Monday, March 1, 2010

mrs. future



Sy mintak maaf kalau post2 kebelakangan ni sume tak sronok. Gloomy2.
Dengan Neuro yang aaaaaaaa dan krisis perasaan yang uhhhuuuuu.

Skarang ni terasa sangat ingin berada di atas bukit, yang ada satu pokok besar.
Berguling2 atas padang rumput, rasa angin bertiup lembut2.
Menghadap biru langit, tengok awan, bernafas bebas..

*Dush* kene sekeh kepala.
Kembali ke dunia realiti -_-"
__________________________________________________________

Dear Mrs Nadiah in the future..
I always hope you to be bright and strong..

I am sorry if whatever wrong i've done at this moment
would still be haunting in your dreams..
and worse, u're facing all the consequences..

And I hope everything good done at this moment
would always continues,
and grow and bear fruits for you there..
and with the fruits you give them to everyone else..

Dear Mrs Nadiah in the future
whatever makes you sad there, please know you've been worse before,
whatever makes you feel good there, please never forget to be thankful,

Dear Mrs Nadiah in the future..
I am here, every second worrying about you..

Dear Mrs Nadiah in the future..
I am all shattered and broken at the moment..
Please be beautiful when I finally arrive there..

If you can't be lovely, then I hope I'm already packing enough pretty strengths to be worn when I finally arrive there.

-Ms Nadiah, present-
__________________________________________________________

Abdullah Ibn Mas'ud ada berkata:


Orang-orang mu'min, melihat dosa-dosanya, seperti ia sedang berada di kaki gunung. Ia sangat khuatir kalau-kalau gunung itu akan jatuh menghempapnya.

Manakala ahli maksiat, ia memandang dosa-dosanya seperti menghalau lalat di hujung hidungnya.


Kita, yang mana?

Huhu. Sy sngt takut dosa2 sy yang sekarang ni, akan menimbulkan banyak komplikasi2 di masa hadapan. Walau bukan kpd sy, tp mungkin juga kpd generasi2 sy yang seterusnya.
__________________________________________________________

Hmm.. pernah tak sy cakap sy sngt sayangkan usrah saya?

Kalau belum,
maka sy ingin katakan, sy SANGAT sayangkan 'usrah'(family) sy di Kelantan sana.
Sy juga sangaat cintakan usrah-usrah sy disini, di bumi UKM KL ni.

Sy seronok melihat mata2 yang teruja mendengar mutiara2 kata dari kakak2, makcik2 naqibah.
Sy suka berada dalam bulatan itu, bulatan yang membuat sy selalu percaya, masih ramai yang mahu betul2 belajar dan berusaha memperbaiki diri.
Masih ramai yang bersemangat mahu mencorakkan hidup mereka dengan warna2 Islami.
Terharu bila sama2 menangis keinsafan.
Sy suka berada dalam kalangan mereka, yang membuat sy rasa tidak bersendiri, yang banyak memberi sy kekuatan.
Seronok kerana diberi peluang dipertemukan Allah dengan ramai hamba2Nya yang hebat.
__________________________________________________________

Cerita pasal usrah, hmm.. masa zaman2 MRSM dulu, muka sy ni, adelah muka yang salu nampak duk bawah katil, ponteng prep n ponteng usrah. Padahal BADAR kot. Haha. Kami suka 'netok' beramai2 sebilik. Bila warden cek, ade yg nyorok lam bilik air, ade dalam almari. Sy salu pilih bwh katil. Yang paling penting 'tksei berigak', kena tutup kipas + lampu lah. Diaaam2 tu dlm bilik. Kami mmg hebat, tak pernah terkantoi.

Nape sy tak ske pegi usrah mase tu, ntah la. Suka kot rebel2 nih. Jiwa remaja kan, suka memberontak, wa3. Lagipun cam pengisian salu rase takde yang best2 bila kawan2 pompuan sebatch jugak yg bagi. Tak suka sbab rase mereka mcm hipokrit. Begitulah kot pemikiran sy mase tu. Tp bukannya sy berusaha nak menjadikan keadaan lebeh baik ke ape, sy yg join ponteng beramai2. Hmm.. Mase zaman skolah rndah + menengah rndh dulu2, Muallimah2 yg selalunye jadik naqibah usrah. Jadi salu dgr cite best2. Kat MRSM ni, rase cam hambar je, kecuali la kalo ade Ustazah mane2 ke turun wat pengisian.

2 taun kat MRSM tinggal usrah, kesannya sngt ketara lah, terutama dari segi pakaian. Siap kene tegur ngan budak skolah lame. Bile kene tegur, emosi tak stabil, sampai driving terlanggar dinding tadika orang.. dahsyat tak dahsyat (mase tu br dpt lesen P). Baru 2 taun, tpi cultural shock punye pasal, abes jadi huru hara. Walaupun secara luarannya nampak cemerlang dgn result, tapi ruh rase amat kosong.

Bila benda tu dah takde, baru la rase kehilangan n kekosongan. Alhamdulillah kat sini Allah tunjuk jalan balik. Tinggal lagi sy nak jalan ke tak, and no turning back. Aaa.. gitulah citenye.

Sekian sahaja kali ini. Harap maaf diatas kekucar-kaciran jalan ceritanya.

Salam alayk.

Psstt : Kepada sape2 yang kwn2 medic UKM sy, yg takde usrah, tapi btol2 rase cam nak join, meh la meh.. sngt la dijemput dgn berbesar hatinya ^-^~


gamba bunge ni amek mase riadah seharian kat Bukit Cerakah, Shah Alam, Jumaat lepas. sngt best!

Monday, February 22, 2010

maaf

Banyak nak cerita sebenarnye.

Apepun, kesimpulannya, adalah ayat ini (tak cerita lagi dah kesimpulan. hue2)



"Iaitu orang yang berinfak, baik di waktu lapang maupun sempit,
dan orang2 yang menahan amarahnya
dan memaafkan kesalahan orang lain.
Dan Allah mencintai orang2 yang berbuat kebaikan.

Dan juga orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri,

segera dia mengingati Allah,
lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya,
dan siapa lagi dapat mengampuni dosa-dosa selain Allah?
Dan mereka tidak meneruskan dosa itu sedang mereka mengetahui.

Balasan bagi mereka ialah ampunan dari Tuhan
dan syurga2 yang mengalir dibawahnya sungai-sungai,
mereka kekal di dalamnya.
Dan itulah sebaik-baik pahala bagi orang2 yang beramal."

Ali Imran: ayat 134-136
Sesungguhnya kita adalah manusia. Dan manusia, pastilah ada salahnya. Kita melukakan hati orang lain @ orang lain melukakan hati kita. Superficial wound, cepat sembuh. Deep wound, boleh mengambil masa yang lama untuk pulih sepenuhnya. Tak dijaga dengan rapi semasa proses penyembuhan, deep wound boleh mendapat complication seperti infection pula, sehingga boleh membawa maut kepada pesakit.

Sebenarnya analoginya macam ni. Apebila sudah tersangat sedih dan kecewa, manusia mudah terdedah kepada satu complication. Berputus asa. Bila manusia berhenti berusaha, maka mereka akan terus dan terus dalam keadaan yang sama. Berasa tiada harapan. Sedangkan terang2 Allah berkata,




"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri"

Ar-Ra'd: ayat 11


Berputus asa dari rahmat Allah itu salah satu dari dosa besar. Maka, sesukar mana, teruskan hidup dgn bersemangat!

Ada 3 point penting dalam ayat surah Ali-Imran tadi:
1. Berinfak walaupun pada waktu sukar. Bak tulisan dalam Saifulislam.com, "erti hidup pada memberi"
2. Menahan marah.
3. Memaafkan kesalahan orang lain.


Allah CINTA orang2 yang begini.
Apa lagi yang lebih penting dari cinta Allah? Tiada.

Kita selalu menzalimi diri sendiri. Menghukum diri sendiri, lalu berhenti berusaha menjadi baik. Cth ayat menghukum diri sendiri "Sy mmg jahat, biar je la sy macam ni"
Segeralah, segeralah kita bertaubat. Dan menggegam azam sekuat2nya tidak mahu terjatuh dalam jurang dosa lagi.

Apa balasannya segera beraubat?
1. Ampunan dari Allah.
2. SYURGA. Ya, syurga, nikmat paling besar untuk manusia bertaraf hamba seperti kita.


Betapa penyayang & pemaafnya Allah. Sudahlah kita ini lalai, sering meninggalkan perintahNya, bukan sahaja diampunkan, malahan diberi syurga pula bila sudah bertaubat. Itu Tuhan. Sedang kita hamba. Siapa kita untuk tidak memaafkan orang lain.. kan.

Maka kata2 akhir untuk diri sendiri,
forgive people, life goes on and never give up.
________________________________________________________

Sesungguhnya manusia yang dapat merasa manisnya iman ada 3:
1. Orang yang mencintai Allah dan RasulNya lebih dari selainnya.
2. Orang yang mencintai manusia lain semata-mata kerana Allah.
3. Orang yang membenci kekufuran sesudah Allah menyelamatkan dia dari kekufuran itu.

Sempena birthday Rasulullah s.a.w kecintaan kita, beberapa hari lagi =),



Semoga cinta kita kepada baginda tidak pernah luntur,
walau dipisah masa lebih 1400 tahun,
walau cinta kita tidak pernah sehebat cinta baginda kepada kita.
Pertahankan cinta itu..