Sunday, June 28, 2009

update


Right at this moment all i can say is Alhamdulillah and Alhamdulillah and Alhamdulillah.
There's no other word to describe it.
I'm so grateful being chosen by Allah to live a very colourful life.
Dark, light, pastel, bright. They all blend together.
Past will always be a lesson, for me, sincerely by Allah.
No matter how i love or hate parts of my pasts, they will never come back.
Sure enough, Allah had already made a path of my life ahead.
The only thing left is for me to walk in, strongly, bravely, with faith!



Sebenarnye broadband hilang. Huhu. Maka agak susah hendak beronline. Bulan Jun ni smpat 2 kali je update blog. Ni pun pinjam bband Tira.

Syukurillah sngt3, dpt naek tahun 2. Uhux. Baru tahun 2. 4 more years to go. Perjalanan masih jauh dan semestinya takkan makin mudah.

Tringat masa exam, melihat muka2 tenang org yg kena reseat lagi bnyk dr sy membuatkan sy tfikir apela sngt sy ni. Mereka yang Allah uji lagi berat, masih tak berputus asa, terus berusaha, senyum, cool2 aje.

Semoga Allah tetap meniupkan kekuatan kpd mereka2 yg ditakdirkan tak dpt naek tahun. Semangat kalian, inspirasi sy. Hidup ni, berusaha sampai mati! Terus terus terus! Never give up!

Kolej Baru.

2nd year pindah kolej baru. Plaza Rah namenye. Nak kate sbab merit rendah.. hmm.. tak jugak kot. Org yg dpt merit lagi rendah ramai je dpt kolej dalam. Dah takdir dapat gak kolej ni. Asyik duk ckp nak duk sini sejak sem 1 first year, maka, haha.. malaikat pun ameen lah. Sape suruh. Kata2 kan doa.

Tapi, x menyesal pun~ Plaza Rah sngt best! Bukak tingkap nampak pmandangan satu KL trutama KLCC yang cantex di mlm hari. Selepas dibersih2, rumah sngt luas dan cerah. Duk tingkat 19 lak, semestinya xde nyamuk nak masuk, cuma aircond smulajadi je malam2. Heheh.

view from my balcony..

Makanan lak banyak choice sbab bnyk restoran2 dkat2. Sedap2 plak tuh. Mmg x rindu mknn kafe K1. Haha. =P

Driving di KL.

Haha. Sy rase.. sy rasela.. org2 di KL memandu dgn lebih berhemah berbanding org2 Kelantan, trutama bab2 kasi lane. Kat Kelantan kbanyakannye cam 'debe' sket, susah nak masuk2 lane nih. Cuma, ye lah, org2 KL asyik nak cpat, cpat dan cpat. Kebanyakan pakcik2 pemandu di Kelantan sngt 'cool' memandu 30km/jam. Maka, bnyk bnda jugak lah perlu di adapt.

Apepun, nisbah sy sesat dan sampai ke destinasi tanpa sesat adelah sama. Tah ke mana2 je bwk kete. Sampai semua jalan pun rasa mcm prnah lalu. Siti dah 2 kali jd mangsa teman sy sesat di Kuala Lumpur, (bc ngan nada lagu Ramli Sarip), sampai berjam2~ Ye lah, sy org Kelantan, dye org Kedah. Kelantan + Kedah = bukan Kuala Lumpur. Heee

Gossip.

Ade angin2 bertiup tidak kencang berkata, skulmate sy dulu dah nak kawen x lame lagi. Wah.. kawen? Haha. Senyap2 je. Takpe2, kte tunggu dye ngaku..

Tu je la kot utk mase ni.

Slamat teruuuuuss utk sy.
Slamat berjuang utk dia.
Slamat bahagia utk mereka.
Smoge slamatlah semuanya =)

Friday, June 12, 2009

terlalu hampir

edited - this is actually the original version

malam, gelap, dingin.
moga mata dapat menyusur
kelip2 cahaya
nun di hujung sana

aku letih dengan letih..
aku takut dengan takut..
aku keliru, adakah ini..
adakah begini..

bila usia dimamah waktu
masihkah rindu tetap berlagu?

bila rajuk meracun amarah
masihkah cinta membunga sabar?

kadang2..
cuma mahu sembunyi..
menutup tingkap hati..

senyum tipu.
bila yang baik
semua bertempiaran darimu
kerana kamu hanya berdiri

seolah masih belum apa2
sedang mimpi dihias ngeri
sedang hati perlahan mati
tak usahlah berpura-pura lagi..

sampai bila mahu menjala mimpi
tidak sedarkah sampan tidak dapat bertahan lagi
dan laut kan menjemput karam sebentar nanti?

nadiah..
apa yang terjadi?


Sy sedang menulis sajak di atas..
bila tiba2.. sy prasan blog2 yg di update bwh #amanianz

Seorang senior sy di SRI Aman telah pulang menjemput panggilan Ilahi dalam satu kemalangan jalan raya di Mesir..
Saudara Mohammad Ammar bin Zulkifli.
Terkedu.

Umurnya cuma tua stahun dari sy.
Smangatnya, perjuangannya, sepanjang 21 tahun Allah tetapkan buatnya,
terlalu besar berbanding dengan 20 tahun Allah telah beri kepada sy.

Terasa begitu dekat, teramat dekat, bicara Allah.
Di sini, sy baru sahaja berasa seperti terlalu sedih dgn HIDUP.
Sehingga lupa MATI itu terlalu dekat dan sy sebenarnya tiada masa langsung untuk bersedih dengan HIDUP.

Sy selalu merancang itu ini.
Sedangkan merancang mati?

Pesanan ringkas dari ibu Ammar:

Assalammualaikum semua anak-anak, Ini Ummu Ammar makcik mengharapkan anak-anak yg berada sekitar ini marilah kita semarakkan semangat jihad datanglah beramai-ramai semasa pengkebumian dia pagi ahad ini. Kita ambil semangat dia dan kita semua berubah kepada keredhaan Allah. maaf kesalahan dia dan kalau dia berhutang apa-apa saja sila bagitau makcik.”


Moga syurga menjadi kediaman abadinya..

Sy tidak dapat menahan air mata.
Hari ini Allah menjemput dia.
Andai sy mati esok, sy tidak tahu tempat sy di mana.

Terlalu bnyk dosa yang dipikul oleh hati yang hampir mati ini.
Terlalu bnyk sehingga sy tidak rasa sy layak untuk terus menghirup oksigen Allah dan bernafas.
Sy tidak layak.

Ya Allah, beri aku kesempatan, ruang dan kekuatan..
jari ini tidak perlu kisah luka berdarah..
mengutip sisa2 kaca yang sendiri aku pecahkan..
aku mahu pulang dan tenang dalam cintaMU..



"Wahai tuhan, selamatkan kami ini.."

Demi Allah, mati itu terlalu hampir.