"Kapal bantuan kene tembak eh?"
"Emm.. tu lah.. sedih sangat mama hari ni"
*diam.. tahan sebak*
*diam juga, amik nafas, air mata jatuh*
Dalam kereta, drive pulang seorang diri dari HUKM, Cheras ke Kampung Baru, setelah seharian di sana menunggu doktor yang sngt sibuk dan tidak dapat berjumpa akhirnya. Kelas ditunda esok ke masa yang belum pasti.. perlu standby di hospital dari pagi.
Dalam kereta, mendengar siaran radio, berita saudara2 saya di sana. Lifeline for Gaza. Terasa amat dekat, sy sebahagian dari mereka.
________________________________________________________
Masih teringat ditakdirkan Allah utk sampai ke konsert amal Lifeline for Gaza Soutul Harakah, Muadz dan band lain, pada 24 Mac lalu dgn hanya 2 keping not duit di dlm dompet. Sekeping RM10 dan sekeping 1000rupiah (simpan dari kunjungan ke Bandung dahulu). RM10 cukup2 utk membeli tiket. Ketika tabung sumbangan dipass2, terasa sedih yang amat, duit sudah tiada langsung dalam dompet. Hari tu sngt padat, tidak sempat ke mana-mana utk mengeluarkan duit sebelum ke sana. Malah rancangan asal mmg dah taknak pergi pun, sbab sngt letih. Kereta sendiri pula rosak lampu hadapan, tak boleh dipandu ke sana. Yg menyebabkan sy sampai jua, adalah K. Ruqayyah. Sebelum itu kami makan2 sambil berusrah buat kali terakhir utk 2nd year. Sebab 3rd year nanti dah pindah ke HUKM. Sudah jarang boleh berjumpa. Ketika hendak pulang Maghrib tu, dengan sesimple perkataan "jomlah pergi", sy pun bersetuju, last minute, redah naik teksi.
Berbalik kpd cerita, lalu, dikeluarkan sahaja not 1000rupiah itu, diletak ke dlm tabung. Itu sahaja yg sy ada. Jika diconvert RM, nilainya cuma kira2 33sen.. T-T. Moga-moga sampai ke sana, walau sekadar buat dibeli roti pemberi tenaga utk kamu2 berjuang sepagi..
_____________________________________________________
Selepas berita, disiarkan pula sajak yang sy boleh tangkap beberapa ayat lebih kurang;
"Kita bersedih kerana gagal peperiksaan,
kita bersedih kerana putus cinta,
kita bersedih kerana perut lapar dan letih,
kita bersedih kerana rindukan pelukan ayah bonda,
kita bersedih dek perilaku manusia,
Tapi mereka, hilang tempat perlindungan,
hilang maruah,
hilang keluarga,
berjuang setiap hari untuk bernyawa,
....
Siapa kita berbanding mereka?"
Tup, kena betul2 ke kepala.
Ayat yang terakhir itu terus menyababkan air mata berderai laju, sambil kereta meluncur di Jalan Tun Razak.. kesat dan keluar lagi..
Ya Allah.. aku patut bersyukur kan?
Sebetulnya hari ini adalah hari yg sngt berat utk sy.
Sy semakin faham diri sendiri. Sesensitif emosi, fizikal sy selalu lemah bersama. Bila depressed, emosi kurang baik, mudahlah jatuh sakit.
Sakit belakang dtg balik sbab jln lebih hari ni. Campur senggugut. Campur emotionally unstable akibat semalam. Depressed dgn diri sendiri yg susah utk m'hadapi kehilangan. Campur hilang selera lead to kurang tenaga. Sarapan cuma 1/2 biji karipap. Letih ulang alik Plaza Rah - HUKM - Plaza Rah - HUKM - Plaza Rah. Menghadapi org2 kurang sabar di jalan raya. Menunggu Dr. seharian di HUKM utk secebis ilmu, tetapi Dr. terlalu sibuk akhirnya, tidak sempat mengajar kami.
Tak apalah.
Ia bukan apa2 berbanding mereka.
Ya, aku patut lebih bersyukur. Sekurang2nya, aku masih boleh memandu kereta. Aku masih ada tempat tinggal. Aku masih bebas menuntut ilmu. Aku masih pelajar perubatan, sedang mempelajari ilmu yang amat berharga untuk menyelamatkan nyawa2 manusia. Aku masih mempunyai ibu dan ayah yang mencintai sy.
Tarik nafas.
Hembus.
Wahai manusia2 yang hatinya diikat dengan tali cinta berpaksikan Iman,
jangan berhenti menghantar bantuan 'senjata' ini buat mereka,
jangan berhenti menembak doa.
Revise Al-Baqarah ayat 154-156.
a nice sharing here, from Hilal Asyraf, do click.
Palestin itu jauh dari kita
ReplyDeletePada kita derita itu
pada gagalnya peperiksaan
laparnya perut pada makanan
putusnya cinta pada kekasih pujaan
jauhnya ibu ayah dari dakapan
juga habisnya duit dalam bekalan
Pada mereka derita itu
Apabila rumah kediaman digesel trak
Harta benda serba serbi dirompak
maruah keluarga dipijak-pijak
anak bini dicincang oleh manusia tak berotak
tanah air Islam diinjak-injak
irama kita
adalah suara siti yang merdu
atau muzik rock yang bingit melegakan
atau suara nasyid yang mendayu-dayu
irama mereka
bulddozer yang menghiasi setiap pagi
ketulan batu yang dicampak ke muka yahudi
Bom yang tak pernah sunyi berbunyi
sungguh sukar kita berada di tempat mereka
kita masih tak sanggup menerima ujian sedemikian mereka
berpisahnya kita dari keluarga cuma sementara
berpisahnya mereka dengan ayah,ibu, adik beradik adalah buat selama-lamanya
tanggisnya kita di dunia adalah kerana gagalnya kita dalam ujian
putusnya cinta atau geramnya pada manusia
tanggisnya mereka di dunia kerana tidak dapat membunuh musuh Allah
kerana gagalnya mereka menemui kesyahidan
Rindu kita hanya bauan pada keluarga tercinta
Pada kekayaan melimpa ruah
pada umur yang panjang
agar keluarga kita lebih makmur membahagiakan
Rindu mereka pada wangian syurga tertinggi…
pada syahid tanpa henti
pada perjumpaan teragung
dengan Ilahi tercinta…
Siapakah kita berbanding mereka?
25 May 06
Muharikah
yup, sajak inilah. terima kaseh anonymous =)
ReplyDelete