Thursday, April 12, 2012

jodoh

Bismillahirrahmanirrahim.

Ahax. Tajuk saja je kan nak bagi kontroversi~ :P

InsyaAllah,
mari sama-sama kita tadabbur surah At-Tahrim, ayat 6

"Wahai orang2 beriman!
Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka.."


Ayat yg menanamkan satu hakikat,
yg mesti difahami sebaik-baiknya oleh para pendukung Islam.

Satu unsur penting pembinaan sebuah rumahtangga muslim,
adalah figure ibu yang tinggi penghayatannya terhadap Islam, untuk mendidik anak-anak.
Jika tiada unsur tersebut, pembinaan masyarakat Islam berkualiti akan terus mengambil masa yg lama utk ditegakkan;
bangunan masyarakat Islam akan terus goyang dengan banyak titik-titik lemah.
Isteri2 muslimah yg solehah itu adalah kubu,
adalah benteng pertahanan Islam yang ampuh untuk keluarganya.

Suatu tanggungjawab, dan usaha lelaki-lelaki zaman ini juga khususnya, untuk;
berusaha menyelamatkan diri dari neraka,
seterusnya membawa bersama keluarga mereka
.
Menjadi sword, penyelamat berani dan teguh,
melawan serangan dan tekanan jahiliyah yg hebat ke atas keluarganya.

Dan suatu tanggungjawab pula kpd perempuan-perempuan untuk;
menjadi sidekick setia, pembantu suaminya di medan da'wah,
menjadi shield, benteng Islam yang kukuh dalam keluarga.
___________________________________________________________

kita teruskan lagi dengan surah At-Tahrim, ayat 10-12.

"Allah telah mengemukakan satu contoh perbandingan utk orang2 kafir
iaitu contoh isteri Nabi Nuh & Nabi Lut,
kedua-duanya berada dalam jagaan dua orang hamba dari para hamba Kami yg soleh,
lalu kedua-duanya mengkhianati(da'wah) suami mrk masing2,
dan kedua-dua suami itu tidak dapat mmberi apa-apa pertolongan kpd mrk dari azab Allah,
malah dikatakan kpd mereka;
'Masuklah kamu (ke dlm neraka) bersama mrk yg memasukinya yg lain'

Dan Allah telah mengemukakan satu contoh perbandingan utk orang2 beriman
iaitu contoh isteri Fir'aun ketika dia berdo'a;
'Wahai Tuhanku! Binakanlah untukku sebuah rumah dlm syurga,
dan selamatkanlahku dari Fir'aun & perbuatannya
dan selamatkanlahku dari kaum yg zalim'

Dan Maryam puteri 'Imran (bonda Isa a.s) yg telah memelihara kehormatannya,
lalu Kami tiupkan ke dlm rahimnya roh dari ciptaan Kami.
Dan dia telah mengakui kebenaran kalimah2 Tuhan & kitab-kitabNya,
dan dia termasuk dalam golongan orang2 yg taat"


Pengajaran besar Allah sampaikan kpd isteri2 Nabi s.a.w & kpd isteri2 muslimin sekaliannya,
bahawa kita bertanggungjawab trhdp perbuatan diri kita sendiri.
Tiada pengecualian & pertolongan special pun hatta dengan status 'isteri Nabi'.
Walaupun menjadi seorang isteri kpd orang soleh, tiada jaminan untuk ke syurga bersamanya jika tidak menjaga agama diri sendiri, malah mengkhianati kerja da'wah suami, menjadi asbab pembeban kerja2 da'wah tersebut.

Begitu juga sebaliknya.

Lihat isteri Fir'aun, Asiah.
Walau dia permaisuri sebesar-besar maharaja dunia zaman itu,
pemilik bersama istana paling mewah dengan keni'matan nya,
namun tidak secalit pun, dia terkesan olehnya.

Teguh imannya, kukuh pendiriannya,
tak terusik dan berganjak walau sedikit.
Hebat!

Dia sanggup berdiri seorang diri di tengah-tengah pengaruh jahiliyah, tekanan Fir'aun dan pengikutnya.
Di tengah-tengah tekanan ini semuanya, dia berdiri teguh, mendongak ke langit, menadah harapan dan berdo'a menghadapi gelombang jahiliyah dan kufur yg maha hebat.

Ibnu Jarir meriwayatkan dari Sulaiman,
bahawa isteri Fir'aun diseksa dgn menggunakan matahari.
Ketika Fir'aun meninggalkannya, malaikat menutupinya dgn sayap,
dan dia melihat rumahnya di dalam syurga.
[At-Tabari]


:')

Dan Maryam, yang suci, yang teguh menjaga diri dan melahirkan anak seorang diri.
Yang bulat pergantungan hatinya kpd Allah, seorang2, tanpa suami.
Ta'atnya sempurna, dan utuh pula.
Terlalu bnyk yg dpt kita belajar dari dia.

[disimpulkan dari bacaan tafsir fi Zilalil Qur'an & tafsir Ibnu Kathir]
___________________________________________________________

Bottom point;
Allah itu maha adil.
Dan maha tahu setiap yg terjadi atau bakal terjadi.
Maha baik juga dia memberikan contoh tauladan yg superb,
kuntum bunga dan senyum harapan,
supaya setiap dari kita takkan pernah merasa begitu kecewa dengan hidup dan takdir,
dan tidak pula terlalu senang dan leka dengan ni'mat.

We are the one who decide our own path,
life; is our choice.

"You might be married to the worst man on earth, like Asiah who married Pharoah, but it didn’t change her goodness or her ‘aqeedah.
You might be married to the best man on earth, like Prophet Lut’s wife, yet that doesn’t mean you’re going to Jannah with him.
You might not be married at all, like our beloved Maryam (raa) yet Allah swt places your status above all other women on earth.
Have faith in Allah always & place your full trust in Him.
He’s the central focal point of our lives."

[Heba El-Haddad]


Tentang jodoh,
cepat, lambat atau di syurga,
itu urusan Allah.

Tapi sekarang,
teguhkan percaya,
apa pun takdirnya,
menghadapinya itu adalah mampu!
:)

p/s : yang tertulis di dalam Al-Qur'an itu juga manusia, punya perasaan dan jiwa seperti kita. terlalu hebat kuatnya mereka bukan. kita?

3 comments:

  1. (-___________-) -->tarik muka

    ReplyDelete
  2. ehh.. kak zatel, kenapa tarik muka?
    *tarik pipi k.zatel, biar jadi muka senyum =P*

    ReplyDelete
  3. Penulis yang baik adalah penulis yang mengalir pahala kepadanya ketika tidur. :)

    ReplyDelete