Friday, May 1, 2009

ia bukan tentang waktu

ia tentang bangun selepas terjatuh,
tentang senyum selepas bergaduh,

tentang menunggu sampai jantung terhenti,
tentang pengorbanan tiada bertepi,

andai rindu itu menyesakkan,
terbangkan doa dan sayapnya ke sana,

andai hidup ini memisahkan,
biarlah mati yang menyambungnya,

kerana kita hanya manusia,
hamba bertuhan Dia,
hidup mati, jodoh cinta,
semua dalam tanganNya,

ilah kita bukan nafsu,
teguhkanlah, jangan lesu,

pinggir ke tepi,
haru biru kelabu hati,
pelangi akan muncul jua,
selepas hujan gerimis henti,

percaya janji ilahi.

by,
Nadiah Ahmad Sabri,
dikala kabus kabut di hati,
suatu hari yang dahulu.

tutup mata, lari!
hak2

9 comments:

  1. janji Ilahi,
    janji yang pasti,
    andai kita teguhkan hati,
    aidai iman di pertahankan,
    kabut dihati usah digusari,
    hanya ujian dari Ilahi...

    ReplyDelete
  2. waaaahhhh...menarik..
    sgt best..
    ank murid a.samad said kow???

    ReplyDelete
  3. to pai,
    hehe..
    bkan ank murid..
    kembar~ lahir samo hari, tp thn len2,
    9 april.. jgn jelez~
    hak2
    to kema, thanx!

    ReplyDelete
  4. patot r..maybe sbb tarikh samo yg leh jd pemuisi gak tuh..huhu..

    ReplyDelete
  5. sufiyyah zulkifliMay 3, 2009 at 7:06 PM

    nice! ^^

    ReplyDelete
  6. best2.very nice+meaningful.puitis yek kamu.hehe~! =)

    ReplyDelete
  7. thanx syiedah, sufiyyah, kak cheq
    hehe..

    ReplyDelete
  8. mmg kne boikot depa tuh

    hmm dulu slalooo mkn mcd :(

    nice la blog nadiah,kalo sudi link me..hu2

    ReplyDelete