Friday, April 22, 2011

ISK

Bismillahirrahmanirrahim..

Pertama-tama, terima kasih kepada pengirim buku ini.
Moga Allah membalas dengan pahala yang tak putus2, ameen, InsyaAllah.

Saya tidak pernah suka subjek sejarah di sekolah. Bagi saya ia boring.
Sampailah saya ke program ni.. Ini Sejarah Kita - ISK, beberapa tahun yang lalu.

Patutlah.. patutlah boring, terlalu banyak part2 yang hebat disembunyikan dari buku2 teks. Terlalu banyak kupasan dan pengajaran dari sejarah yang tidak dirungkai semasa belajar di zaman sekolah.

Bulan lepas2, ada sahabat dari jauh kirimkan buku ISK ni.
Kirim ke rumah.
Jadi tunggu waktu cuti pulang ke Kota Bharu, baru boleh baca.

Baca-baca.

Dan kagum.

Kagum bahawa kita pernah sangat hebat.
Hebat bukan kerana material, tapi iman.
Iman yang memacu jiwa-jiwa muslim berani berjihad, memerintah berlandaskan Islam sebenar sehingga kita mencapai sebaik-baik keadaan, Ustaziatul Alam.

saya petik semuka dari buku ini,

[Semasa pemerintahan khalifah Umar Al-Khattab

Umar pernah menyamar sebagai rakyat biasa untuk melihat sendiri rakyatnya. Pada suatu malam, dia terjumpa seorang kanak-kanak yang sedang menangis kelaparan. Terus dia mengambil gandum, memasakkan dan menyuapkan sendiri ke mulut kanak-kanak tersebut.

Umar juga tidak teragak-agak dalam menegakkan keadilan kepada sesiapapun walaupun orang itu adalah orang kanan kerajaannya. Dia pernah menjatuhkan hukuman ke atas anak Amru (ketika itu gabenor Mesir) yang telah memukul seorang Qibti kerana kalah dalam perlumbaan kuda.

Ketika Muadz bin Jabbal diutuskan oleh Umar Al-Khattab ke Yaman. Pada tahun pertama, Muadz mengirimkan sepertiga zakat penduduk Yaman. Maka Umar menulis surat kepadanya,
"Aku mengutuskanmu bukan untuk memungut harta benda rakyat kemudian engkau kirimkan kepadaku. Tetapi aku hanya mengirimmu untuk memungut zakat (dari orang2 kaya), kemudian engkau berikan kepada orang2 miskin di antara mereka. Maka janganlah engkau mengirimkan apapun sebelum seluruh orang miskin di negerimu itu berkecukupan"

Maka Muadz membalas surat Umar itu, "Apakah engkau mengira bahawa aku telah mengirimkan sesuatu kepadamu sebelum memenuhi keperluan orang2 fakir di seluruh negeri?"

Pada tahun yang kedua, Muadz mengirimkan separuh hasil zakat, disusuli tahun ketiga dan seterusnya dia mengirimkan seluruh hasil zakat, kerana tidak terdapat lagi orang miskin di Yaman. Islam telah membuatkan mereka berkecukupan.]


Begitulah bila pemimpin sebenar meletakkan Allah lebih dari segalanya,
tak ada yang rakyat yang tidak berkecukupan.

Buku ini menyusun kronologi2 sejarah Islam satu persatu dan membuatkan saya lebih jelas dengan time-line tokoh-tokohnya.

Ada lagi Tariq bin Ziyad yang membuka Sepanyol,
Umar Abdul Aziz yang membaikpulih era khilafah Bani Umayyah,
Salahuddin Al Ayyubi pejuang pembebas Palestin Al-Quds,
Sultan Muhammad Al-Fatih, sebaik-baik raja pembuka Constantinopel..
yang semua mereka bangkit, dari alpa dan kelalaian umat Islam,
menyalakan kembali obor-obor semangat,
dan meletak kembali mulianya Islam itu pada tempatnya.

Mereka orang-orang yang memilih Allah dan dipilih Allah.

[Sesungguhnya perencanaan Allah adalah yang terbaik. Ini merupakan proses penapisan dan pembersihan saff kaum muslimin daripada jiwa-jiwa yang kotor yang cintakan dunia, dan lupakan hari akhirat. Kerana jihad hanyalah untuk mereka yang benar-benar sanggup bertahan dan syahid di jalan Allah]


Hmm..
besar harapan saya menyeru pemuda2,
untuk menyingkap sejarah gemilang Islam ini,
buat jadi semangat kalian.

Semangat untuk menjadi pemimpin yang berilmu, faham dan tidak goyah.
Tidak gentar menegakkan yang hak,
menjadi orang2 hebat itu,
mendaulatkan Islam,
menyebarkan nur itu ke hati2 yang malap.
Kerana tidak dapat tidak, kalian memang dilahirkan untuk menjadi pemimpin.

Dan lagi besar harapan, semoga saya dan kita dapat terus menjadi sebahagian tangga2 kecil itu,
tangga menuju suatu hari di mana Islam kembali bersinar ke seluruh bumi Allah ini.

"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu cubaan seperti yang dialami orang2 terdahulu sebelum kamu.
Mareka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan digoncang dengan berbagai cubaan sehingga rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata, "Kapan kah datang pertolongan Allah?"
Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat."

Al-Baqarah : 214

3 comments: