aku,
hamba Dia
bernafas, tersenyum,
semua atas iradat Dia
bahagia, dicinta,
setiapnya atas takdir Dia.
aku,
hamba Dia,
penuh lompong-lompong,
tidak sempurna,
berparut, terluka,
terjatuh di tepi jurang neraka.
tapi aku,
hamba Dia,
diselamat, dituntun,
dihadiahkan peluang kedua,
disuluh, digagah,
hingga terlihat cerahnya taman syurga.
aku,
hamba Dia,
bersujud, bersyukur,
atas segala kurnia,
memohon diteguh meredah dunia.
aku,
hamba Dia,
meneguk manisnya iman dirasa,
hangat, selamat,
dalam dakapan Cinta Dia.
Allah,
jangan tinggalkan,
walau sekelip mata.
:')
Nadiah,
1 Muharram 1433H
*tanda kemanisan iman dpt dirasa dlm 3 perkara.
*torfata ain - sekelip mata.
Tutup buku lama dengan memohon maghfirah dan taubat.
Buka buku baru dengan matlamat dan semangat.
Optimis.
Matahari masih mampu bersinar cerah,
setiap hari,
setiap pagi.
=)
____________________________________________________________
[on my way]
Sunday, November 27, 2011
Sunday, November 20, 2011
cinta
___________________________________
Masa saya form 5 dulu-dulu, ada kawan sy ajar doa ni..
*doa bermula dari baris 2; Allahumma inni as aluka hubbuka... sehingga baris 4; wa minal maa'il baarid*
Rasulullah s.a.w bersabda:
“Di antara doa Nabi Daud a.s ialah:
((Ya Allah, sesungguhnya aku memohon cintaMu
dan cinta orang-orang yang mencintaiMu
dan aku memohon kepadaMu perbuatan yang dapat menyampaikanku kepada cintaMu.
Ya Allah, jadikanlah cintaMu lebih kucintai daripada diriku dan keluargaku serta air dingin))
Dan bila Rasulullah s.a.w mengingati Nabi Daud a.s,
beliau mengatakan dia sebaik-baik manusia dalam beribadah kepada Allah.”
[Riwayat Tirmidzi]
Sejak dari tu, doa tu sudah 'ter'menjadi rutin doa setiap kali sujud akhir solat.
Hari ni, setelah beberapa tahun, baru saya tahu, doa ni dari hadith rupanya.
Dan ada sambungan sikit lagi kat belakang.
Dulu2 baca setakat "Allahumma inni as aluka hubbuk, wa hubba man yuhibbuk" je.
(sebab kwn sy tu ajar smpai situ je. hehe)
Hmm.. sekarang perlu hafal dan baca doa penuh =)
Kawan sy tu dah berkahwin pun baru-baru ni.
Dan jodoh dia mmg terbaikk dan mantap, Alhamdulillah ^-^
(mcm tulis testimoni doa pulak kan)
______________________________________
Tujuan sy menulis post ini sebenarnya adalah untuk mempromote program
*ni bukan poster sebenarnya. cuma cover depan booklet tentatif program utk VIP. tak pandai buat pamphlet sebab tk reti guna microsoft publisher -_-"*
Moderator:
Imam Muda Asyraf (Juara IM Musim 1)
Ahli Panel:
Ustazah Fatimah Syarha (Pensyarah, Pendakwah bebas, Penulis)
Pn Alia Suzana Asri (Pelajar Perubatan Tahun Akhir UKM)
Jemput datang semuaaa, ke program ni, esok malam~
Tulisan pertama Fatimah Syarha yg sy baca adalah cerpen Seindah Mawar Berduri.
Ceritanya mmg sngt membekas dalam hati.
____________________________________
Sekian sahaja.
Sy akhiri post ini dgn satu video, ttg doa juga..
Al-Furqan : 74 =)
Amiiin, ya Allah.
Tuesday, November 15, 2011
4 in 1
Assalamualaikum.
Disebabkan lama tak tulis, maka kali ni, panjanglah sikit ;)
[Result]
Tadi,
I : Betul tak kalau sy kata awk ni, kalau fail tak nangis. Tapi kalau lulus, nangis.
N : Haha. A'ah. Memang pun.
I : Tu lah. Sy pun macam.. kdg2 terasa nak jugak rasa fail sekali.
N : Takpe, tak payah.. InsyaAllah, lulus tu yg terbaik utk awak.
=)
Comel kan org yg tk pnah fail nak rasa fail sbab nak tahu perasaan nya macam mana.
Hari tu masa pegi tgk result, dia sudah ada depan board.
Saya sedang berjalan menuju ke board dgn begitu diam sekali.
I : Nadia, tahniah~
N : Huhu.. awk tipu..
I : Ya Allah, betullah. Nii.. *sambil tunjuk nama.*
N : Jap sy tgk nama sy kat senarai fail dulu.. *masih taknak terima hakikat*
I : Tu bukan senarai fail lah. Tu 3rd year punya. Hesh budak ni. Meh tgk nama kat sini!
N : Hmm.. *jalan teragak-agak.. pegi tgk*
Allah tu terlalu sangat baik kan.
Rasa tak layak.
Sungguh rasa tak layak.
Rasa mcm besarnya, dekatnya pertolongan Allah.
Ada dia depan mata, maka sy peluk.
Tumpah juga air mata mencurah-curah ke ladang gandum.
I : Nanti buat sujud syukur.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Lulus dalam keadaan susah payah.
Terlalu banyak yg berlaku dalam hidup saya, sem lepas.
Saya akui lemah mengendali bab2 perasaan.
Kalau ada gangguan emosi, confirm study terseret sekali.
Sudah lama dikesan, ditegur mama dalam hal ini.
"Nadia kena pandai compartmentalized emotion..
kena focus.
Or else it's going to be hard for you to be successful"
Padahal baru lulus je pun kan.
Belum lagi perlumbaan mendapat huruf2 A dalam slip result.
Ini satu permulaan. InsyaAllah.
_______________________________________________
[Paediatric]
Perasaan sudah lebih tenang sekarang.
Tambah lagi dengan kebahagiaan posting paediatric.
Berjumpa muka-muka manusia kecil belum berdosa setiap hari.
Terasa macam,
"at last, i found it.."
Something that I really fall in love with, in medicine.
Suka melihat kanak2 kecil, yang masih dalam acuan fitrah.
Innocent.
Suka tgk mereka kat NICU tidur je sepanjang hari.
Walaupun wayar berselirat seluruh badan,
apa yg mereka faham ttg penderitaan hidup?
Belum faham apa2 :')
*cuma tahu untuk tidur dgn banyak supaya cepat membesar*
Paling suka melihat senyum tawa mereka bila sudah sembuh.
Nampak jelas, kesan sembuh, kesan sihat itu, pada mereka.
^-^
Kecomelan mereka mencerahkan hidup saya.
Hmm.. saya rasa macam sudah betul2 nekad untuk menjadi Paediatrician,
InsyaAllah, biiznillah suatu hari nanti. Hehe
_______________________________________________
[Mukhayyam Khariji]
Kali ini pergi dengan kefahaman yg lebih jelas.
Tentang kedudukan, tentang tanggungjawab.
Tema kali ini, "Bainal Ams, Wal Yaum"
(antara semalam dan hari ini)
berjaya atau tidak kita pada pandangan Allah.
Yang dipilih Allah sebagai umat terbaik,
selagi mana kita saling mengajak ke arah kebaikan
dan menegah dari kemungkaran.
Bukan statik ya kawan2. Bukan hanya statik dan diam T-T
as clear as the sky,
as bright as the sun =)
Enough is enough. Sayonara to jahiliyyah.
but,
it is VERY important how we end.
Imam Hassan Al Banna - dalam risalah ila Syabab : tidak patut bersantai & berkhayal.
______________________________________________
[Hakikat susah]
Petikan tafsir Fi Zilalil Qur'an..
"Orang yg paling rugi adalah org yg mengalami penderitaan perjuangan hidup di dunia, tetapi berakhir dengan kesengsaraan yg lebih dahsyat dan pahit di Akhirat.
Orang yg paling beruntung adalah org yg berjuang dan menderita dalam perjalanan menuju Allah dgn kelayakan2 yg mnghapuskan penderitaan hidup itu, dan berakhir di Akhirat dgn kesenangan yg paling besar di bwh naungan Allah"
"Wahai insan! Engkau tidak akan menemui kerehatan di muka bumi ini buat selama-lamanya.
Kerehatan ini hanya berada di Akhirat untuk mereka yg patuh dan menyerah diri kepada Allah"
Syed Qutb.
_______________________________________________
"Sabarlah hingga tiba saatnya yang ditentukan."

- Masa depan milik Islam.
- Sirius, bintang paling dekat dgn bumi, mengambil masa 8+ tahun cahaya, untuk cahayanya sampai ke bumi.
- Dalam hidup, berjaya atau tidak, selalu dinilai dengan ukuran manusia.
berjaya atau tidak kita pada pandangan Allah.
- Izzahlah (merasa mulia), menjadi seorang Islam.
Yang dipilih Allah sebagai umat terbaik,
selagi mana kita saling mengajak ke arah kebaikan
dan menegah dari kemungkaran.
Bukan statik ya kawan2. Bukan hanya statik dan diam T-T
- Bersihkanlah diri dari maksiat, nafsu, kemahuan2..
as clear as the sky,
as bright as the sun =)
Enough is enough. Sayonara to jahiliyyah.
- Are we going to finish strong?
but,
it is VERY important how we end.
- Matlamat kita, rehat, di syurga.
Imam Hassan Al Banna - dalam risalah ila Syabab : tidak patut bersantai & berkhayal.
______________________________________________
[Hakikat susah]
"Sesungguhnya Kami jadikan manusia sentiasa dalam perjuangan yang sukar dan penat"
Al-Balad : 4
"Wahai insan! Sesungguhnya engkau bekerja dengan begitu penat menuju kpd Tuhanmu, maka (pada akhirnya) engkau pasti akan menemuiNya"
Al-Insyiqaq : 6
Petikan tafsir Fi Zilalil Qur'an..
"Orang yg paling rugi adalah org yg mengalami penderitaan perjuangan hidup di dunia, tetapi berakhir dengan kesengsaraan yg lebih dahsyat dan pahit di Akhirat.
Orang yg paling beruntung adalah org yg berjuang dan menderita dalam perjalanan menuju Allah dgn kelayakan2 yg mnghapuskan penderitaan hidup itu, dan berakhir di Akhirat dgn kesenangan yg paling besar di bwh naungan Allah"
"Wahai insan! Engkau tidak akan menemui kerehatan di muka bumi ini buat selama-lamanya.
Kerehatan ini hanya berada di Akhirat untuk mereka yg patuh dan menyerah diri kepada Allah"
Syed Qutb.
_______________________________________________
"Oleh itu sabarlah menunggu keputusan Tuhanmu dan janganlah engkau ikut org2 yg berdosa atau org2 kafir dari golongan mereka"
[Al-Insaan : 24]
"Sabarlah hingga tiba saatnya yang ditentukan."
Subscribe to:
Posts (Atom)