Friday, May 18, 2012

jumaat

Selamat pagi!

Hari ni hari Jumaat.
Bangun Subuh, habiskan separuh lagi Al-Kahfi yang berbaki dari semalam.

Lepas tu main TETRIS.
2, 3 round.
Lepas tu rasa sunyi.
Tak ada bau sarapan dari dalam bilik.
Tak ada suara-suara manusia.
Senyap.

Kalau kat rumah, pagi2 Jumaat mama akan pegi dekat katil kejutkan dan mintak dengarkan dia baca Al-Kahfi.
Padahal saya rasa, itu cuma taktik taknak bagi saya tidur lepas Subuh.
Maka sambil dengar, sambil baca sekali.

Habis baca, pergi tengok baby kucing dalam bakul yang tengah menggeliat atau tidur dengan mak kucing.
Lepas tu pergi mengadu kat papa kata kat Kuala Lumpur tak ada nasi belauk / dagang / ayam Mok Noh pagi2.
Rindu nak sarapan nasi bungkus.
30 minit kemudian nanti, akan ada berbungkus2 nasi bungkus atas meja :')

Kalau lambat mengadu pasal nasi bungkus, mungkin papa dan mama dah siap masakkan nasi lemak atau macaroni sup atau bubur nasi atau macam-macam lagi.

Lepas tu pergi kacau adik yang hari2 main game dalam Ipad.
Lepas tu pergi kacau adik sorang lagi yang bangun pagi2 dah mengadap meja sebab nak SPM tahun ni (atau mungkin juga sedang menulis diari).
Lepas siap mengacau, keluar kat halaman rumah ambik gamba kucing, rama-rama, bunga, daun atau apa-apa yang menarik disekeliling,
atau belek buku semuka dua,
atau cuma menghirup udara segar pagi2 dan tengok langit cantik.

Tiba2 mama akan memanggil untuk bersiap.
Ada program, dia ajak pergi sekali sambil teman dia.
Memang selalu dekat2 nak pergi, baru bagitahu, makanya saya lambat siap.
Takpun, saya kena hantar adik pergi tuisyen / sekolah.

Fast forward, waktu malam pula, ada gathering family.
Kami panggil sesi 'tazkirah' walaupun sebenarnya ala-ala usrah dengan family sendiri.
Semua family, sepupu sepapat akan datang ke rumah dan bawa makanan.
Solat Maghrib jemaah, lepastu papa bagi pengisian, selalunya pasal hadith.
Sambung dengan Isya' jemaah dan sesi makan2.
Sambil makan2 akan bergelak ketawa dan berbual-bual tentang masa depan.

Sekian sahaja cerita seorang 23 tahun yang rindukan rumah
dan orang-orang penuh kasih sayang di dalamnya.

Sekarang dia perlu bersiap menyudahkan SSM yang dia sendiri kurang pasti impaknya kepada masa depan Psychiatry negara.

p/s : sila beri peluang tulis macam ni sekali sekala.
p/s : thank you Allah, for my parents. they're good parents, doctors and muslims at the same time, InsyaAllah. i always wanted to be at least as good as them.

No comments:

Post a Comment