Thursday, October 27, 2011

di sana

Bismillah..

Hmm.. pagi2 baca ayat ni, buat mata berair pula.

"Kaum muslimin yg fakir masuk syurga lebih dahulu daripada mereka yg kaya dgn selisih setengah hari, iaitu 500 tahun"


Sahih At-Tirmizi

500 tahun penangguhan ke syurga..
lamanya penantian..
nilai sebuah kaya tk sampai 50 tahun di dunia T-T

Sungguh, sy selalu takut dgn senang, dgn kaya.
Duduk kat rumah, hari2 makan sedap.
Apa lah sngt derita sy berbanding org2 yg diuji Allah dgn ujian2 harta yg lebih hebat.

Hmm.. tulisan dlm blog angelweargucci ni juga telah menceritakan dgn pnjng lebar ttg apalah sngt nilai brand, mewah yg kita kejar-kejarkan di dunia.

Nothing.
Nothing compared to eternal bliss in jannah.

"Jika kamu meminjamkan kepada Allah dgn pinjaman yg baik, niscaya Dia melipatgandakan (balasan) untukmu dan mengampuni kamu.."

[At-Taghaabun : 17]

Moga2 kita termasuk dalam golongan yg selalu berbelanja pada jalan Allah.
Berbelanja utk Allah.
Tidak lokek, tidak merungut utk memberi demi agama Allah.
____________________________________________________

"Jika dia (orang yg mati itu) dalam golongan org yg dekat (dgn Allah),
maka dia memperoleh ketenteraman rezeki serta syurga yg penuh kenikmatan.

Dan jika dia termasuk golongan kanan,
maka, "Salam keatasmu wahai golongan kanan", (sambut malaikat)

Dan adapun jika dia termasuk golongan org yg dusta dan sesat (dari jln yg benar),
maka dia disambut dgn siraman air mendidih,
dan dibakar di dalam neraka"


[Al-Waqi'ah : 88-94]

Di pintu neraka lagi sudah disambut dgn siraman air mendidih.
Gerun.. dan takut.
Tak mampu nak menghadapi neraka itu.
____________________________________________________

Semoga Allah sentiasa lorongkan hidup kita, matlamat kita,
supaya dapat mengecap bahagia di perkampungan akhirat.

Kalau mahukan syurga, mestilah mempunyai watak-watak penghuni syurga.
Bak kata seorang teman, di dunia ini, berlakonlah untuk menjadi penghuni syurga.
Saling memberi salam, murah dgn senyuman, tiada menyimpan dendam.
=)
____________________________________________________

Sebenarnya sekarang ini, sedang membelek buku Huru Hara Hari Kiamat tulisan Ibnu Kathir.
Dalam arabnya, An-Nihayah: Fitanun wa Ahwalun Akhir Az-Zaman.

Mengingati mati dan hari akhirat itu mmg merupakan tazkirah yg paling berkesan buat diri.
Membuat hidup rasa lebih berarah tuju.

Cuti cuma berbaki 2 hari.
Moga cukup bekal semangat dan muhasabah diri untuk menghadapi hari2 sem baru nanti.

2 comments:

  1. ^-^ thanx sufii. u too, all the best in life! jaga diri, jaga iman~

    ReplyDelete