Wednesday, July 13, 2011

perpaduan asas kejayaan

Pendidikan Islam Tingkatan 4 : Bab 9
(sape boleh balik rumah, rujuk buku teks, 6 tahun yg lalu =P)

عن أبي هريرة رصي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لا تحاسدوا ولا تناجشو ولاتباغضوا ولاتدابروا ولا بيع بعضكم على بيع بعض وكونوا عباد الله اخوانا. المسلم أخوا المسلم لا يظلمه ولا يخذله ولا يكذبه ولا يحقره التقوى ههنا ويشير الى صدره ثلاث مرات بحسب امرىء من الشر أن يحقر أخاه المسلم. كل المسلم على المسلم حرام دمه وماله وعرضه – رواه مسلم

Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah ra, ia berkata,
Rasulullah SAW telah bersabda:

Janganlah kamu dengki mendengki, jangan tipu menipu, jangan benci membenci, jangan berpaling muka dan jangan berjual beli di atas jualan orang lain.

Dan jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara.
Orang Islam dengan orang Islam adalah bersaudara.

Mereka tidak boleh menzalimi, tidak boleh membiarkan dalam kehinaan, tidak boleh membohongi dan menghinanya sesama Islam.

Takwa itu di sini, sambil ia menunjuk ke dadanya tiga kali, cukuplah kejahatan seseorang itu ia menghina saudaranya yang Islam.


Setiap orang Islam ke atas orang Islam yang lain haram darah, harta dan kehormatannya.

Riwayat Muslim.

*masa ustaz sebut hadith yg agak similar dlm kuliah maghrib tadi, tiba2 rasa "macam pernah belajar". Google2, jumpe pun*
____________________________________________________________

Hmm.. mengenai isu Bersih, jujurnya 3, 4 hari kebelakangan ni, ianya banyak mengganggu emosi saya.

Betul,
ianya perlu dilihat dari dua2 sudut, dua2 pihak..

Tidak dapat tidak, asasnya adalah kefahaman.

Kawan2 yang dikasihi,
berbeza pendapat pun kita,
benci mana pun kita pada siapa2,
ingatlah, kita memakai pakaian yang sama,
Islam.

Berlapang dadalah.
Sekurang-kurangnya, berlapang dadalah.

Sama2 jaga perkataan yang ditulis dan kata-kata yg diucapkan.

Allah watch, Allah understand and Allah is fair.
_____________________________________________________________

Last word,

1) Sabda Rasululah s.a.w. yang bermaksud;
"Sesiapa di kalangan kamu melihat perkara mungkar maka hendaklah dia mengubah dengan tangannya, sekiranya tidak mampu maka dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu lagi maka dengan hatinya dan dengan yang demikian itu (dengan hati itu) adalah sedaif-daif iman."
Riwayat Muslim

Yang mungkar, yang zalim itu, tetap perlu ditegah.

2)
"Antara prinsip perubahan yang diketengahkan oleh Ikhwan Muslimin ialah “As-Solah Qobla Al-Islah”, iaitu mengubah diri sebelum mengubah masyarakat. Mereka yang mampu mengubah dirinya, maka ia mampu melakukan Islah iaitu mengubah masyarakat di sekelilingnya."

Quote : Naib Mursyid Am Ikhwan Muslimin, Syeikh Jum’ah Amin

2 comments:

  1. berlapang dada :)

    p.s: yup. n

    ReplyDelete
  2. najwae likes this post :)

    menegur secara berhikmah,everyone should practice this way!

    ReplyDelete