Tiba2 awan yang berarak mendung dari tadi memuntahkan hujannya.
Kami berdiri di kaki lima kawasan kedai2, menikmati pemandangan hujan.
Best.. cantik plak rasenye, dengan angin sejuk yang bertiup sepoi2 bahasa.
Kebanyakan yg ade kat situ, berhenti membeli belah dan hanya duduk2 di tepi2 kedai, macam kami, tgk hujan.
Tak lame kmudian, hujan smakin lebat sehingga tempias2 terkena baju.
Kami pun masuklah ke dalam kedai supaya tidak terus kebasahan.
Lalu bermulalah bibit2 pertemuan kami dengan seorang makcik seller yg peramah.
Sambil menunggu hujan reda, kami berbual macam2.
Apabila mengetahui kami pelajar perubatan, dye tak habis2 memuji, mcm sngt bagus mengambil jurusan ini.. huhu.
"Blaja betul2, rajin2, jd dr. yg baek."
Siap mintak tip macam mane blaja sampai bleh wat medik, nak bagitau anak sedara dye yg nak SPM taun nih.
Haih.. segan plak ngan makcik ni. Rezeki smate2 je sume ni, sy bukannya hebat sngt pun makcik..
Makcik tu cakap, "Kamu ni blaja pandai2, jangan lupa baca qur'an hari2. Makcik suka baca surah Aali-Imran. Korang pun slalu2 lah bace ye. Baca je x jadi, kena skali dengan terjemahan la."
Kami angguk2 stuju saje.
Hujan dah smakin reda.
Kami mintak diri ngan makcik tuh.
Seblum kluar dr kedai tu, makcik tu pesan,
"Jalan elok2. Ingat Allah selalu. Setiap langkah tu, isi la ngan zikir. Bukan susah sngt pun nak cari masa nak berzikir ni. Sambil2 langkah kaki tu, zikir la Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar"
"insya Allah.."
Dalam hati..
Hebat makcik ni. Sambil2 jual barang, sambil2 berdakwah kat org.
Sy, bila lagi?
Kadang2 sy rase, mnulis tu lagi senang dari mengatakan. Hmm..
Selepas hari tu, sy pun belek2 lah surah Aali-Imran. Mmg slalunye, jrg bace surah ni.
Dan ternyatalah, surah ni memang banyak yang menarik isi kandungannya.
Ayat yg paling menawan hati sy, ayat terakhir surah ni;
Wahai orang2 beriman! Sabarlah, dan tabahlah dan berkawallah dan betaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.
Aali Imran : ayat 200
Bila bace je surah ni je.. tringat kat makcik tuh. Mesti dah banyak saham pahala yang dia dapat. Rasulullah bersabda, "Sampaikanlah apa2 dariku, walau hanya dengan sepotong ayat."
Sepotong yang bermakna, terima kasih makcik!
Allah sedang berbicara denganmu..
Apapun terjadi,
ini yang terbaik buat sy.
Sabarlah, tabahlah, berkawallah, dan bertaqwalah.
Bila jatuh;
wipe your hand, shake it off, then you stand. -Rascal Flatts; Stand-
pst.. sape yg kne reseat paper mcm sy, slamat berusaha~
bak kate syed dlm blognya, ia platform utk memperbaiki diri.
yg laen, slamat mengisi mase cuti dgn aktiviti2 berfaedah + mnarik..
doakan kami juga. semoga bleh bersame2 lg nanti 2nd year..
yah....
ReplyDeletemu dapat award!!! xp
saba ye nadiah..org pn re-sit jgak..
ReplyDeleteall the best k.nadiah!
ReplyDelete*kagum dengan mak cik tersebut*
nadiah..
ReplyDeletegud luck nnti~~
jmpe awk 2nd year!!
x.o.x.o
~wink~
mekaseh bnyk2 eah..
ReplyDelete