D,
untuk da'wah.
Suatu perkataan yang sangat asing buat saya, beberapa tahun yang lalu.
Waktu itu, duduk saya, dalam bulatan gembira yang berbilang-bilang,
cuma dengan niat untuk ditarbiyah, cuma untuk menadah sebanyak mungkin mutiara-mutiara berharga.
Fikir saya, da'wah itu cuma kerja makcik2 yang bertudung labuh,
kakak-kakak yang almost perfect dan solehah macam bidadari.
Sampai masa, saya sudah matang dan berusia dalam tarbiyah.
Sudah merasa ilmu dan basahan hati dari murabbi yang ramai.
Sedikit demi sedikit, sudah mula faham,
yang tarbiyah ini bukan untuk disimpan seorang seorang,
yang obor da'wah itu harus terus disambut dari tangan ke tangan.
Suatu hari bila begitu dalam ayat dalam surah At-Taubah menyusup ke dalam hati.
Menghiris.
"Wahai orang2 beriman!
Mengapa bila dikatakan kepadamu, "Berangkatlah di jalan Allah!"
kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu?
Apakah kamu lebih menyenangi kehidupan di dunia berbanding akhirat?
Padahal keni'matan hidup di dunia ini berbanding di akhirat hanyalah sedikit"
Mengapa masih merasa berat?
Sampai kapan pun, kita tidak akan pernah sempurna.
Namun, ni'mat kemanisan iman ini tetap harus dikongsi dan disebar,
semampu, sebatas kapasiti kita.
Sunnah teragung Rasulullah ini (baca; da'wah), harus direalisasikan dengan benar.
Supaya ramai yang dapat merasa indahnya.
Supaya di hadapan Allah kelak, kita boleh menjawab tanggungjawab,
bahawa betul, kita sudah melakukan yang sebaiknya,
mengajak manusia mengenal, mengingati dan kembali kepada Allah.
Baca: Apa Ertinya Aku Memeluk Da'wah
Baca: Aku Sang Penyeru yang Bisu
Baca: Asy-Syu'ara
Nabi Nuh (107-109),
Nabi Hud (125-127),
Nabi Saleh (143-145),
Nabi Lut (162-164)
Nabi Syu'aib (178-180),
Gigih dan ikhlas nabi ini sekaliannya,
menanamkan kagum dan takjub.
"Sungguh, aku adalah rasul kepercayaan yang diutuskan kepadamu,
maka bertaqwalah kepada Allah dan taatlah kepadaku.
Dan aku tidak meminta sesuatu imbalan kepadamu atas ajakan itu,
imbalanku hanyalah dari Tuhan seluruh alam"
Jangan pernah merasa lemah dan tidak berdaya,
kerana Allah menilai bukan dari hasil, tapi usaha kita.
Dan,
yakin dengan janji Nya,
intansurullaha, yansurkum
wa yuthabbit aqdaamakum.
[Muhammad : 7]
Pasti!
Dalam apa bentuk pun.
Wallahuallam.
p/s: tulis untuk fire diri sendiri.. zzzz!
oops.sy terbace la nadiah..walaopun sy muda lg!:D hee...
ReplyDeleteperasan muda lah tu ;P
Deletenadiah,kite suka post ni.thanks =)
ReplyDeletesama2 jihan! lame tak jumpa awak~
ReplyDelete