Gambar walimah sekeping dua.
Mungkin paling tak akan lupa, peluang makan semeja dengan TGNA :)
Walimah yang last minute segala.
Saya dapat result 2/5. Sebelum dapat result, semua orang hold dulu jemputan.
Kad pun sbenarnya siap 2 minggu sebelum walimah.. :)
Orang kedai tu kata bagi laluan untuk banyak print benda2 pilihanraya; poster etc.
Kawan2 sendiri pun tak sempat bagi kad sebenanrnya.. jemput di facebook sahaja.
Keluarga mertua pula sangat sibuk dengan pilihanraya 5/5.
Baba memang tak pulang ke rumah langsung hari2 sbelum pilihanraya.
Medical check up rumah ke rumah. Ziarah, luangkan masa dengan penduduk Pasir Puteh.
Ummi juga banyak berkorban masa & tenaga. Pagi sampai petang kerja di HKB. Habis kerja bertolak ke Pasir Puteh (1 jam perjalanan) membantu baba. Pulang lewat malam (biasanya 1 pagi).. esok sambung kerja macam biasa & begitulah setiap hari. Suami, driver kehormat umminya.
Mama & papa juga sama. Membantu calon ikhwah.. kalau mama di Pasir Puteh, papa ke Bachok. Penangan dua-dua jemaah berbeza, tapi yang penting support calon yang membangun bersama Islam, InsyaAllah. Siangnya merawat pesakit di hospital, malamnya menyumbang tenaga untuk daulah Islam.
Saya pula bergelumang dengan final exam.
Alhamdulillah, sementara tunggu keputusan, sempatlah juga merasa pengalaman ikut ummi berkempen.
Jadi lepas habis pilihanraya baru boleh merancang walimah.
Tak dinafikan ramai yang terkecil hati, sebab jemputan lewat @ tak terjemput langsung.
Jujurnya, sehari sebelum walimah pun, kami masih lagi ke hulu hilir hantar kad.
Maaf atas keterbatasan masa.
Walimah yang simple tapi meriah Alhamdulillah.
Jazakumullahu khayran katheera kepada semua yg telah berhempas pulas menjayakan majlis,
dan semuaaa yang bersusah payah memenuhi jemputan, travel jauh2.
Akhawat tercinta terutamanya :') terharuu.
Video bawah ni, Sarah tolong buatkan,
untuk tayang masa walimah.
Pejam celik, dah 9 bulan.
Dah banyak belajar tentang "perkongsian hidup" dalam erti kata sebenar.
Semuaaa pun kongsi. Perasaan, cerita, masa, selimut, makan minum, duit, kenderaan, ubat gigi :)
Dah mula merasa "tanggungjawab2" berat yang perlu dipikul disebalik
janji suatu masa dahulu, mengambil satu sama lain dengan nama Allah.
Dah kena serius merancang kewangan, merancang masa, mengurus rumahtangga dsb.
Hmm, kononn nk tulis banyak.
Tapi tk menyempat.
Nak beli barang dapur.
Masak.
Kemas rumah.
Pembantu dah balik Indonesia,
jadi pandai2 lah survive & jaga suami.
Hua2.
Btw, suami dah mula kerja.
Hari walimah sepatutnya hari dia melapor diri HO di hospital, tapi terpaksa minta tangguh sehari.
Allahu khayrul maakirin, insyaAllah :)
*hari2 zauj pergi hosp naik motor, sebab susah cari parking. lgpun tk sampai 10 minit dari rumah. saya rasa dokte naik moto adalah cool
Okbai :P
Salam.
:) so happy for u. -bihah
ReplyDeleteDah lama benar tuan tanah tak hapdet ek? Nape ye?
ReplyDelete