Saturday, August 22, 2009

dating~

Suasana dating yang berkesan:
1. line clear - tkde yg skodeng
2. tenang dan sunyi
3. bwk n bg present
4. curhat (indon's, mean curahan hati)
5. confess ur love

Kalo cam lengkap suasana tu, boleh la kira2 cam perfect date kan3. Ke? Hehee



Surah Al-Muzammil, ayat 6
"Sesungguhnya bangun malam itu lebih kuat mengisi jiwa dan bacaan ketika itu lebih berkesan"

Surah Al-Muddatsir, ayat 1-3
"Wahai orang2 berselimut! Bangunlah, dan beri peringatan. Dan agungkanlah Tuhanmu."

Surah Al-Isra', ayat 79
"Dan pada sebahagian malam, lakukanlah solat tahajud sebagai ibadah tambahan bagimu, mudah2an Tuhanmu mengangkatkanmu ke tmpt terpuji"


Bnyk love notes dari Allah pesan kita suh Qiyamullail.
Bukti qiyam ni sngt aula darjatnye disisi Allah.
Reminder waktu dating bersamaNya.
Allah sayang dan rindukan kita.

Kita je mcm sombong2 sket, jual mahal, malas bangun tahajud.
Rasulullah yang Allah jamin masuk syurga pun bertahajud sampai bengkak2 tumit.
"Salahkah aku bersyukur?", kata baginda.

Apetah lagi kita pd bulan Ramadhan Kareem ni. Banyak peluang.
Sebab mmg akan bgn utk sahur, jd seblum tu sempat la date dgn Allah kan.

Berkenaan dgn di atas,
no 1 + 2 adelah waktu2 awal pgi seblum subuh yg mmg tenang dan nyaman, line clear, org tgh tido!
no 3, ibadah2 siang hari sebagai hadiah, cthnya puasa, sedekah, senyum =).
no 4, luahkan keluhan, perasaan, syukuran, doa2an semuanyalah an kepada Allah.
no 5, BUKTIkan, kita sangat sayangkan Allah!

---------------------------------------------------------------------------------

Pagi ni mase usrah, dpt suatu input yg best =)

Makcik Zai kate, selain meningkatkan amal,
bulan puasa ni la waktu doa2 dimakbulkan, terutama time2 sahur.
Jadi doa banyak2, hatta benda2 kecik pun.
Dan sangat penting, doakan saudara2, sahabat2 dan kesayangan kita sekali.
Mungkin mereka tak tahu kita mendoakan mereka.
Tapi doa2 kita tahu. Bila mereka terangkat ke langit, dan bertemu dgn doa2 orang2 tersayang yang kita doakan.
Bilamana mereka juga mendoakan kita.
Ayat makcik Zai, "Happy sangt doa2 ni ble dapat jumpa sesama diorang. "Eh, awk doa utk sy? Sy pun doa utk awk jugak" Hehe.

Kak Amal pulak tambah, kalau kita doa untuk diri sendiri je, jarak doa kita ke penerimaan tuhan mcm jauh langit dan bumi.
Doakan sekali orang2 laen, doa kita akan lebih hampir kpd Allah.

Makcik Zai tambah lagi ttg akhirat. Waktu tu, semua orang yg berkasih sayang di dunia ni bergaduh, bermusuhan.
Kecuali segolongan kecil sahaja mereka2 yg berkasih sayang juga, tp hati diikat dengan kasih sayang kerana Allah. Sentiasa mendoakan sesama mereka.
Bila baca doa Rabitah kat akhir Maathurat tu, bayangkan skali wajah2 orang2 yg kita sayang, yg kita sayang kerana Allah. Kawan2 usrah kita, family kita, dll.

Sy pun tringat la quote, dr novel ayat2 cinta..

Apa maksudmmu? Apakah ada 2 org yg di dunia saling mencintai justeru di akhirat saling memusuhi?

Jika cinta keduanya tidak berlandaskan ketaqwaan kpd Allah, maka keduanya akn saling bermusuhan kelak di akhirat. Apalagi jika cinta keduanya justeru menyebabkn terjadinya perbuatan maksiat baik kecil mahupun besar. Tentu kelak mereka berdua akn bertengkar di akhirat. Seseorg yg sgt mencintai kekasihnya sering melakukan apa sahaja demi kekasihnya. Tak peduli pada apa pun jua. Terkadang juga tidak peduli pada pertimbangan dosa atau x dosa.

Jika yang dilakukan adalah dosa tentu akan menyebabkn keduanya akan bermusuhan kelak di akhirat. Sebab mereka akan berseteru di hadapan pengadilan Allah Subhanahu wa Ta'ala. Inilah yang telah diperingatkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala. Dlm surah Az-Zuhruf, ayat 67.


Hmm..

Ok, itu saja.
Tulis di cni supaya sy ingat juga.
Bila salin lam buku nota, salunye tak terbukak balik nanti.
Hehe.

Salam 1 Ramadhan 1430 Hijrah ^-^

Sunday, August 2, 2009

metafora

Amaran: Post ini banyak metafora. Cuma luahan hati. Takpe, tak perlu difahami. Dan sy ok2 saje =).


I know
It's a new day
When the sun is shining again
Beaming hope
to all healing hearts..

*sigh*

Hari ni sy bgn.
Tepi sy ada sayap.
Smalam sy ingat mimpi.
Tp hari ni btul2 ada sayap.

Sy buka tingkap.
Langit merona merah jambu.
Malam sudah hampir berlalu pergi.
Sebentar lagi matahari akan menjengah awan.

Sy termenung.
Mahu buat apa.
Di sayap ada tertulis,
"pergi mencari redha Ilahi"
Perlu pakai sekarang dan terbang?

Sekejap.
Sy perlu berfikir.
Jika perlu terbang pun, seorang diri juga.

Siapa kata seorang diri?
Allah kan ada?


Ya, Allah kan ada.

Pagi itu, tadahan doa sy terasa berat.
Banyaknya permintaan sy kali ini.
Semoga semua selamat sampai ke pendengaran Tuhan.

Kepada siapa2,


Di antara kita ada 3 perkara.
Takdir, waktu dan mimpi2.
Suatu hari nanti, salah satunya akan memberi makna yang pasti.

Selimutkan hati dengan hangat kasih syg tuhan.
Alang2 jika bercinta di lain hari,
biarlah hingga sampai syurga abadi.


Sekarang sy mahu terbang.
Tak perlu tunggu siapa2 lg.
Selamat tinggal mimpi2.

Terima kasih untuk sayap ini.
Sy hargai.
Terima kasih untuk segala.
Tentang hati kita, Allah lebih tahu.

Jangan peduli air mata sy.
Nanti ia kering sendiri.

Nadiah Ahmad Sabri - 2 Ogos 2009

----------------------------------------------------------------------------------

Kema, sy mintak izin pinjam video ni!
Warkah ke Syurga



Yg buruk, ambil, jadikan sempadan.

Saturday, August 1, 2009

Hemagglutinin1 Neuraminidase1

Dear Nadiah,

I'm sorry that your timetable had to be packed from 4 to 3 weeks now.
I don't mean to trouble anybody, and be famous that way.
But people keep inhaling me. I can't help but infected them. It's my nature.

Perhaps, this is the best for us.
Maybe it's the only way, so you can spend more happy moments with your Hoffbrand, Netter, Moore and Sadler.

Till then, take care.

Be infecting you always,
h1n1.


My class was called off for one week because a lot of students develop symptoms similar to h1n1. Not sure wether there are students who are really infected with h1n1 or not, because the screening result was not be made known. KTSN1 residents was initially supposed to be quarantined for 1 week, but luckily, they made it to only 3 days.

Hua3. Ckp Melayu lah pulak. Sy pun ade gak la simptom demam, seseme n batuk. Tp jgn riso, sket2 je lah. Mak x bagi blk umah, tkt jangkit ngan adik2 nanti. Oleh kerana sy memang kakak yg baex, jd sy pun takla blk rumah dan menyebarkan virus pelik ini kpd adex2 sy. Hehee. *sila jangan masuk bakul angkat sendiri*

Ape pun, disebabkan cuti tak dirancang selama sminggu ni, modul Cardiovascular saye hanye tinggal 3 minggu lg. Lecture2 dalam sminggu cuti ni, tlh dipadatkan ke dalam 3 minggu yg tinggal tersebut. Huhu. Agak menakutkan lah. Sebenarnye, sngt menakutkan. Kene study btul2 hard lah. Habis 3 minggu, exam utk 2 modul, Blood & Lymph dan CVS.

Virus ni pon makhluk Allah jugak. Kecik2 dye pon, sngt hebat, sampai dah buat huru hara kat K1, buat sy dpt cuti, buat kelas sy pasni jd dari kul 8 pg sampai 7 ptg..
Hua3.
Ntahla.
Smoge semua baek2 saje.

Owh ye, psl h1n1, kalau anda tiada penyakit kronik lain, Insya Allah demam2 + btk2 akan sembuh sendiri slepas beberapa hari. Yang dirisaukan cuma ia sngt mudah berjangkit, dan anda ada penyakit2 laen yg boleh di'severe'kan lg oleh h1n1 sehingga membawa maut.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Google dan search h1n1. Hehehe.

Apepun, jaga kesihatan,
Allahumma a'afini fi badani,
allahumma a'afini fi sam'ii,
allahumma a'afini fi basori..
Ameeeen~