Wednesday, August 25, 2010

of observing delivery

Melihat wanita melahirkan anak, buat pertama kali, sy jd rasa mcm nak pitam. Huhu.
Yg keseterus seterusnya br ok sbab dah biasa.

Hmm.. tadi mata dah terkebil2 tahan air mata. Amat amat amat terharu melihat seorang ibu melahirkan anak dgn susah payah.. Walaupun nurse dah warning awal2, labour room ni cuma utk org tough2. Tahan2 tp menitis juga. Pura2 selsema.

Tgn ibu dipegang erat, dibaca berulang2 "Allahumma yassir, wala tuassir" buat dia. Ya Allah, tolonglah kurangkan kesakitan dia.

Terharu melihat betapa.. betapa banyak susah payah yg dilalui ibu utk melahirkan anak.
Nak menahan contraction tu berjam2. Nak meneran anak tu sepenuh tenaga yang wujud. Sudah melahirkan, terluka + koyak sngt panjang, dijahit pula.

Terharu juga melihat masih ada suami yg disisi membisikkan doa di telinga isteri masa sedang sakit bersalin.

Terharu melihat baby yg terkelip2 mata melihat cerah dunia buat pertama kali.
Gesture2 kecil ni, terasa sangat indah.

MasyaAllah, begitu cantik sekali aturan dan ciptaan Mu.

Ingin saja rasanya memanggil dunia, lihatlah ibu ini melahirkan anak. Baru kamu tahu nilai kamu yang sebenar. Yg jika tanpa ihsanNya, jika ibu itu putus asa awal2 untuk mengerah sepenuh tenaga semasa melahirkan kamu, kamu mungkin tidak berpeluang pun melihat dunia ini.

Ingin saja dipanggil mereka2 yg berzina sesuka nafsu, lihatlah susahnya ibu ini melahirkan anak. Betul kamu mahu separuh mati melahirkan anak yg ayahnya manusia yg merosakkan hidup kamu? Betul kamu mahu memulakan hidup baby suci dan fitrah ni dari kesilapan dan dosa kamu? Adilkah buat dia dicop sepanjang hayat, anak zina?

Dari Abdullah bin Mas’ud katanya, “Aku bertanya kpd Nabi s.a.w tentang amal-amal yg paling utama dan dicintai Allah. Nabi s.a.w menjawab; Pertama shalat pada awal waktu, kedua berbakti kpd kedua orang tua, ketiga jihad di jalan Allah”
[Hadith Riwayat Bukhari & Muslim]


31:14, Kesusahan demi kesusahan. Kemudian disusukan, dijaga penuh kasih sayang pula, walau yang kita lakukan semasa kecil hanyalah menyusahkan ibu, menangis2, meminta2 T-T.

Terlalu besar pengorbanan seorang ibu.
Maka, layaknya, syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
Layaknya, redha Allah itu terletak pada redha ibubapa.







Mama.. thank you for giving birth to me.. :')
Thank you for taking care of me with patient and love.

Tulis kat sini, sbab Nadia tahu mama slalu bc blog ni juga.
I love u, very much!



gambar hiasan - ni Aisyah Hanaan, anak Syafi + Indah ^-^

Sunday, August 15, 2010

once upon a time

10 tahun yang lalu, saat ini, sy berada di satu bumi, kira2 7 jam dari tanah air.
Makkah.

Sedang duduk2 berbumbung langit, di ruang legar hadapan masjid Al-Haram menunggu waktu berbuka.
Kawasan itu sangat luas dan PUTIH.
Sedang melihat kanak2 berkerumun mengejar lelaki yang memikul sekotak laban di bahunya, mengagih-agihkannya kepada mereka.
Comel.
Sy kanak2 juga, tapi sy tak main kejar2 dgn abang tu, sbab sy x suka laban, masam.
Laban adelah susu masam. Semasa zaman sy di sana, kotaknya biru.
Halib barulah susu biasa, kotaknya hijau.

Di sebelah saya ade pasangan tua yang sweet dari Turki share dgn kami roti sedap cicah cheese dan sesuatu yg macam peanut butter.
Di hadapan saya ada family Arab yang kongsi dengan kami secawan kopi.
Tp kopinya pelik, sebab macam ada rasa rempah2.
Di sebelah sana ade pakcik yang mengagih-agihkan kurma kepada tetamu2 masjid.
Di sebelah sana sana ada disediakan nasik Arab terutama kepada jemaah lelaki.

Langit yang terbentang luas di atas, beransur merah.
Cantik.
Kemudian terdengarlah laungan azan yang sangat indah dan bersemangat.

Selang2 solat terawih pergi minum air zam-zam sejuk.
Yang ade di hampir setiap tiang masjid, minum dalam cawan plastik.
"Minum air zam-zam kena berdiri", mereka2 di sana menegur.
Pelik juga, tp sy ikutkan sahaja.

Dimana-mana, orang membaca Qur'an.
Dimana-mana, orang sedang bersedekah, mengagih-agihkan makanan.

Dalam buku umrah masa tu ada tulis, masa pertama kali melihat Kaabah didepan mata, berdoalah, kerana doa itu makbul. Tapi.. mmm, sy sudah lupa apa yg sy doakan ktika itu. Huhu. =)

Hehe. Saje tulis ni.
Sbab rindu mahu berRamadhan di sana lagi =)



Kepada bakal suami yg tak tau pun sape sebnanye, nanti kte pergi sane lagi same2 eh.
Haha.
*dush, kene flying kick from nowhere*

Saturday, August 14, 2010

19

Bismillah..

Hadith 19 dari Hadith 40

Pada riwayat selain Tirmizi, ada disebut,
"Peliharalah Allah, nescaya kamu dapati Allah dihadapanmu.
Kenallah Allah pada masa lapang, nescaya Dia mengenal kamu pada masa susah.
Dan ketahuilah! Sesungguhnya apa-apa yang ditakdirkan bukan untuk kamu, tidak akan datang kepada kamu.
Tetapi apa yang ditakdirkan untuk kamu, tidak akan tersalah ditakdirkan kepada kamu.
Dan ketahuilah! Sesungguhnya kemenangan itu adalah bersama kesabaran.
Dan sesungguhnya kelapangan itu bersama kesusahan.
Dan sesungguhnya beserta susah itu, ada kesenangan."

Inna maal usri yusra.

Believe.

Sunday, August 8, 2010

ahlan wasahlan



CAN be republish, print or upload anywhere.

Spread salam Ramadhan~

Tuesday, August 3, 2010

10


image credit to hikari

"Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu."

suke ^-^

Let's keep bergerak!

Sunday, August 1, 2010

adaptation

Hmm.. >_<

Sy yg bernama Nadiah ini sedang berlari2an utk catch up beberapa perkara :
1) Kehidupan sebagai clinical student yg menggunakan banyak bulk energy serta muscle of feet utk berjalan ke sana ke mari.
2) Kehidupan berorganisasi setelah setahun sy menjadi dormant dan bebahagia2 di Plaza Rah tanpa mempedulikan aktiviti kolej.
3) Kehidupan berusrah dimana setelah sekian lama 'menerima' dari kakak2 + makcik2 naqibah, kini tiba masanya utk belajar 'memberi' dan menyampaikan pula ilmu2 yg ada.
4) Kehidupan belajar beramai-ramai dlm study group bila selama ni belajar sendiri2.

Surgery

Tup2, dah minggu akhir posting surgery. Dah 8 minggu berlalu. Surgery sngt best! Hehe. Surgeon dan Dr. majoriti cool2. Dan majoriti juge lelaki.. -_-". Dah jmpe bermcm2 jenis pesakit. Org Islam yg minum arak, ade multiple sexual partner.. hmm.. sekarang di ward sebab complication2 Hep B. Uncle2 n auntie2 Chinese yg susah nak berkomunikasi B.Melayu (tiba2 rase nak sngt blaja bahase Mandarin). Patient yg sngt knowledgeful, faham serba serbi ttg medical2 term.

Kat ward jugak telah menyaksikan berbagai2 ragam manusia. Makcik dan pakcik tua romantik duduk bersila atas katil dlm ward.. si makcik meneman pakcik kat ward. Dalam hati, "alahai, comelnye.."
Makcik yg tak abes2 kalo bejumpe, "Hah, ni anak pakcik Daud dtg..". Muka sy same ngan muka ank sedare die..
Makcik yg kongsi tido same2 atas katil ward dgn anak yg teman die..

Satu je yang tak berapa seronok, case write up.. Selagi tak siap selagi tu rase tak tenang. Huhu.

Of a piece of heart, charcoal and candle.

Program Mabit anjuran surau yg telah berjaya membuatkan mata sy keesokan paginya bengkak macam kene sengat lebah. Menangis sampai pening kepala..

Huu.. sngt sedih. Teringat masa fasi suruh conteng kertas cantik, bersih dan suci, berbentuk hati tu dengan arang. "Wahai sahabat.. ni lah hati kita yang asalnya fitrah, bersih, terpelihara. Namun apa yg kita lakukan, kita hitamkan ia dengan dosa dgn tangan kita sendiri. Dari setitik ke segaris, akhirnya ia hitam legam. Tapi kita biasa sahaja, tak rasa apa2" Hati itu sudah hampir2 necrosis dibuat kita. Tak sanggup rasanya mahu menconteng lebih2. Hodoh. Sngt hodoh. Nanti bawak hati yg hitam legam itu menghadap Tuhan. Huhu. Tuhan akan pandangkah? Tuhan akan terimakah?

Bila direject hati itu dari kategori layak masuk syurga, maka menujulah ia ke satu-satunya lagi tempat yang ada di akhirat.. neraka.

Fasi letak lilin atas tapak tangan. Lilin kecil, tapi rasakan perlahan-lahan ia terbakar. Rasakan lilin panas itu menitik di atas tangan.. =(. Lilin sebesar itu pun terasa panas. Apatah lagi api neraka yg warnanya hitam legam.
Yang setelah habis mati kita dibakar, kita dihidupkan kembali, bersama semua saraf2 deria supaya derita panas membakar, menggelupas kulit itu kita rasakan berkali-kali.. Nauzubillah.
Ke mana lagi kita mahu lari ketika itu? Tiada tempat.

Sedih.. T-T
Demi Allah, sy tidak mampu menghadapi api neraka itu.
Tapi,
banyaknya dosa,
banyaknya dosa,
banyaknya dosa..
yang selama ni telah sy himpunkan.

"Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan seberat zarah sekalipun, nescaya dia akan melihat balasannya"
Az-Zilzal : 8


Hmm.. lain kali bila mahu berdosa, nampaknya kena amek lighter, cuba bakar tangan dulu. Kalau rase boleh tahan, baru boleh teruskan.

Satu lantunan iman yg kuat. Moga ia dapat rebounce dgn tinggi dan kekal tinggi utk satu jangka masa yang lama.
Al-iman yazid wa yanqus.. iman itu bertambah dan menurun.
Yazid bitto'ah wa yanqus bil ma'siyat.. bertambah dgn ketaatan, dan menurun dengan ma'siat.

Bila berdoa, jangan hanya memohon ditunaikan permintaan2, tapi berdoalah agar dihapuskan dosa.. diterima taubat2.

Lepas ni bolehlah kita rendam hati sekejap dalam detergen pengisian dan ilmu2..
Lalu disental sungguh2 kesan degil dosa, dengan berus taubat..

Sekian sahaja.