Wednesday, March 27, 2013

idola

Bismillah
"Tidak.
Demi Allah, aku tidak pernah mendapat pengganti yang lebih baik daripada Khadijah.
Ia beriman kepadaku ketika semua orang ingkar.
Ia yang mempercayaiku tatkala semua orang mendustakanku.
Ia yang memberiku harta pada saat semua orang menahan harta mereka.
Dan darinya aku memperoleh keturunan, sesuatu yang tidak kuperoleh dari isteri-isteriku yang lain"
{Hadith riwayat Ahmad}

Kedudukan.
Iman.
Cinta.
Pengorbanan.

Idola :)

"Sebaik-baik wanita syurga adalah Khadijah bint Khuwailid,
Fatimah bint Muhammad,
Asiyah bint Muzahim (istri Firaun),
dan Maryam bint Imran."
{Hadith riwayat Baihaqi}


Buat ulang bulan menjadi isteri, yang ke tujuh,
Alhamdulillah.

Semakin merasa perlu lebih bersyukur kerana dihadiahkan dia sebagai suami.
Semakin merasa hebatnya kuasa Allah yang menggerakkan hati manusia,
mempertemukannya dengan siapa sahaja yang Dia kehendaki,
dengan siapa sahaja yang terbaik buat kita pada masa & keadaan yang Dia lebih mengetahui.

Semoga istiqamah, dan tidak lupa, bahawa akhirnya mahu menjejak ke syurga bersama-sama,
yang terlalu amat mahal harganya untuk tidak dibayar dengan sepenuh usaha.


_______________________________________________________________________


Sekarang cuma tinggal 18 hari sebelum Peperiksaan Ikhtisas Tahun V.

Perjalanan yang hampir 5 tahun ini pastinya terjadi dengan pertolongan Allah semata-mata.
Oleh itu, dalam langkah2 akhir ini, moga tetap dapat merasa kehadiran & pengawasan Dia.
Rugi besarlah andai usaha itu jauh dari kebersamaan Allah.

Keputusan pastinya sudah lama tertulis di Luh Mahfuz.
Cuma tinggal menjemputnya dalam keadaan meredhai & diredhai,
walau apapun,
walau apapun.
Kerana pastinya takdir Allah itu spesifik, terperinci & tidak sia-sia.
Allah lebih tahu.

Usaha!
& kuatkan usaha untuk lebih dekat dengan Dia.

Redha Allah
, itu sahaja matlamatnya.

Usaha!


p/s : for me.

Wednesday, February 6, 2013

warm up


Bila meletak cinta itu pada takhta atau kedudukan yang salah,
pasti,
pasti hati tidak akan dapat merasai keni'matan & ketenangan yang kekal abadi.

"Perumpamaan orang-orang yang mengambil pelindung selain Allah
adalah seperti labah-labah yang membuat rumah.
Dan sesungguhnya rumah yang paling lemah adalah rumah labah-labah,
sekiranya mereka mengetahui."
{Al-Ankabut : 41}

Cinta = Allah.
Itu sahaja pengertian terbaiknya.
Bahawa cinta kepada Allah itu jauuuh mengatasi siapapun, apapun.

Pernah mendengar perkataan Khalid Al-Walid RA ini,
“Aku lebih menyukai malam yang sangat dingin dan bersalji, di tengah-tengah pasukan yang akan menyerang musuh pada pagi hari,
daripada berada di sisi seorang gadis di malam pengantin yang aku cintai atau aku diberi khabar kelahiran anak lelaki”
{Diriwayatkan Ibnu Al-Mubarak & Abu Nu’aim}

Beranilah jiwa, dengan meyakini Allah ada bersama.

"Dia(Allah) berfirman, janganlah kamu berdua khuatir,
sesungguhnya Aku bersama kamu berdua,
Aku mendengar dan Aku melihat"
{Taha : 46}

Tenanglah hati, dengan mengetahui Allah itu dekat.
"..dan Kami lebih dekat kepadanya dari urat lehernya"
{Qaf : 16}

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentangKu,
maka sesungguhnya Aku dekat.
Aku kabulkan permohonan orang yang meminta apabila dia berdo'a kepadaKu.
Hendaklah mereka memenuhi perintahKu dan beriman kepadaKu,
Agar mereka memperoleh kebenaran."
{Al-Baqarah : 186}

Dan kerana cinta kepada Allah itulah,
kita hari ini bergerak.

_________________________________________________________________

Seorang ukhty yang baru terlantik memegang amanah besar pada suatu hari bersejarah baru-baru ini mengungkapkan ayat ini {Al-Ankabut : 69} sebagai moto hidupnya.

"Dan orang-orang yang bersunguh-sungguh untuk Kami,
Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami.
Dan sungguh, Allah bersama orang-orang yang ihsan"

Jelas
dan yakin.

Ihsan bukan sekadar ikhlas,
tapi adalah yang terbaik, tercantik mungkin kerana ianya untuk Allah.

Untuk diri, buat masa ini;
moga ihsan dalam bercinta,
moga ihsan dalam belajar,
moga ihsan dalam bertanggungjawab.

Allah, kuatkan.

p/s : warm up = sebab dah lama tak menulis T-T