dilahir dan didewasa yatim*
agar mengerti cekal dan tabah
dijaga dan dipelihara jernih
disiapkan untuk sebuah amanah
dipilih Allah, dia
saat jahiliyyah hitam memekat
dikuatkan Allah, dia
melimpahkan cahaya tauhid
ke lorong-lorong gelap
lembut menyapa hati berfitrah
teguhnya membahu kalimah Allah**
tegarnya membayar syurga dengan nyawa***
gigih dia mengukir rabbani
tekun dia mencorak warna imani
membangun hati dan sosok jundi
pemuda-pemudi penerus legasi
agungnya 23 tahun binaan da'wah,
Islam mekar, kukuh dan tinggi,
walau terpisah jarak lebih 1400 hijrah,
harumnya masih membalut kita ke detik ini.
[Nadiah, 7 Februari 2012]
*
"Bukankah Dia mendapatimu sbg seorang yatim, lalu Dia melindungimu"
{Ad-Duha : 6}
**
"Demi Allah, wahai bapa saudaraku!
Kalau mereka meletakkan matahari di sebelah kananku
dan bulan disebelah kiriku supaya aku meninggalkan urusan ini,
dan bulan disebelah kiriku supaya aku meninggalkan urusan ini,
sekali-kali aku tidak akan meninggalkannya,
sehinggalah Allah memenangkannya atau aku binasa kerananya!"
{Rasulullah s.a.w}
***
"Sesunggunhya Allah membeli dari orang mu'min,
baik diri mahupun harta mereka,
dgn memberikan syurga untuk mereka..."
{At-Taubah : 111}
_____________________________________________________
[Saat baginda pergi..]
Abu Bakar As-Siddiq;
Beliau masuk menziarahi Rasulullah s.a.w sedang baginda kaku diselubungi selimut di atas katilnya.
Beliau lantas mengucupi baginda seraya berkata,
"Alangkah eloknya kamu ketika hidup mahupun mati.Kematian yg Allah suratkan kepadamu telah kamu rasai.Kamu tidak akan ditimpa kematian lagi selepas ini buat selama-lamanya.Wahai Rasulullah, ingatilah kami disisi Tuhanmu.."
Umar Al-Khattab;
"Lantas aku terkejut dan kebingungan sehingga aku terduduk ke bumi (saat mendengarkan Ali-Imran: 144),kerana kedua kaki ku tidak berdaya menanggungku lagi.Ketika itu aku tahu, bahawa Rasulullah s.a.w telah wafat"
"Para sahabat terkejut dgn kematian Rasulullah s.a.w hingga seolah-olah kematian tidak mungkin berlaku kpd baginda.
Padahal kematian itu penghujung setiap kehidupan.
Fenomena ini berlaku kerana mereka amat mencintai Rasulullah s.a.w.
Cinta mereka itu menyerap ke dalam darah dan urat saraf mereka"
Sirah Nabi Muhammad s.a.w,
Dr.Mustafa as-Syibaie
_____________________________________________________Salam dan selawat, buatmu Rasulullah, cinta junjungan.
Atas perih dan getirnya perjalanan hidupmu,
saat ini, kami masih dapat merasa manisnya ni'mat Iman dan Islam.
Kami umatmu yang jauh,
selalu merinduimu.
=')
______________________________________________________
Love is a verb.
Hidupkan sunnah!
No comments:
Post a Comment