Tuesday, May 25, 2010

compilation post

Macam makin tak konsisten update blog. Ade je sebnanye nak post. Tapi asyik simpan dalam draft. Sume sparuh2, tak tulis habis.
______________________________________________________

post 2/5/10

Cutiii dan balik duduk rumah sendiri AMATlah membahagiakan.

Masak.

http://www.myresipi.com/ telah mengenalkan saya kepada resepi2 yg best.
Sudah masak; Pasta Bake, Yee Mee Sizzling, Choc Puding.
All tested, proven to be nice!
Saya rasa kebahagiaan paling utama memasak ialah bila orang makan masakan kita dengan bersungguh2 dan mintak suruh masak lagi lain kali. Seronok tahu mengenyangkan + membahagiakan manusia2 lain~ Hehe.

Dewasa dan kanak2.

Hmm.. menjadi anak sulung, sy rasa mcm jadi orang tengah dua generasi. Antara mama papa dan adik2 saya. Dengan mak ayah, sy mcm matured sket (ye ke?), selalu je pendapat2 sy ttg adik2 diambil kira. Tolong drive, amik adek2 sekolah, tusyen. Tolong masak, rasa masakan. Dengan adik2 perangai macam kanak2, kdg2 terlebih. Main scooter, badminton, tgk TV, cerita2. Haha. Seronok juga mempelbagaikan watak diri sendiri.

Buku.

Maka itulah kepuasan sebenar cuti. Membaca, mentopup ilmu selain benda2 medic.

post 14/5/10

Malam tadi..
amygdala menguasai mimpi.
Tak lena. Tachycardia.

Pagi tadi..
sujud.. lama.
Sebak.. hina.. teresak2.

RasulMu yang agung itu, bertahajjud sampai lebam kaki.
"Salahkah aku menjadi hambaNya yang bersyukur", katanya.

Aku ini, sombong.
Belum pasti masuk syurga, tapi berapa kali saja bangun,
ketika semua lena..
Sujud menghina diri dihadapanNya.
Memang sombong!

Menjadi student medic benar2 membuat saya berasa rendah diri. Terlalu luas ilmunya. Mengajar sy erti gagal, erti berada di bawah berkali-kali.

post 24/5/10

Sayang sngt, bila manusia tu sedia faham, tetapi jarang sekali diamalkan, tidak dikukuhkan dan disebarkan.

Kecewa sngt, bila manusia tu sedia tahu, confirm berilmu(tk jahil), tapi buat lagi yang Allah larang. Iman, tolak ke tepi dahulu mase tu. Balik rumah, pakai iman balik.. Huhu.

Tak perlu sehingga betudung labuh @ berkopiah utk mengetahui hukum di bwh ini:
Pegang tangan lelaki dan perempuan tak kawen lagi, dengan senang hati, rela dan gembira.

Simple gile.

Berdosa.

Dan gile diambik mudah.

Belum lg masuk, yg amik gamba rapat2, msj peluk cium dan lain2.
Tambah lagi, dijaja cerita kepada kawan2, diletak gambar dalam facebook dsb. Huhu.

Hmm..

"Tiadalah beriman orang yang melakukan zina pada saat dia berbuat zina." (H.R Bukhari dan Muslim)

"Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya ia perbuatan keji dan suatu jln yg buruk"
Al-Isra': ayat 32


Allah suruh jauhkan @ jarakkan diri dari step pertama yang menjadikan kita lebih dekat dgn zina.

td terjumpa page ni.. klik2 ;]
____________________________________________________

Maka tiba2 sy rasa, post2 yg tak dipublish ni boleh menyimpulkan kehidupan saya ketika ini. 3 post, 3 perasaan, 3 situasi yang menjadi pecahan2 major hidup sy.

cerita 2/5 Gembira sngt bila dpt b'sama2 org yg kita syg, dan mereka juga syg kita dgn ikhlas, bukan utk mngharap apa2. Hehe. Sejujurnya, perasaan sngt menghargai mereka timbul bila sy terfikir, macam mane ye bakal keluarga sy sendiri nanti? (ayt poyo je =P) Jadi meng'observe' keluarga sendiri. Kat rumah, bosan2, teman adik sy blajar, main, hafal qur'an, solat jemaah same.. konon2 praktis, ahax, bolehlah~ Suka juga melihat gaya ibubapa sendiri yang kdg2 risaukan adik2, cara mereka berbincang, bekerjasama sesama sendiri dll.. hmm.. =) Nilai yg baik2 nk simpan, proses jd long term memory kat medial temporal lobe.

cerita 14/5 The journey of becoming a doctor for me is not easy. Kdg2 tu rase inferior yang amat. Ditambah dgn beberapa faktor lain, walaupun secara zahirnya sy rase tkdelah nampak stress sngt pun. Tapi, selalu je nightmare, mimpi yg sy tk nak sngt bnde tu jadi. "Ya Allah, jika susah itu yang terbaik utk sy spy lebih dekat dengan cintaMu, maka saya redha. Jika jalan2 di masa hadapan lebih sukar, maka jadikanlah sy kuat." Rasa mcm nak kluarkan hati, merayu "Nah Allah, tolonglah pegang dan jaga hati sy.. Sy selalu tidak menjaganya dgn baik.. dah kotor". Bila hati bersih, barulah ilmu senang masuk.

cerita 24/5 Post tu tanak publish mula2 sbab mcm mrh sngt. Tulis marah2 mcm tu, msj tk sampai kat hati org. Kadang2, bila tgk org yg rapat dgn kita buat sesuatu yang tak elok, perasaan marah tu ter'exagerrate'. Sebab kita syg dia, kita hormat dia. Tapi sy selalu memilih utk diam dr menegur. Krisis berat mulut. Akhirnya memakan diri sendiri. Rasa kalau Allah nak turun bala, sekali dgn sy2 kena sebab tk usaha utk mengubah. Rasa lemah dan berdosa. Dan sebenarnya, takut kata2 sy nanti terjentik ke dahi sendiri. Sejujurnya, jika mempunyai support system yg bagus, rasa mcm nak kahwin je sekarang ni. Hmm.. mcm ada gari kat kaki sy yg menahan dari bebas bergerak lebih dpan dan bersuara. Sebab terang2 Allah kata;

"Wahai org yg beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yg tidak kamu kerjakan? Sngtlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan sesuatu yg tidak kamu kerjakan"
As-Saff : ayat 2-3

Hmmm.. jika nampak sy melakukan mungkar, tarik sy pulang. Sy seperti kamu, mahu juga ke syurga..

Sekian sahaja.
Mintak maap kalau post ni emo2 sket -_-".

peace!

4 comments:

  1. kak nunu + kak cheq ; trime kaseh =))

    amna ; heheh. sila lah melawat. kak nadia hidey air teh o =P. blaja rajin2 utk pmr~ wi smangat ko sarah etep, biya result comey blako!

    ReplyDelete