Wednesday, March 14, 2012

rumah manis rumah


Maka tamatlah sudah sesi pembelajaran & peperiksaan akhir tahun 4 semester 2.
Lalu pulang ke Kota Bharu dengan sebuah buku, sebagai persediaan untuk kecemasan.
Sebelum pulang, sempat berkonferens riang.

[DAURAH]

Berbalas senyum.
Berbalas salam.
Berbalas peluk.

Badan masih lenguh2 akibat tak berapa lena tidur sepanjang minggu exam.
Tapi malam itu, sy tidur tersenyum, sy bangun bahagia.
Berada bersama mereka sungguh merupakan suatu kegembiraan yg sukar diungkapkan.

Hanyut.
Dalam doa kepada tuhan.
Dalam membaca kalam cinta Dia.
Dalam menyusun gerak menyebarkan cinta Dia.

Oh ya, pengisian malam itu adalah tentang Ghazwul Fikr (peperangan pemikiran),
dan teka apa (terjemahan guess what),
penyampainya adalah En.Gabbana penulis AngelWearsGucci~!
>_< Hehe. Teruja juga sebenarnya.
Kalau boleh simpan impian, mahu suatu hari nanti mendapat peluang berjumpa kakak Muharikah pula.
"Artis2" da'wah alam maya yg menginspirasikan.

Em.. cuti bermaksud buku dan dapur.

[BUKU]

Akhir2 ini saya sudah jatuh cinta dgn buku2 tulisan Salim A. Fillah.
Dari buku "Indahnya Berpacaran setelah Pernikahan"
ke buku "Jalan Cinta Para Pejuang"
sehingga buku "Dalam Dekapan Ukhuwah"
dan akan habiskan buku "Bahagianya merayakan Cinta" apabila tiba masanya.

Nampak mcm semua ttg cinta, tapi jujur, ia bukan ttg cinta yang biasa-biasa.
Akh Salim A. Fillah suka menyelitkan cerita2 yg boleh membuat semangat berkobar-kobar dan air mata mencurah-curah.
Membuat kita faham, yang Rasulullah, orang sekeliling baginda, rasul2 dan nabi2 utusan Allah sekaliannya juga adalah manusia.
Punya hati, perasaan dan jiwa. Punya kelemahan dan kekuatan. Punya masa lalu.
Namun bagaimana cinta mereka yang terlalu besar buat Allah dan syurganya,
membuat mereka benar2 memberi nilai kepada diri dan seluruh hidup mereka sebanding syurga.

Jika kita menghijrahkan cinta dari jatuh cinta menuju bangun cinta, maka cinta menjadi sebuah istana, tinggi menggapai surga.


Suka baca buku2 dia sebelum tidur, sebab nanti akan bermimpi indah.
Suka baca buku2 dia bila ter de-motivasi,
sebab nanti akan terus jadi "Eh, apa yg awk tgh buat ni. Cepat study, get working! You have a VERY big mission. Syurga!"

Semalam mama mengesyorkan baca A History of Jurusalem tulisan Karen Armstrong.
Saya mmg perlu mempolish Bahasa Inggeris saya yang sudah teroksida berkarat-karat.
Sudah lama tidak membaca buku english sebenanye lepas habis siri Harry Potter. Huhu.
Buku medic tu, kira luar context sbab tulisan straight forward.
Ok, semoga berjaya dihabiskan!

[DAPUR]

Perkembangan terbaru, semalam berjaya memasak Nasi Ayam Kabsah.
Walaupun tekstur tak berapa betul sebab terlebih sup, tapi rasa ttp mengancam (haha. apakaah)
Terima kasih kpd rempah yg dtg dari jauh, dan resepi yg mmg the best dari blog ni.
Saya suka makan Nasi Arab.
Sebenarnya sy suka makan hampir semua benda. Hehe.
Masih banyak menu on the list.
Akan cuba sedikit demi sedikit setiap hari sehingga berjaya.

Balik rumah terjumpa buku Versus atas katil.
Belek2.. baca kembali bab2 akhir.. =)
Sekian, diquote-kan;

Do'a tu wireless.
Dan coverage dia masuk satu universe.
"And here we are"
"We used to be there, though"
Terasa gerakan AO mengangguk di belakangnya.
"And now we're destined to be here, together"
"Ed'sassin and AO?"
AO menggeleng. "Minn Edina and Ashraff Omar"
"Thank God I found you"
"Thank God I found you first"
Alhamdulillah. Serentak bibir mereka bergerak perlahan.
Moga dipimpin jalan oleh-Nya hingga ke akhir hayat.
Amin.

4 comments:

  1. jihan, thanx ^-^~
    Alhamdulillah
    doakan kwn2 lain yg kena reseat jugak

    ReplyDelete
  2. nadiah...kata dah masak rempah tu jadi nasi nak poskan gambar.wuwu..sedeh je tak dpt nom nom;D

    ReplyDelete
  3. haha. nanti sy buat skali lagi cantik2 baru nak post gamba.. ari tu testing baru, tk cantik sngt, gaul2 sesuka hati =P

    ReplyDelete