Sunday, July 24, 2011

drama

Scene 1

Ibu, ayah dan anak jalan2 masuk kedai buku.
Tiba2, ibu angkat satu buku tunjuk kat anak.
Anak ketawa.
Lepastu buat2 tak tahu.
Bila nak bayar buku, anak amik buku tu cepat2 bayar sekali.
Ibu senyum2.

Buku apa?

Bercinta kerana Allah.

_________________________________________________________

Al-Mu'min : 60


Terharu.
Cepatnya Allah kabulkan doa.
Penyayangnya Allah.
Pemurahnya Allah.

Sunday, July 17, 2011

pink


"Ya Allah, whatever is the best for me, ease & guide the way..."

[flowers at Floria 2011]

Salam nisfu Syaaban, Ramadhan is coming~

Wednesday, July 13, 2011

perpaduan asas kejayaan

Pendidikan Islam Tingkatan 4 : Bab 9
(sape boleh balik rumah, rujuk buku teks, 6 tahun yg lalu =P)

عن أبي هريرة رصي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لا تحاسدوا ولا تناجشو ولاتباغضوا ولاتدابروا ولا بيع بعضكم على بيع بعض وكونوا عباد الله اخوانا. المسلم أخوا المسلم لا يظلمه ولا يخذله ولا يكذبه ولا يحقره التقوى ههنا ويشير الى صدره ثلاث مرات بحسب امرىء من الشر أن يحقر أخاه المسلم. كل المسلم على المسلم حرام دمه وماله وعرضه – رواه مسلم

Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah ra, ia berkata,
Rasulullah SAW telah bersabda:

Janganlah kamu dengki mendengki, jangan tipu menipu, jangan benci membenci, jangan berpaling muka dan jangan berjual beli di atas jualan orang lain.

Dan jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara.
Orang Islam dengan orang Islam adalah bersaudara.

Mereka tidak boleh menzalimi, tidak boleh membiarkan dalam kehinaan, tidak boleh membohongi dan menghinanya sesama Islam.

Takwa itu di sini, sambil ia menunjuk ke dadanya tiga kali, cukuplah kejahatan seseorang itu ia menghina saudaranya yang Islam.


Setiap orang Islam ke atas orang Islam yang lain haram darah, harta dan kehormatannya.

Riwayat Muslim.

*masa ustaz sebut hadith yg agak similar dlm kuliah maghrib tadi, tiba2 rasa "macam pernah belajar". Google2, jumpe pun*
____________________________________________________________

Hmm.. mengenai isu Bersih, jujurnya 3, 4 hari kebelakangan ni, ianya banyak mengganggu emosi saya.

Betul,
ianya perlu dilihat dari dua2 sudut, dua2 pihak..

Tidak dapat tidak, asasnya adalah kefahaman.

Kawan2 yang dikasihi,
berbeza pendapat pun kita,
benci mana pun kita pada siapa2,
ingatlah, kita memakai pakaian yang sama,
Islam.

Berlapang dadalah.
Sekurang-kurangnya, berlapang dadalah.

Sama2 jaga perkataan yang ditulis dan kata-kata yg diucapkan.

Allah watch, Allah understand and Allah is fair.
_____________________________________________________________

Last word,

1) Sabda Rasululah s.a.w. yang bermaksud;
"Sesiapa di kalangan kamu melihat perkara mungkar maka hendaklah dia mengubah dengan tangannya, sekiranya tidak mampu maka dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu lagi maka dengan hatinya dan dengan yang demikian itu (dengan hati itu) adalah sedaif-daif iman."
Riwayat Muslim

Yang mungkar, yang zalim itu, tetap perlu ditegah.

2)
"Antara prinsip perubahan yang diketengahkan oleh Ikhwan Muslimin ialah “As-Solah Qobla Al-Islah”, iaitu mengubah diri sebelum mengubah masyarakat. Mereka yang mampu mengubah dirinya, maka ia mampu melakukan Islah iaitu mengubah masyarakat di sekelilingnya."

Quote : Naib Mursyid Am Ikhwan Muslimin, Syeikh Jum’ah Amin

Tuesday, July 12, 2011

knock2

mode : *dgr lagu tombo hati - opick*

Penat kan bila kena seret sejarah hidup kita yg dulu ke mana2 kita pergi.
Bwk ke mana2 dosa2 bnyk masa lalu yg menggunung dan berat sampai ke hari ini.

Kita cuba tinggal pun, satu hari dia ketuk pintu "sy sejarah kamu. kamu tidak boleh tinggalkan sy kerana sy lah yg menjadikan siapa kamu pd hari ini"

Sebenarnya, sepahit mana pun ia,
dialah guru tak bergaji yg paling banyak berjasa,
membuat kita belajar, kita faham dan kita kuat.

Kesimpulannya, mulai hari ini, sila berusaha mencipta sejarah2 yang manis2 sahaja =)

Hehe. Ok. Dah siap luah perasaan.

Hmm.. dah lama tak update blog.
Petanda baik lah kalau kira, sebab sy akan lebih kerap update bila sedang sedih @ ada perasaan yg susah nak diterangkan. Maka kesimpulannya, sebulan ni,
1) saya bahagia
2) saya ada banyak kerja tak siap lagi - jadi terasa bersalah bila kerja tak siap, entry blog boleh buat lagi. uhuk2.
_____________________________________________________________

Obat hati, ada 5 perkaranya.

yang pertama,
baca Qur'an dan maknanya

yang kedua,
solat malam dirikanlah

yang ketiga,
berkumpullah dengan orang soleh

yang keempat,
perbanyakkan berpuasa

yang kelima,
zikir malam perpanjanglah

moga2 Allah taala mencukupi.

Selamat merawat hati.