Friday, June 10, 2011

psychiatry

5 hari lepas, mak ayah hantar airport.

Salam.
Peluk.
Masa lambai2 sebelum nak masuk ruang menunggu tu, mereka membalas bye2 dan senyum serentak..
dan dua2 mata mereka jadi sebaris, sepet.

Nampak mcm muka mereka similar..
dan comel.

Saya jadi tersenyum melihat kecomelan mereka.
Org kata kalau ada jodoh, muka ada iras2 kan.

"Nanti jumpa lagi mama papa, masa raya, Insya Allah."
_____________________________________________________________

Sekarang dah masuk tahun 4.
Posting first, psychiatry.

Dah 2 hari klinik. Smalam klinik remaja + kanak2. Hari ni dewasa.

Baru 2 hari, tapi dua2 hari ni susah sngt duk melawan perasaan nk berair mata.
Majoriti yang masuk ke klinik psikiatri meluahkan masalah2 yang banyak dan besar.

Banyaknya berkaitan dengan org yg paling rapat dan paling mereka sayang.
Keluarga berpecah belah.
Father and mother do not function well lead to dysfunctional children and so on.
I imagine myself in their shoes.

The word is = lost.

Losing something VERY important in life.
Losing grip of how to cope and losing control of how to feel.
Losing the value of you being alive.

Cuma kesimpulan yang mungkin dapat saya buat:
1) It is VERY important not to be tooo drowned in emotions.
When it suffocates you, try wearing a different goggle.
From that critical moment, please try hard to see everything from a different point of view.
2) It is VERY important to be a good, faithful person.
Intergrity. Atau bak kata Prof Har, Ihsan.
Kadang2 sy tertanya, susah sngt ke nak setia? (emo2 =P)
3) Do not compare, do not have too much of that idealistic thinking of 'sepatutnya' or 'what if'.
Be grateful, appreciate, and you'll gain more.
Allah promised that.
La in syakartum, La aziidannakum,
"Jika kamu bersyukur, pasti Aku tambahkan ni'mat untuk kamu"

Ibrahim: ayat 7

Let go. Semua pun pinjaman.
Mak, ayah, suami, anak, suatu hari, mereka akan pergi juga.
*huhu.. berat nak tulis yang ni*


Ikat layang2 yg kita terbangkan ke satu paksi.
Jadi terbang ke mana pun dan kalau2 jatuh, ada paksi dimana tali itu boleh ditarik balik ke tempat asal.
Dan layang2 boleh diterbangkan semula lepas diperbaiki mana2 yg 'cedera'.

Layang-layang itu hati.
Dan paksi itu Allah.

Bagi kita, apa apa pun, ia kembali kepada perkara paling basic dalam faith, rukun iman, "Percaya Qadha' dan Qadar".
Support group, Alhamdulillah, kita ada usrah.
Motivational readings, Alhamdulillah, kita ada Al-Qur'an.

Tinggal lagi,
nak buang ignorance for His calling tu jauh2,
campak ignorance masuk laut.
___________________________________________________________

Akhir kata,
a lot of pain in life can be healed by "i'm sorry" and forgiving.

"Iaitu orang yang berinfak, baik di waktu lapang maupun sempit,
dan orang2 yang menahan amarahnya
dan memaafkan kesalahan orang lain.
Dan Allah mencintai orang2 yang berbuat kebaikan.

Dan juga orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri,
segera dia mengingati Allah,
lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya,
dan siapa lagi dapat mengampuni dosa-dosa selain Allah?
Dan mereka tidak meneruskan dosa itu sedang mereka mengetahui.

Balasan bagi mereka ialah ampunan dari Tuhan
dan syurga2 yang mengalir dibawahnya sungai-sungai,
mereka kekal di dalamnya.
Dan itulah sebaik-baik pahala bagi orang2 yang beramal."


Ali Imran: ayat 134-136

"Sesungguhnya kesalahan hanya ada pada orang-orang yang berbuat zalim kepada manusia dan melampaui batas di bumi tanpa mengindahkan kebenaran. Mereka itu mendapat seksaan yg pedih.

Tetapi barangsiapa bersabar dan memaafkan, sungguh yang demikian itu termasuk perbuatan yang mulia."

Asy-Syura: ayat 42-43

Antara quote Dr:

"we can't change what happen or how other person treat us, but, we can change ourselves instead"


__________________________________________________

Sekian saja.
Sebenarnya, seperti biasa, tulis utk nasihat diri sendiri.
Kalau ada perasaan kurang baik, kena tulis2 macam ni, baru rasa mcm "sy dh tulis, jadi sy kena buat".
Sebab As Saff: ayat 2-3.

Ok.
Sekarang boleh tidur.
ZzZz.
=), PEACE!

4 comments: