Tuesday, June 12, 2012

hidayah

Bismillah.

Emm.. mungkin tema untuk saya minggu yang lalu, adalah hidayah.

Dari penyampaian K.Zatel semasa SAMPEL tentang hidayah,
ke aktiviti 'Santuni Mereka' menziarahi rumah mu'allaf, Makcik Hidayah,
ke program 'A Moment To Remember' menampilkan Oki Setiana Dewi & Wardina Safiyyah.

Cerita tentang hidayah memang selalu menyentuh hati.
Pada setiap satunya, saya tidak mampu menahan sebak dan air mata.
Menghargai betapa Allah telah meletakkan saya pada tempat saya yang hari ini dengan rahmat dan kasih sayangnya.
Jadi terfikir, kalaulah saya masih tidak berani melangkah keluar dari jahiliyyah itu satu hari dahulu, saya tidak tahu bagaimana keadaan saya hari ini T-T
Jadi takut, bagaimana jika Allah memilih untuk menapis saya dari terus berada dalam jalan yang amat bahagia ini kerana kefuturan saya sendiri suatu hari nanti.
Betapa Allah mampu memuliakan sesiapa sahaja dengan Islam
dan Dia mampu juga menghinakan sesiapa sahaja yang tidak memilih untuk hidup dengan Islam.

Benarlah, hidayah akan jauh lebih dihargai bila ia diperoleh dengan susah payah.
Seperti cerita Makcik Hidayah & Oki Setiana Dewi, ujian yang datang selepas turning point itu, besar sekali.

[1] Hatinya tersentuh tatkala membaca terjemahan Al-Qur'an dari surah ke surah. Hubungan dengan suaminya mula retak semasa dia mengambil keputusan menutup aurat dan mahu bersolat. Suaminya tidak sukakan perubahan tersebut lalu mengahwini isteri baru, semasa dia sedang bertarung melahirkan anak bongsu. "Salahkan makcik mahu menjadi orang yang taat kepada Allah?" Kini dia sendirian membesarkan 5 orang anak. Harapannya besar sekali mahu mereka memahami dan mempelajari Islam yang sebenar.

[2] Oki menerima panggilan telefon untuk watak lakonan yang memerlukan dia menanggalkan hijab, 2 hari selepas dia membuat keputusan untuk bertudung, yang mana di saat itu dia sebenarnya sangat sangat memerlukan duit untuk biaya ibunya yang sakit. Penolakan Oki untuk watak itu dibalas dengan komen menghiris hati dari penerbit filem. Pada Allah, dia membawa diri, mengadu & berdo'a agar Allah menguatkan dia untuk menjadi muslimah yang solehah.

Keyakinan bahawa akan ada syurga yang menanti atas setiap mujahadah itu
pasti akan membuat kita merasakan semua susah-payah itu manis.
Setiap ujian adalah tanda kasih, melunakkan hati, menjaga dari terlalai dan alpa mengingatiNya.

Belek Al-Qur'an, bertemu dengan ayat-ayat disampaikan Allah dengan penuh halim(lembut), meyakinkan hati yang gelisah.

Orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk atau berbaring,
dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata)

"Ya Tuhan kami,
tidaklah Engkau ciptakan semua ini sia-sia;
Mahasuci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka :'(

Ya Tuhan kami,
sesungguhnya orang yang Engkau masukkan ke dalam neraka,
maka sungguh Engkau telah menghinakannya
dan tidak ada seorang penolong pun bagi orang yang zalim.

Ya Tuhan kami,
sesungguhnya kami mendengar orang yang menyeru kepada iman,
'Berimanlah kalian kepada Tuhanmu',
lalu kami beriman.

Ya Tuhan kami,
ampunilah segala dosa2 kami dan hapuskanlah kesalahan2 kami,
dan matikanlah kami beserta orang2 yang mulia.

Ya Tuhan kami,
berilah kami apa yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui rasul2 Mu.
Dan janganlah dihinakan kami pada hari kiamat.
Sungguh Engkau tidak pernah memungkiri janji."

Maka, Tuhan mereka memperkenan permohonannya,
:')



"Sesungguhnya Aku tidak menyia-nyiakan amal orang yang beramal antara kamu,
baik laki-laki mahupun perempuan,
sebagian kamu adalah dari sebagian yang lain.
Maka orang yang berhijrah,
yang diusir dari kampung halamannya,
yang disakiti pada jalan Allah,
yang berperang dan terbunuh,
pasti akan Aku hapuskan kesalahan mereka,
dan pasti Aku masukkan mereka kedalam syurga-syurga,
yang mengalir dibawahnya sungai2,
sebagai pahala dari Allah, dan di sisi Allah ada sebaik-baik pahala"

{Ali-Imran : 191-195}


T-T

Turning point hidup kita berbeza-beza.
Yang pasti, masa lalu yang terpalit warna-warna dosa itu takkan pernah datang kembali,
jika kita memilih untuk meletakkan noktah yang jelas dan kukuh.

Islam itu, fitrahnya memuliakan.
Jangan hanya kerana belum kuat dan berani, meraih dan memaknakan hidayah yang mengetuk hati,
kita terhina di hadapan Allah, bahkan di mata manusia bila terbukanya aib-aib kita suatu hari nanti.
Na'uzubillah.

Kekuatan & keberanian perlu dibina.

Selamat berusaha mencari, memegang dan menjaga hidayah sekemas mungkin!

4 comments:

  1. dear kakak...mine is far from perfect.but i'm hoping to have such ability to write like yours:) tegur sy bila sy salah
    http://afrash.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. jazakillah, for the link~
      yey, bleh jugak melawat akhirnyaa!

      huhu. isk, kak nadia pun tulis biasa2 sngt.
      insyaAllah, sama2 tegur kalau salah okes :)

      Delete
  2. keep writing nadia...(positive reinforcement)
    touched

    ReplyDelete