Sy yg bernama Nadiah ini sedang berlari2an utk catch up beberapa perkara :
1) Kehidupan sebagai clinical student yg menggunakan banyak bulk energy serta muscle of feet utk berjalan ke sana ke mari.
2) Kehidupan berorganisasi setelah setahun sy menjadi dormant dan bebahagia2 di Plaza Rah tanpa mempedulikan aktiviti kolej.
3) Kehidupan berusrah dimana setelah sekian lama 'menerima' dari kakak2 + makcik2 naqibah, kini tiba masanya utk belajar 'memberi' dan menyampaikan pula ilmu2 yg ada.
4) Kehidupan belajar beramai-ramai dlm study group bila selama ni belajar sendiri2.
Surgery
Tup2, dah minggu akhir posting surgery. Dah 8 minggu berlalu. Surgery sngt best! Hehe. Surgeon dan Dr. majoriti cool2. Dan majoriti juge lelaki.. -_-". Dah jmpe bermcm2 jenis pesakit. Org Islam yg minum arak, ade multiple sexual partner.. hmm.. sekarang di ward sebab complication2 Hep B. Uncle2 n auntie2 Chinese yg susah nak berkomunikasi B.Melayu (tiba2 rase nak sngt blaja bahase Mandarin). Patient yg sngt knowledgeful, faham serba serbi ttg medical2 term.
Kat ward jugak telah menyaksikan berbagai2 ragam manusia. Makcik dan pakcik tua romantik duduk bersila atas katil dlm ward.. si makcik meneman pakcik kat ward. Dalam hati, "alahai, comelnye.."
Makcik yg tak abes2 kalo bejumpe, "Hah, ni anak pakcik Daud dtg..". Muka sy same ngan muka ank sedare die..
Makcik yg kongsi tido same2 atas katil ward dgn anak yg teman die..
Satu je yang tak berapa seronok, case write up.. Selagi tak siap selagi tu rase tak tenang. Huhu.
Of a piece of heart, charcoal and candle.
Program Mabit anjuran surau yg telah berjaya membuatkan mata sy keesokan paginya bengkak macam kene sengat lebah. Menangis sampai pening kepala..
Huu.. sngt sedih. Teringat masa fasi suruh conteng kertas cantik, bersih dan suci, berbentuk hati tu dengan arang. "Wahai sahabat.. ni lah hati kita yang asalnya fitrah, bersih, terpelihara. Namun apa yg kita lakukan, kita hitamkan ia dengan dosa dgn tangan kita sendiri. Dari setitik ke segaris, akhirnya ia hitam legam. Tapi kita biasa sahaja, tak rasa apa2" Hati itu sudah hampir2 necrosis dibuat kita. Tak sanggup rasanya mahu menconteng lebih2. Hodoh. Sngt hodoh. Nanti bawak hati yg hitam legam itu menghadap Tuhan. Huhu. Tuhan akan pandangkah? Tuhan akan terimakah?
Bila direject hati itu dari kategori layak masuk syurga, maka menujulah ia ke satu-satunya lagi tempat yang ada di akhirat.. neraka.
Fasi letak lilin atas tapak tangan. Lilin kecil, tapi rasakan perlahan-lahan ia terbakar. Rasakan lilin panas itu menitik di atas tangan.. =(. Lilin sebesar itu pun terasa panas. Apatah lagi api neraka yg warnanya hitam legam.
Yang setelah habis mati kita dibakar, kita dihidupkan kembali, bersama semua saraf2 deria supaya derita panas membakar, menggelupas kulit itu kita rasakan berkali-kali.. Nauzubillah.
Ke mana lagi kita mahu lari ketika itu? Tiada tempat.
Sedih.. T-T
Demi Allah, sy tidak mampu menghadapi api neraka itu.
Tapi,
banyaknya dosa,
banyaknya dosa,
banyaknya dosa..
yang selama ni telah sy himpunkan.
"Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan seberat zarah sekalipun, nescaya dia akan melihat balasannya"
Az-Zilzal : 8
Hmm.. lain kali bila mahu berdosa, nampaknya kena amek lighter, cuba bakar tangan dulu. Kalau rase boleh tahan, baru boleh teruskan.
Satu lantunan iman yg kuat. Moga ia dapat rebounce dgn tinggi dan kekal tinggi utk satu jangka masa yang lama.
Al-iman yazid wa yanqus.. iman itu bertambah dan menurun.
Yazid bitto'ah wa yanqus bil ma'siyat.. bertambah dgn ketaatan, dan menurun dengan ma'siat.
Bila berdoa, jangan hanya memohon ditunaikan permintaan2, tapi berdoalah agar dihapuskan dosa.. diterima taubat2.
Lepas ni bolehlah kita rendam hati sekejap dalam detergen pengisian dan ilmu2..
Lalu disental sungguh2 kesan degil dosa, dengan berus taubat..
Sekian sahaja.
No comments:
Post a Comment