Selamat pagi!
Hari ni hari Jumaat.
Bangun Subuh, habiskan separuh lagi Al-Kahfi yang berbaki dari semalam.
Lepas tu main TETRIS.
2, 3 round.
Lepas tu rasa sunyi.
Tak ada bau sarapan dari dalam bilik.
Tak ada suara-suara manusia.
Senyap.
Kalau kat rumah, pagi2 Jumaat mama akan pegi dekat katil kejutkan dan mintak dengarkan dia baca Al-Kahfi.
Padahal saya rasa, itu cuma taktik taknak bagi saya tidur lepas Subuh.
Maka sambil dengar, sambil baca sekali.
Habis baca, pergi tengok baby kucing dalam bakul yang tengah menggeliat atau tidur dengan mak kucing.
Lepas tu pergi mengadu kat papa kata kat Kuala Lumpur tak ada nasi belauk / dagang / ayam Mok Noh pagi2.
Rindu nak sarapan nasi bungkus.
30 minit kemudian nanti, akan ada berbungkus2 nasi bungkus atas meja :')
Kalau lambat mengadu pasal nasi bungkus, mungkin papa dan mama dah siap masakkan nasi lemak atau macaroni sup atau bubur nasi atau macam-macam lagi.
Lepas tu pergi kacau adik yang hari2 main game dalam Ipad.
Lepas tu pergi kacau adik sorang lagi yang bangun pagi2 dah mengadap meja sebab nak SPM tahun ni (atau mungkin juga sedang menulis diari).
Lepas siap mengacau, keluar kat halaman rumah ambik gamba kucing, rama-rama, bunga, daun atau apa-apa yang menarik disekeliling,
atau belek buku semuka dua,
atau cuma menghirup udara segar pagi2 dan tengok langit cantik.
Tiba2 mama akan memanggil untuk bersiap.
Ada program, dia ajak pergi sekali sambil teman dia.
Memang selalu dekat2 nak pergi, baru bagitahu, makanya saya lambat siap.
Takpun, saya kena hantar adik pergi tuisyen / sekolah.
Fast forward, waktu malam pula, ada gathering family.
Kami panggil sesi 'tazkirah' walaupun sebenarnya ala-ala usrah dengan family sendiri.
Semua family, sepupu sepapat akan datang ke rumah dan bawa makanan.
Solat Maghrib jemaah, lepastu papa bagi pengisian, selalunya pasal hadith.
Sambung dengan Isya' jemaah dan sesi makan2.
Sambil makan2 akan bergelak ketawa dan berbual-bual tentang masa depan.
Sekian sahaja cerita seorang 23 tahun yang rindukan rumah
dan orang-orang penuh kasih sayang di dalamnya.
Sekarang dia perlu bersiap menyudahkan SSM yang dia sendiri kurang pasti impaknya kepada masa depan Psychiatry negara.
p/s : sila beri peluang tulis macam ni sekali sekala.
p/s : thank you Allah, for my parents. they're good parents, doctors and muslims at the same time, InsyaAllah. i always wanted to be at least as good as them.
Friday, May 18, 2012
Sunday, May 13, 2012
100
Assalamualaikum semua!
I
MUKIM (MUktamar Kepimpinan belia Islam Malaysia), 5 Mei 2012
Two thumbs up!
Program ni bagi saya, sangat meluaskan perspektif dan membuka minda.
Terasa synapse2 dalam otak berhubung dengan aktif kerana input2 yang sangat global dan jauh ke hadapan.
Saya kongsikan beberapa isi menarik oleh penyampai2 sepanjang muktamar.
[Dr Saeed Ahmad Al-Uwaisyi (Saudi)]
Leadership is about seeing beyond boundaries & come up with solutions or path,
and projecting this vision for everyone to see and pursue.
[Dato' Nik Mustapha]
Proaktif > Reaktif
Islam menyusun kehidupan.
Islam bukan cuma retorik dan hanyut dalam slogan-slogan 'mulia'
Pendekatan merealisasikan Islam dalam kehidupan itu lebih penting dari penamaan/label.
(Perlaksanaan itu jauuuuh lagi penting dari penjenamaan)
Contoh, Perbankan Islam? Pengukuhan sistem zakat?
[Dr Zaharuddin]
Prospek da'wah + kepimpinan belia secara praktikalnya, boleh dimaknakan melalui:
1) Berada dalam jama'ah, berorganisasi, membentuk manusia2 lain.
2) Baitul muslim yang establish - medan da'wah + memimpin
3) Teknologi - memperluas pengaruh
Tips2 penulisan :
'Cut & paste' artikel atau tulisan orang lain adalah kerja yg budak tadika pun mampu lakukan.
Kita perlukan FRESH ideas. Olahan-olahan bernas dan datang dari analisa dan perspektif sendiri.
Untuk itu haruslah banyak membaca!
Cuba untuk memahami pemikiran, bagaimana penulis mencantumkan idea serta mempersembahkan idea tersebut.
Perlu melihat semua cabaran sebagai RUANG untuk lebih ke hadapan!
[Prof Harlina Halizah]
Kebanyakan belia adalah very optimistic tapi tidak realistic.
Perlu letak SATU fokus yang cukup jelas dalam hidup.
Of answering the ever famous question of "How Prof juggle between being a doctor, mother and da'ie at the same time?"
jawab beliau, ianya adalah satu KEPERLUAN.
Always ask yourself, 'is this world a better place when there is me?'
[Ustaz A'ang Suandi (Indonesia)]
Existnya umat ini adalah dengan pemudanya.
Existnya pemuda adalah dengan aqidah dan akhlaqnya!
II
Suatu hari di konferens riang.
kak I : nadiah, kenapa nampak macam lain..
N : takdela, biasa je..
kak I : nampak macam sedih
N : gembira sebenarnya
Gembira sampai menangis.. :')
Macam mana ye nak mengekspresikan gembira dengan betul.
Huhu.
Allah, terima kasih untuk saya yang hari ini.
Sayang semua akhawat, sangat2 <3
III
Dosa membuat kita rendah diri.
Membuat kita lebih memahami manusia yang melakukan dosa yang sama.
Membuat kita lebih nekad mahu sungguh-sungguh menyelamatkan mereka.
Membuat kita lebih menghargai setiap kurnia yang Allah hadiahkan dalam hidup.
Hmm.. sila jangan putus asa!
IV
100 hari, bi iznillah.

"Katakanlah, 'Wahai hamba-hambaKu yg melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah engkau berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya, Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah yg maha pengampun, maha penyayang"
[Az-Zumar : 53]
Dosa membuat kita rendah diri.
Membuat kita lebih memahami manusia yang melakukan dosa yang sama.
Membuat kita lebih nekad mahu sungguh-sungguh menyelamatkan mereka.
Membuat kita lebih menghargai setiap kurnia yang Allah hadiahkan dalam hidup.
Hmm.. sila jangan putus asa!
IV
100 hari, bi iznillah.
Subscribe to:
Posts (Atom)