Wednesday, April 13, 2011

pit stop

*entry bercerita dgn gambar*



Saya mulakan dengan cerita lepas exam tamat. Halaqah2 terakhir semasa bergelar pelajar perubatan tahun 3. Bulatan yang banyak membina saya, menjadi kekuatan saya.. sudah 3 tahun usianya. Lama. Missing from the pic, Siti, Naimah.



Tiba2 mereka buat suprise, 2 hari lebih awal ^-^.

Saya sudah 22 tahun.
Setapak lagi hampir dengan mati.

Sultan Muhammad Al Fatih membuka Constantinopel pada usianya 22 tahun.
Hassan Al Banna menubuhkan Ikhwanul Muslimin pada usianya 23 tahun.
Seusia ini, mereka sudah bergerak sejauh itu.

Muda adalah usia yang sangat2 berharga..
ketika mana tenaga, semangat, fizikal kita berada pada tahap paling maksimum.
Kerana masa adalah modal yang diberikan Allah untuk kita..
semuanya harus dimanfaatkan sebaik-baiknya pada jalan Allah.

Usia muda dan lapang yang berlalu tak mungkin boleh di ulang kembali. Tak akan.
Jelaskan matlamat hidup.
Lajulah meraih mutiara2 ilmu di setiap penjuru bumi Allah.
Mantapkan diri bersedia untuk menjadi pemimpin2 kecil keluarga yang bakal kita bina.
Mantapkan diri menjadi pewaris2 penerus legasi da'wah Rasulullah s.a.w.

Mulia kita kerana Islam.
Maka, jangan lengah lagi berubah ke arah yang lebih baik.
Time is running out.

Dan kepada semua yang mengucapkan selamat hari lahir, di FB, sms, YM, skype.. Jazakumullahu khairan kathiira.. =)



Program muhasabah diri.
Program menggabungkan 'dreams' kami.
Program melatih jiwa berkepimpinan.
Program pemangkin supaya terus bergerak!



Itu alat tulis yang bawa masuk hall exam. Ikat getah.

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah.
Inilah kali pertama saya dapat cuti panjang setelah 3 tahun jadi student medic :')

Jika saya cuma dapat berikan satu ayat, semua ini pertolongan Allah semata-mata.
Yang memberi tenang, yang memberi senang.

Special thanks to my supervisors and study group mates.
They are my biggest hands, pulling me crossing this line.
Tak lupa doa2 yang tersayang. Terima kasih dan saya sayang kalian.

Kepada yang kejayaannya ditangguhkan, kalian orang2 terpilih.
Allah lebih kasih dan sayangkan kalian.. mahu orang2 yang dipilih ini sentiasa dekat dengan Dia.

I believe you can do it!
Allah tidak akan pernah menguji hambaNya lebih dari mampu.
Maka, kalian orang hebat, kerana Allah menilai kalian lebih mampu dari kami!



Habis program baru pulang ke rumah, ke Kota Bharu. Seronok berjumpa dapur. Yang atas tu puding roti marble. Bawah ni home made wedges. Hujung minggu ni, Insya Allah lasagna.
Memasak sangat seronok. Kenapa? Kerana saya suka makan =P



Hmm.. sedang cuba2 belajar menjahit juga. Hasil hari pertama, beg letak henset. Paling2 kurang, target belajar sampai dapat jahit baju kurung sendiri pun dah takpe. Kalau pandai jahit beg cantik2, boleh jual. Eh. Haha.



Sekian sahaja,
berharap dapat menulis entry yang lebih bemanfaat dan berisi cuti2 ni.

4 comments:

  1. alhamdulillah..best dpt bercuti dengan hati yang tenang...

    ReplyDelete
  2. owh nadiah~!gambar itu nampak begitu ceria2!!hehe...suke2

    nnt boleh tempah ke casing hp??cantiK!ada bakat tu..hehe..ha..nak buat bj kurung ke?nak kt ajar buat bj kurung x?kt reti jgk jahit bj kurung dgn bj melayu..tp kena tgk balikla buku belajar..hehe..malang sekali belajar sahaja tp dkt rumah x de mesin jahit..x dpt nak buat bj kurung byk2 smasa cuti,tsk T.T'

    ReplyDelete
  3. rahman : Alhamdulillah =D

    aimi : haha, awk jadi watak utama paling banyak ekspresi.
    takdela, tak larat nk menjahit sambil belajar. haha. jual baju pun tk brape nak sempat, apetah lagi menjahit =P
    kita dh siapkan satu baju kurungg sendiri~ gembira!

    ReplyDelete
  4. pergh!mantap la nadiah!buatkan satu utk kt=D nnt bukak sem pakai baju baru buatan sendiri!

    ReplyDelete