"Yang demikian kerana sesungguhnya tiap2 kali mereka merasai dahaga, dan merasai penat lelah, dan merasai lapar dalam perjuangan pada jalan Allah; dan tiap2 kali mereka menjejak sesuatu tempat yang menimbulkan kemarahan orang2 yang kafir; dan juga tiap2 kali mereka menderita sesuatu yang menyakitkan dari pihak musuh - melainkan semua itu ditulis bagi mereka amal yang soleh. Sesungguhnya Allah tidak menghilangkan pahala orang2 yang berusaha memperbaiki amalanNya."
At-Taubah : ayat 120
Tejumpa ayat ni td. Macam best.
Kesimpulan :
1) wlwpun terpaksa berlapar dahaga dan bersakit2an pd jalan Allah, insyaAllah, semuanya akan menjadi amalan soleh yang mendapat pahala.
2) tak akan prnh sia2 jika kte berusaha, memperbaiki amalan. wlwpun mungkin hasil tu sedikit, tp usaha tu penting!
Tinggal lebey kurang sminggu je lagi bulan Ramadhan. Ni la sminggu yg crucial dan critical kpd pengumpul2 harta akhirat. Peluang 1/10 bertemu Lailatul Qadr = malam yang beribadat didalamnya mndpat pahala beribadat lebih baik dari 1000 bulan, atau 83 tahun 4 bulan, atau 30000 hari!
Dan... masa ni jugak la Allah Bagi Cuti (ABC) kat sy. Huhuhu. Tak smpat abiskan tadarus. Tak brpluang ikut kawan gi qiyam kat masjid.. macam rugi sngt rase.
Takpelah, mungkin ade banyak hikmahnye jgak. 2, 3 minggu ni sy mmg huru-hara. Asyik tak lekat kat rumah. Bukak pose + terawih sana sini. Kuar pagi, blk malam2. Segan lak ngan hosmet duk asyik blk malam2 je... dah la pompuan, duk jalan sana sini. Tapi, mmm... sy mmg ske jalan2. Nanti jap tgk kaki. Ha'ah, mmg ade tahi lalat pun. Hue3.
Skarang ni bleh duk diam2 kat rumah, kurang2 nye lebihla masa nak abeskan lecture note + baca2 buku yang tak abes2.
Sudah ramai yang mengulas ttg istimewanya Laylatul Qadr.
Jd sy di cni, ingin memberi ucap selamat, kepada semua2 yang berpeluang, sama2 kuatkan smangat untuk memburu Laylatul Qadr!
Kalau bukan skarang, bila lg. Taun dpan, masih bernafaskah lagikah kte2 ni.
Sekarang adalah masa study week utk achieve pointer dean's, eyh bkan, Allah's list di akhirat.
Universiti Ramadhan sudah hampir melabuhkan tirainya. Jangan terlepas exam yg bawak carry mark yg sngt besar ni!
No comments:
Post a Comment