Sunday, January 8, 2012

now; in summary

Hmm..
Dikelilingi orang yang baik, dan memahami adalah anugerah Allah yg sangat besar buat saya.
Kebelakangan ini, jarang sudah, post saya berkenaan sabar, berkenaan maaf.
Sebab buat masa ini, saya tidak perlu lagi menasihati diri sendiri tentang itu.

Bebas dan tenang, itu perkataannya.
Sibuk yang lelah, tapi membahagiakan.

Saya tidak tahu masa depan, bagaimana ia.
Tapi sekurang-kurangnya, saya sudah yakin dengan paksinya.
Sudah nampak draft jalannya,
walau cuma dari kaca mata orang muda yang masih penuh dengan mimpi dan angan.

Allah cuma twist, satu takdir dalam hidup saya.
Tapi ia telah merubah segalanya,
merubah bagaimana saya memandang kehidupan,
mengubah bagaimana saya menjalani kehidupan.
Tiba-tiba sahaja, datang semua semangat untuk mencuba yang sebaiknya.
Tiba-tiba sahaja betul2 sedar, yang masa muda sudah terlalu hampir berlalu meninggalkan saya.

Bukan saya mahu lupakan saat kelabu dahulu,
kerana itulah yg menjadikan saya manusia.
Namun, semua ragu dan sukar itu telah berlalu,
yang mendatang mungkin susah dalam bentuk yang berbeza.

Nilaian manusia, bukan itu yang utama.
Cukup sekadar saya yakin, Allah sedang melihat dan mengira dan.. meredhai, moga2 =')
Terima kasih Allah, memimpin tgn saya sehingga sampai ke hari ini.
Terima kasih Allah, memelihara dan mendewasakan saya hingga sampai ke saat ini.

2012.
Belum ada perancangan yang pasti.
____________________________________________

"Tidak!
Barangsiapa yang menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah,
dan dia berbuat baik;
dia mendapat pahala di sisi Tuhannya,
dan tidak ada rasa takut pada mereka,
dan mereka tidak bersedih hati."

[Al-Baqarah : 112]

Janji siapa yang lebih benar dari janji Allah?
Tiada
=)
_____________________________________________

p/s: Sambutan tahun baru kali ini, banyak sangat alternatif program Islamik. Moga gelombang kesedaran Islam terus membawa bersama orang2 yang yakin dengan kebangkitannya, suatu masa nanti. Ameen.
p/s: Setiap kali habis buat program Palestin, mesti ada rasa bahagia bila penat lelah kita terasa berbaloi, Alhamdulillah.
p/s: bahagia lebih terasa bila melihat manusia2 sekeliling diberi kekuatan oleh Allah untuk serius dan tekad berubah ke arah yg lebih baik =')
p/s: Dokte2 Ortho memang coool semuanya ;)

OkBai.

Salam alayk..

No comments:

Post a Comment