Monday, May 3, 2010

iqra'

Selamat malam Nadiah in the making =D

Sudah lama sebenarnya mahu mengulas buku2 ini.
KLIBF 2010 @ Kuala Lumpur International Book Fair hari tu telah menemukan sy dengan 3 novel.
1) Sinergi - Hilal Asyraf
2) Denyut Kasih Medik - Dr Farhan Hadi
3) Versus - Hlovate

Maka yang novel nombor 2 dan 3 telah selamat dihadiahkan kepada 2 orang yang istimewa. Hehe.

Sinergi.

Ombak dan standing ovation untuk buku ni! *bgn, tp tkbleh buat wave sorang diri. uhu*
Keimanan adalah paksi. Helaian demi helaian novel ni membuatkan saya dengki. Perasaan sngt mahuu untuk membina dan merasai manisnya ukhuwah sebegitu. Betapa sangat 'lillah' nya kasih sesama manusia, maka sabar, maaf dan tidak berputus asa itu menjadi fitrah yang mengalir bersama. Tiada manusia yang dilahirkan jahat. Mereka pasti ada cerita mereka sendiri. Cerita ttg bagaimana untuk sentiasa melihat manusia dari kaca mata cinta kerana Allah.. walau orang itu berusaha menyakiti hati kita sekalipun.

Quote yang paling sy suka dalam novel ni,

Jadilah sebaik-baik pendosa

'Oh pendosa
jangan putus asa
yang berputus asa hanyalah yang
tidak percaya kepadaNya;
Bangkitlah menjadi sebaik-baik pendosa
yang berulang kali bertaubat kepadaNya;
Tiadalah Dia mengira natijah daripadamu
yang Dia inginkan hanyalah usaha,
usaha penuh kesungguhan
dalam penyesalan yang ditolak oleh keimanan'



Owh, tiada love story antara male dan female yang mushy2 dalam cerita ni, which makes this book really likable ^-^. Padat dan sarat dengan pengisian nilai IMAN. Novel Islamik yang sangat berkualiti. Dan penulisnya, seusia saya!
Sy sngt sayangkan buku ni. Jadi simpankan untuk diri sendiri dahulu.

Denyut Kasih Medik.

Yang ini sy tidak berkesempatan baca habis lagi. Belek2 dan rasa sangat mahu dihadiahkan kepada seorang sahabat, maka dahulukan dia. Novel ni sy kategorikan 'MUST have' kepada semua student2 medic. Sangat banyak nilai2 dan fakta di dalamnya tentang realiti seorang doktor dan realiti pesakit khususnya. Lebih kepada feqh medik.. dan feqh cinta yang terselit antaranya.

Beli tahu~
Sama2 tanam semangat untuk jadi dr. dan dai'e yang kuat!

Versus.

Tepuk tangan, well done~
Antara banyak2 novel Hlovate sy pernah baca, maka yang inilah yang plg sy suka. Ia tentang journey. Journey ke satu hidup yang VERSUS dengan hidup sebelumnya. Journey yang sy sendiri dan ramai antara kita pernah rasa bagaimana. Tentang pertanyaan2, tentang sebab dan kekuatan yang perlu dibina.

Quote yg sy paling suka dalam novel ni banyak. Tapi yg paling lekat dalam kepala, penulis ulang beberapa kali,

"Wahai orang2 yg beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan..."
Al-Baqarah : ayat 208

Maksudnya bukan masuk Islam separuh2. Tapi keseluruhan.. sempurna.
Auratnya, akhlaknya dan ibadahnya, semua bukan separuh Islam.

Walaubagaimanapun, endingnya indah.. sngt,
maka sy tidak boleh membaca novel2 seperti ini dalam dose yang berlebihan..
I want to make myself believe that reality is a bit, bitter.
Sungguh, selepasnya, masih banyak USAHA yang perlu dilabur untuk mengekalkan hidayah dan fight against futur.. =)

.............................................................................

Cuti pula telah memberi peluang saya 'mengobek' almari kat rumah. Sy pun baru perasan banyak buku2 kat rumah ni rupenye.. hasil kerajinan ayah sy mengumpul.

Maka sudah habis membaca;

Cinta di rumah Hassan Al-Banna.

Buku ni nipis sahaja. Tapi, membacanya membuat sy berasa lapang hati, perasaan seperti "hmm.. susah, tetapi, tidak mustahil untuk membina keluarga sebegitu dalam zaman ini." Tarbiyah dan da'wah itu sebaiknya pada yang paling dekat dengan kita, keluarga sendiri.

Sneak peek of the book..

[Bagaimana ayah, begitulah anaknya (episod 2)

Seorang lelaki datang menghadap Amirul Mukminin, Umar al-Khattab r.a. Dia melaporkan kepada khalifah mengenai anaknya yang derhaka. Khalifah Umar lantas memanggil anak yg dikatakan derhaka itu dan mengingatkannya terhadap bahaya menderhaka kepada orang tua.
Ketika ditanya sebab dia menderhaka, anak itu mengatakan, "Wahai Amirul Mukminin, tidakkah seorang anak mempunyai hak yg harus ditunaikan oleh org tuanya?"
"Ya," jawab Khalifah.
"Apakah itu?" tanya anak itu.
Khalifah menjawab, "Ayah wajib memilihkan ibu yang baik untuk anak-anaknya, memberikan nama yang baik dan mengajarkan al-Qur'an kepadanya."
Lantas si anak menjawab, "Wahai Amirul Mukminin, tidak ada satu pun daripada 3 perkara itu yang ditunaikan oleh ayahku. Ibuku Majusi, namaku Ja'lan, dan aku tidak pernah diajarkan al-Qur'an"
Lalu Umar Al-Khattab r.a memandang ayah kepada anak itu dan mengatakan, "Engkau dtg mengadukan kederhakaan anakmu, ternyata engkau yg menderhaka kepadanya sebelum dia menerhaka kepadamu. Engkau telah berlaku tidak baik terhadapnya sebelum dia berlaku tidak baik kepada engkau"]


"Dan tanah yg baik, tanaman-tanamannya tumbuh subur dengan izin Allah; dan tanah yg tidak subur, tanaman-tanamannya hanya tumbuh merana. Demikianlah Kami mengulangi tanda2 kebesaran bagi orang2 yang bersyukur"
Al-Aa'raf : ayat 58




yg dibwhnya, beluum habis..

__________________________________________________________

Bacalah, dengan nama Tuhan yang telah menciptakanmu.

Wahyu pertama yang dipilih Allah untuk turun kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Pengajaran pertama, buat bekal kerasulannya.
Pasti ada istimewanya.

Maka, bacalah.
Kerana pena2 yang menulis itu lebih tajam dari mata pedang.
Mampu menusuk ke dalam hati2 orang yang mahu...

...

p/s : cuti will be cut short, Neuroscience oh Neuroscience~
heheh.. tu laa.. krisis perasaan sngt time neuro, sape suruh!

No comments:

Post a Comment