Hehe. Tajuk nak misteri je.. kak M.
Begini kisahnya, pada suatu petang di Kolej Tun Syed Nasir di Jalan Temerloh, sy sedang berusrah, dibawa oleh Kak Ruqayyah (kalau K.Ruqayyah baca ni, RINDU!) Disebabkan Kak Ruqayyah ada hal sedikit petang tu, jadi dia passkan usrah petang tu kat Kak M, sahabat lama dia.
Kak M adelah kakak yang sangat comel, cute dan ada aura. Ada aura bermaksud sekali pandang dalam hati "Solehahnyeee kakak ni, macam bidadari syurga kat dunia.. " Macam over, tapi mmg btul pun rasa mcm tu.
Hari tu dia cerita tentang.. mmm..
Dia bawa satu analogi.
Kalau kita beli printer, macam mana kita nak tahu cara nak guna printer tu dgn betul.
Teka2.
Kita tanya orang?
Kita cuba2?
Atau..
Jawapan dia, mestilah kita baca buku manual printer tu.
Baca2 dgn tekun, pastu guna printer tu dgn selamat dan betul.
Tanya orang tak semestinya betul.
Cuba2 belum pasti dapat dan tepat.
Yang paling tahu pasal printer tersebut pastilah manufacturernya.
Dan dalam manual confirm ada step by step how to use the printer.
Tak payah pusing2, pening2 lagi.
Ok sekarang teka ni analogi ttg apa.
Hehe.. betull (bajet korang jwb je kan)
Tentang Al-Qur'an.
Allah mewujudkan kita di bumi ni bersama sebuah pakej bernama kehidupan.
Bagaimana kita nak menjalani kehidupan kita ni dengan betul sebetulnya?
Itulah dia dengan menjadikan Al-Qur'an sebagai manual panduan cara hidup.
Pastilah Allah yang lebih mengetahui fitrah hambanya,
pastilah Allah yang lebih mengetahui 'gula2' dan 'asam jawa' dalam kehidupan,
sebab dia yang mencipta dan menyusunnya.
Dan dia telah bagi guideline step-by-step dalam Al-Qur'an.
Tinggal lagi kita sebagai 'user' memanfaatkannya sebaik-baik mungkin.
Sejelas-jelas pembalasan antara neraka dan syurga, tak ada di tengah2, begitulah juga hidup.
Cuma ada dua jalan, jalan ketaqwaan dan jalan kejahatan.
Apapun kita buat cuma antara dua, yang diredhai Allah dan yang tidak diredhai Allah.
"Demi jiwa dan penyempurnaannya,
maka dia mengilhamkan kepadanya jalan kejahatan dan ketaqwaan,
sungguh, beruntunglah orang2 yang menyucikannya,
dan sungguh rugi lah orang yang mengotorinya"
Asy-Syams; 7-10
Maka, renung-renungkan apakah perbuatan kita hari ni diredhai Allah atau tidak.
Apakah perbuatan yang bakal kita lakukan lepas ni diredhai Allah atau tidak..
ingat balasan, cuma antara dua, syurga dan neraka..
dan.. dah baca Qur'an hari ni? ;)
Ok, kak M juga buat kupasan ttg hadith "innamal aa'maalu binniyat"
Dan paling tidak lupa, tafsir surah Ad-Duha.
Dia tafsirkan maksudnya.
Dia juga ceritakan bagaimana dia yang yatim sngt terasa dekat dengan Allah bila membaca surah ini.
Bagaimana surah ni memberi dia kekuatan.
Masa ni mata sy pun sudah berkaca-kaca.
Dekatnya Allah dengan kita.. memujuk kita, seolah-olah memeluk dan meredakan resah dan sedih kita.
Dan pasti, saya suka mengulang baca tafsir surah ini terutama bila2 sedang bersedih.
Hmm..
itulah kali pertama dan terakhir sy jumpa kak M. Mungkin dia pun sudah tidak ingatkan saya. Tapi apa yang disampaikan sejam cuma tu, sangat melekat di kepala saya. Dia mmg ada aura =)
Fast forward,
seminggu yang lalu, saya ternampak blog dia diupdate,
[sini]
Ini pula kisah dari sebelah suaminya.. [sini]
Maka, saya menjemput kalian2 semua membacanya.
Dan merasa apa yang saya rasa..
MasyaAllah.
Begitu sekali Allah men'jaga' orang2 yang men'jaga' Allah.
Ulang surah Asy-Syams di atas, "Beruntunglah orang2 yang menyucikannya"
Selamat membaca!
P/s : Entry sempena bila buka facebook asyik ternampak jemputan kahwin =P
hehe..a ah..nadia,zatie bile tgk kak M rase camtue.kan?waaa she is soo sweet n nampak sgt solehah.zatie doakan kite jd mcm tue jugak.satu hr nnt.amin.(^_^)
ReplyDeletehehe.. ameen, InsyaAllah. kena usaha banyak banyak banyak!
ReplyDelete