Sunday, October 18, 2009

heart failure


Let's learn cardiovascular. Hehe.

Generally heart functions as oxygen and nutrient supplier to all metabolizing cells in the body.

Defination of heart failure : inability of heart to supply adequate blood flow and oxygen delivery to metabolizing tissue.

Signs and symptoms of heart failure:
1.dypsnoea -shortness of breath (lung)
2.persistent cough with frothy pink sputum (lung)
3.peripheral oedema and ascites (blood & lymph)
4.confusion, impaired memory (brain)
5.increased urination (kidney)
6.renal azotemia (kidney)

*source: lecture notes.. hehe

These are among fews. Simply said, heart failure's complications are systemic. Nearly all organs are affected.

Sebelum tu, emm.. kalo 'heart attack' dalam bahasa melayunya mesti kita terjemahkan sebagai 'serangan jantung'.
Tp kenapa kalau dalam ayat mcm 'in my heart there's always you' diterjemahkan sbg 'dalam hati sy sentiasa ada kamu'. Knape bukan 'dalam jantung sy sentiasa ada kamu'. Hue3. Pelik jer. Konfiuss~
Jd disini sy menegaskan ingin mengikut mazhab pertama yang heart itu adalah maksudnya jantung. Liver barulah hati. kan3.

Ada satu hadis.
Sabda Rasulullah saw: "Bahawasanya di dalam jasad anak Adam ada seketul daging. Apabila baik daging itu, baiklah seluruh anggotanya. Sebaliknya, jika jahat daging itu, jahatlah seluruh anggotanya. Ketahuilah daging itu ialah hati." Riwayat Al-Bukhari.


Kalau Englishnya pula,
The Prophet said: "Verily, there is in the body a small piece of flesh; if it is good the whole body is good and if it is corrupted the whole body is corrupted; it is the heart."


Heart, jantung, liver, hati? Haa.. yg mane satu tu. Hehe.

Hmm.. sebenarnya, ape yg sy nk ckp.. emm.. jikalah diibaratkan, heart itu jantung, dan jantung itu fungsinya membekalkan oksigen iman dan nutrien takwa ke seluruh anggota badan.

Jika kurang bekalan iman ke mata, maka mata itu akan LEBIH digunakan untuk melihat video2 klip yang lagha, membazirkan air mata kepada bukan tempatnya, berbanding menangisi dosa2 yang semakin hari semakin membukit.

Jika kurang bekalan iman ke tangan, maka tangan itu akan LEBIH digunakan untuk menaip perbualan2 chatting, komen dan sms yg leka, berbanding menulis peringatan2 tentang tuhan.

Jika kurang bekalan iman ke akal, maka akal itu akan LEBIH digunakan untuk memikirkan cara membahagiakan hidup sendiri, mengumpul harta di dunia berbanding mengingati mati dan mengumpul harta akhirat.

Jika kurang bekalan iman ke... hmmm... banyaaak lagi boleh tambah..

"Dan sungguh, akan Kami isi neraka jahannam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati, tetapi tidak digunakannya untuk memahami ayat2 Allah, dan mereka memiliki mata tetapi tidak dipergunaknnya untuk melihat tanda2 kekuasaan Allah, dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak dipergunakannya untuk mendengar ayat2 Allah. Mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka ialah orang2 yang lengah"
Al-Aa'raf: ayat 7


Semuanya bermula dari heart. Heart itu perlu mempunyai kekuatan pam yang cukup untuk membekalkan oksigen iman dan nutrient takwa ke seluruh badan.

Apa kekuatan heart itu?
Tentulah ilmu dan peringatan.
Exercise & rechargekan heart selalu dgn mengikuti usrah, duduk di majlis ilmu, mendengar tazkirah, bersahabat dengan kawan yg boleh selalu mengingatkan kita kpd Allah, membaca tafsir Al-Qur'an, buku dan artikel2 yg boleh membuat kita rasa insaf dan ingat kita ini hanyalah berpangkat hamba.

Heart yg tidak direcharge akan berpenyakit. Bila dibiarkarkan lama2, mungkin boleh membawa kepada heart failure pula. Heart will become less and less functional, dan kita tidak dapat merasa apa2 lg. Takde rasa benci bila melihat maksiat. Tidak berasa apa2 walaupun sebenarnye kat sebelah je. Juga tidak akan rasa bersalah atau berdosa bila diri sendiri membuat laranganNya. Mata hati sudah buta dari membezakan yg mana betul dan yg mana salah.

Venous blood will start be damming backward and peripheral parts of body become edematous. Di permukaan kulit, mulalah berkumpul dan terzahir akhlak2 mazmumah, malas membuat ibadat sunat, cepat bersangka buruk dan berdendam, selalu tidak bersyukur dan berpuas hati dgn rezeki, mudah berputus asa dgn hidup, suka memberi bnyk alasan utk ke program2 keagamaan, senang berkata ya kepada aktiviti2 melaghakan.

Jika heart diascultate, adekah terbunyi 'lub' dan 'dub' itu? 'Zikir kpd Allah' dan 'Selawat kpd Rasulullah'. Atau mungkinkah terdgr murmur, nama seorang manusia yg tak spatutnya dicintai lebih dari kedua yg diatas td @ artis yg dipuja @ apa2 saja.

Hmm.. jadinya,
Sihat walafiatkah heart kita skarang ini?
Brapa heart ratenya?
Brapa blood pressurenya?

Letak stethoscope lak kat dada.
Dual rythm, no murmur?

Or is it already necrotising, but we can't feel it?

Sekian, wallahuallam.

"Patutkah kamu menyuruh orang laen berbuat kebaikan dan kamu lupakan diri sendiri, sedangkan kamu membaca kitab, apakah kamu tidak berfikir."
Al-Baqarah : 44


Ayat ni selalu menakutkan sy. Semua yg sy tulis adalah nasihat utk diri sendiri juga. Hmm.. sy pun sngt memerlukan prtlgn dr. utk merawat penyakit heart sy.

Akhir kata,
Heart tarbiyah is a lifelong effort. The path may be difficult, but the destination is certain.. =)
Ganbatteh ne!

Wednesday, October 7, 2009

tah hape2

"Brape?"
"Rm1.40", kata abang Bangladesh(mungkin) penjaga mart Plaza Rah, sambil memasukkan sepaket mee goreng Sedap 'i like it, we love it' + telur 2 biji kedalam plastik.

Plan2 kononnye nak masak wat sahur lah. Pukul 4.40 bunyi alarm. Bukak mata, snooze balik. Bangun2 dah 5.30. hua3. Tk mnyempat lah nak masak. Sy mkn lame, 5-10 minit mmg tk smpat. Sedeyh.
Maka, seperti byase, cucuk straw lam milo kotak. Slurp2, minum. Hmm.. ngadap buku jap, tetido balik.

Sahur ke tak ke, nak pose gak. Dah last day pose 6. Smangat3! Esok nak raye~

Sebenarnye, berat badan skarang yg dah tak sampai angka 4 kat dpan, merunsingkan juga. uhuhu. Tp, emm, btul lah, walaupun fizikalnye cam pucat + lesu, inside, sy rase, ia memberi sy rase puas hati + tenang. Hmm.. Lagipun Syawal staun sekali je kan. 6 hari puasa ni, tak buat, rase rugi.

Cuma, kat sini, bila mkn sahur sorang, bukak pose sorang, tringat lak kat rumah..

Smlm mak tepon. Family sume dah abis pose 6. Kire sy walaupun kakak sulung, tp yg pling last lah ni. Eyh, cop, adek laki sy br 3 ari. haha. Kedua last, Ok lah tu.

"Sape yg first abes?"
"Sape lagi, mestila Sarah. Dye kan hebat bab pose2 ni" Mama bercerita.
Sy dan Sarah sngt bnyk persamaan. Fizikal, minat, emm..
Cuma satu yg paling ketara berbeza, sy nak lagi gemuk, dye nak mantain 40. Dye sngt health concious. Hobi = makan buah. Memang mengamalkan an apple a day keeps the Dr away, walaupun sebenarnye Drs takkan go away, malahan tinggal bersama. Sampaikan ayah pegi beli barang, nmpak apple je, tringat Sarah. haha. Dah sinonim.

Satu lagi yg beza, dye tak sesensitip sy. Kalo tgk crita sedih, mesti dye tgk sy, tunggu sy nangis, pastu gelak. huhu. Sy pon tgk dye, gelak juga. Mintak maaf, kakakmu ini mmg tlebih air mata kot.
----------------------------------------------------------------------------------

Hmm.. Pagi2 hari ni kelas embryology of urinary system. Dengar 40%, pastu tetido. Bila abis kelas, terasa badmooood.. sbab tertido, lagi.

Badmood. Duk surau, ngadap buku. Hmm.. tgk jam, kul 10.30. Sempat lg wat duha ni. Ade pluang, elok2 bnafas ni, bek wat kjap. Lgpun sdang rase cam sngt mls, poyo, dan laen2 lagilah emosi2 negatif.

Kul 11.30, pakai labcoat, br nak tgk cermin, ditegur Cik Mizah "Nadiah, dah2, takyah cantik2, nk jumpa mayat je lah~".

Mengintai2, menggodek2 kidney, ureter dan sekutunya. Tiba2, gaya suspen...
Tiba2 ternampak sesuatu objek, ingt urinary bladder tp bukan. Uterus rupenye. Kecik je, lg kecik dr tapak tgn tolak jari.

"Keciik, tp muat je baby duk dalam ni nanti kan"
Sorang lg tambah, "A'ah, pastu muat je baby lalu kot sini kan", sambil menunujukkan laluan sempit yg akhirnya bakal mengenalkan baby ke dunia yg fana ini.

Kami menyepetkan mata..
Sambil shrug bahu, "tanak fikir, tanak fikir".
uhuhuhu. Naik bulu roma tiba2.

Abis praktikal, sy terasa ingin membahagyekan diri. Pertama kali memberanikan diri pergi sorang.
Jln laju2 kira2 50 langkah, nek monorel, tukar KTM, jln lagi kira2 100 langkah, dah sampai,
jalan TAR.

Konon2 nak carik tudung JER. Tapi Sogo ade sale, tjumpa sluar kaler yg sy nak, satu, bli!

Jalan2, carik tudung, tawar menawar, supaya kakak baek memberi harga lebey murah. Kat klate ritu pun rm24, sini dpt rm19, ok lah tu. Tudung dua, bli!

Jalan2 lagi, nampak kaen pasang, cotton. Kakak tu siap bisik2, "Bagi harga murah je, student price", tunjuk kalkulator. Sy, angguk2, "Ok la, murah2" lam ati..
Bli satu. Akak tu kate, untuk mak tanak bli ke? haha. Tringat, lgpun ari tu blik raya, tak wat blik pape pon utk mak. Bli yg kedua. Jalan kluar kedai, nampak kedai seblah, eyh, corak lagi cantik, canne eh? Tape2, bleh bagi kat adek gak. Bli yg ketiga. Kain pasang cotton tiga, bli!

Ok dah2!
Berjalan2 laju lagi, balik ke fakulti. Tersenyum. Puas hati. Ntah nape, rase gembira je. Sy ni masalah emosi ke? Patutnye rase gembira ke tak abis2kan duit di akhir2 sem ni eh? huah.
----------------------------------------------------------------------------------

Pukul 2.30, masuk ke kelas ZT. Pelajaran yg paling sy ingat dalam kelas ni, '10 tips of happy mariage'. Kami belajar pengurusan emosi keluarga. Hue2.

Tiba2, Dr suruh kluarkan kertas tulis '5 perkara yg meransangkan hubungan baik bersama rakan di asrama' untuk dihantar sebagai bukti kehadiran. Terus tulis nombo 1, 'Suka pergi makan bersama2, terutama breakfast'. =P
----------------------------------------------------------------------------------

Bnyknye membebel.. mintak maaf membazirkan masa semua. Sy tiba2 terasa sngt ingin bercerita hari ni.

Moral cerita ini,
1) Abu Ayyub Al-Anshari r.a meriwayatkan, Nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama satu tahun." (HR. Muslim).

2) Kepentingan perlunya membawa teman ketika bershopping supaya boleh menasihat agar sy tidak lg terjerumus ke dalam kancah pembaziran.

3) Antara 10 tip tu, yg sy suka, 'focus on the best thing in your partner.'

=) Sekian.