Friday, January 1, 2010

coincidence



Hatiku terlalu kerdil
Kenapa kau muatkan luka duka
Terlalu besar di dalamnya?

“Lihat”, balasnya
Matamu lebih kerdilnya
Tapi kenapa bisa melihat seluruh alam?

Hatiku sudah retak
Kenapa kau masukkan derita
Terlalu banyak di dalamnya?

“Tengok”, balasnya
Otakmu lebih retaknya
Tapi kenapa bisa memikir perkara hitam?

Hatiku butuh bahagia
Kenapa kau letakkan sengsara
Terlalu pedih di dalamnya?

“Berhenti”, balasnya
Kau mahu bahagia dengan siapa?
Tuhanmu atau manusia?

Hatiku semakin buntu
Kenapa kau tanya persoalan dungu
Terlalu keliru di dalamnya?

“Dengar”, balasnya
Aku ingin mengkhabarkan
Kebahagiaan bukanlah kebahagiaan
Jika diakhirnya kegagalan
Dan kegagalan bukanlah kegagalan
Jika diakhirnya kebahagiaan

Jika kau mahu bahagia dengan Tuhan
Cinta dengan manusia harus kau kalahkan

Kerna jika kau kalah dengan cintamu
Mana mungkin bahagia datang bertamu
Hanya nafsu yang tak jemu merayu

Apa kau lihat semua yang ketawa itu bahagia?
Tidak!! Mereka berpura-pura hanya sandiwara
Semua itu dusta semata
Semua itu sementara

“Fikir”, balasnya
Bila kau mahu pulang?
Mungkin esok lusa roh kita akan terbang

Tika itu semuanya bertandang
Tika itu semuanya pulang
Tika itu rahmat datang
Tika itu azab menjulang

Tika itu hanya kita seorang
Hanya kau seorang

Siapakah yang lebih kau sayang?


Nukilan: mo.fa.mz

Ceritanya, sy terjumpa gambar di atas dalam FB hamba Allah beberapa waktu yang lalu dan sy simpan sbab ia comel.
Malam ni, ketika sedang merayau2 di blog hamba Allah yang lain, sy terjumpa pula tulisan di atas.

The two pieces fit together. Like a jigsaw puzzle. And they are nice =)

Coincidence. Or a knock to the heart, by Allah?

Mintak izin kpd authornya, Rumi (as in picture) @ mo.fa.mz (as in the writing) untuk sy copy paste di blog ni.

Emm.. happy 2010~


kekuatan tidak datang sendiri, ia MESTI dibina. hmm.. ni pun sy terjumpa ^-^

1 comment: