Saturday, June 2, 2012

+ve


"Dalam dekapan ukhuwah, mari sembuhkan luka-luka kita. Apalagi jika kita merasa terluka oleh orang-orang soleh dan para insan beriman. Waspadalah, kerana luka itu bisa memicu kebencian kita pada iman dan kesolehan. Seperti yang terjadi pada Abdullah ibn Ubay & orang2 munafik" 
"Dalam dekapan ukhuwah, jadilah orang yang mau berubah, mampu menerima kegagalan, bersedia membahas persoalan, bisa belajar dari orang lain, dan siap melakukan sesuatu untuk mengatasi masalah. 
Dalam dekapan ukhuwah, hindarkan diri dari kepengecutan dan mengeluhlah hanya pada yang mampu memberikan penyelesaian. Katakan saja, "Ya Allah, aku punya masalah besar." Dan sebagai variasi yang manis, terkadang ucapkan juga, "Hai masalah, aku punya Allah Yang Mahabesar!"

T-T

Hence my tweet the other day;
"It is important to explain and be sensitive to other people feeling, especially to those people who love you.
Lesson learned."

Lesson learned, the hard way.
Please know, it hurts me more when people are hurted because of me.
Maaf di atas ketidak sensitifan terhadap kalian2 yang terluka.

Semoga Allah memelihara hati kita semua.

p/s : explaination is very very very important. as important as listening.
p/s : mama kata, "Cuba bagi bunga"

_______________________________________________________________________

Sekian post serius.
Tulisan di bawah mungkin sebenarnya adalah percubaan menceriakan diri sendiri.
Koff2.

Hmm.. sejak kebelakangan ni, agak jarang punya waktu lapang pada hujung minggu.
Masa hujung minggu selalu banyak dihabiskan untuk ke program-program.
Maka, saya amat menghargai masa hujung minggu yang cuma diluangkan untuk recharge diri sendiri; boleh mengemas & menguruskan bilik, laundry, serta membaca buku2 dengan tenang hati walaupun cuma sehari; tanpa kelas, perjumpaan, henfon berbunyi dan lain2.

Biasanya, tahap keserabutan bilik saya adalah bersamaan dengan tahap keserabutan pemikiran atau kesibukan saya pada masa tersebut.
Maka mengemas + membersihkan bilik sebenarnya adalah salah satu terapi mengurangkan peningkatan keserabutan.
Sebab tahap kekemasan bilik juga adalah bersamaan dengan tahap ke-organisasian pemikiran pada masa tersebut (walaupun cuma akan bertahan beberapa hari sahaja).

*Tiba2 datang suara, "Kalau tak rajin kemas, tak bleh kawen tahuu!"*
Erk.


Suka kedudukan katil tepi tingkap supaya senang nak tengok langit. Bila malam2, boleh nampak bulan; pagi2, nampak warna langit berubah; tengahari nampak langit biru terang dan awan comel kepul2. Melihat cahaya matahari pagi yang suam, melimpah ke dalam bilik melalui tingkap dan jatuh atas katil juga boleh menghilangkan rasa gundah dan menjadikan hati tenang ^-^


Almari kecil tepi katil. Ayat surah At-Talaq:2-3 dalam frame tu terpaksa diterbalikkan sebab tak muat nak frame kan tegak. Huhu. Yang kembang2 pink dan purple tu adalah bunga tisu yang Fizah kata, "boleh tak saya nak lap tangan guna tuu?" -_-"

Em, kawan2 baik.



"Sometimes, success is just a matter of hanging on"

_______________________________________________________________________

Saya tutup post saya dengan pesanan buat diri;
be optimist.
Mungkin setiap masa boleh mengulang "positive, positive, positive" banyak kali untuk merealisasikan the law of attraction, yang selalu diingatkan Prof Muhaya dalam radio IKIM.fm.

Wassalam.






Ingat,
positif!
>_<

4 comments:

  1. dear kakak..post ni terkena kat diri saya sendiri..tqvm:)i'm so touched

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu. thanx afrah, sebenarnya k.nadia baru je rasa nak delete post ni sebab banyak membebel takde kaitan.
      sobs.
      insyaAllah, mari berusaha berlapang dada dengan semua orang ^-^

      Delete
  2. be positive!sebarkan cas2 positif..fikirkan positif..insyaAllah segala urusan dimudahkan =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah, ameeeen semuanya dipermudahkan =)
      do'a yg sama utk iman juga!

      Delete