Wednesday, August 25, 2010

of observing delivery

Melihat wanita melahirkan anak, buat pertama kali, sy jd rasa mcm nak pitam. Huhu.
Yg keseterus seterusnya br ok sbab dah biasa.

Hmm.. tadi mata dah terkebil2 tahan air mata. Amat amat amat terharu melihat seorang ibu melahirkan anak dgn susah payah.. Walaupun nurse dah warning awal2, labour room ni cuma utk org tough2. Tahan2 tp menitis juga. Pura2 selsema.

Tgn ibu dipegang erat, dibaca berulang2 "Allahumma yassir, wala tuassir" buat dia. Ya Allah, tolonglah kurangkan kesakitan dia.

Terharu melihat betapa.. betapa banyak susah payah yg dilalui ibu utk melahirkan anak.
Nak menahan contraction tu berjam2. Nak meneran anak tu sepenuh tenaga yang wujud. Sudah melahirkan, terluka + koyak sngt panjang, dijahit pula.

Terharu juga melihat masih ada suami yg disisi membisikkan doa di telinga isteri masa sedang sakit bersalin.

Terharu melihat baby yg terkelip2 mata melihat cerah dunia buat pertama kali.
Gesture2 kecil ni, terasa sangat indah.

MasyaAllah, begitu cantik sekali aturan dan ciptaan Mu.

Ingin saja rasanya memanggil dunia, lihatlah ibu ini melahirkan anak. Baru kamu tahu nilai kamu yang sebenar. Yg jika tanpa ihsanNya, jika ibu itu putus asa awal2 untuk mengerah sepenuh tenaga semasa melahirkan kamu, kamu mungkin tidak berpeluang pun melihat dunia ini.

Ingin saja dipanggil mereka2 yg berzina sesuka nafsu, lihatlah susahnya ibu ini melahirkan anak. Betul kamu mahu separuh mati melahirkan anak yg ayahnya manusia yg merosakkan hidup kamu? Betul kamu mahu memulakan hidup baby suci dan fitrah ni dari kesilapan dan dosa kamu? Adilkah buat dia dicop sepanjang hayat, anak zina?

Dari Abdullah bin Mas’ud katanya, “Aku bertanya kpd Nabi s.a.w tentang amal-amal yg paling utama dan dicintai Allah. Nabi s.a.w menjawab; Pertama shalat pada awal waktu, kedua berbakti kpd kedua orang tua, ketiga jihad di jalan Allah”
[Hadith Riwayat Bukhari & Muslim]


31:14, Kesusahan demi kesusahan. Kemudian disusukan, dijaga penuh kasih sayang pula, walau yang kita lakukan semasa kecil hanyalah menyusahkan ibu, menangis2, meminta2 T-T.

Terlalu besar pengorbanan seorang ibu.
Maka, layaknya, syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
Layaknya, redha Allah itu terletak pada redha ibubapa.







Mama.. thank you for giving birth to me.. :')
Thank you for taking care of me with patient and love.

Tulis kat sini, sbab Nadia tahu mama slalu bc blog ni juga.
I love u, very much!



gambar hiasan - ni Aisyah Hanaan, anak Syafi + Indah ^-^

4 comments:

  1. betul tu nadiah...
    terharu bile bace coretan nadia nie...huhuhu...
    so sweet pic kat bawah tu...
    dah can ader tokoh nak jd seorg ibu mithali...
    hehehehe....

    your housemate~hajar

    ReplyDelete
  2. tahniah untuk nukilan ni dik
    sgt2 terharu
    smpai air mata ni menitis
    insaf, pengorbanan ibu terlalu besar
    terima kasih dik
    keep it up

    ReplyDelete
  3. time kaseh akak =)
    betul, sngt besar.
    pengorbanan yang bernilai nyawa.

    ReplyDelete