Wednesday, December 30, 2009

29 12 09

Allah kata ‘kun’..
Maka, dan demikian ‘fayakun’..

Hari ni Kelas Clinical Skill Learning (CSL) habis awal. Pukul 4 petang, group sy dah selesai semua orang. Gembira, jalan laju2 nak balik. Hehe.

Keluar PPUKM, hujan turun. Padahal langit cerah. Hujan panas.
Sy dan 4 orang lagi partner in crime lari2 ke kereta. Basah2 sikit, tapi tak ape. Yang penting boleh balik awal.
Jalan masih lapang. Tak jammed. Lagi rasa lega.

Saya di lane kanan. Nampak Toyota Hilux kat depan, sebelah kiri, menonong masuk lane kanan tak bagi signal. Dah la jarak sy dan kereta depan tak jauh mane pun. Dan kami di lane kanan. Lane LAJU. Toyota Hilux tadi sngt berani.

Itu masih OK lagi. Pemandangan biasa di highway KL.

Tapi kali ini, ia bukan cerita biasa.

Tiba2 bunyi tayar terseret kuat. Tayar kereta Toyota Hilux yang memotong tak beradap tadi, berasap2.

Dari mata, impuls masuk otak, translate, hantar balik ke motor. Kereta Toyota Hilux yang baru berada di depan saya tadi sedang brek emergency.

Saya yang baru faham apa terjadi serta merta menekan breeeeeeekk sekuat hati, “kereta depan tlg jgn berhenti, kereta depan tlg jgn berhenti”

Dan kereta itu berhenti.

Berdegup.

Bumper dpan kereta sy terkena blakang Toyota Hilux tadi.

“Astaghfirullahalazim!”
Dalam otak sy cuma fikirkan ulang perkataan, kenapa, kenapa, kenapa.

Sy terkesima, tak tahu nak buat apa. Jantung dup dap dup dap. Sy pun tak dapat agak teruk ke tak bahagian depan kereta sy. Tak nampak. Kereta dia sikit je kena kat bumper. Tapi tu sebab kereta dia besar.

Dalam 500 meter jugak kami terus memandu perlahan ke dpan sambil blur2 berfikir nak buat ape skarang. Kereta depan bagi signal berhenti. Ok. Kami berhenti.

Orang depan turun. Baju kuning. Usia lingkungan 30,40 an. Misai macam sarjan, pegang kertas dengan pen.

Saya baru berkira2 hendak beranikan diri, turun dan berbincang.

Beliau tgk plate kereta sy, salin, masuk balik dalam kereta, pergi.

Eyh?
Huhu.

Saya semakin tidak faham situasi. Apekah?

Laju2 masuk lane orang tak bagi signal, dan brek emergency tiba2.
Turun salin no. plate dan pergi?

Kawan sy terus cadangkan, “meh buat laporan polis”

Uhu.. Ceritanya begini, saya, Nadiah Ahmad Sabri, perempuan, berumur 20 tahun, asal Kota Bharu, anak sulung dari 4, baru memandu kereta Getz hitam di sekitar Kuala Lumpur bermula tahun ini.. terlibat dengan eksiden dengan manusia pelik lagi tidak difahami.. ingin membuat laporan polis.

Sy tak reti.

Mujurla 2 orang dari 5 yang berada dalam kereta tu, anak polis. Diconsult sedikit,lalu kami ke balai polis di tengah2 pasar Chow Kit. Meredah hujan, lecak, pasar. Ikut hati, sangat taknak melibatkan polis2 dalam hal ni. Tapi kawan sy kata, dia dah ambil no. plate saya. KALAU dia buat laporan polis dan saya tak, seolah2 saya yang bersalah dan mungkin saya pula yang perlu membayar ganti rugi kat orang tu.

Telefon 3 manusia paling penting dalam hidup saya. Cerita dengan penuh emosi, lawan bunyi riuh pasar Chow Kit, lawan bunyi hujan.

Mata dah bergenang. Saya tidak kisah sangat perihal duit. Biasiswa JPA masih boleh support. Tapi oleh kerana kejadian yang cuma berlaku dalam masa 2 saat tadi, sy skarang terpaksa menyusahkan ramai orang.

Balai polis Chow Kit kata, perlu ke Balai Polis satu lagi berhampiran Pudu yang menguruskan perihal2 pengangkutan jalan.

Berlima redah hujan, berlari lagi. Naek kereta yang skarang dah menjadi perhatian pakcik2 kedai kopi kat seblah tmpat parking. Kali ni jalan semakin sesak. Ke Pudu (mujur tahu jalan ke sana). Salah jalan. U turn, carik UO. Belakang UO tulah balai polisnya.

Tersenyum. Tengok semua kereta2 yang sampai di sana kemek2.

To be continued..
------------------------------------------------------------------------------
31.12.09 sambung menulis

Alang2 dah cerita kene habiskan.

Saya pun buat la laporan polis. Tanpa penumpang2 dalam kereta sy, sy mesti dah tak boleh buat apa2. Erne tukang catat nombo plate Toyota Hilux td. Anna tolong amek gamba kekemekan kereta (enset dye je paling tinggi megapixel, hehe). Faizah.. dan paling penting sekali Farahin.

Mase pegi jumpe sarjan, dye suruh masuk sorang2. Pastu lukis lakaran jalan n kereta mase eksiden. Pastu dye suruh cerita.

"Nak ajak kawan sorang boleh?"

"Tak boleh. Sorang je la cukup. Kat mane ni eksiden ni?"

"Kat jalan Tun Razak."

"Ye la.. jalan Tun Razak kan panjang.. kat mane?"

"Em.. dekat flyover.. yang seblah dye Pusrawi. Pastu sebelah Pusrawi tu ade perpustakaan negara." *btul dah ape explanation sy.. huhu*

"Awak ni tau jalan ke tak ni? Blaja tinggi2, name jalan tak tau. *huu.. tak suke sngt kne condemn macam ni* Jalan tu brape lane?"

"Em.. 2 rasenye.. ke 3.."

"Duk rase2.. nak wat report cemane camni." (gelak2 ngan polis sorang lagi)

"Ye la.. sy bukan orang sini." *uhu, ni bila tak tau nak bgi alasan ape dah, tak sure sngt psl jln tu. ms tu mmg fikiran kusut + bdebar2 lagi. dan sy mmg btul2 tak bleh bercerita dgn muka serius dan tenang, sbab mase tu tgh haru*

"Orang mane?"

"Kelantan."

"Hmmm.. laa, hah, pegila panggil kawan kamu sorang. Yang tau jalan."

Mula2 Faizah masuk, tpi dia pun tak bape ingat. Lagipun dia duk seat blakang tak nampak sngt ape yg terjadi.
Pastu panggil lak Farahin. Farahin duk seat depan seblah sy.
Owh, Farahin lah penyelamat!
Dye punya explanation mmg mantap lah. Bersungguh2. Sarjan tu pun terdiam je, tak tanye bnyk2 mcm tny sy. Yang penting, sarjan tu tak gelak dah.
Haih. Bikin sakit hati saje kite tgh trauma2, dye gelak.

Fikiran sy melayang2. Mari jadi layang2 sebentar. Emm.. sy ni mmg salu fail bab2 mengexplain dan debate2. Kecualila kalau dah hafal skrip ke, dah tulis cam dlm PBL tu ke. Sy tiba2 merasa.. sy kena praktis bercerita dgn baik, terutama di kala emosi sendiri sdg tak stabil. Supaya nanti patient2 pd ms hdpn takdela terkonfius @ tak faham dgn explanation sy. Ni serius ni. Hwah.

Selesai buat laporan polis, mak sedara sy datang. Kami konvoi balik ke Titiwangsa hantar Anna n Erne. Pastu baru balik Plaza Rah. Malamnye kawan sepupu sy dtg amek kereta bawak pegi bengkel.

Stakat ni tak tau ape akan terjadi ngan laporan polis tu. Kos baiki (n mungkin saman gak) pun blum tau lagi.
Smoge benda ni takdela meleret-leret dan semua kan baik2 saje.
Smoge juga sy tidak akan berhadapan dgn pemandu mcm ni lagi. huhu.
Dan smoge juga sy bukan tergolong dlm kategori pemandu selfish lagi careless dan berani2 tak bertempat.
Pandu selamat, ingatlah orang tersayang~

Apepon, kami pulang dan asyik berkata ni la pengalaman. Lenkali kalo ade org len eksiden, dah tau dah ape nak bwat, Balai Polis Trafik kat mane dll.

Trime kaseh yg tak terhingga kepada PBL mate sy yang meneman, menenang, bersenang, bersusah dari mula sampai abis cerita eksiden tu.
Kepada Mama n Papa kerana memahami. Kepada Mak sedare yang menyelamatkan keadaan. Kepada yang concern.

Habis menulis - dah 2010. Baru tadi 2009. Hue3.

29 12 09,
it's been 3 years since
a story being written, re-edit,
lost, written again,
re-plot, twisted,
till time put a period on it.

2 comments: