Bismillah..
"Dan demikianlah Kami jadikan kamu satu umat pilihan lagi adil (umat pertengahan),
supaya kamu layak menjadi orang yg memberi keterangan (saksi) kepada umat manusia,
dan Rasulullah pula menjadi orang yg menerangkan kebenaran perbuatan kamu.."
[Al-Baqarah : 143]
Syahadah = penyaksian.
Haq = kebenaran.
Syahadah merupakan satu perjanjian hidup yg amat amat amat penting untuk kita, seorang muslim.
Kita bersaksi bahawa tiada Ilah selain Allah, dan Nabi Muhammad s.a.w itu Rasul utusan Allah.
Emm.. apa peranan saksi?
Menyampaikan kebenaran bukan?
Seorang saksi memberi persaksian, supaya kebenaran dapat ditegakkan.
Contoh 1:
Jika anda telah bersaksi bahawa cekodok betik yg dijual di gerai Kak Piah itu sedap, pastinya anda tidak akan malu2 utk promosikannya di FB, Twitter dan orang sekeliling anda. Jika Kak Piah tweets sesuatu ttg cekodok betik, anda pasti akan retweet. Anda juga akan share & like semua status FB berkaitan cekodok betik Kak Piah.
Mengapa sampai begitu? Ya, kerana anda tahu betapa sedapnya cekodok betik itu & mahukan semuaa org merasai betapa nikmatnya cekodok itu sebagaimana anda rasakan.
Contoh 2:
Anda telah terserempak dgn org minyak yg sdg membersihkan dirinya di belakang semak rumah Haji Bedin. Maka, saat itu tahulah anda bhw orag minyak yg selama ini merosakkan kehormatan gadis2 kampung anda ialah Leman, anak tauke Kicap Pekat di kampung sebelah.
Pada saat Leman ditangkap, anda ingin tampil mnjadi saksi wlwpun anda bukanlah kenal sngt dgn Leman.
Mengapa? Kerana anda tahu, jika anda tidak menyampaikan apa yg haq (kebenaran), kelak penjahat akan berleluasa & boleh jadi merosakkan adik, kakak, rakan, malah diri anda sendiri. Bayangkan kerosakan yg berlaku kpd masyarakat jika anda tidak menyampaikan kebenaran ttg Leman.
Hak Allah
Zalimnya org yg menyembunyikan identiti Leman sbg org minyak sebagaimana zalimnya org yg tidak memberitahu ttg kelazatan cekodok betik kpd org lain & melihat sahaja mrk makan cekodok kosong tanpa rasa kasihan.
Tapi siapakah yg lebih zalim drpd org yg membiarkan manusia lain hidup meraba-raba dlm kegelapan krn menyekutukan Allah?
[Majalah JOM! Edisi 1 ;)]
Makanya, dengan menyaksikan dua kalimah syahadah itu bererti kita betul2 yakin dengan kebenarannya.
Dan kita bertanggungjawab atas kebenaran itu.
Bertanggungjawab menegakkan kebenaran itu di atas muka bumi.
Short cut, dalam perkataan mudah, bertanggungjawab menyampaikan da'wah, menjadi da'ie!
'Syahadah Al-Haq' bukan sekadar mengimani kewujudan Allah, malaikatNya, kitabNya, rasulNya dan hari akhirat.
Malah tanggungjawab syahadah ini juga tidak setakat mendirikan sembahyang, puasa, zakat dan haji.
Syahadah ini hanya terlaksana apabila orang2 beriman menyampaikan kalimah haq ini ke seluruh bangsa manusia dlm bentuk amal soleh, akhlaq yg terpuji & pemerintahan yg adil.
[Syahadatul Haq (penyaksian terhadap kebenaran) oleh Syeikh Abul Al-A'la al-Maududiy]
Pasti saja, mudah untuk kita memberi alasan, saya tidak layak dan belum mampu.
Namun sedarlah, ia satu tanggungjawab, no excuse!
Dengan Islamnya kita, dengan berimannya kita,
maka dengan rasminya tergalas sudah suatu tuntutan besar atas kesaksian syahadah kita.
Menyampaikan dan menegakkan kebenaran tersebut.
Berat.
Namun sebenarnya..
Tiada yg menghalangi umat muslimin hari ini dari mengambil tempat mereka yg sebenar yg telah dikurniakan Allah kpd mereka,
selain dari (kesalahan) mereka telah meninggalkan sistem hidup Allah yg telah dipilih utk mereka.
[Dipetik dari tafsir Fi Zilalil Qur'an dalam menerangkan ayat 2:143]
Tiada yg menjadi batu penghalang sekiranya kita betul2 hidup,
bernafas dalam cara hidup Islam yang sebenar.
Living the way of life that Allah had set for us.
Rasa tak pandai, boleh belajar.
Rasa belum layak, layakkanlah diri dengan usaha penambahbaikian diri sendiri.
Rasa lemah, lawanlah musuh terbesar, nafsu dan kemahuan2 diri sendiri!
Sekian, wallahua'lam.
We can do this~
We neeed to do this!
p/s: Saya menulis untuk diri sendiri.
p/s: Terkesan dengan video2 daurah Syahadatul Haq student oversea. Sy sendiri baru faham dan terpukul dengan tuntutan yang super besar di sebalik syahadah tersebut. Masih terlalu amat sedikit effort saya menegakkan kesaksian saya.. T-T
p/s: Di rumah, terasa macam berada di comfort zone yang membahayakan. Boleh tak nak duduk suatu negeri yg aman penuh kasih sayang macam Kelantan, tapi terisi dan bebas untuk ke majlis ilmu sana sini macam kat KL.
Ada pepatah Arab, "Air yang tidak mengalir (statik), akan merosakkan air tersebut. Pemuda yang banyak masa kosong (tidak dinamik), akan dibunuh oleh masa kosong itu"
Saya perlu bergerakk~
Anyway, this video is inspiring =)
:"(
ReplyDelete