Saturday, September 17, 2011

ar-ra'du

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum.

i'm baack~
hehe.

InsyaAllah, kali ni mahu share sesuatu yg amat terkesan buat saya.

Ok, bukak Qur'an, surah Ar-Ra'du ayat 19-24

"Maka adakah
org yg mengetahui apa yg diturunkan Tuhan kpdmu adalah kebenaran,
sama dgn
org yg buta?
Hanya org yg berakal shj yg dpt mengambil pengajaran.

iaitu orang yg memenuhi janji Allah & tidak melanggar perjanjian[1],

dan orang2 yg menghubungkan apa yg diperintahkan Allah utk dihubungkan (silaturrahim)[2],

dan mereka takut kpd Tuhannya & takut kpd hisab yg buruk[3]

dan orang2 yg sabar krn mengharap keredhaan Tuhannya[4],

melaksanakan solat[5],

& menginfakkan sebahagian rezeki yg Kami berikan kpd mereka scr sembunyi @ terang-terangan[6],

serta menolak kejahatan dgn kebaikan[7],

org itulah yg mendapat tmpt kesudahan yg baik..

iaitu syurga 'Adn,
mereka masuk ke dlmnya bersama dgn org yg soleh dari nenek moyang mereka, pasangan-pasangannya, dan anak cucunya,

sedang para malaikat masuk ke tmpt mereka dr semua pintu,
(sambil mengucapkan) "Selamat sejahtera ke atas kamu kerana kesabaranmu"
Maka alangkah nikmatnya tempat kesudahan itu"


=')
_________________________________________________

Ayat2 di atas menerangkan ciri2 orang yang berakal dan akan menghuni syurga.

[1]
Janji itu adalah kalimah syahadah, perjanjian yg amat teguh.. dan bilamana kita berikrar dlm ayat 6:162,

pic credit to flickr


[3]
Tentang ini, boleh rujuk 18:103-104

Katakanlah "Apakah perlu Kami beritahukan kepadamu tentang orang yang paling rugi perbuatannya?"
Iaitu orang2 yang sia-sia perbuatannya di dunia sedangkan mereka mengira telah melakukan sebaik-baiknya.


"Mereka takut kpd hisab yg buruk".. Hmm..

Takut, takut setiap penat lelah kita selama ini cuma seperti debu berterbangan di hadapan Allah nanti.

"Dan Kami perlihatkan segala amal yg mereka kerjakan, lalu Kami jadikan amal itu bagaikan debu yg berterbangan"
25:23


Maka, kuncinya cuma satu.
Ambil pesan Prof Har satu waktu dahulu, ditulis ciqin, "Bila rasa hilang motivasi n semangat, tanya balik pada IMAN & IKHLAS.. that's the answer of everything.. back to Allah"
Ikhlaskah kita melakukan semuanya?
Ikhlas, untuk redha Allah?

[4]
Amat berkait dgn ayat 18:28
"Dan bersabarlah engkau (Muhammad) bersama org yang menyeru Tuhannya pada waktu pagi & senja, demi mengharap keredhaan-Nya,
dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka kerana mengharapkan perhiasan dunia.
Dan janganlah engkau mengikuti org yg hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti keinginannya & keadaannya sudah melewati batas."

Dalam hidup, ada suatu masa kita perlu mengambil keputusan besar, untuk memilih.
Maka, pilihlah untuk sabar demi meraih redha Allah.
Pilih untuk terus sabar bersama org2 yg sabar.

Ucapan salam malaikat di syurga nanti,
"Selamat sejahtera ke atas kamu kerana kesabaranmu"

Sebegitu signifikan sabar itu.
Boleh menjadi sebab untuk dimasukkan ke syurga, InsyaAllah.
_______________________________________________

Bila sebut syurga, selalu rasa sebak.
Layakkah saya?

Dapatkah sy memasukinya bersama org2 yg sy cintai; ibubapa, suami, anak-anak..
Saat itu, jika terjadi, pasti amat indah kan.. T-T

Bila sebut syurga juga, teringat.
Semasa dalam posting psychiatry, ada seorang pesakit schizophrenia di wad yg bagi sy sngt istimewa.
Muda, umur 20+.
Istimewa sbab latar belakang sekolahnya yg adik-beradik dgn sekolah saya.
Lagi, pernah masuk sekolah tahfiz dahulu.
Artistic, student graphic design.
Time asar, dia baca maathurat kuat2.
Lepastu siap ajak pesakit lain solat jemaah.
Qur'annya, qur'an tafsir.
Bila clerk pun, ceritanya berkisar ttg umi, abi dan adik beradik dia.
Bagi sy, dia bukan org biasa2.

Hmm.. tapi dia schizophrenia.
Sy terfikir kalaulah dia tak sakit, mungkin dia boleh jadi aset yg amat berharga utk agama..
Tapi kesian, Allah takdirkan dia jadi schizophrenia, hilang diri sendiri.

Sy ckp mcmtu kat hosmet sy.
Dan dia jawab "Kita kesian pun, tapi Allah dah janjikan dia syurga"




Dush.


Tiba2 rasa air mata bergenang.
Allah dah jamin dia syurga kalau dia meninggal semasa sedang gila.

Sedangkan saya?
Masih banyak ujian yg Allah bentangkan di hadapan.
Jalan masih panjang........

Dan ada perasaan yg mcm "Eh.. sy clerk ahli syurga ke tadi"
=)
_________________________________________________

Tahun 4, tahun tanggungjawab.
Banyak dan berat.

Saya masih dalam adaptasi memikul tanggungjawab2 yg sudah pasti akan ditanya Allah di akhirat nanti.

Dan dalam adaptasi ini, sy memohon berjuta-juta kemaafan kepada manusia2 yg telah tidak dapat sy tunaikan hak mereka dgn baik.

Sy cuma memohon agar Allah memudahkan saya mengurus masa.
Dan dikelilingi orang2 yg supportive.
Dan sy kuat.

Maaf, maaf dan maaf.
Dan moga kita semua berjaya.

p/s: Ingatkan saya, bila lupa apa-apa.

p/s: "Akhirnya, bersangka baiklah & bertawakkal kpd Allah, nescaya the outcome adalah lebih baik drpd apa yg kita jangka"

4 comments:

  1. insyaAllah kita doa dan ingatkan sama2.

    p/s patient yg awak clerk tue sgt special.=)

    ReplyDelete
  2. what a nice entry dik...
    thats what i used to think juga bila tengok ptn psy
    istimewanya mereka
    diizinkan escape dari realiti, yet dikurniakan syurga ^^

    ReplyDelete
  3. zatie : tenkiu zati. doa sama2 =)

    akak puding karamel : yup2, istimewa kdg2 rasa jeles pun ada. tp nikmat waras tu sesuatu yg sngt berharga, InsyaAllah.
    i love reading your blog.. cerita2 dokte, cerita2 DnT.. keep writing things that benefit people around =)

    ReplyDelete
  4. i somehow cry when i read dis entry..it was so sweet n touched...

    ReplyDelete