Monday, February 22, 2010

maaf

Banyak nak cerita sebenarnye.

Apepun, kesimpulannya, adalah ayat ini (tak cerita lagi dah kesimpulan. hue2)



"Iaitu orang yang berinfak, baik di waktu lapang maupun sempit,
dan orang2 yang menahan amarahnya
dan memaafkan kesalahan orang lain.
Dan Allah mencintai orang2 yang berbuat kebaikan.

Dan juga orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri,

segera dia mengingati Allah,
lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya,
dan siapa lagi dapat mengampuni dosa-dosa selain Allah?
Dan mereka tidak meneruskan dosa itu sedang mereka mengetahui.

Balasan bagi mereka ialah ampunan dari Tuhan
dan syurga2 yang mengalir dibawahnya sungai-sungai,
mereka kekal di dalamnya.
Dan itulah sebaik-baik pahala bagi orang2 yang beramal."

Ali Imran: ayat 134-136
Sesungguhnya kita adalah manusia. Dan manusia, pastilah ada salahnya. Kita melukakan hati orang lain @ orang lain melukakan hati kita. Superficial wound, cepat sembuh. Deep wound, boleh mengambil masa yang lama untuk pulih sepenuhnya. Tak dijaga dengan rapi semasa proses penyembuhan, deep wound boleh mendapat complication seperti infection pula, sehingga boleh membawa maut kepada pesakit.

Sebenarnya analoginya macam ni. Apebila sudah tersangat sedih dan kecewa, manusia mudah terdedah kepada satu complication. Berputus asa. Bila manusia berhenti berusaha, maka mereka akan terus dan terus dalam keadaan yang sama. Berasa tiada harapan. Sedangkan terang2 Allah berkata,




"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri"

Ar-Ra'd: ayat 11


Berputus asa dari rahmat Allah itu salah satu dari dosa besar. Maka, sesukar mana, teruskan hidup dgn bersemangat!

Ada 3 point penting dalam ayat surah Ali-Imran tadi:
1. Berinfak walaupun pada waktu sukar. Bak tulisan dalam Saifulislam.com, "erti hidup pada memberi"
2. Menahan marah.
3. Memaafkan kesalahan orang lain.


Allah CINTA orang2 yang begini.
Apa lagi yang lebih penting dari cinta Allah? Tiada.

Kita selalu menzalimi diri sendiri. Menghukum diri sendiri, lalu berhenti berusaha menjadi baik. Cth ayat menghukum diri sendiri "Sy mmg jahat, biar je la sy macam ni"
Segeralah, segeralah kita bertaubat. Dan menggegam azam sekuat2nya tidak mahu terjatuh dalam jurang dosa lagi.

Apa balasannya segera beraubat?
1. Ampunan dari Allah.
2. SYURGA. Ya, syurga, nikmat paling besar untuk manusia bertaraf hamba seperti kita.


Betapa penyayang & pemaafnya Allah. Sudahlah kita ini lalai, sering meninggalkan perintahNya, bukan sahaja diampunkan, malahan diberi syurga pula bila sudah bertaubat. Itu Tuhan. Sedang kita hamba. Siapa kita untuk tidak memaafkan orang lain.. kan.

Maka kata2 akhir untuk diri sendiri,
forgive people, life goes on and never give up.
________________________________________________________

Sesungguhnya manusia yang dapat merasa manisnya iman ada 3:
1. Orang yang mencintai Allah dan RasulNya lebih dari selainnya.
2. Orang yang mencintai manusia lain semata-mata kerana Allah.
3. Orang yang membenci kekufuran sesudah Allah menyelamatkan dia dari kekufuran itu.

Sempena birthday Rasulullah s.a.w kecintaan kita, beberapa hari lagi =),



Semoga cinta kita kepada baginda tidak pernah luntur,
walau dipisah masa lebih 1400 tahun,
walau cinta kita tidak pernah sehebat cinta baginda kepada kita.
Pertahankan cinta itu..

No comments:

Post a Comment