Saturday, March 13, 2010

buku conteng

Contengan2 sy minngu ini.



11 Mac 2010
Forum Paradigma Cinta
DSG KTSN, 8.3o-11.oo malam
by Ustaz Hasrizal (saifulislam.com) + Umi Ros (Raudhatus Sakinah)

two thumbs up~
Mujur tertau psl forum ni.
Sy yg berada di kolej luar sering berasa dianak tirikan.
Ade bnda2 best kat dalam, tak ajakk ponn T-T~


  • Kehidupan kita hanya sementara - tapi kesan perbuatan kita, selama-lamanya! Buat dosa sesaat, dibakar api neraka berjuta-juta saat.

  • Belum pasti kita bakal memegang ijazah. Tapi PASTI, kita semua bakal2 jenazah. Cara mengurus dan memaandu cinta mesti ke arah mati yang pasti itu.

  • Law of attraction - we will attract people of our own kind! Itulah dia sunnatullah. Attoyyibuuna littoyyibaat.. @ An-Nur : ayat 26

  • Dalam krisis rumahtangga, ingat kembali kenangan mula2 bercinta. Kenangan mestilah halal agar indah, jadi base n foundation arah asal rumahtangga. Cth : usaha mencari isteri melalui baitul muslim, melihat bakal isteri pertama kali semasa hari bertunang di rumah ibubapanya.

  • Nikmat dunia analoginya macam sedap sambal sotong. Mula2 makan, sarapan, sedap menjilat jari, dipuji2. Lunch, makan, sedap lagi. Dinner makan, ok lagi. Breakfast esok pagi, makan lagi.. errr. Lunch sambal sotong lagi.. aaaa, dgr sambal pun dah rase muakk. Sekejap je rase nikmat tu. Kejarlah nikmat akhirat, yang kekal indah sampai bila bila bila dan bila.

  • Nikmat dunia yang kita ada mestilah di damping dengan kesungguhan mencari nikmat akhirat.

  • Pepatah Arab "Statiknya air akan merosakkan ia. Statiknya pemuda akan memusnahkan dirinya". Get working!

  • Erti hidup pada memberi. Memberi sentiasa lebih seronok dari menerima. Kesungguhan memberi juga berkadar terus dgn ketinggian iman kita. Kita HAMBA, jika tidak memberi, hidup tak bermakna.

  • Hidup adalah ujian, tempat berpenat lelah mencari redha Allah. Tempat berehat = 6 feet under, di kubur nanti.

  • Hanya golongan muttaqin bercinta sampai syurga! Kita mempunyai tendency yg sngt besar utk bergaduh kerana sangat2 terbeban dgn dosa ketika itu, tension di padang Mahsyar.

  • Melihat krisis2 umat + gejala2 sosial, bukan peranan kita menghukum, itu kerja Allah. Tapi kita perlu menjadi platform, sama2 berganding tgn kembali menghayati Islam, menghidupkan ayat2 Allah.

  • Jadi baik sorang2 = tak BEST. Beranilah mencegah kemungkaran~
________________________________________________________

13 Mac 2010
Daurah KARISMA KL - Wahai Pemuda!
SRI Al-Amin Keramat, 9.oo pagi-2.oo ptg
by Mohd Qayyim Hafizi

jadi driver 2 trip..
dah pandai sikit jalan2 kat Keramat. hehe.

  • Katakanlah, "Aku hendak mengingatkan kepadamu satu hal saja, iaitu agar kamu mencari kebenaran kerana Allah dengan ikhlas, berdua-dua atau sendiri2.. " Surah Saba' - ayat 46.

  • Nak tahu nasib bangsa, lihatlah pada pemudanya.

  • Tanggungjawab kita bukan untuk menjadi baik sorang2. Kalimah syahadah telah mengikatkan kita dengan seluruh saudara seIslam kita. Maka, tanggungjawab kita untuk mengambil berat hal mereka, menyampaikan kpd mereka ajaran Islam sebenar.

  • Kenapa perlu usrah? Kerana usrah merupakan sunnah dan jalan yg dipilih Rasulullah. Contoh sirah, ia merupakan metod da'wah pada peringkat awal, di jalankan di rumah Al-Arqam Abi Al Arqam.

  • Jika kita semakin hampir dengan jalan Rasulullah, Insya Allah, pengakhiran kita turut sama hampir dengan baginda.

  • Hiduplah baik2. Biar bila pada saat2 terakhir hidup kita, kita redha dengan apa yg telah kita lakukan selama ni. No regret.

  • Kita islam. Bukan kita Islam. I huruf besar bermaksud kata nama. i huruf kecil bermaksud kata kerja. Kita bukan hanya bernama Islam, tapi kita bekerja untuk islam.

  • 7 anaktangga yang perlu kita panjat.

  • *hehe.. sebenarnye nak tunjuk anak tangga kat bawah tu. gambar diambil dari hikari* Bermula dari
    1)Individu Muslim
    2)Baitul Muslim
    3)Masyarakat Muslim
    4)Kerajaan Islam
    5)Empayar Islam
    6)Khilafah
    7)Ustaziyatul Alam

  • Kita ibarat cawan plastik kosong. Perlu diisi air. Kalau tak, kita terbang melayang ditiup angin. Dan air, perlu dikongsi dengan cawan kosong yang lain. Jadi kita perlu sentiasa penuh dengan air, melimpah ruah dengan air. Air itu adalah iman dan ilmu kita yang perlu sentiasa dikongsi-kongsi.

  • Islah nafsak, wad'u ghairak, was ta'inu billah (perbaiki diri kamu, ajaklah yang lain, dan mintalah pertolongan Allah)

_________________________________________________________

Nota2 di atas boleh dikupas dengan lebih mendalam, meluas dan sebagainya. Tapi sy rase cam.. emm.. bnyk sngt lak nak tulis nanti. Heheh. Jadi buat point form je la utk yang ini. Harap bermanfaat buat semua.

Secara peribadi, bagi sy, cinta itu suatu kuasa. Power. Yang boleh membuat manusia memberi. Yang boleh membuat manusia berkorban. Yang boleh membuat manusia senang taat.

Dan bak kate atuk spiderman, "power comes with responsibility". Responsibility apa? Itulah saling berpegangan tangan berjalan menuju syurga. Bila seorang terjatuh @ tersasar, seorang lagi akan menariknya untuk bangun kembali.

Mari menjadi pejuang cinta.. ^-^

5 comments:

  1. comel la hikari tu lukis! (sy da terbuka blog dia)
    teman usrah awk ea.hehe.

    ReplyDelete
  2. Any link for "Like"?
    Smiled when saw "melihat bakal isteri pertama kali semasa hari bertunang di rumah ibubapanya".
    =) berusaha!

    ReplyDelete
  3. syg. congrats for your note-taking skill. thank you. =) hehe

    ReplyDelete
  4. hihi.. lmbt reply.

    najwa : bukan teman usrah. merayau2, pastu tjumpe blog dia. hehe.

    afwan : thanx

    lan : awk propose kat blogspot suh wat butang like. hak2. okes, berusaha juga!

    yan : welcome, and u, keep writing nice posts too~

    ReplyDelete