Friday, June 12, 2009

terlalu hampir

edited - this is actually the original version

malam, gelap, dingin.
moga mata dapat menyusur
kelip2 cahaya
nun di hujung sana

aku letih dengan letih..
aku takut dengan takut..
aku keliru, adakah ini..
adakah begini..

bila usia dimamah waktu
masihkah rindu tetap berlagu?

bila rajuk meracun amarah
masihkah cinta membunga sabar?

kadang2..
cuma mahu sembunyi..
menutup tingkap hati..

senyum tipu.
bila yang baik
semua bertempiaran darimu
kerana kamu hanya berdiri

seolah masih belum apa2
sedang mimpi dihias ngeri
sedang hati perlahan mati
tak usahlah berpura-pura lagi..

sampai bila mahu menjala mimpi
tidak sedarkah sampan tidak dapat bertahan lagi
dan laut kan menjemput karam sebentar nanti?

nadiah..
apa yang terjadi?


Sy sedang menulis sajak di atas..
bila tiba2.. sy prasan blog2 yg di update bwh #amanianz

Seorang senior sy di SRI Aman telah pulang menjemput panggilan Ilahi dalam satu kemalangan jalan raya di Mesir..
Saudara Mohammad Ammar bin Zulkifli.
Terkedu.

Umurnya cuma tua stahun dari sy.
Smangatnya, perjuangannya, sepanjang 21 tahun Allah tetapkan buatnya,
terlalu besar berbanding dengan 20 tahun Allah telah beri kepada sy.

Terasa begitu dekat, teramat dekat, bicara Allah.
Di sini, sy baru sahaja berasa seperti terlalu sedih dgn HIDUP.
Sehingga lupa MATI itu terlalu dekat dan sy sebenarnya tiada masa langsung untuk bersedih dengan HIDUP.

Sy selalu merancang itu ini.
Sedangkan merancang mati?

Pesanan ringkas dari ibu Ammar:

Assalammualaikum semua anak-anak, Ini Ummu Ammar makcik mengharapkan anak-anak yg berada sekitar ini marilah kita semarakkan semangat jihad datanglah beramai-ramai semasa pengkebumian dia pagi ahad ini. Kita ambil semangat dia dan kita semua berubah kepada keredhaan Allah. maaf kesalahan dia dan kalau dia berhutang apa-apa saja sila bagitau makcik.”


Moga syurga menjadi kediaman abadinya..

Sy tidak dapat menahan air mata.
Hari ini Allah menjemput dia.
Andai sy mati esok, sy tidak tahu tempat sy di mana.

Terlalu bnyk dosa yang dipikul oleh hati yang hampir mati ini.
Terlalu bnyk sehingga sy tidak rasa sy layak untuk terus menghirup oksigen Allah dan bernafas.
Sy tidak layak.

Ya Allah, beri aku kesempatan, ruang dan kekuatan..
jari ini tidak perlu kisah luka berdarah..
mengutip sisa2 kaca yang sendiri aku pecahkan..
aku mahu pulang dan tenang dalam cintaMU..



"Wahai tuhan, selamatkan kami ini.."

Demi Allah, mati itu terlalu hampir.

9 comments:

  1. disebalik setiap perkara diiringi dengan hikmah,
    ambil dan carilah ia,
    andai tak ditemui juga hikmah padanya..yakinlah itu
    kerana kelemahan kita sebagai insan,
    yang mempunyai LIMIT untuk berfikir,
    "anggaplah kegagalan itu tarbiyah direct dari Allah, mengajar erti kehambaan...menundukkan diri dan jiwa agar merasai ubudiyyah sebenar,
    what ever happened in this world that wasn't marks the end..,but it was the begining of new page...,akhirul kalam,,
    study is senjata dakwah paling tajam,
    tajam ia maka makin tajamlah dakwahmu,,insyaAllah
    wallahu'alam....

    ReplyDelete
  2. Alfatihah untuk saudara Ammar. Ada baca di blog sahabat dia...

    ReplyDelete
  3. terima kasih anynomous.
    sangat berharga.

    ReplyDelete
  4. sgt terkejut bile tau... ntahla kenapa!! Tapi, sekarang byk dgr org meninggal. Alhamdulillah, Allah nk beri peringatan supaya x la hanyut sgt!!

    ReplyDelete
  5. semoga rohnya dicucuri rahmat olehNya... sedihnya baca pesanan ummu ammar..

    ReplyDelete
  6. mati itu terlalu hampir. setuju.~

    ReplyDelete
  7. jazakillah sudi jenguk blog akk..

    rupa2nya nadi pun kenal ye dgn arwah ammar..
    moga Allah tempatkan 'Ammar bersama ruh mereka yg beriman, insyaAllah..

    sebuah peringatan yg sgt bermakna untuk kita.. untuk sentiasa bersedia utk bertemu Ilahi..

    perkongsian dlm blog senior dan dua pupu ammar amat menyentuh hati.. boleh baca di: http://brohamzah.com/

    moga kita dpt ambil iktibar ini utk sentiasa bersedia ke negeri abadi..

    salam sayang dr akk..

    ReplyDelete
  8. *sorry... silap type.. nadia, bukan nadi. maaf ye... (^_^)

    ReplyDelete
  9. takpe.. mekasih kak ruqayyah~ =)

    ReplyDelete