, macam2 impian =)

Selain fly oversea, sejak zaman sekolah, sebenarnya sy juga berimpian nak kawen awal, masa student.
[klik]
Sangat bersemangat, sejak degree 1st year dah simpan duit JPA bnyk2 dlm bank dgn niat, konon2 senang nanti kalau2 boleh nak kahwin.. sekurang2nya duit bukan masalah.
Ahax.. jujur tak kenyataan?
Tapi.. tapi.. it takes two to work it.
Baguslah bila dah suka sama suka, dua2 belah pihak faham
dan selalu berusaha bersedia
dan mendapat sokongan keluarga
utk berkahwin secepat mungkin bagi mengelakkan maksiat dan dosa melarat2.
Tapi.... kalau takde ciri2 di atas, maka mungkin boleh tulis dalam kertas bawah senarai "impian sy", simpan dalam poket, teruskan projek memperbaiki diri sendiri, hidup di alam remaja dan belajar bersungguh2, lepas grad @ kerja baru bukak balik kertas tu dan berfikir semula -_-"
Itu sahajalah yg saya boleh simpulkan (dgn berat hati, tulis dlm kertas, simpan dalam poket.. =D)

Kalau boleh singgah kejap ke masa lalu, saya nak peluk diri saya yg lama dan berterima kasih sebab tulisan2 dia membuatkan saya tersenyum hari ini..
banyak benda positif dan perkara2 yg mungkin sy dah terlupa bila semakin berusia =')

Tu semua history.

Walau apa pun jalan yang Allah takdirkan dan hamparkan buat saya..
saya tahu dan faham, itulah yang terbaik.
Tak terbaik cuma kalau saya tak hidup baik2. Hehe.

Okes.
Semoga cerita saya, awak, kalian, mereka dan semua berakhir dengan bahagia..
AMEEEN
[this is my beautiful, beloved Kota Bharu]

(exam esok, masih ada hati tulis blog panjang2 -_-")

4 comments:

  1. beautiful indeed..
    "Kalau boleh singgah kejap ke masa lalu, saya nak peluk diri saya yg lama dan berterima kasih sebab tulisan2 dia membuatkan saya tersenyum hari ini.."

    agreed. =)

    ReplyDelete
  2. i love reading ur blog.
    full of something that sometimes inspired me... thankyou:)

    ReplyDelete
  3. skang pn kne bg big hug

    ReplyDelete
  4. kakcheq: heheh. kakcheq x-dormateku~
    anony: sama2
    anony: hug jugaa ;)

    ReplyDelete