Thursday, February 16, 2012

best + kereta + exam


[BEST Ar-Razi]

Badan Eksekutif Surau dan Tarbiyah, BEST.
Disinilah saya menumpahkan khidmat sebagai setiausaha surau Ar-Razi selama setahun.
Tidak tahulah mengapa, sejak zaman sekolah lagi, saya mmg selalu diberi jawatan setiausaha. Dah ada cop setiausaha kat dahi kott. Hehe.

Balik kepada tugas setiausaha, maka setiap minggu akan ada senarai kehadiran program yang perlu didokumentasikan.  Dari situ, tidak dapat tidak akan menyedari nama2 yang sama datang ke program saban minggu.

Hati akan berbunga-bunga bila melihat nama baru, selalu didoakan agar Allah menakdirkan dia untuk hadir ke program lagi di masa-masa hadapan. Moga-moga Allah menguatkan dia untuk sentiasa berusaha menjadi Muslim yang lebih baik, jauh lebih baik dari saya suatu hari nanti.
Hati akan berbunga-bunga saat melihat kehadiran tiba-tiba melebihi kebiasaan.

Pencapaian peribadi paling disukai mungkin adalah menyediakan teks MC untuk satu program. Serius rasa seronoknya dapat sediakan ucapan untuk orang lain. Nak berucap sendiri, belum mampu. Orang lain ucapkan pun bolehlah~ Hehe.

Bekerja untuk Ar-Razi Musolla adalah seperti dream-job. Ya, bekerja bersama orang berfikrah mmg menyeronokkan. Letih untuk Allah adalah suatu yang sangat memberi kepuasan, InsyaAllah, bila ikhlas. Kerja disini, kerja mengajak manusia mengingat Tuhan. Semuanya dirasa bukan sia-sia. Meeting, kerja, laporan, semuanya, moga2 Allah nilai sebagai pahala, buat merit akhirat khususnya. Ameen~

[Hyundai Getz DAR 1***]

Hari tu, tunggu lebih sejam, untuk dia ni siap mandi. Ada masalah teknikal sikit kat tempat snow wash tepi BHP tu.

“Maaf ye cik, tunggu lama. Masalah pump ni pun kami tak expect, tk boleh nak elak”

“Takpe2, lagipun mmg tak sempat nak basuh sendiri”

Selalu rasa bersalah bila mengabaikan kehenseman dia. Selalu sahaja dibiar terbiar mengumpul debu-debu dan daun-daunan berminggu-minggu.

“Siap”

Rm10 dihulur dengan senyuman.
Perasaan melihat kereta hitam cantik berkilat-kilat dan bersih luar dan dalam adalah sangat menggembirakan~

Rasa nak peluk kereta sendiri dan berkata, “i’ll promise to take care of you better after this”, lalu pergi parking kereta di tempat yang lebih jauh dari pokok supaya lambat kotor.

Setiap pusingan roda, menggerakkan saya ke taman-taman syurga sana sini, moga-moga ia menjadi saksi amal saya di akhirat sana.
Setiap perjalanan mengutip ilmu dan pengalaman, moga-moga ia menjadi saham pahala buat papa yg menghadiahkan kereta ini untuk saya!

Saya sayang DAR hitam hensem saya. 3 tahun sudah bersama-sama. Teman saya menangis sorang2, kadang-kadang. Pendengar setia saya nyanyi ikut radio masa jammed =)

[Final exam 4th year]

Orthopaedic dan Paediatric.
Tinggal lagi 2 minggu.
Sekarang masih lagi bertungkus lumus menyiapkan 2 case write up.
Exam kali ni, mmg betul2 serius! (muka serius)

Moga-moga Allah bagi kekuatan.
Moga-moga Allah mudahkan semua perancangan.
Ameen, ameen ya rabbal a'lamiin.

Berusaha!

3 comments:

  1. nadiah....
    kereta hitam awk yg sgt HENSEM & OSEM tu
    nme dia DAR 6***
    bukan DAR 1***..

    berjuang lah dgn serius bersama-sama muka yg serius utk exm ni sbb ade perkara serius yg memerlukan pemerhatian dan pemikiran yg SGT serius dri awk slps ini...=)

    ReplyDelete
  2. hehe. betul lahh.. sy tk ingat plate kereta sendiri.
    ingat nombo2 dlm plate tu, tpi tak ingat susunan =P

    terima kasih kak U~
    InsyaAllah, berusahaaa dengan serius! >_<
    awak juga!

    ReplyDelete