Monday, May 28, 2012

dakwatuna

Post daurah "Dakwatuna",
bedah chapter pertama buku Himpunan Risalah Imam Hasan Al-Banna.
Mata celik sepanjang program.
Kerja kita masih terlalu banyak.
Masih terlalu banyak juga koyak2 kelemahan diri yang perlu ditampal dan dijahit baiki.

"Rasa hati yang menyebabkan air mata ini sentiasa bercucuran. Rasanya terlalu sukar untuk sekadar melihat nasib yang menimpa masyarakat kita kemudian kita hanya berpeluk tubuh menerima segala penghinaan ini, atau reda dengan segala kehinaan ini, atau sekadar mendiamkan diri.
Demi Allah, kita akan bekerja di jalan Allah untuk kepentingan manusia lebih daripada kepentingan diri kita sendiri"

"Betapa kita mengharapkan (jika boleh) agar hati-hati ini boleh ditunjukkan kepada seluruh umat ini supaya mereka dapat melihat bahawa apa yang ada di dalam hati-hati ini hanyalah rasa kasih sayang kepada mereka, rasa simpati dan kesediaan berkorban untuk mereka"

"Orang yang menerima dakwah ini akan hidup bersama dakwah dan dakwah akan hidup bersamanya.
Orang yang tidak bersedia menanggung tanggungjawab ini akan kehilangan ganjaran para mujahid dan berada sebaris di barisan orang-orang yang tercicir bersama orang yang berpeluk tubuh.
Justeru, Allah akan menggantikan mereka dengan orang lain yang akan mendukung dakwah ini"



Allahummansurnal muslimin, wal mujahideen~
(Ya Allah, menangkanlah muslimin dan mujahidin)
yang dengan sepenuh harta dan nyawa berjuang menegakkan kalimahMu
di setiap penjuru dunia.

Mesir, Ikhwanul Muslimin dan pilihan raya.

Syria dibelenggu kekejaman luar batas manusiawinya.
Palestin yang masih belum bebas dan dimenangkan kita.

Dan Malaysia,
makin punah dalam tangan manusia berkuasa.
Islam menjadi slogan2 yang cuma dilaungkan tanpa makna,

Sedih :(


"Kita mahu kemukakan dakwah ini tanpa berselindung dan berlapik. Dakwah ini lebih cerah secerah mentari, seterang sinar fajar, sejelas siang hari!"

No comments:

Post a Comment